Home Blog Services About Free Audit

Solo Travel : Perkara - Perkara Yang Tak Best Pasal Travel Seorang



Setiap orang, ada gaya travel dia tersendiri. Ada yang suka pergi secara berkumpulan, ada yang suka pergi sorang-sorang. Dua-dua ni ada kebaikan dan kekurangan dia tersendiri. Terpulang pada korang, ikutlah yang mana selesa okay? Kalau aku, aku okay je dua-dua, cuma aku prefer solo. 

Selain tak memeningkan, travel secara seorang ni bukan nak kata korang tu ‘forever-alone tapi lebih kepada korang nak masa untuk diri sendiri. Sedikit sebanyak, kalau aku, aku gunakan waktu travel ni, sebagai 'me-time' aku. Away from semua. 



Nak book tiket, senang. Terasa nak pegi, tarikh ngam. Book tiket, apply cuti, sampai waktu dan tarikh nak travel, terus gerak. Kan senang. Kalau ramai-ramai ni; biasalah. Bukan semua orang free pada waktu yang sama. Kena tunggu yang sana, tunggu yang sini, masuk yang cancel last minute, senang cerita, kalau solo travel ni kuranglah ragamnya.

Sebelum korang teruskan pembacaan; nak cakap je ini pendapat aku secara personal, tak bermaksud semua orang alami dan setuju dengan benda ni okay?

Ini benda-benda yang tak selalu dikongsikan oleh solo traveller. Senang cerita, perkara yang tak best masa solo travel.

#1. Berdua Lebih Baik


Kalau betul nak gerak ‘solo’ sebaiknya pergi berdua. Sebabnya, kalau seorang, susah korang nak dapatkan gambar yang cantik – kalau korang jenis nak gambar cantik dekat Instagram lah. Nak harapkan orang dekat sana nak tangkapkan, korang doa-doalah orang yang korang jumpa tu pandai ambilkan gambar.

Ini hasil kalau gambar orang amikkan. 


Kalau kawan korang, korang boleh la bagitahu nak angle macam mana, nak shot macam mana dan sebagainya. 


Cara ke dua, bawak lah tripod. Tapi dari pengalaman aku sendiri; gambar tak secantik dengan orang tangkapkan dan katalah korang nak mandi air terjun ke, mandi laut ke, tak ada orang nak tengokkan barang-barang peribadi korang.

Ataupun, macam solo trip aku ke Bali - aku selfie 



#2. Kesihatan

Kadangkala, kita boleh jatuh sakit sewaktu travel; tapi mintak dijauhkan lah. Walaupun kita bawak segala kelengkapan ubat, tapi cuba bayangkan kalau korang memang teruk dan tak larat sangat-sangat.

Kalau ada kawan sekali, sekurang-kurangnya ada yang belikan ubat, sapukan ubat, belikan makanan dan sebagainya.

Dan kalau korang travel ke luar, dapatkanlah travel insurans. Cara nak dapatkan travel insurans pun senang je.

#3. Terlalu ‘friendly’

Salah satu perkara yang best sewaktu solo travel adalah orang tempatan akan lebih mesra dengan korang kalau dia tahu korang berseorangan. TAPI; menurut cerita-cerita yang tak best, promoter, supir dan sebainya yang berkaitan akan mula ‘menggatal’ lagi-lagi kalau korang tu jantinanya berlainan dari diorang.
Selalunya berlaku dekat solo traveller perempuan-lah.


#4. Beg Berat – Lebih Muatan

Biasanya, bila travel solo ni korang akan fikirkan ‘worst-case scenario’. Jadi, korang akan bawak segala benda yang korang rasa penting. Macam contoh, kalau travel ramai-ramai korang boleh bahagikan, siapa nak bawak travel iron, siapa nak bawak makanan extra dan sebagainya. 


Tapi kalau korang solo, semuanya korang kena bawak sendiri-lah.
Kena pulak, flight korang delay atau ada transit di airport. Bila ramai-ramai, korang boleh bersembang dan ‘lupakan’ pasal beg yang berat tu. Bilas orang-sorang ni, korang faham-fahamlah.

Tips dekat sini – travel light je.

#5. Kecewa



Bila sampai di satu destinasi, kadang-kala korang kan terasa kecewa dengan pilihan yang korang buat untuk travel solo. 

Contohnya, korang pergi sana dengan harapan yang tinggi, tiba-tiba tempat tu, tak macam apa yang korang bayangkan.

Sekurang-kurang kalau tempat itu membosankan, korang ada teman untuk berborak.

The Cedar @ Bidor - Percutian Di Villa Mewah




The Cedar @ Bidor - Villa Percutian Mewah Untuk Keluarga


Mula-mula dapat tahu yang aku akan review satu tempat bercuti di Bidor, puas aku fikir, ada ke? Bidor tu bukannya ada pantai, bukannya ada port best. 

Rupanya aku silap. Silap sebabnya disebalik lokasinya; ada terletak sebuah Villa mewah yang tersergam cantik. 



Terletak lebih kurang 5km daripada exit tol Bidor, perjalanan dari KL ke sini ambil masa lebih kurang 1 jam setengah ke dua jam la jugak. 

