Advertisement

Syarikat Penerbangan & Lapangan Terbang Paling 'Punctual' 2023

Ketika travel, perkara yang paling ramai orang takut ialah penerbangan yang lewat, ditunda atau lebih teruk dibatalkan. Manakan tidak, ia biasanya menjadi salah satu perkara yang bakal mengubah segala perancangan perjalanan kita. 

Kalau yang ada connecting flight lagilah akan cemas sekiranya penerbangan pertama lewat, pastinya akan sedikit 'kacau' dari segi masa untuk kejar penerbangan sambungan dan sebagainya. 

Baru-baru ini, firma penganalisis data, Cirium mendedahkan pada tahun lepas (2023) syarikat penerbangan yang paling menepati masa ialah Avianca Airlines dari Colombia yang memperoleh 85.73% rating dari segi 'on-time', diikuti Azul Airlines (Brazil) dan juga Qatar Airways. 

2023 Winner Cirium
Sumber : Cirium

Menurut Cirium, data-data ini mengambil kira syarikat penerbangan yang melakukan penerbangan ke 3 benua setiap hari dan penilaian sama ada syarikat penerbangan ini menepati masa ialah dikira sekiranya ia tiba di gate dalam tempoh 15 minit daripada masa ketibaan yang dijadualkan dan sekiranya ia berlepas dalam tempoh 15 minit daripada jadual berlepas mereka. 

Syarikat Airlines On-Time Di Asia

ANA | Photo by Fasyah Halim on Unsplash

Kalau di peringkat Asia-Pacific, ia didominasi oleh dua syarikat penerbangan Jepun iaitu All Nippon Airways dan Japan Airlines dengan rating 82.75% dan 82.58% diikuti oleh AirAsia Thailand dan IndiGo dari India. 

Lapangan Terbang Paling Punctual

Rajiv Gandhi International Airport | Source : Facebook

Dari segi ketepatan masa oleh lapangan terbang pulak, ia didominasi oleh Minneapolis-Saint Paul International Airport, Amerika Syarikat. Ini diikuti oleh Rajiv Gandhi International Airport, Hyderabad, India. 

Apa yang menarik, lapangan terbang antarabangsa India ni tak ada pun dalam top 10 tahun 2022, agak mengejutkan bagaimana diorang ni boleh naik sampai ke tempat ke-2 tahun ini. 

Berikut adalah senarai penuh syarikat penerbangan dan lapangan terbang paling punctual tahun 2023 yang dikeluarkan oleh Cirium : 

Syarikat Penerbangan Global

  1. Avianca Airlines — Colombia
  2. Azul Airlines — Brazil
  3. Qatar Airways — Qatar
  4. Delta Air Lines — U.S.
  5. Iberia — Spain

Syarikat Penerbangan Asia-Pacific

  1. All Nippon Airways — Japan
  2. Japan Airlines — Japan
  3. Thai AirAsia — Thailand
  4. IndiGo — India
  5. Air New Zealand — New Zealand

Syarikat Penerbanga Eropah

  1. Iberia Express — Spain
  2. Iberia — Spain
  3. Norwegian Air Shuttle — Norway
  4. Austrian Airlines — Austria
  5. LOT Polish Airlines — Poland

Global airports

  1. Minneapolis–Saint Paul International Airport — U.S.
  2. Rajiv Gandhi International Airport — India
  3. Kempegowda International Airport — India
  4. El Dorado International Airport — Colombia
  5. Salt Lake City International Airport — U.S.
  6. Sumber : Cirium

Post a Comment

0 Comments