Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

5 Destinasi Terbaik Di Asia Untuk Backpacking Tahun 2020


Memasuki hari - hari terakhir tahun 2019 ni, confirm ada antara korang yang sudah berkira – kira dan setidaknya mula planning untuk travel tahun 2020 nanti. Selain mudah mendapatkan tiket murah, sekurang – kurangnya dah boleh merancang dan mengumpulkan duit secukupnya untuk menampung perbelanjaan travel nanti. 

Untuk backpackers kat luar sana, sekiranya korang tengah merancang untuk travel tahun hadapan, ini ada 5 destinasi pilihan dan juga terbaik untuk pengembaraan korang pada tahun 2020.
#1. Sendai, Jepun
Tahun 2020 merupakan tahun penting buat Jepun kerana tahun hadapan, Tokyo akan menjadi tuan rumah untuk temasya sukan Olimpik. Jadi, boleh dijangkakan Tokyo akan sesak dengan para atlet, pegawai pengiring dan semestinya pelancong.
Jika nak mengelak crowd di Tokyo, korang boleh ke Sendai, sebuah bandar yang berada di wilayah Tohoku. Waktu terbaik adalah pada bulan Ogos yang mana mereka akan mengadakan festival Tanabata Matsuri pada 6 hingga 8 Ogos. 

#2. Ha Giang, Vietnam
Wilayah yang terletak paling utara di Vietnam dan besrbelahan dengan China. Ha Giang ini boleh dikatakan jarang – jarang didengari dan biasanya tak ramai backpackers ke sini disebabkan lokasinya yang agak berjauhan dari destinasi – destinasi pilihan lain di Vietnam.
Ha Giang boleh dikunjungi menaiki bas  dan menjanjikan pemandangan gunung ganang yang mengasyikkan. Korang juga boleh menyewa motorsikal dan explore kecantikan alam semula jadi di sini.

#3. Pulau Siargao – Filipina
Siargao boleh disebut sebagai ‘syurga’ para peluncur air selain mempunyai banyak lokasi dan destinasi keindahan alam seperti air terjun, lagun, gua, hutan dan semestinya pantai. Memang lokasi terbaik untuk backpackers yang suka nature.
Satu destinasi yang patut korang lawati ialah pantai Cloud 9 terutamanya untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.

#4. Surat Thani, Thailand
Sekiranya ingin ‘merasai’ pengalaman Thailand yang lain daripada yang lain, korang bolehlah tuju ke Surat Thani, Thailand.
Seperti kebiasaan, Thailand amat terkenal dengan seni bina yang cantik termasuk binaan binaan tempat beribadat mereka. Selain itu, korang boleh menaiki bot panjang. 
Jangan tak tahu, Surat Thani juga berdekatan dengan Taman Laut Ang Thong yang terkenal dengan pulau seperti Ko Samui, Ko Pha Ngan dan Ko Tao.
#5. Nusa Penida, Indonesia
Tahun 2020 boleh dikatakan tahun kita biarkan Bali ‘berehat’. Mana tidaknya, disebabkan masalah over-tourism, Bali sekarang ini berdepan dengan krisis kekurangan sumber air.
Disebabkan itu, ayuhlah kita ke Nusa Penida. Boleh dikatakan syurga backpackers juga ni!
Ada banyak destinasi menarik di Nusa Penida yang boleh korang tuju, terutamanya Pantai Kelingking yang terkenal dengan tebing curam melengkung dan pantai yang tidak tercemar.
Selain itu, Nusa Penida juga dikatakan ‘rumah’ kepada Manta Ray yang sering didapati berenang -renang di sekitar kawasan ini.
Jadi, 2020 nanti, nak kemana kita?

Itenerary Roadtrip Hujung Minggu 3 Hari 2 Malam Ke Ipoh, Perak


Ipoh, 200 kilometer dari Kuala Lumpur, kalau nak diikutkan kira - kira 2 jam 30 minit perjalanan menaiki kereta melalui highway PLUS. Kalau nak diikutkan, aku ada 'sejarah hitam' dengan Ipoh. Tiga ke empat tahun sudah, aku accident dekat Terowong Menora, motor aku total lost. Itulah memori yang aku rasa paling susah nak lupakan. 

Kali ini, trip ke Ipoh 3 hari 2 malam meninggalkan memori manis! Mana taknya, aku rasakan Ipoh ni sangat unik, vibe dia lain macam. 

Nak share itinerary roadtrip 3 hari 2 malam ke Ipoh. Pada asalnya, aku nak pergi sorang. Tapi last sekali, aku bawak adik aku dan dalam masa yang sama gunakan kereta dia lah untuk roadtrip kali ni. 

