Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

'Chicken Wings' Berharga RM3926 ?? Sanggup Ke Korang Cuba?




Salah satu bahagian kegemaran semua pada seekor ayam aku yakin terlatak pada  kepaknya. Dalam erti kata lain 'Chicken Wings'. Kalau goreng, part kepak ni lah yang akan lesap dulu. Hehehe. 

So, sejauh mana korang sanggup berhabis duit untuk makanan ye? Lebih spesifik, chicken wings ni.

Hari ini, kita boleh jumpa macam-macam variasi chicken wing di jual. Sama ada digorang rangup, disalut tepung macam dekat KFC, dibakar, BBQ dan macam-macam lagi. 

Kalau korang sanggup bayar leboh daripada RM100, hanya untuk chicken wings, korang mungkin berminat nak cuba kepak ayam yang bakal aku cerita ni. 

Kenapa harganya macam tu, sebab ia disalut dengan EMAS 24 KARAT. Ye, aku pertama kali dengar pun macam pelik, tapi satu restoran yang namanya The Ainsworth yang based dekat Chelsea ni tawarkan kepak ayam yang disalut dengan emas! 




Bebepara hari lepas, katanya menu ni dah viral dekat sosial media. Lagi-lagi bila ada satu personaliti instagram yang dikenali sebagai @Foodgod pergi untuk buat review pasal menu tersebut. 

Warnanya salutan cecair emas yang lain daripada lain ni menjadikan menu ini nampak unik, dan rare. Sekali gus jadi tumpuan netizen sosial media. Korang boleh lihat sendiri rupa ayam goreng ini menerusi video ni ...




Difahamkan untuk menghasilkan ayam ni, diorang gunakan beberapa bahan seperti mentega, kelapa dan jugak madu. Lepas tu ayam ni akan diperap selama 24 jam sebelum digoreng dan disiram bersama kepingan 24 karat emas. Ya 24 karat emas!

Ada tiga pilihan yang disediakan yang dijual iaitu 10 ketul bersamaan AS$30 (RM117), 20 ketul AS$60 (RM234) dan 50 ketul termasuk Champagne AS$1000 (RM3926).





Sehingga kini hanya terdapat di cawangan mereka di Chelsea, East Village dan Manhattan.

So, kalau korang nak try jugak ayam goreng serba mewah yang disaluti emas ni, korang kena 'terbang' ke Chelsea lah ye... 

LIVE STREAMING : Selangor Vs JDT 2/5/2017


Live streaming Selangor FA vs JDT  online. 

Siaran langsung Liga Super Minggu ke-8  menyaksikan pertembungan antara Selangor FA menentang Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin jam 9.00 malam waktu Malaysia. 

Sepatutnya perlawanan ini dimainkan pada malam semalam, namun perlawanan ditunda disebabkan faktor cuaca. 



Bagi anda yang ingin menonton secara live streaming Selangor FA lawan JDT ini, anda boleh menonton menerusi pautan yang tersedia dibawah.


Live streaming Selangor vs JDT 2.5.2018

Tarikh:  2 Mei 2018 Rabu

Masa: 9.00 malam waktu Malaysia

Lokasi: Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin



Program Permainan Interaktif ‘Jom Cabar’ Memang Kelakar Habis!



Aku sendiri first time dengar pasal hurr.tv ni. Maklumlah, selalu busy dengan hal –hal kat office, mana ada masa sangat. Kerja aku seharian berkait rapat dengan media social. So, on daily basis, aku memang akan bukak Facebook, Youtube, Twitter dan lain-lain.

Masa aku buat daily task nil ah aku ‘terserempak’ dengan video Kak Leha Bunting tengah main gameshow. Masa tu aku tak perasan lagi channel Youtube. Rupanya, channel hurr.tv. Aku pun dengan curiosity aku, carilah apa benda lah program ‘Jom Cabar ‘ dengan hurr.tv ni.

HURR.TV

Baru aku tahu, hurr.tv ni is a website yang memfokuskan kepada ggaya hidup dan online streaming platform rupanya. Hiburan, Urban, Relevan, Realiti – jadilah HURR.TV.

So dari platform ini, aim diorang adalah untuk memanuhi kehendak dan ‘taste’ anak muda la yang memfokuskan kepada gaya hidup, trend terkini, gossip, resepi dan macam-macam lagi lah. Yang penting, apa yang ada dekat hub digital diorang ini adalah something new and fresh pada aku.

‘JOM CABAR’



Rupanya dah masuk mingggu ketiga dah diorang ni perkenalkan program yang based on permainan interaktif ni. 

Dan sebenarnya, konsep permainan dia adalah cabaran yang akan melibatkan personaliti media sosial dan pelajar-pelajar kolej dan universiti tempatan rupanya.




