Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Promosi 'Eat Thai, Visit Thailand 2019' Mr Tuk Tuk, Peluang Ke Bangkok Tu!



Pihak Berkuasa Pelangcongan Thailand di Malaysia (TAT), melancarkan sebuah kolaborasi bersama restoran-restoran berasaskan makanan Thailand di negara ini.

Dari Kiri : Dari Kiri : Mrs. & Mr Ken Leong, Ms Jacquelynn (Mr Tuk Tuk), Mr Ahman, Ms Sirinthara (TAT)

Selari dengan kempen ‘Membuka Lembaran Baru’ menerusi Amazing Thailand yang menumpukan lima sector utama dalam pelancongan iaitu Seni dan Kraf, Budaya, Alam Semulajadi, Gaya Hidup dan Gastronomi.



Kempen ‘Eat Thai, Visit Thailand 2019’ Di Semua Cawangan Mr Tuk Tuk



Kempen ‘Eat Thai, Visit Thailand 2019’ bermula dari 20 Mac hingga 30 April ini adalah kolaborasi antara TAT dan kesemua cawangan rangkaian restoran Mr Tuk Tuk di Malaysia.  Sempena kempen ini juga, Mr Tuk Tuk telah memperkenalkan beberapa makanan dan minuman baru dalam menu mereka.



Antara menu yang diperkenalkan adalah Fried Tofu with Basil Leaves, Thai Seafood Otak-otak, Fresh Oyster with Lime Sauce, Thai Prawn Salad dan pencuci mulut Thai Pumpkin Custard.






Mr Tuk Tuk dalam masa yang sama mengalu-alukan pengunjungnya untuk menikmati makanan halal Thailand yang sedap, berkualiti dan autentik. Setiap sajian terbukti keenakannya dan rasa yang sama terdapat di banyak restoran halal seumpama itu di Thailand.



Apa yang menarik, sepanjang kempen berlangsung, pengunjung yang memberlanjakan lebih daripada RM50 dalam satu resit di mana-mana cawangan Mr Tuk Tuk, berpeluang memenangi salah satu daripada 20 hadiah yang disediakan termasuklah hadiah utama iaitu percutian untuk dua orang ke Bangkok secara PERCUMA.

Selain percutian 3 hari dua malam ke Bangkok (termasuk hotel) ini, hadiah lain yang boleh dimenangi adalah beg bagasi, beg tangan dan baucer makan di Mr Tuk Tuk.

Dah cuba menu baru dekat Mr Tuk Tuk, memang sedap, terasa makan dekat Bangkok pulak. Padahal dekat PJ je. Hehe. Insya Allah, sampai lah tu ke Bangkok nanti

Must Try Restaurant in Jakarta : Merica

MERICA.

Simple name, but jangan tertipu. There's a lot this restaurant can offer.

Here is how my food journey there. 
Biar disimpan untuk next post of my trip to Jakarta, let's focus on this restaurant.

To be frank, I don't have the confidence when we first walked in the restaurant (the only restaurant under the apartment we stay). 
Mulanya, we all just gamble and have a try since baru sampai di Jakarta.

Looking at the menu, wow! There's a lot to offer.
From Indonesian food, Western, Japanese.. you name it. 

4 hari di Jakarta, we went Merica for dinner every day sebab convenience sangat. Tak perlu hadap traffic. 

Kalau boleh, memang nak try every single thing kan.

But I highly recommended this :


Crispy Chicken Mushroom (i guess- since i forgot the name).
and for the drinks, thats a Thai Iced Coffee. 

The chicken is crispy, no doubt bout that. And the sauce... thick and rich with taste.

Next, you should try the burger.

The patty is delicious, cooked well (medium rare), with a bit of sauce. 

Some others recommended are as pictures :




As i forgot the name, im so sorry about that.

Overall, its good. And consider of the portion and taste. Its cheap if to compare to what we have in Malaysia and to be frank, with this food quality, I don't mind if the food are expensive.

p/s : The atmosphere inside are great for picture, but choose the gazebo outside for lepak place. Quite windy and chill out there.

Merica Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato 





Iftar Buffet @ Enak KL

Ramadhan Buffet @ Enak KL.

A fine dining Malaysian Traditional Cuisine.


Nak makan masakan kampung? Tapi looking for a decent place?
Enak KLtempat yang paling tepat.

Menyediakan hidangan kampung tradisi dengan konsep Fine Dining. 
Dan lebih kurang 42 menu buffet.
Selain itu, menu - menu buffet ni ada dalam ala carte menu Enak KL.
So, kalau nak datang lepas bulan Ramadhan pun, the food are availabe.

Yang menarik pasal tempat ni, satu adalah ambience dia.
Macam masuk five star hotel, ye lah nama pun Fine Dining kan,
tapi don't let the look fools you..
Harga dia tak mahal.