Sebelum ke itinerary, perlu aku nyatakan aku ke sana atas jemputan untuk review WEIL HOTEL untuk 3 hari 2 malam. Jadi, aku ke sana pada Sabtu, Ahad dan Isnin. Kalau nak diikutkan, bajet roadtrip ke Ipoh ni RM93.50. Kos ini merangkumi minyak, tol dan bayaran masuk tempat – tempat menarik di Ipoh yang aku pegi. Tak termasuk makan, tak termasuk hotel. 


Itinerary Roadtrip 3 Hari 2 Malam Ke Ipoh
Jenis Kereta : Axia
Minyak : RM40 – isi waktu pergi dan balik ada tinggal baki minyak
Tol : RM 40.50 – Pergi RM23.20 (Rawang – Ipoh ), Balik RM20.30 (Gopeng – Rawang). Balik aku gunakan exit Gopeng sebab singgah Kellie's Castle. 
Hari Pertama
Rawang – Ipoh
Gerak pagi sekitar 9 dari Rawang. Pukul 11 dan sampai Ipoh.


Tiba di Ipoh sekitar waktu makan tengah hari, kami singgah di Ipoh Parade (ini disebabkan hotel sebelah Ipoh Parade) untuk makan tengah hari. Nasi Ayam + Air RM7.



Kendian aku check - in dan berehat di bilik sebelum turun untuk Hi-Tea di Tea Lounge WEIL Hotel. Hi Tea ni memang untuk dua orang, disediakan dari pukul 12 tengah hari sampai 3 petang. Ada 3 tingkat makanan, harga; seingat aku ialah RM64.



Selepas itu, naik bilik, rehat dan ready untuk dinner pulak. 
Makan malam, disediakan oleh pihak hotel. Malam pertama, makan sedap sikit di The Deck, salah sebuah restoran yang ada di WEIL Hotel.




Kalau nak tahu, dekat WEIL ini ada 3 tempat makan utama iaitu The Deck, Yuk Sou Hin (Restoran Cina tapi tak serve pork) dan TIFFIN. 
Selepas pada makan malam, seingat aku, kitorang habiskan masa dekat mall sebelah dan rehat. 

Hari Kedua
Pagi tu, kami breakfast di Yuk Sou Hin. Dijamu Dimsum! Mula - mula takut nak masuk, tapi pihak hotel jelaskan yang ia adalah pork-free.


Ada 6 jenis jugak rasanya kami makan berdua.


Hari Ahad di Ipoh ada weekend market atau disebut LOKEN. Loken ni adalah pasar pagi yang menjual barangan terpakai dan ada juga menjual barangan baru. Cuma menariknya, macam - macam barangan antik, barang lama yang korang boleh dapatkan disini.



LOKEN ni, memang panjang dan macam tiada penghujung. Korang boleh jumpa macam - macam barang daripaka sekecil skru, paku, tali kasut sehinggalah radio, luggage dan lain - lain. 
Lepas pada Loken, kami gerak ke Yasmin @ KongHeng. Dari Loken ke sini dalam 1 kilometer jugak tak silap, jalan kaki! 
Sebelum nak sampai ke Kong Heng, kitorang terjumpa Miniature Art Museum. Dekat sini ada model miniature bandar yang diukir menggunakan kayu. 





Memang terperinci cara pembuatan dia. Masuk percuma di tingkat bawah. Muzium ini ada dua tingkat, tingkat atas dikenakan bayaran RM5. Jadi kami tak naik atas, cuma sekadar ambil gambar ditingkat bawah.
Disebabkan penat berjalan kaki, kitorang singgah minum milk tea dekat Tapir Milk Tea. 



Lepas pada itu, sambung perjalanan menuju Concubine Lane dan Kong Heng Square. Dua tempat ni terletak dalam satu kawasan. Concubine lane ni lebih kepada deretan kedai lama yang sekarang ni kebanyakkannya dah dijadikan kafe. Dekat sini ada macam – macam barang yang korang boleh cari terutamanya untuk dibuat oleh – oleh. Street food jugak ada banyak.



Kong Heng Square ni pulak tempat bergambar dan melepak. Ada dua tiga kedai dan cafĂ© disini. Selain itu ada juga kedai – kedai kecil yang jual aksesori seperti gelang, rantai dan lain – lain. Apa yang menarik disini adalah korang kena pergi ke BookXcess yang ada di Kong Heng Square ni. 