Program ni kalau korang nak tengok, boleh ke laman web www.hurr.tv setiap Jumaat, pukul 6 petang.


Actually, dah start daripada 13 April lagi program ni, dan akan berakhir pada 11 Mei 2018. Ada 5 Episod semuanya.



Kalau korang nak tahu, sebenarnya ‘Jom Cabar’ ni ialah program penutup yang diadakan sempena siri jelajah Kempen Media Sosial FYI (singkatan untuk Facebook, Youtube, Instagram) yang dianjurkan oleh hurr.tv.


Untuk 5 episod yang aku cakap tadi, diorang ni dah jelajah 5 universiti dan jugak kolej. UKM, UiTM, MMU, ASWARA dan UNISEL.

Aku dah tengok 3 episod sebelum ni, memang pecah perut! Mana taknya, dibawak pulak masuk Faizdickie, Zukie lepas tu diorang ni akan berentap dengan student-student dekat kolej or universiti yang diorang pegi tu, ala-ala Runningman lah ni senang cerita.




Nak cerita panjang pun tak guna, apa kata korang tengok je episod lepas-lepas ni :




Jangan lupa saksikan ‘Jom Cabar’ setiap hari Jumaat, jam 6.00 petang di www.hurr.tv.
Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, korang follow je sosial media diorang dekat link bawah ni okay??


Permata Hati Wilayah : Inisiatif Menyokong Golongan Ibu



Walau pon aku masih bujang, jodoh pon tak nampak bayang lagi, tapi aku ada emak yang melahirkan aku 29 tahun yang lalu. 

Zaman mungkin dah berubah, teknologi makin canggih, dunia makin mencabar, maka ibu yang melahirkan anak pada zaman ini mesti ada cabarannya juga.

Tak perlu kita nak cerita pasal hal penjagaan anak. 
Perkara utama adalah emosi ibu-ibu muda ini. Kalau kita tak beri sokongan atau membiarkan mereka sendiri, boleh jadi meroyan.

Hebat pula aku boleh tahu semua ni. Ya lah, kan aku pon dikelilingi oleh wanita. Sumber bacaan pon boleh Google sahaja. Hehe.


Ok, macam ni, sebenarnya aku nak cerita pasal dekat KL ada program Permata Hati Wilayah.

Di mana ibu-ibu muda ni menerima manfaat daripada program yang diinisiatifkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan sokongan oleh Puteri Umno.



Program ini bertujuan untuk menyantuni dan membantu golongan ibu, bukan sahaja selepas menerima cahaya mata, tetapi juga mereka yang dalam proses menerima cahaya mata baru khususnya kepada golongan belia.

Pendekatan baru ini diperkenalkan untuk mendekati masyarakat setempat melalui lawatan-lawatan yang diadakan menerusi hospital-hospital terpilih.



Program-program seperti ini pada aku, patut terus dijalankan sebab ianya bukan sahaja memberi manfaat kepada ibu bapa dengan bayi yang baru je, tapi secara tak langsung mendekatkan antara pihak atasan dengan rakyat setempat.

Perhubungan sihat seperti ini secara positifnya akan membentuk masyarakat yang penyayang dan akan memberikan impak jangka masa panjang yang baik.

Diskaun Sehingga 70% Untuk Warga Kuala Lumpur Dengan Kad Ceria


Tak dinafikan, kos sara hidup makin hari makin bertambah. Tapi untungnya kalau duduk di Wilayah Persekutuan terutamanya di Kuala Lumpur ni ada satu kemudahan atau kelebihan yang tak semua orang boleh dapat, hanya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Dilancarkan oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada awal tahun 2018, Kad Ceria kalau anda semua nak tahu adalah salah satu inisiatif daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).




Setakat ini, lebih daripada 6000 kedai dan rakan dagang telah bekerjasama dengan kementerian untuk memberikan diskaun sebanyak 70% dari segi harga barangan dan jugak perkhidmatan.

Tentang Kad Ceria
Macam yang disebut di atas tadi, kad ini adalah kad DISKAUN ataupun potongan terus harga ke atas pembelian barangan di premis-premis dan lokasi terpilih di sekitar Kuala Lumpur.



Kalau nak tahu, kedai-kedai yang ambil bahagian pun banyak, cuma ramai tak tahu je…antaranya, KK Mart, Borders, Kenny Rogers, Wendy’s, BHP dan banyak lagi lah..


Keistimewaan :
Dari segi benefit pulak,
i)                    Diskaun sehingga 70% untuk setiap barangan, makanan atau perkhidmatan.
ii)                   Tawaran harga istimewa di lebih daripada 3700 premis
iii)                 Potongan penggunaan fasiliti milik DBKL seperti dewan, padang dan sebagainya.



