Advertisement

10 Bandar Terbaik Untuk Didiami Di Dunia


Economist Intelligence Unit (EIU) mengeluarkan Indeks Keboleh hidupan Global mereka pada Ogos 2022 dan menyenaraikan bandar terbaik dan terburuk untuk didiami di dunia.

Indeks itu telah menyenaraikan 172 bandar dan dikelaskan dalam lima kategori iaitu dari segi budaya, penjagaan kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan hiburan.

Menerusi indeks tersebut, boleh dikatakan bandar Eropah dan Kanada mendominasi senarai Bandar Paling Boleh Didiami tahun ini disebabkan pelbagai faktor seperti kestabilan dan infrastruktur yang baik. 

10 bandar terbaik di dunia untuk didiami:


#1 Vienna, Austria


Vienna, di Austria, disenaraikan sebagai tempat tinggal terbaik di dunia kerana infrastrukturnya yang baik, penjagaan kesihatan yang baik dan pelbagai alternatif untuk budaya dan hiburan. 

Ia juga menduduki tempat pertama pada 2018 dan 2019.

#2 Copenhagen, Denmark


Bandar Scandinavia sememangnya terkenal dengan kualiti hidup yang hebat, mempunyai pendidikan dan penjagaan kesihatan percuma serta kadar jenayah yang rendah. Tambahan pula, Copenhagen mempunyai hasil seni kreatif yang menakjubkan dan makanan yang tak kurang meriahnya.

#3 Zurich, Switzerland


Bandar-bandar di Switzerland cenderung berada pada kedudukan yang tinggi di kalangan senarai ini kerana kualiti hidup serta ekonomi pasaran sosial mereka yang maju. 

Zurich juga mempunyai hubungan yang sangat baik melalui pengangkutan awam dan ia adalah bandar yang sangat selamat. 

Pun begitu, kos sara hidup di sini adalah antara yang tertinggi di Eropah.

#4 Calgary, Kanada


Calgary mempunyai rating yang tinggi dalam keselamatan, penjagaan kesihatan dan kualiti alam sekitar, dan walaupun ia mengalami musim sejuk yang sangat sejuk, ia adalah salah satu tempat paling cerah di Kanada.

#5 Vancouver, Kanada


Vancouver, sebaliknya, mempunyai iklim yang lebih mild daripada Calgary tetapi sering hujan. Walau bagaimanapun, ia selamat, bersih, dan mempunyai ekonomi yang berkembang dan perlbagai serta persekitaran yang penuh dengan kepelbagaian budaya. 

#6 Geneva, Switzerland


Selain mempunyai banyak alam semula jadi di sekelilingnya, Geneva mempunyai pendidikan yang sangat baik dan banyak pilihan aktiviti yang sesuai dilakukan pada masa lapang. Walau bagaimanapun, seperti Zurich, kos sara hidup disini agak tinggi.

#7 Frankfurt, Jerman


Frankfurt mempunyai rating yang tinggi dalam ketersambungan perjalanan, keselamatan dan penjagaan kesihatan. Tetapi ia lebih menonjol berbanding bandar lain terutamanya dari segi kebebasan perniagaannya, yang melihat keupayaan (mereka disana) untuk memulakan, menutup atau mengendalikan perniagaan.

#8 Toronto, Kanada 

Toronto terkenal di peringkat antarabangsa sebagai pusat kewangan dan perniagaan, serta untuk industri filem dan televisyen. 

Ia juga merupakan tempat yang bagus untuk usahawan, kerana ia berada pada kedudukan 10/10 dalam indeks perniagaan 'startup'.

#9 Amsterdam, Belanda

Amsterdam adalah salah satu bandar yang paling mesra basikal di planet ini. 

Ia juga merupakan salah satu bandar terbaik di Eropah untuk usahawan. Tambahan pula, ia mempunyai kepelbagaian budaya yang hebat dan mempunyai infrastruktur yang dibangunkan dengan baik.

#10 Osaka, Jepun

Satu-satunya bandar di Asia yang berjaya menduduki senarai 10 terbaik adalah Osaka yang mendapat rating penuh iaitu 10/10 dalam kategori keselamatan. 

Dalam masa yang sama, Osaka juga mendapat rating yang tak kurang hebatnya dari segi perumahan, kebebasan perniagaan dan kesihatan. 



Post a Comment

0 Comments