BookXcess @ Kong Heng Square ni sangat menarik dan ada ceritanya tersendiri iaitu bahagian bawah kedai buku ini adalah peti besi sebuah bank. Jadi, untuk mengekalkan nilai ‘rare’ dia, peti besi tu dijadikan tempat letak dan susun buku. Lantai, pintu dan peti besi dikekalkan seperti asal.


Selepas itu, kami singgah di May Wong Galleri yang mana ia juga merupakan muzium fotografi sejarah Malaysia serta kedai print vintaj yang paling besar di dunia. 




Kalau nak ikutkan, dalam dia ada koleksi gambar – gambar lama bangunan dan tempat di Malaysia selain dia juga ada poster – poster vintaj iklan lama – lama. Masuk adalah percuma.
Dah penat berjalan, kitorang balik, rehat di bilik sementara menunggu dinner. Dinner hari kedua di TIFFIN. Dinner buffet. Ada seafood bakar dan masa kami disana memang ada Fish Market, buffet seafood. Harga RM56 untuk dewasa, RM28 untuk kanak - kanak. 



Lepas pada dinner, kami keluar jalan - jalan ambil angin. Sempat lah lepak di Dataran Ipoh, tengok bangunan - bangunan lama macam Stesen Keretapi Ipoh dan last sekali sebelum balik ke hotel, kami singgah lepak makan di Konda - Kondi. 






Konda - Kondi ni adalah salah satu kafe yang ada di sekitar bandar Ipoh ni. 
Hari Ketiga
Hari terakhir, kami sarapan di TIFFIN jugak. Pilihan menu agak banyak dan menarik, satu je aku nak cakap, korang kena try roti dia. Freshly baked tau!



Kemudian, kami check-out. Terus menuju ke Batu Gajah untuk singgah ke Kellie's Castle.



Kellie's Castle, bayaran masuk RM5. Korang boleh habiskan masa baca sejarah tempat ini dari satu bilik ke bilik yang lain.


Ini replika  ruang tamu berdasarkan lukisan yang ditemui

Dari bilik salah seorang anak Kellie , dengar cerita pokok besar ni penuh misteri, betul ke?


Kitorang sampai disini sekitar jam 11 kalau tak silap. Ambil gambar sikit, kendian terus balik ke rumah. 
Secara rumusan; 
Hari Pertama : Rawang > Ipoh - habiskan masa di Ipoh Parade dan Hotel
Hari Kedua :  Hotel - Loken - Miniature Art Museum - Concubine Lane - Kong Heng Square - May Wong Gallery - Hotel -Konda - Kondi
Hari Ketiga : Hotel - Kellie's Castle - Rawang.

10 Tips Memandu di Australia Buat Pelancong Malaysia


MEMANDU DI WESTERN AUSTRALIA (WA) – ASAS YANG PERLU TAHU
1. LESEN MEMANDU
  • Lesen Memandu Malaysia (dwibahasa) boleh digunapakai di seluruh Komanwel Australia & New Zealand, jadi tak perlukan International Driving Permit.
  • Sila bawa & jangan tinggalkan lesen memandu anda di Malaysia

2. SEWA KERETA DARI SYARIKAT CAR RENTAL
  • Terdapat banyak car rental service. Antara yang terkenal adalah AVIS, Bayswater, Thrifty, Budget Car, Hertz & Eurocar.
  • Buat perbandingan harga terlebih dahulu. Lebih senang layari di https://www.drivenow.com.au/
  • Booking awal dan AMAT DIGALAKKAN untuk mengambil insurans perjalanan sekali.
  • Perlukan kad kredit untuk transaksi dan setiap syarikat ada mengenakan bond tambahan (seakan deposit), harga bond berbeza-beza mengikut syarikat.
  • Bond hanya akan dipulangkan selepas beberapa tempoh selepas syarikat itu berpuas hati dengan keadaan kereta tersebut termasuk tiada mata demerit (saman) dikenakan atau kerosakan kenderaan berlaku.
3. SEWA KERETA DARI ORANG PERSENDIRIAN
  • Ini yang kami ambil sebab tiada bond yang dikenakan dan boleh dibayar tunai.
  • Lebih senang berurusan tetapi masih PERLU sentiasa menjaga kenderaan yang dibawa serta mengikuti undang-undang jalanraya.