Ini antara contoh promosi yang tengah ada di portal Kad Ceria, ini dalam portal, yang di kedai dan rakan niaga yang bekerjasama pun banyak lagi…

Syarat-syarat :
Nak memohon Kad Ceria ni pula, senang je. 

Syarat-syarat yang dikeluarkan pun relevan, iaitu pemohon hendaklah :
i)                    Warganegara Malaysia
ii)                   Berumur 18 tahun ke atas
iii)                 Lahir/menetap di Wilayah Persekutuan
iv)                 Penjawat awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan


Cara Memohon :

"Eh, lepas baca syarat-syarat dan benefit kad ni, rasa macam berminat pulak nak memohon. Macam mana ye?"

Mudah je, KLIK Link di bawah ni, dan isikan maklumat yang dikehendaki…

Tapi, pastikan syarat-syarat yang ditetapkan tu ditepati lah ye…







Dah hantar, tunggu permohonan diluluskan. =)

Jangan tunggu lama-lama ye, sebabnya, sehingga masa artikel ni ditulis, dah ada 51,000 permohonan telah dibuat.

Jom,jom, jom, mohon Kad Ceria ni …

Untung tau ada inisiatif-inisiatif yang macam ni… Lagi-lagi student atau fresh grad, walaupun pada sesetengah orang nampak benda ni remeh, atau ‘kecik’ tapi untuk yang struggle tu, memang sangat-sangat berguna.

Klik link dekat bawah ni okay?



Starbucks Roastery Shanghai, Cawangan Starbucks Terbesar Di Dunia!


Di Malaysia, kita belum ada Starbucks Roastery. Roastery merupakan rangkaian Starbucks yang lebih besar daripada kafé Starbucks biasa.


3 tahun yang lalu, Starbucks Roastery membuka outlet yang pertama di Seattle. Disebabkan China merupakan salah satu pasaran yang berkembang dengan cepat, Starbucks memilih Shanghai untuk membuka Roastery yang kedua.



Merupakan kafe premium, Starbucks Roastery Shanghai didirikan atas kawasan yang seluas 30,000 kaki persegi dan merupakan yang pertama seumpamanya di Asia. 

Selain dari itu, disini juga terdapat bar kopi yang terpanjang di dunia serta terdapat lebih daripada 30 jenis kopi boleh didapati disini.

Selain daripada keluasannya, siling kafé ini dibina menggunakan 10,000 kayu yang diukir menggunakan tangan.


Selain dari dilengkapi dengan teknologi maya. Para pelanggan boleh mendapatkan maklumat berkenaan apa sahaja yang terdapat dalam kafe tersebut dengan hanya mengimbas telefon pintar mereka.

Dah la terbesar, canggih pulak tu,,, Tapi dengar-dengar Starbucks ada plan nak bukak yang lagi besar...

Rasanya tak mustahil, tengok ajelah cawangan Roastery ni dekat Chichago...



Sumber : Website | Starbucks

Jom Buat Semakan Maklumat Pusat Mengundi


Semua rasanya dah sedia maklum yang Pilihan Raya Umum ke-14 akan berlangsung tak lama lagi iaitu pada hari Rabu 9 Mei 2018.

Kepada sesiapa yang dah mendaftarkan diri, semakan daftar pemilih sudah boleh disemak melalui laman web rasmi SPR.

Kalau korang tak berapa pasti dekat mana nak mengundi, korang boleh semak di sini :



Cara-cara Nak Semak Daftar Pemilih :

1. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Tanpa Tanda Sengkang (-) ataupun space.
    Contoh : 123456145678

2. Tekan Butang 'Semak'

3. Ada dua bahagian maklumat akan terpapar;
    
    i) Maklumat Peribadi Pemilih
       -Nama, No. Kad Pengenalan, Tahun Lahir dan Jantina

    ii) Daftar Pemilih Yang Telah Disahkan

Untuk yang ke (ii), akan dipaparkan korang punya Lokaliti (kawasan mengundi), Daerah mengundi, DUN, PARLIMEN, Pusat Mengundi, Saluran Mengundi dan Masa Mengundi.



Selain dari kaedah di atas; pemilih berdaftar  boleh membuat semakan melalui pautan https:// pengundi.spr.gov.my serta menelefon ke talian hotline  03-88927018 atau  mana-mana pejabat Pilihan Raya Negeri.

Daftar pemilih PRU14 juga boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu dengan menaip SPR   dan hantarkan ke 15888.

                        SEMAK DAFTAR PEMILIH