Advertisement

Hot Wheels : Hobi Yang Menguntungkan...



Siapa tak kenal akan kereta permainan kecil Hot Hweels ini.. Boleh dikatakan setiap rumah di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sebiji kereta ni, sama ada dibeli mahupun freegift dari Mc Donalds dan sebagainya... 
Terkenal dengan details terhadap setiap kereta yang dikeluarkan, Hot Wheels bukan sahaja menarik minat golongan budak –budak sahaja tetapi bapak –bapak budak pun tertarik dengan hot wheels tau! 
Jika nak cerita sejarah, Hot Wheels ini awalnya dikeluarkan oleh Mattel pada tahun 1968. Pada tahun tersebut, hanya 16 biji kereta yang dikeluarkan dan 11 daripadanya di reka bentuk oleh Harry Bentley Bradley.
Koleksi pertama ini dikenali sebagai ‘the sweet 16’ ataupun ‘the original 16’ oleh peminat Hot Wheels. Selain daripada 'the original 16', dikatakan 10 kereta dibawah ini antara yang paling 'rare' dan harganya mencecah ribu..!
10 of the rarest hotwheels. 

Yang bestnya pasal Hot Wheels ni, harga dia akan lagi mahal kalau dia tu merupakan keluaran ekslusif masa show or event. Kalau ikutkan internet, model yang paling 'rare' dalam dunia ni no.3 tu, white enamel camaro. 
Gambar ni, ialah gambar Google, tapi inilah model yang dikatakan 'rare' atas sebab kesilapan pada proses pengilangan. White Enamel tu actually hanya base yang dicat pada setiap kereta Hot Wheels untuk kesan defect pada body, tapi.... ada beberapa unit je yang terlepas pack, dan terjual! Sebab tu harga dia, ribu ribu kalau ada... 
Jangan risau, Hot Wheels ni unik. Ada yang minat kumpul muscle car, ada yang kumpul model kereta Jepun dan sebagainya. Tapi, semua ada market dia tersendiri. Kalau tak percaya, boleh masuk ke group Hot Wheels Malaysia untuk tengok koleksi atau ada yang nak jual kereta yang diorang ada. 

p/s : Selamat mencari... Saya baru kumpul 2 bijik, tapi itulah, kena mula dari sebijik kan =D

Post a Comment

1 Comments

  1. Pernah juga nak jadikan hobi.. tapi original hot wheels mahal.. =P

    http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/2017/09/sejarah-perngorbanan-nabi-ibrahim-dan.html

    ReplyDelete

Leave a comment...