Exit dari tol, korang ambik kanan, kemudian korang ikut aje waze ke The Cedar Bidor, lebih kurang 4 km dari jalan utama tu. Korang akan lalu kawasan perkampungan, jangan risau, jalan memang sunyi sikit tapi korang akan nampak signboard untuk masuk ke sini. 

Korang ikut je. Cuma jalan dia tak berturap lah, off-road gittuh. Kalau kereta lowered, sangkut la jugak. Hehehe. 



Dekat The Cedar Villa ni, ada 8 bilik yang boleh muatkan sehingga 16 orang dalam satu masa. 

Antara fasiliti yang ada ialah : 
  • ·         8 Bilik – Katil Queen.
  • ·         Tandas di setiap bilik dan 2 tandas extra di bahagian bawah.
  • ·         Ruang tamu yang luas.
  • ·         Swimming pool.
  • ·         Tempat barbeque.
  • ·         Meja pool.
  • ·         Playroom untuk kanak-kanak
  • ·         Kemudahan dapur basah dan kering


Cumanya, disini memang TIADA WIFI disediakan. Sebabnya, kita digalakkan berborak dan lupakan segala media sosial dan kerja. Hehehe.




The Cedar @ Bidor 

The Cedar @ Bidor adalah sebuah unit bungalow yang dibina di atas tanah seluas 4-ekar, dan lokasi dia adalah atas bukit. Kena mendaki bukit jugaklah sebelum nak sampai tu. 

Apa yang best kat sini, korang boleh karok sepuas-puasnya, ruang tamu dia sangat luas dan selesa, siap ada system karaoke. Cuma, lagu dalam tu tak banyak, caranya... korang carilah lagu sendiri guna laptop atau phone. 




Line telco yang ada dan kuat kalau tak silap aku adalah Maxis, Unifi (Webe) pun ada, cuma H je la, bukan 4G. 

Selain itu, lokasi strategik rumah ini juga membolehkan korang tengok panorama matahari terbit dan terbenam daripada kolam infiniti yang terletak disebelah villa. 




Walaupun agak jauh untuk ke pekan, korang dibenarkan masak dan barbeque disini. Bahan belilah sendiri. Cuma kemudahan tempat, peti sejuk penyimpanan semua ada.

Kalau perlukan bantuan pun, ada staff yang standby yang tinggal berhampiran. 

Staycation Hujung Minggu Di Port Dickson - Hotel Langit Langi



Port Dickson, lokasi yang tak adalah jauh mana dari KL, sejam setengah ke dua jam perjalanan. Atas faktor yang tak terlalu jauh ni lah boleh dikatakan PD ni lokasi pilihan ramai untuk habiskan cuti hujung minggu.

Kalau korang suka aktiviti berkelah, habiskan masa tepi pantai, boleh lah korang ke PD. Sebabnya, kalau nak sesuatu yang ‘special’ mungkin bukan di PD. Baik di kawasan Teluk Kemang, atau ke belah-belah waterfront tu. Atau mungkin aku je yang tak habis explore lagi.

Ada beberapa tempat di PD yang korang boleh habiskan masa hujung minggu, antaranya seingat aku adalah Ostrich Farm. Ataupun korang boleh ke 3D house dan kalau aku tak silap ada beberapa tempat baru. Selain tu, kalau korang minat, boleh ke muzium-muzium yang ada.

Cuma, kalau ke PD pada hujung minggu, korang kena hadap lah traffic jam sikit. Orang pun ramai, baik di hotel, atas jalan, tepi pantai dan boleh kata semua tempat tarikan, akan ramai orang.

Untuk weekend staycation aku minggu lepas, aku ke Hotel Langit Langi.




Ada beberpa benda yang best dan ada yang tak berapa nak ‘enak’ berkenaan hotel ni.

Hotel Langit Langi, Port Dickson

Hotel ni berdekatan area waterfront, kalau korang dari Teluk Kemang, dia akan ada belah kanan, selepas stesyen minyak Petronas kalau aku tak silap. Tapi, dia sebelum simpang untuk ke PD Waterfront.

Location wise, pada aku senang. Sebab boleh nak ke Waterfront, tak sampai 10 minit, nak ke Teluk Kemang, dalam 20 minit camtu.

Nak kata baru, tak jugak cuma hotel ni pada aku, worth staying in. Sebab kalau korang tengok dari luar, dia macam hotel-hotel ‘murah’. Mungkin vibe deret bangunan yang nampak lama. Cuma hotel ni je yang meriah dengan warna-warni di kawasan tu.

Sadly, untuk ke pantai. Agak jauh lah. So, kalau korang nak ke PD bawak anak-anak main pantai, hotel ni bukanlah salah satu pilihan yang bijak. Satunya, pantai terdekat pun korang kena naik kereta.

Jom tengok interior design hotel ni.







Overall, aku boleh cakap, aku impressed. Sebabnya, walaupun dari luaran tak nampak mewah. Bila masuk, kau macam dekat satu kawasan lain. Dengan design dia yang oriental, korang boleh tengok dari segi pemilihan warna dan barang-barang perhiasan dalam hotel ni.


