Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Dilema Percutian Ke Hatyai Atau Songkhla?



Selalu terjumpa soalan macam ni di pencarian Google, antara Hatyai dan Songkhla, mana lebih menarik? Jawapan aku, pergi dua-dua.



Ramai yang tersalah (termasuk aku) maklumat yang kedua-dua ini lokasi yang berlainan. Betul, ia memang berlainan, Hadyai adalah bandar, dan Songkhla itu adalah wilayahnya. Menariknya, kedua-dua ini ada ‘pusat’ bandar dia tersendiri.

Terletak di bahagian selatan Thailand dan dekat dengan sempadan Malaysia, tidak hairan kalau korang terjumpa ramai orang kita dan kereta-kereta yang bernombor pendaftaran Malaysia dekat sana sebab memang ada akses jalan darat pun.

Baru – baru ni, aku sempatlah sampai ke Hatyai dan Songkhla dan aku buat dalam masa 4 hari. 2 hari aku dekat Songkhla, 2 hari dekat Hatyai.

Aku sarankan; kalau korang nak shopping – habiskan banyak masa dekat Hatyai. Kalau nak jenjalan melawat kawasan bersejarah ke, temple ke, banyakkan masa di Songkhla.
Meh nak share sikit itineri aku;

KUALA LUMPUR – HATYAI       

Flight aku pukul 10 pagi, sampai Hatyai International Airport dalam 1105. Waktu Thailand lambat sejam ye kawan-kawan. Aku naik AirAsia, masa aku pegi tu, dapat harga RM300 pergi balik. Pergi hari Isnin, balik KL Khamis.

Day 1 : Hatyai – Songkhla


Disebabkan aku kena review satu hotel di Songkhla, aku ke sana dulu. Hotel dia adalah Haad Keaw Resort yang terletak di kawasan Chang Wat, Songkhla. Bilik, memang best!






Dia bagi family room, ada ruang tamu, katil besar dan macam-macam lagi. Memang best dan berbaloi. Lagi satu, hotel di sini kebanyakkannya muslim friendly. Di hotel ni pun, restoran dia ada sijil Halal.



Nanti aku tulis review penuh dalam entri lain, aku focus kepada iteneri 4 hari 3 malam aku ke Songkhla / Hatyai ni dulu okay?

Makan tengah hari, makan dekat hotel je sebab lapar sangat dan aku tak sempat nak explore google lagi. Jadi jalan paling ringkas, makan dekat hotel. Sedap, memang puas hati.





500 Baht untuk dua orang. 2 nasi, 1 tomyam yang portion dia besar dan banyak hidupan, 1 green curry yang penuh ayam dan 2 gelas the thai. Lebih kurang Rm30 seorang. Pada aku, puas hati, sebab makanan dia sedap, dan rate tu untuk hotel, boleh diterima akal.

Check- In : Rehat

Lepas makan, baru gerak tengok bilik. Kendian, kena settlekan writeup dan kerja-kerja lain. Lepas settle kerja, asalnya nak ke Hatyai. Tapi ‘tour’ yang disediakan dekat Hotel tu cadangkan ke Songkhla dulu.

p/s : Haad Kaew ni terletak di ‘pulau’ berlainan dengan tempat-tempat tarikan. Jadi aku syorkan, korang cari penginapan sekitar Hadyai City atau kawasan Bo Yang, ada banyak dekat situ.

Tapi yang bestnya di Haad Kaew ni, walaupun jauh perjalanan ke kawasan tarikan ambil masa sejam, kita boleh dapat pengalaman naik feri untuk seberang tasik Songkhla. Kalau naik kenderaan, dia cas sekitar 20 Baht untuk satu kenderaan, 4 Baht untuk motor dan kalau jalan kaki, free!




Oh, feri terakhir jam 11 malam ye untuk ke seberang.

Song Thale Park

Dekat sini,  memang banyak taman-taman awam. Salah satunya adalah Song Thale ni. Kawasan ini dibina cantik untuk kegunaan orang tempatan untuk beriadah.