4. PERATURAN LALU LINTAS

  • Seperti di Malaysia, sistem jalanraya di sini juga adalah left-hand traffic.
  • Undang-undang trafik di Australia umumnya hampir sama dengan kita, tetapi bezanya undang-undang di sini benar-benar telus.
  • Peraturan lalu lintas perlu diikuti sepanjang anda berada di jalanraya tak kira jalan tersebut jalan kampung, jalan perumahan hatta lorong-lorong kecil sekalipun.
  • Tali keselamatan perlu dipakai oleh SETIAP penumpang dan bayi pula wajib menggunakan baby seater. Mata demerit untuk tidak memakai tali keselamatan adalah sebanyak AUD550 dan mungkin berganda ketika musim puncak.
  • Penggunaan telefon bimbit atau apa-apa device sekalipun dilarang sama sekali ketika memandu. Sentuh pun tak boleh OK!
  • Hati-hati dengan speed trap. Speed trap boleh berlaku di mana-mana terutamanya jalan-jalan di outback. Biasanya polis speed trap (ada yang tidak mengenakan uniform) ini menggunakan Nissan X-Trail samada berwarna hitam atau putih dan parkir di bahu jalan.
  • Peraturan lalu lintas mungkin berbeza-beza mengikut negeri.
5. KAWASAN REHAT
  • Di WA tiada highway (disebut freeway) yang bertol maka kawasan rehat mungkin cuma di stesen petrol sahaja.
  • Untuk perjalanan ke *outback yang jauh, kawasan-kawasan rehat mungkin hanya taman-taman di tepi jalan. Sesetengahnya ada kemudahan BBQ, ada yang boleh bermalam dan ada yang tidak boleh bermalam. Bermalam di kawasan rehat yang tidak dibenarkan akan dikenakan denda.
  • Outback = istilah yang digunapakai oleh orang Australia merujuk kepada kawasan luar bandar.
  • Rancang perjalanan dengan teliti kerana anda mungkin menempuhi kawasan tidak berpenghuni yang panjang. Isi petrol penuh-penuh dari bandar.
  • Bawa makanan sendiri kerana sukar untuk mendapatkan makanan halal sekiranya di luar bandar.
  • Jaga kebersihan tempat rehat, kawasan tersebut mungkin dijaga oleh ranger yang tidak beruniform.
6. PETROL & HARGANYA

  • Stesen petrol hanya terdapat di bandar dan pekan-pekan kecil sahaja. Amat sukar untuk mendapatkan stesen petrol di kawasan pedalaman.
  • Harga petrol adalah tergantung kepada pengusaha stesen tersebut. Harga mungkin berbeza walau sebelah-menyebelah atau sesama syarikat pengeluar.

  • 7. CAJ PARKIR
    • Caj parkir hanya dikenakan di kawasan perbandaran sahaja; contohnya di kawasan pusat bandar Perth, Fremantle, Mandurah, Rockingham, Albany dll.
    • Caj sekitar AUD1-AUD5 per jam.
    • Di *CBD Perth, agak sukar untuk dapatkan parkir pada siang hari. Adalah lebih senang hanya menggunakan CAT Bus atau Transperth.
    • CBD = Central Business District atau pusat bandar.
    8. SISTEM NAVIGASI & PRE-CAUTION LAIN
    • Waze dan Google Map kedua-dua boleh digunakan.
    • Perlu alert dengan ramalan cuaca semasa; dimana keadaan luar kawalan mungkin berlaku seperti hujan lebat, ribut pasir, hujan ais atau frost (pada musim sejuk)
    9. KALAU TERLANGGAR HAIWAN?

    • Di pedalaman Australia terdapat banyak haiwan liar seperti kangaroo dan emu.
    • Mengikut undang-undang negeri WA, membunuh haiwan-haiwan ini dengan sengaja (termasuk hit and run) boleh dipenjara dan denda.
    • Kalau terlanggar adalah dinasihatkan untuk call ranger di talian (08) 9448 7565.
    • Melanggar haiwan-haiwan ini juga akan menyebabkan kerosakan kenderaan yang di sewa, maka anda dipertanggungjawabkan atas segala caj kerosakan tersebut. Sentiasalah berhati-hati
    10. UNTUNGNYA MEMANDU SENDIRI
    • Anda tidak terikat dengan masa seperti anda mengikuti pakej.
    • Anda boleh sesuka hati untuk menuju atau berhenti di tempat yang anda rasa cantik dan menarik.
    • Western Australia walaupun *arid, tetapi sangatlah unik. Terdapat jajaran pantai yang panjang yang boleh anda nikmati dan banyak juga kawasan marshland yang unik serta pelbagai lagi fenomena geografi lain yang jarang terdapat di Malaysia, maka nikmatilah seoptimumnya!
    • Arid = kawasan kering separa gurun atau savannah.
    Semoga informasi bermanfaat.