Danau Toba, kalau korang google, korang mesti jumpa beberapa
entri berkenaan kisah mistik dan misteri yang terjadi di Danau Toba.
Kalau diikutkan pada peta, Danau Toba terletak di Utara
Sumatera, Indonesia dan merupakan tasik semula jadi yang berlaku akibat letusan
gunung berapi lebih kurang 69 hingga 77 ribu tahun dulu.
Selain tasik terbesar di Indonesia, Danau Toba jugak adalah
tasik gunung berapi yang terbesar di dunia.
Kalau korang terlepas pandang, Malindo Air ada buat
penerbangan terus ke Danau Toba melalui Lapangan Terbang Subang ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Silangit. Korang boleh pergi ke website Malindo Air untuk
tengok offer diorang, cumanya yang aku tahu ada 4 penerbangan seminggu iaitu pada
hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.
Dismbut meriah sebab first flight Malindo ke Danau Toba. |
Baru-baru ni, aku dijemput oleh Malindo Air untuk
penerbangan ertama diorang ke Silangit (Danau Toba) pada 17 Ogos lepas. Disana,
kitorang dibawa pusing oleh Wonderful Indonesia dan sebenarnya banyak tempat
dan aktiviti menarik di Danau Toba.
Dah, meh aku masuk bab iteneri
3 hari 2 malam di Danau Toba.
Salah satu tempat tarikan di Danau Toba adalah Pulau Samosir. Jadi dari airport Silangit, korang kena amik van yang ada di kawasan airport untuk ke sini. Perjalanan lebih kurang 3 jam.
Dari Silangit, korang akan lalu di Tele, dekat sini korang
boleh tengok pemandangan Danau Toba yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan
dengan ayat. Korang tengok ajelah gambar ni…
First impression aku, nampak macam lukisan. Memang cantik.
Oh iye, dekat sini cuaca sejuk tau. Bawaklah sweater. Tapi tak adelah sejuk macam
oversea, lebih kurang macam kat Cameron Highland atau Genting lah lebih kurang.
Dekat Menara Pandang Tele ni, angin dia memang best. Kadang-kadang, kuat.
Satu je pesan, perjalanan ke sini memang lama, jalan pun
pusing-pusing, kalau korang jenis mual tu, stand-by lah plastic sesiap. Hehe…
Dah sampai sini, penat. Jadi kitorang (sebab aku join FAM
Trip Malindo) dengan beberapa orang geng media yang lain, so dinner kendian
rehat aje di bilik.
Hari Ke-2
Waktu sini, awal 1 jam dari Malaysia. Sama macam korang ke
Jakarta.
Breakfast di Cottage, kendian kitorang ke satu kawasan
Muzium Huta Bolon Simanindo. Dekat sini, aku bagi satu tips, korang jalan ke
hujung jalan, ada jeti, kat sini amik gambar memang awesome! Hehe…
Dekat Muzium Huta Bolon ni, korang boleh tengok tarian tradisional Batak dan kenal apa itu Sigale-gale, patung yang digunakan dalam tarian diorang.
Lepas habis Muzium Huta Batak ni, kitorang ke tempat makan.
Cuma aku lupa apa nama restoran tu.
Selepas makan, kitorang ke Tomok. Bukan yang nyanyi lagu ‘Sejarah
Mungkin Berulang’ tu, tapi Tomok ni ialah satu nama tempat.
Selain boleh shopping sakan dekat sini, ada satu peninggalan
sejarah yang korang boleh explore iaitu Makan Raja Sidabutar. Panjang nak
cerita pasal sejarah Raja Sidabutar ni, tapi dialah yang explore Danau Toba
ni.. Lebih kurang macam tu lah sejarah dia.
Dekat sini jugak, ada Jeti untuk balik ke tanah besar. Dan
sepanjang-panjang jalan dari Makam Raja Sidabutar ni, akan ada tempat korang
boleh shopping sakan. Pandai tawar, banyak lah dapat.
Dari Jeti Tomok, kitorang terus ke Hotel Niagara Parapat.
Hotel ni memang cantik.
Dekat hotel, tak amik gambar, sebab bateri camera flat. Hahaha
Disebabkan seharian kitorang berjalan sakan, kaki badan
semua dah penat. Rehat dalam 30 minit, kendian makan malam dekat hotel.
Hari ke-3
Sarapan pagi dekat Hotel Niagara Parapat, kitorang dibawak
pulak ke Huta Siallagan. Huta Siallagan ni pun sama jugak, dia adalah perkampungan
Batak dan dekat sini kitorang diceritakan asal usul dan asas bangunan suku kaum
Batak.
Dekat sini jugak, ada tempat ‘meeting’ yang diperbuat dari
batu. Dikatakan, kalau ada permasalahan yang berlaku dalam kampong ni, diorang
akan bersidang disini sebelum dijatuhkan hukuman.
Korang boleh melawat jugak
tempat pemasungan kepala si pesalah di dibahagian belakang Huta Siallagan ni.
Lepas dari Huta Siallagan, korang boleh ke Muzium T.B
Silalahi.
T.B Silalahi ni merupakan salah seorang General tentera yang
berasal dari suku kaum Batak. Muzium ini didirikan untuk memotivasikan
anak-anak tempatan dan sebagai mengenang jasa General ni kepada negara.
Dekat sini ada tersimpan banyak barang-barang peribadi T.B Silalahi ni.
Di belakang kawasan Muzium T.b Silalahi ni, ada lagi satu kawasan 'perkampungan' suku kaum batak dan menurut cerita, ini semua adalah rumah asal, bukan replika.
Ini bahagian dalaman rumah suku kaum Batak. |
Ini bahagian dalaman rumah suku kaum Batak. |
Selain itu, di kasawan yang sama; ada juga satu Muzium Batak.
Dekat sini, segala info dan sejarah suku kaum Batak, ada diceritakan.
Untuk pengetahuan, ada 6 suku atau sub etnik Batak ni iaitu Karo, Toba, Angkola, Mandailing, Pakpak dan juga Simalungun.
Lepas settle muzium ni, kitorang terus ke Airport, dan balik
ke Subang.
So, secara ringkasnya :
Hari 1
Menara Pandang Tele
Samosir Cottage (Hotel)
Hari 2
Muzium Huta Bolon
Tomok (shopping)
Makan Raja Sidabutar
Tambahan :
Boleh ke Aek Natonang
Parhalow Hill
Hari ke-3
Huta Ginjang
Muzium T.B Silalahi
Tambahan :
Dekat Danau Toba ni, TAK ADA Grab, so amik transport yang
ada dekat airport. Cadangan aku, gerak ramai-ramai, boleh sharing.
Cuaca sejuk, standby sweater.
Jalan tak cantik sangat, bawak plastic kot-kot korang nak
muntah
Setiap muzium ada ceritanya sendiri, carilah supir atau
guide yang akan ceritakan segalanya dekat korang, macam kitorang, kitorang ada
Pak Diddy.