Salah satu tarikan menarik di Songkhla ni adalah ‘Nag’ sebuah binaan berbentuk kepada naga yang mengeluarkan air dan kepala dia menghadap Tasik Songkhla. Nag sebenarnya adalah seekor ular (berkepala naga) yang dipercayai oleh penduduk tempatan mengeluarkan ‘air suci’ yang memberikan kebahagiaan, kesihatan dan juga kesuburan kepada Songkhla.




Cerita dia; Nag ni sebenarnya terbahagi kepada 3 bahagian. Kepala (simbol kecerdikan dan kepandaian orang di bandar Songkhla), badan (yang melambangkan kekayaan) – bahagian badan ada di Chaloem Phrakiat dan bahagian ekor di Chalatat Road (melambangkan kekuatan dan karisma).

Tapi untuk kali ni, aku sempat ke bahagian kepala sahaja sebab jalan ke kawasan badan dan ekor Nag ni ditutup sebab ada perkhemahan jambori pengakap (aku agak je, melalui pemakaian diorang).

Samila Beach




Di Songkhla, memang terdapat banyak kawasan pantai, dan salah satunya ialah Samila 
Beach ni. Pantai dia sepanjang 4 kilometer tak silap aku. Memang panjang. Kalau nak cerita pasal cantik, jujur cakap dia macam Port Dickson, dan masa aku kesini, tak dibenarkan mandi sebab ada ancaman obor-obor. Musim katanya…



Tarikan utama disini adalah binaan Golden Mermaid, sebuah patung ikan duyung yang dipercayai membawa kekayaan kepada rakyat Songkhla.




Tips : Datang waktu petang, sekitar 4 atau 5 – dapat gambar yang sangat cantik. Mermaid + sunset. Cuma kena pandai-pandai lah ambil giliran. Ramai yang nak bergambar disini.


Wat Khao Kao Seng




Jujur aku cakap, masa sampai dekat lokasi ni, aku jadi tak faham apa sebenarnya tarikan menarik dekat sini. Sebab, dia terletak dekat atas bukit dan ada sebuah wat (kuil).




Tapi, driver aku suruh turun kebawah, aku macam… peliklah sekejap. Rupanya, dekat bawah tu ada macam platform yang dibina untuk korang berjalan dan dia tuju dekat sebuah batu besar.




Aku search, rupanya batu yang dinamakan Hua Nai Raeng yang mempunyai nilai sejarah sendiri iaitu diceritakan gabenor bandar bersebelahan yang bernama Nai Raeng telah membunuh diri disini sebelum menanam keseluruhan hartanya yang bernilai 900 juta baht dibawah batu ini.

Balik Hotel – Rehat
Waktu semakin gelap, aku mintak nak balik hotel sebab penat. Rehat sekejap. Malam keluar balik.

Chalatat Beach

Macam biasa, nak cari makan, aku suka gunakan Tripadvisor dan trip kalini aku guna Google Trip. Memang banyak membantu.

Katanya dekat kawasan jeti (yang aku ceritakan awal tadi) ada kedai makanan muslim, tapi masa aku sampai, dah tutup. Jadi, aku menyeberang naik feri untuk cari makanan.
Langsung ke Chalatat Beach. Memang meriah, sebab sini berderet bar dan pub. Tapi aku tak masuk lah, jengah dari luar je. Memang happening.

Selepas daripada deretan Bar ni, seingat aku bar terakhir nama dia WAVE Society, selepas daripada bar tu ada kedai makan halal. Ada beberapa dekat situ. Sebab lupa bawak kamera dan lapar, aku lupa nak amik detail. Setahu aku nama dia Arabee (ni yang aku google).

Lepas pada makan, amik grab untuk balik ke hotel. Selesai hari pertama.


Day 2 : Songkhla

Lee Subsin Market Precint




Lee Subsin Market Precint ni antara salah satu kawasan ‘pasar’ yang ada di Songkhla. Kawasan ini, memang banyak kedai-kedai diluar dan didalam. Kena ingat satu, walaupun nama dia pasar, dia lebih kepada konsep kedai dekat sini.




Nak tukar duit, sebelah mall ni ada satu money changer. ATM machine pun ada.
Ada mall, ada kedai biasa jugak. Pandai tawar, dapatlah murah. Kalau ke sini, korang boleh cari banyak streetfood yang ada sekitar kawasan ni. Tapi kena hati-hati lah, cari yang dijual 
peniaga muslim.