Ini bukan dari dalam bilik ye, cuma dari hallway, boleh tengok pool. Kiranya kena keluar bilik. 


Untuk bilik, aku sangat berpuas hati. Sebab luas. Simple. Toilet pun besar. Taknak cerita banyak pasal bilik, cuma kalau nak kesini, korang mintak bilik jauh dari swimming pool kalau korang nak rehat tenang-tenangkan fikiran.

Ye, dekat sini ada swimming pool. Cumanya, aku tak pasti sama ada disebabkan hujan, atau pool ni tak cukup sistem pembersihan. Air dia nampak keruh, dan ada stain dekat tepi-tepi kolam yang pada aku, tak patut berlaku lah.

Pasal breakfast, sorry to say. Aku tak recommend korang amik pakej bilik dengan breakfast. Satunya, makanan tak banyak sangat, dan kalau nasib korang tak baik. Makanan akan habis kalau ramai sangat yang stay dekat situ. Macam aku kena, aku rasa aku tak adalah turun lambat mana, tapi pinggan mangkuk, sudu garfu, semua habis. Kena tunggu untuk diorang basuh.

Bab makanan, adalah beberapa jenis. Ada roti, nasi lemak bungkus, sausage dan baked bean. Pasal baked bean, aku tak tahulah jenis dia ke apa ke, cuma pada aku, dia macam tak masak. Bila aku complain dekat pekerja dia, dia kata dah masak. Padahal, baked bean tu sejuk seolah-oleh bukak dari tin, tuang dalam bekas and serve dekat customer.

So pada aku, baik lah tak payah amik breakfast dekat sini. Banyak benda yang hotel ni kena baiki untuk ‘fight’ hotel-hotel besar yang ada berdekatan dengan dia. Sebab orang akan fikir, spend banyak ni, tambah sikit dapat hotel lagi best etc etc.

So Hotel Langit Langi ni, korang go for the stay, tapi don’t stay for the breakfast lah. Itu je.

Berbalik kepada nak habiskan hujung minggu dekat sini; aku akan ringkaskan macam ni :

Day 1 –
Gerak dari KL pagi, let say 8 (sebab taknak jam).
Sampai around 10 (kita genapkan kalau ada jam dan sebagainya)
Pegi breakfast dulu, sebab biasanya hotel boleh check in lepas pukul 12. Korang lepaklah tepi pantai dulu ke, mandi-mandi.

Tengah hari – lunch.
Ada banyak kedai-kedai dekat area Teluk Kemang tu. Pilih je mana-mana, tapi aku recommend ada satu ni nama dia, Asam Pedas Kasih Ibu. Ada macam-macam menu nasi berlauk, nasi ayam, masak lemak dan lain-lain. Nak coconut shake pun ada.
Dah kenyang, korang cuba lah call hotel tanya dah boleh check in atau tidak. Kalau dah, terus ke hotel pilihan korang.

Petang – korang pergilah jalan area PD. Nak yang happening, dekat Teluk Kemang lah, macam-macam aktiviti ada. Gerai-gerai pun banyak. Tapi, macam aku cakap tadi, Teluk Kemang memang packed lah. Nak lain sikit, korang drive ke atas sikit, cari ostrich farm atau 3D house. Dua ni korang boleh settle petang tu jugak.

Malam –
Kalau nak best, ade je area-area sini jual ikan bakar etc. Tapi nak adventure lagi, korang lajak lah ke Melaka. Ikut PD ni dah dekat dah. Hikhik. Tapi balik nanti, korang lapar balik lah. Hikhik.
Option ke dua, korang lepak area PD Waterfront. Depan McD tu, malam-malam happening. Macam aku pergi haritu, ada busking, ada orang jual belon sabun tu dan sebagainya. Anak-anak suka lah. Korang pun boleh tenang-tenang ambik angin pantai.

Hari ke-2.

Breakfast dekat Hotel. Kalau tak best, korang pergi ke area pekan, carilah warung yang jual nasi lemak atau roti canai.

Lepas breakfast, kita mandi laut lah. Apa lagi. Nak jalan-jalan pun, ada muzium dekat-dekat. Tapi aku suggest, muzium tu korang pergi lepas check out lah, biasanya check out sebelum pukul 12. So, mandi dulu puas-puas tepi pantai.

Oh, kalau korang jenis nak try camping pun ada jugak. Aku tengok dekat sepanjang pantai on the way nak ke Teluk Kemang tu, ramai yang pacak kemah, hammock dan sebagainya. Cuma aku tak pasti, tapak tu berbayar atau tidak.

So, untuk selamat. Lepas mandi-mandi tu, korang gerak lah keluar balik KL. Sebabnya, korang faham-faham lah, lambat sikit, highway ke KL tu akan jam. Kalau korang tak kisah, silakan. Gerak lah lambat-lambat sikit.

Oh untuk hotel Langit Langi tadi, boleh usha dekat sini : Langit Langi Hotel @PD Waterfront


Atau nak cari hotel lain di PD, ada dekat sini : Senarai Hotel Di Port Dickson