Advertisement

Villea Port Dickson Hotel Review | Staycation 2H1M Ke Port Dickson

Setelah sekian lama tak travel, aku decide nak healing ke Port Dickson dengan wife dan anak. Jadi ini review hotel yang infant friendly atau kalau korang mencari kids friendly hotel di Port Dickson, aku suggest korang cuba Villea Port Dickson ni.


Info Ringkas Hotel

Villea Port Dickson (4 Star)

Jumlah Bilik : 101

5 Bilik Mesyuarat


Alamat :

Batu 10, Tanjung Biru, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan 

 T: +606 662 6800 

E: vpd.enquiry@attanahotels.com


Servis & Kemudahan :

- Wi-Fi

- Parking percuma

- Kawalan keselamatan 24 jam ber-CCTV

- Kemudahan Rekreasi termasuklah swimming pool dewasa, kanak-kanak, gelanggang bola tampar,  kid club, gimnasium dan banyak lagi. 

Credit : Trip.com

Lokasi hotel ni, kalau ikut alamat dia adalah di Si Rusa. Berdekatan dengan Teluk Rachado.Sekitar 18km dari bandar Port Dickson. Kalau korang familiar kawasan PD, dia ni boleh kira penghujung nak sampai Melaka dah, selepas dari Thistle Hotel.

Tapi yang bestnya, kalau korang dari Melaka, ikut jalan dalam, korang akan jumpa dia dulu. Kalau dari KL, map akan bawa korang lalu jalan pintas (highway) dan korang akan skip kawasan Pantai Teluk Kemang yang biasanya sesak tu dan akan terus sampai ke kawasan Teluk Rachado ni. 

Sebenarnya agak kekok nak tulis review sebab dah lama aku tak travel dan kalau ada pun, aku tak sempat menulis. 

Macam biasa, review aku akan fokus kepada 4 aspek; hotel, tarikan & lokasi, pengalaman bermalam dan value for money.


Hotel  :  10/10

Pada awalnya, aku agak skeptikal sebab kekadang, hotel ni walaupun 4 bintang tapi hauk. Ternyata aku salah.

Sampai je dekat hotel, kau akan disambut oleh petugas hotel yang akan amik semua beg dan korang boleh park kereta kendian proceed ke check-in.

Waktu check-in 3pm, check-out pukul 12. Ini aku rasa standard dekat mana-mana hotel.

Kemudahan :

Serious ada banyak, antaranya ; satu lagi kenapa aku cakap ianyabkods friendly ialah sebab ada kolam renang khas untuk kanak-kanak, siap dengan gelongsor dan permainan. 


Selain tu, Villea Port Dickson ni jugak ada direct akses untuk ke pantai. Waktu petang memang air surut, jadi kena ke tengah sikit kalau nak main air cuma aku tak galakkan sebab aku sendiri tak try tengok dalam mana kawasan tu.


Waktu pagi memang air sampai ke tepi lah. Ini korang boleh mandi, bawak anak mandi pun selamat sebab masa air surut aku tengok kawasan ni landai. Tak ada batu-batu besar dan sebagainya.


Aku jugak tengok ada aktiviti air macam banana boat, paddle boat ditawarkan, cuma ni bukan hotel punya lah.

Aktiviti yang disediakan oleh hotel more to macam memanah, aktiviti lasak dan sebagainya, aku tengok dia cherge based on aktiviti. Rate dia korang boleh tengok dekat area front desk. 

Ada restoran yang pada aku harganya average, standart harga maknan hotel. Contoh Chicken Chop, Fish and Chips RM45. Nasi goreng apa semua tu rm20-30.

Ada jugak kids club,cuma ini aku tak pasti open to semua tetamu atau macam mana konsep dia. 

Tarikan & lokasi - 8/10

Dekat-dekat dengan hotel ni ada beberapa tarikan macam taman arnab dan ostrich. Ada jugak permainan ATV dan lain-lain.

Depan hotel ada Hutan Rekreasi Tanjung Tuan yang aku tengok ramai masuk untuk hiking dan kemuncaknya mungkin rumah api tanjung rachado.

Kalau nak ke teluk kemang, dalam 15km kalau tak salah, cuma belah hotel ni tak sesak dan trafik agak clear. Tapi kena ingat jugak, aku datang ni bulan puasa dan hari minggu.

Lokasi hotel agak ke dalam, kedai terdekat sekitar 10 minit perjalanan. Ada KK Mart yang bukak 24 jam, kendian ada 3 kedai mamak in case korang lapar tengah malam.

Cuma kalau malam tu jalan keluar masuk dari hotel tu agak gelap. 


Pengalaman Bermalam - 10/10

Dekat sini ada 4 jenis bilik. Jadi sesuai untuk korang yang nak datang berdua atau dengan keluarga yang ramai.

Aku amik bilik Superior twin, lepas offer dekat Trip.com, aku hanya bayar RM164 untuk satu malam. Rate asal RM258. 

Aku dapat bilik yang jauh dari lif dan kebetulan mungkin bilik sebelah, atas dan bawah kosong. Jadi agak sunyi dan tak menganggu rehat dan tidur aku dan baby. Pada aku, layout hotel ni menarik. Satu floor tu dia macam terpecah pada bahagian atas dan bawah. Dari luar kita nampak packed, tapi dalam luas juga sebenarnya. 

Katil single 2 boleh dirapatkan untuk dijadikan katil besar. Tapi sebenarnya ada jugak bilik deluxe dengan katil queen/king.

Susunan tidur, bini aku satu katil. Aku dan baby satu katil, selesa je tidur dan tak sempit. 


Value For Money : 10/10

Pada aku, memang sangat-sangat berbaloi lah sebab aku bayar RM165 sahaja lebih kurang. Selebihnya sebab aku rajin tulis review dekat Trip.com, dan aku ada coin. Total semalam aku guna RM94 jugak lah dalam bentuk coin dekat apps tu. 

Download app dekat sini : https://t.co/3kgnFsiU4j

Sambung. Secara total, aku habis RM 165 dan RM130 untuk buffet berbuka untuk dua orang. Baby belum makan solid food, jadi tak ada masalah. Sahur pun hotel sediakan. 

Aku rasa apa yang aku bayar sangat berbaloi dengan kemudahan yang ada di hotel ni untuk aku, wife dan juga anak. Kemudian, servis yang disediakan pun puas hati. Hotel bersih, keadaan hotel terjaga. 

Walaupun agak 'horor' sikit perjalanan nak masuk ke hotel ni dari jalan utama, tapi bila korang berada dekat hotel ni, korang tak akan berasa sangat. 

Macam aku cakap tadi, percutian kali ni aku tak pentingkan nak ke bandar Teluk Kemang dan sebagainya sebab ada anak kecik, memang niatnya datang untuk relax dan celup kaki dekat pantai sahaja. Jadi, aku tak ada masalah dengan lokasi dia yang agak jauh. 

Cuma kalau korang nak cari hotel yang dekat sikit dengan Teluk Kemang, aku suggest baca review aku dekat sini : Staycation Hujung Minggu Di Port Dickson - Hotel Langit Langi

Secara keseluruhan; aku bagi hotel ni 38 / 40. 
Kalau ikut skala aku, 38-40 ni memang highly recommended lah. 

Cuma, suka aku nak ingatkan, setiap orang keinginan dan citarasa dia berbeza. Kalau untuk aku, aku pernah menginap di Backpacker Hostel, Motel sehinggalah Hotel 5 Bintang, jadi aku tahu nak letakkan 'standard' yang patut hotel tu capai. Nak kata pakar tu bukanlah. Sekadar berkongsi. 




Post a Comment

0 Comments