Tips : Cari yang ada tulisan bismillah atau peniaga bertudung, ataupun tanya je… halal or not. Masalah disini, semua benda ditulis dalam bahasa Thai dan ramai tak boleh cakap English, jadi aku sarankan korang guna Google Translate. Senang!

Songkhla Old Town




Ini aku tak singgah, sempat lalu je sebab nak ke Bo Yang Night Market. Cuma, dekat Old Town ni, ada banyak street art yang korang boleh bergambar. 



Memang instagram-able!
Dari segi bangunan dan vibe, dia ala-ala bangunan lama dekat kawasan Jalan TAR atau Jonker Walk punya style.

Bo Yang Night Market




Jujur aku cakap, aku ingat dia macam Chatuchak market yang famous tu. Tapi sangkaan aku meleset. Walaupun nama dia night market, dia adalah pasar moden, ala-ala uptown dekat sini.




Boleh dikatakan korang jangan tertipu dengan perkataan ‘market’ tu, dia bukan pasar basah. Dia lebih kepada pasar moden yang ada binaan bangunan yang pada aku sangat tersusun.

Bo Yang market ni sama macam uptown dekat KL tuh, ada jual baju, aksesori, cermin mata, cendera hati, dan sebab utama orang ke sini, streetfood! 





Ada macam-macam jenis makanan yang dijual dekat sini.


Perlu berhati-hati sahaja, sebab korang tak boleh bezakan makanan tersbeut halal atau tidak, kebanyakkan tulis Thai sahaja. Kalau ada pork tu aku perasan dia akan tampal sticker kartun babi dekat signboard.

Tips aku, cari yang boleh berbahasa melayu, pakai tudung, atau dekat gerai dia ada ayat-ayat Al-Quran.

Ringkasan Hari Ke-2 : Lee Subsin Market Precint > Songkhla Old Town > Bo Yang Market
Memang hari kedua aku tak sempat nak keluar sebab pagi tu ada kerja sikit nak buat. Jadi habiskan masa dekat hotel. 

Nak keluar tengah hari pulak, hujan lebat. Memang terkilan sebab tak dapat nak pusing-pusing.

Hari kedua keluar hotel agak lambat, dalam pukul 4 atau 5 macam tu lepas hujan berhenti.

Day 3 : Hat Yai


Songkhla – Hatyai
Untuk hari ke 3, kitorang keluar dari Songkhla untuk ke Hatyai. 
GREENVIEW HOTEL




Check-in dekat Greenview Hotel - hotel ni sebenarnya jumpa last minute. Tapi dari segi 'vibe' memang terasa Thailand betul hotel dia. Berdekatan dengan semua benda. 
7 Eleven terletak dalam 5oo meter (ini anggaran aku). 
Santisuk Market
Salah satu kawasan beli belah yang ada di Hatyai adalah Santisuk market. Konsep dia sama, dengan market lain. Macam kawasan Chow Kit atau ala-ala Petaling Street. Dari segi barangan, boleh kata ianya gred AA mungkin lebih rendah. Yang pasti, bukan ori. Itu dari segi barangan lah, dekat sini ada jugak jual kekacang, buah-buah dan lain-lain.
Oh, streetfood memang meriah!

Kim Yong Market
Kalau korang pusing habis kawasan Kim Yong ni, memang penat! Tapi boleh dikatakan kawasan ni, barang dia ‘rare’ sikit dan boleh la cuci mata. Sebab mustahil untuk korang bawak balik. Maksud rare dekat sini, ada beberapa kedai yang jual alatan tangan yang kategori ‘senjata berbahaya’. Ada pedang, pisau dan macam-macam lagi.
Selain itu, dinasihatkan korang bertabah lah bila ke sini, sangat banyak barang untuk ‘menguatkan adik’ atau dalam bahasa lainnya ‘ubat kuat’. Tapi, lain pada tu, korang boleh cari baju, beg, seluar, jajan, kacang, buah-buah dan macam-macam lah dekat sini.

ASEAN Night Bazaar
Dalam banyak-banyak, boleh dikatakan ini yang ‘proper’ sikit, lebih luas, lebih selesa dan meriah. Masa ke sana bulan lepas, memang bersepah orang Malaysia dan semua boleh dikatakan tangan penuh dengan barang-barang macam baju, toto dan lain-lain.
Kalau ke sini, korang naik ke tingkat atas tau. Ada deretan kedai makan bahagian atas. Semua makanan menarik, harga pun murah kalau nak dibandingkan dekat tempat lain.