Kalau buffet, just Rm85 nett!

Kalau nak tahu, Enak Kl ni guna resepi turun temurun tau.
and they are not using MSG. itu yang paling penting.
Using pure rempah ratus, so rasa masakan or makanan dia sangat authentic.
Macam air tangan mak or nenek kat kampung.

Tapi, tapi, bulan puasa ni... kalau nak datang,
call dulu. Takut fully booked.

+603 2141 8973 ni number untuk reservation.
Lokasi? 
LG Starhill Gallery.
Masuk je Starhill Gallery, cari Feast Floor, Enak Kl ada dekat seblah entrance. 

Lets talk about the food,

I started with sup kambing. And it was really good.! 
Nampak cair, but rempah ratus dia buatkan rasa dia naik.
Kambing dia pun empuk. Must Try!

Second, I grab few kuih..
Bakwan, Cucur Udang, Murtabak and I add some Kerabu Pari.
First time jumpa and makan kerabu pari.
and yes, I do like it a lot.

Then I went for the main course.
Which I took, nasi, a bit of ayam panggang, rendang daging, ikan masak assam and udang masak lemak.
I don't know how to describe more about the food, tapi yes, it was really good. 
Macam makan dekat rumah, but with style, You can taste the freshness of the ingredients as well as the tenderness of the main thing. 
Daging, lembut, ayam well cooked. Tak kering. 

But menyesal one thing, tak rasa their Assam Laksa or Laksa johor sebab already full =( my bad.
But they said its good. 

Oh not to forget, thanks to ZomatoMy for the #FoodieMeetUp invitation
you can also view this restaurant via Zomato here

The ambience

Ayam Panggang 

"Kuih" corner






Udang and Ikan Masak Assam

This is what I consume ;'(


and THANKS to ZomatoMy for the invitation.

To view more on the restaurant, can check it out here.

Enak Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato











Homebois Hub @Menara U

Homebois Hub - From the Fans to the Fans

Kalau korang nak pegi tengok bola dekat Stadium Shah Alam tu, ini salah satu tempat WAJIB singgah.

Lokasi dekat Menara U, belah belakang.

Apa ada dekat sini? Macam-macam.
Sebab hub ni diwujudkan oleh fans untuk fans. Peminat bola sepak, terutamanya Selangor mesti tahu kewujudan tempat ni.
Ini lokasi baru, sebelum ni diorang dekat tingkat atas, bangunan depan menara U tu,

Macam biasa, merchandise bola terutamanya dari UltraSel boleh dapat kat sini. Daripada baju, keychain, jacket, hoodie, mafla and banyak lagi.

Kalau yang belum tahu, dekat HUb dah ada cafe..! Yes, so sebelum tengok bola, jom lepak makan dekat sini. 

Nak cerita lebih, tak tahu. Tapi tengok la sekerat dua gambar yang ada.


Antara merch yang ada,

Untuk cafe dia, ini menu yang ada. 
Simple, but nice. Tak caya, gi try.




Cheezy Wedges

Meatballs

Nak tahu lebih lanjut pasal lokasi dia, refer Homebois punya facebook dekat sini.

Nasi Kukus Daun Pisang, Bandar Sri Permaisuri

Heyy,

dah nak bulan puasa.. tapi nak tulis jugak pasal tempat ni.

Restoran Nasi Kukus Daun Pisang,
ha, tengok nama pun dah tahu special kat sini apa kan?




Nasi Kukus dia memang best,
try tengok ni...

Nasi Kukus Ayam Dara (Rm 7.50)


Tak reti la nak describe sangat pasal makanan, sebab bukan kepakaran,
tapi pada aku, baek dah ni...
Ayam besar, kalau untung, baru lepas goreng~ 
Sekali dengan ikan masin, pastu kuah dia. 

Oh, lagi satu, konsep sini 'layan diri' so, order air kat kaunter,
order nasi pun kat kaunter, nanti korang pilih la yam sendiri, nak tambah kuah ke apa ke,
then duduk la kat mana korang suka, aku suka bawah pokok je,. best~ haha

Camner nak cari?
Kedai dia simple je,
corner lot, berdepan dengan Bank Islam kat area dataran dwitasik tu..  DAri HUKM, amik simpang kiri, straight je.. jumpa..

Selain tu, ada la jugak makanan lain,
mee goreng, kuey teow, etc etc.

Ada juga Nasi Mak Wok. harga, rm 5 je.
So saving~ Haha.

So, sementara boleh makan lagi, meh la datang sini..


Mr Steak House - Review

Mr Steakhouse Review.

Well, its my personal opinion.
I don't know if you guys pernah try tak makan kat sini.