DAY 4 : Hatyai - Airport

Hari keempat, flight aku dalam pukul 11 jugak. Pagi tu, tak boleh nak keluar bilik disebabkan hujan lebat dan duit Baht tinggal berapa je. Jadi decide duduk dalam bilik layan Netflix je. 




Bukan Sekadar ‘Port’ Insta-Worthy, Encore Melaka Menjanjikan Kelainan!



Terletak di Impression City @ Kota Syahbandar Melaka, Encore Melaka merupakan tarikan terbaru yang ada di bandaraya penuh bersejarah dan ianya belum sampai setahun pun dibuka. Lebih tepat, Encore Melaka dibuka pada 7 Julai 2018 dan di rasmikan oleh Y.A.B Tuan Adly Bin Zahari, Ketua Menteri Melaka.



Struktur binaan bangunan ini sahaja boleh mempersonakan sesiapa sahaja yang melihatnya, apatah lagi dengan bahagian luar yang berwarna putih. Kalau Encore Melaka ni dilihat dari dekat, ianya seakan-akan bersisik dan menjanjikan salah satu keunikan pada gambar di ‘feed’ instagram korang.



Ada beberapa tempat di Encore Melaka ini yang menjanjikan gambar canti, salah satunya di bahagian hadapan bangunan ini sendiri. Selain itu, semestinya di salah satu dinding dengan strukstur sisik, dan terakhir, di bahagian belakang.



Tapi, aku yakin, kalau korang memang mata jenis berseni, ada banyak jugak tempat best nak dapatkan gambar cantik.



TAPI… sebenarnya, Encore Melaka ni bukan sahaja tempat untuk mengambil gambar, ia merupakan bangunan yang didirikan bertujuan untuk mempersembahkan teater. Lebih tepat, Encore Melaka merupakan teater terbesar di Asia Tenggara dengan tempat duduk yang boleh berpusing 360 darjah dan sepanjang 240 meter.

 


Bahasa mudahnya macam ini, korang bayangkan korang berada di dalam bulatan, dan butalan tu dibahagiakan kepada empat bahagian. Semasa pementasan berjalan, setiap bahagian tersebut mempunyai set dan penceritaan tersendiri.

KELAINAN DI ENCORE MELAKA

Secara jujurnya, aku memang meminati persembahan teater dan dah pergi beberapa persembahan teater macam Ola Bola, Cuci The Musical dan lain-lain. Apa yang aku boleh perkatakan adalah persembahan teater di Encore Melaka ni sangat berlainan dan aku tak terfikir pun persembahan teater boleh jadi sehebat ini.


Mana tidaknya, sepanjang persembahan selama kurang lebih satu jam, korang disajikan dengan pelbagai cerita yang berkaitan dengan sejarah negeri Melaka, daripada kedatangan Parameswara, Laksamana Cheng Ho, Asal Usul Baba & Nyonya dan macam-macam lagi.





Storyline dia, ada 7 kesemuanya. Setiap satu mempunyai kelainan masing-masing dan nak diceritakan dengan perkataan, memang aku tak boleh nak gambarkan. Satu masa ruang pentas penuh dengan prop, satu masa lagi penuh dengan LED, ada kesan efek 3 dimensi, ada air hujan dan macam-macam lagi.







Sejujurnya, awal-awal aku sangsi yang persembahan di Encore Melaka ni begitu hebat macam ni sekali. Pada aku, ‘team’ yang menjayakan persembahan ini patut diberikan pujian dan kita di Malaysia patut berasa beruntung kerana sebenarnya Melaka dipilih sebagai satu-satunya daripada ‘Impression Series’ yang ada di luar negara asalnya.

Dari segi harga, pada aku sendiri, merasakan ianya berbaloi dengan apa yang dipersembahkan.



Untuk rujukan, ini adalah harga dan seating plan dalam Encore Melaka ni.







Persembahan ada dua sesi, dan korang boleh tengok masa dia kat sini : 
  1. Isnin – Sabtu : 5.30 petang & 8.30 malam
  2. Ahad : 2.30 petang & 5.30 petang

Jangan keliru, ini untuk persembahan teater, kalau bahagian luar, sentiasa dibuka kepada orang ramai untuk bergambar dan sebagainya.

Oh iye, di Encore Melaka ni jugak, ada pelbagai kemudahan untuk semua, ada lif untuk yang berkerusi roda, kedai cendera mata, kiosk beli jajan, dan untuk yang muslim, kemudahan Surau yang pada aku selesa dan besar jugak.




Dan, aku semacam jakun jugak bila masuk toilet dia. Cantik melampau weh!!




Jadi, adalah satu kerugian kalau kita yang ada dekat Malaysia ni tak hargai tempat menarik macam ni.. Untuk kaki insta tu, serious aku cakap... Banyak tempat nak amik gambar lawa, ada yang buat wedding photoshoot pun dekat sini...

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi 06-270 7777 atau masuk je laman web mereka iaitu www.encore-melaka.com

Pesona Seremban : Galeri Diraja Tuanku Ja'afar



Galeri Diraja Tuanku Ja’afar merupakan sebuah muzium yang dibangunkan untuk memperingati dan menghidupkan kenangan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.



Memasuki perkarangan Galeri Diraja Tuanku Ja’afar yang terletak di Seremban ni, tersergam bangunan putih berkonsepkan moden colonial yang terletak ditengah-tengah bandar Seremban. Bangunan seluas 44ribu kaki persegi ini sebenarnya telah siap sejak tahun 2013 lagi dan ia menempatkan lapan buah ruang pameran utama dan satu ruang pameran sementara. 






Baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 pada tahun 1967 dan telah memerintah Negeri Sembilan selama 42 tahun. Pada tahun 1993, baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-10.




Pameran yang ada di galeri diraja ini berkonsepkan perjalanan peribadi Almarhum Tuanku, yang mana pengunjung akan mengikuti susur masa selain paparan perjalanan biografi Tuanku Ja’afar dalam 8 ruang pameran berbeza, iaitu : 
  1. Sejarah dan Raja-Raja Negeri Sembilan
  2. Mengenal Almarhum Tuanku Ja’afar
  3. Zaman Membesar
  4. Kerjaya Awal
  5. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10 (1967 – 2008)
  6. Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-10 (1994 – 1999)
  7. Permaisuri Baginda, DYMM Tunku Ampuan Tuanku Najihah binti Tunku Besar Tunku Burhanuddin
  8. Keluarga Diraja

Kalau nak diikutkan, pameran yang ada di galeri diraja ini berkonsepkan perjalanan peribadi Almarhum Tuanku, yang mana pengunjung akan mengikuti susur masa selain paparan perjalanan biografi Tuanku Ja’afar dalam 8 ruang pameran berbeza.



Selain menempatkan pelbagai koleksi peribadi milik Tuanku Ja’afar, koleksi ini dipersembahkan seiring dengan kisah perjalanan kehidupan DYMM Tuanku Ja’afar daripada kecil, sehinggalah kemuncak kehidupan yang mana baginda memerintah Negeri Sembilan sebagai Yang di-Pertuan Besar ke-10 dan kemudian dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-10 mengikut sistem penggiliran dan pada waktu itu menggantikan Almarhum Tuanku Sultan Azlan Muhibbudin Shah.




Kalau korang nak tahu, Almarhum Tuanku memang meminati bidang sukan. Salah satu koleksi 'rare' yang korang boleh tengok di Galeri Diraja ni adalah koleksi memorablia berkaitan sukan selain daripada koleksi kayu golf dan pelbagai sukan lain. 




Berpeluang melawat ke galeri ini minggu lepas, memang ia adalah sesuatu yang lain daripada yang lain. Bukan senang kita nak melihat koleksi peribadi seseorang pemerintah. Selain itu, pujian harus diberikan dalam penyusunan dan pengarapan cerita dari permulaan sehinggalah penghujung galeri.

Waktu Operasi : 10 pagi – 5 petang setiap hari, kecuali Isnin (tutup).
Bayaran Masuk :RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kakak, warga emas dan OKU.
Alamat : Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Jalan Taman Bunga, 70100, Seremban.