Lokasi dia dekat Bandar Sri Permaisuri.Dataran Dwitasik.
I don't know how to describe more, but dia barisan pertama, deret Old Town semua tu.
So, actually its lunchtime, and maybe customer pun tak ramai lagi since dia bukak 12 - 12,
and cuisine dia, western la. 


Ini, interior dia, so kayu-kayu. Macam kedai cawboy dalam cerita-cerita omputih tu.


Ha, outlet lain pun ada, tengok atas tu list dia. And, and, dia pernah appear in JJCM. Kalau you guys masuk, banyak newspaper cutting yang review this restaurant as well.



The menu pricing, not so bad la. Tak mahal, obviously you went into this kinda restaurant.
Sadly, i am not a fan of Steak, sebab tu just order a chicken chop je.
Well, to be frank, the gravy is okay, fries pun fresh.
Ayam, crispy and soft. Sedap.
But the air, I forgot what I ordered but can be better. 

Out of 5, I shall say... 3.5/5.


Mr Steak House Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Sarang Art Hub




Kalau tengok nama,
dah tahu dah tempat apa.

ART.

Tapi actually, its a restoran + gallery.
SARANG ART HUB ni ada dekat Tangjung Malim,
nak bagitahu exact location pun tak pasti sangat, cuma dia terletak agak terselindung.




Apa yang best?
Kalau korang ni jenis suka lepak, hayati sekeliling, 
pegi lepak sini. Kedai ni ada 'jiwa'.
Kenapa aku cakap macam tu?
Dalam dia, banyak gambar -gambar yang, aku malas nak snap.
Luar dia ada kontena yang dia convert jadi stage.

Malam, aku tak sure pulak pasal tengah hari, 
tapi malam aku datang tu, ada performance.
Ada orang main gitar, seruling, and so on.

Bab makanan,
ha.. dia ada western, dia ada malaysian. 
Choice tak banyak, ye lah, banyak banyak nanti orang tak tahu nak pilih pulak,
Macam bawah ni, chicken chop and cheese.
Simple kan?
Lagi satu, interior kedai ni best, kayu kayu yang pada aku, ada yang DIY kot.
and classic sikit la feeling dia.


Saturdate Lunch-Date

Sabtu kerja - tapi best..!!

So, kitorang kat office ni, ada macam ritual lah,
sabtu, kena LUNCH sama.
So, nak tak nak, kena makan sama.

HEHEHEHEHE....

Port harini-
Devi's Corner - Bangsar.

Tempat ni best and famous pasal Banana Leaf dia.
So ada la few item yang sedap untuk dicuba.
Nak listkan, memang takkan cukup satu post.
Tapi kalau nak best, pegi ramai-ramai, order tiga- empat lauk, pastu pepandai la tong-tong.
hahaha..

So kitorang end up pilih, sotong goreng, chickel varuval, chicken masala, ikan tenggiri goreng and papadam.

Pasal nasi daun pisang ni, untuk kuah, biasanya kita boleh pilih, ada kari kambing, ayam and ketam. Campur je tiga2, baru best.
and biasanya akan ada 3 jenis sayur untuk set banana leaf ni. Aku tak tahu nama dia tapi sedap la, aku yang tak makan sayur ni pun makan jugak. *senyum

Harga? Untuk set banana leaf. RM 7.50 , lauk pauk tu ikut jenis. tapi around 4 ringgit je tak silap untuk satu pinggan kecik yang penuh lauk. and air, standard la kot milo ais 2.50.

Damage = sorang habis dalam 14 ringgit untuk kepuasan maksima.




Devi's Corner Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Outing With Z's

Pada suatu hari...
nahh, skip.

Alright, I dont know how I end up writing about this, tapi cerita dia lebih kurang macam...

As usual tak tahu nak makan kat mana,
Nasib baik ada Zomato apps.

So cari punya cari, kitorang end up dekat satu restoran Mexican dekat NU Sentral.
Aku lama dah teringin nak makan tacos. Tapi, last sekali tak order pun tacos, sebab rambang mata nampak benda lain yang cheese melimpah ruah ( illustrasi board je lah kan)...

Semua tahu, kryptonite aku ialah cheese, so..

aku order ni

Ini nama dia nachos.
Ni quasidalas.. kot..















Portion dia besar la jugak sebenarnya, mampu buat kenyang sampai malam.

Tapi yang tak bestnya.....
Service kat sini slow lah, makanan dah sedap dah, service yang slow merencatkan semua. PLUS, makanan dah habis, dia tak inform awal awal, kitorang dah duduk, tunggu for 30 mins, baru dia cakap, ayam habis, and diganti dengan NUGGET. SO unfair.


Nama yang ni pulak... aku tak ingat pulak.


So nak try lagi ke kat sini? Hurm,, maybe lah, cuma hope diorang baiki service. Oh, ni tampat yang aku maksudkan.
Nama dia POPILA.  click link bawah tu pun boleh =D
Popilla Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato .