Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Tarikan Dan Aktiviti Menarik Di Padang,Indonesia


Kebiasaannya, kalau orang sebut Padang, perkara pertama yang terlintas, mesti Bukit Tinggi. Tapi, ada ke tempat-tempat menarik selain Bukit Tinggi Di Padang? Jawapan dia, ADA!

Disebabkan tak selalu orang Malaysia berkunjung ke Padang, jadi kita jarang sangat dengar pasal tempat-tempat menarik yang ada di Padang. Kalau ada yang pergi pun, ke Bukit Tinggi, sebab tu Bukit Tinggi agak popular daripada destinasi lain.

Meh sini, aku nak ceritakan tempat menarik di Padang, selain Bukit Tinggi.
Sebelum aku cerita lebih jauh, kebanyakan tempat yang aku pergi ni percuma, kecuali masuk ke pulau-pulau. Nanti aku ceritakan pasal Island Hopping di Padang ni ye.

Nak dijadikan cerita, aku berkesempatan ke Padang, Indonesia. Tak lama, Cuma 3 hari 2 malam, tapi Iteneri 3 hari 2 malam di Padang ni pun dah cukup puas pada aku.
Meh aku ceritakan Iteneri 3 Hari 2 Malam Di Padang, Indonesia.

Hari 1 :
Hari pertama, Jumaat.



Ada, Hasif Hamsyari, Afzalsukasuki, Nisa Kay, Ainyy Zain dan Bebelan Cik Min

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang sekitar jam 11.25 pagi, waktu Indonesia. Gedebak gedebuk dalam airport, imigresen dan sebagainya, lebih kurang pukul 12.30 dah keluar. Kami (sebab sebenarnya trip ni ber 6 termasuk aku) dijemput dengan Van yang sangat selesa oleh Dinas Pariwisata Padang.

Diorang ni tourism Padang lah senang cerita. Nanti aku bagi link Instagram diorang dekat akhir post. Terus, dibawa ke masjid untuk solat Jumaat. Cuma masa ni, aku belum keluarkan kamera, malas nak unpack.

Lepas tu, dibawa ke Restoran Sederhana. Memang pure masakan Padang.






Ini sebenarnya aku rasa kalau tak silap, pertama kali aku makan masakan Padang, baru aku tahu yang lauk memang diorang akan letak banyak-banyak atas meja, mana kita tak usik, dia tak akan kira. Tapi, memang kalau korang datang ke sini, aku recommend makan dekat sini.







Tengoklah makanan-makanan ni; punyalah banyak, tapi murah. Seorang lebih kurang RM20, tapi memang puas hati makanan dia.




Rumah Makan Sederhana
Alamat : Jalan Rasuna Said, No 81A, Padang, dia memang tepi jalan je. Besar restorannya, senang nampak.

Lepas dah makan, dibawak pulak melawat Monumen Korban Gempa. Monumen ni, didirikan sempena memperingati peristiwa gempa yang mengorbankan banyak nyawa di padang pada tahun 2009.




Dia terletak berdepan dengan hotel Grand Inna Padang, dan kalau nak kesini, korang boleh naik bas percuma yang disediakan khas untuk bawak korang melawat tempat-tempat menarik dekat sekitar Padang. BIS City Tour namanya. Ada 6 trip setiap hari, dan bas percuma ni disediakan setiap hari minggu dan cuti umum.




Kemudian, korang boleh melawat Kelenteng See Hin Kiong, kelenteng (tokong) ni kalau nak ikutkan dah ada sejak tahun 1841, dan tapak asal kelenteng ni lebih kurang 100 meter dari tempat sekarang. Kelenteng See Hin Kiong ni dipindahkan pada tahun 2010 setelah bangunan asalnya terkesan akibat gempa dan siap sepenuhnya pada tahun 2013.




Dari maklumat aku dapat borak dengan penjaga tempat ni, semua perhiasan dalaman kuil ni diimport dari China, sebab tu dia ambil masa 3 tahun nak lengkap sepenuhnya.

Dekat sini aku belajar benda baru pasal agama dan kepercayaan orang lain. Satu, setiap patung atau tuhan ni ada tujuan dia tersendiri, sama ada untuk kuasa, kekayaan, nak dapatkan zuriat dan sebagainya.





Nak masuk ke sini, sama je, korang kena sopan dan bersesuaian lah dengan nak masuk tempat ibadat yang lain. Cuma, kalau tengah datang bulan, korang tak dibenarkan masuk.

Dari sini, kitorang dibawak pula ke, Jembatan Siti Nurbaya. 



Sejujurnya, nama Siti Nubaya ni aku pernah dengar, aku ingat Dewa 19 ada lagu yang ada nama Siti Nurbaya. Rupanya, Siti Nubaya ni adalah cerita terkenal tentang cinta yang tak kesampaian antara Siti Nurbaya dan juga kekasihnya iaitu Samsul Bahri.



Nanti aku korek lagi pasal cerita Siti Nurbaya ni, tapi berkenaan jambatan ni, dibangunkan pada tahun 2002 untuk menghubungkan Kota Tua dan Gunung Padang.

Jembatan ni, yang special pada aku selain sejarah Siti Nurbaya tu sendiri adalah pemandangannya. Terletak betul-betul di muara sungai, jadi memang banyak sampan dan kapal yang diparking bawah jambatan sepanjang Sungai Batang Arau ni. Sekali tengok, macam Venice pun ada.




Pantai Air Manis
Pantai Air Manis ni, kalau sekali tengok, tak ubah macam pantai-pantai lain. Cumanya, dekat sini ada peninggalan atau tapak kapal dan bentuk orang bersujud atau popular disebut sebagai Lagenda Malin Kundang. 




Bukan cerita sinetron tu, tapi ceritanya ala-ala Si Tanggang. Derhaka dekat ibu, lalu disumpah jadi batu. Dekat sini, memang jelas nampak bentuk orang tengah bersujud, bangkai kapal, tali dan barang-barang yang dah jadi batu.





Selain tu, korang boleh cuba naik ATV untuk explore kawasan pantai. Harga IDR 100,000 untuk sejam. Memang puas hati.


Kendian, sebab hari dah malam, barulah check in di De’ Oxville Hotel, Padang. Aku diberikan bilik Deluxe, rate bilik ni adalah IDR 950,000 satu malam iaitu bersamaan RM272. Nanti aku sediakan link untuk book hotel ni ye.






Memang menarik hotel dia, design dalam pun cantik. Untuk single room dekat sini IDR550,000 (RM160) lebih kurang.








Dah check in, mandi, kitorang dibawa untuk melihat persembahan tradisional dekat Kampung Budaya Limau Manis. Sambil makan, kitorang dipersembahkan beberapa persembahan tarian, kebudaayaan yang asal dari Minang sendiri





Antaranya persembahan Gendang Tambua, Persembahan Galatiak Anak Nagari, Tari Buai-Buai dan tarian Sampan. Sangat menarik. Sebabnya selain persembahan tarian, dekat kampong budaya ni, korang boleh datang untuk stay dan belajar seni persembahan dan sebagainya. 




Jadi, ini jugak tempat anak-anak muda sekitar sini berkumpul untuk belajar budaya. Kan best kalau dekat Malaysia pun ada.
Selesai sini, balik, tidur dan rehat.

De' Oxville Hotel, Padang :



Iteneri Ringkas Hari Pertama :
Airport > Masjid > Restoran Sederhana > Monumen Gempa > Kelenteng See Hin Kiong > Jembatan Siti Nurbaya > Pantai Air Manis > Kampung Budaya Limau Manis

Hari Ke- 2 : Island Hopping!
Hari ke-dua, kami dibawa untuk Island hopping! Boleh dikatakan, inilah highlight trip kali ni. Tak sangka dekat Padang ni, pantai, pulau dia sangat cantik!





Dari Hotel, kitorang dibawa ke kawasan Bungus. Lebih spesifik, di Pantai Alvino. Sini adalah jeti untuk ke Pulau. So, sememangnya kalau korang amik pakej, dia akan bawa ke 3 pulau. Iaitu, Sirandah, Pulau Pagang, dan Suwarnadwipa.




Pakej island hopping ni  IDR 200,000 termasuk
- makan tengah hari / sekali makan
- island hopping 3 pulau (Sirandah, Pagang, Suwarnadwipa)
- aktiviti seperti banana boat, snorkeling

Macam haritu, Pulau Sirandah tu kitorang hanya lalu dan tak singgah.





Pulau Pagang



Tak perasan lense ada air. Cis!



Salah satu tarikan Pulau di Padang ni. Macam biasa, aktiviti yang korang boleh buat adalah snorkeling, main banana boat dan aku rasa, korang puas lah bergambar dekat sini. Nak cerita lebih pun, aku boleh gambarkan aje. Cantik. Memang cantik.






Pulau Suwarnadwipa





Disini, ada jugak resort, cumanya aku rasa tak ramai yang pilih untuk bermalam dekat sini. 




Tapi, apa yang special pasal Suwarnadwipa ni, dia ada ayun bawah air, ataupun buaian yang ditanam bawah air.. 

Korang kena menyelam, tahan napas, dan dapatlah gambar macam ni :



Cumanya, bawaklah GoPro atau kamera yang boleh masuk air ye.

Seharian jugak kitorang duduk di pulau. Masuk dalam pukul 9, perjalanan untuk sampai ke pulau Sirandah dari jeti adalah 40-50 minit. Kemudian duduk di satu pulau dalam 3 hingga 4 jam. By pukul 4.30 dah bertolak dari Suwarnadwipa. 






Nasihat aku, bawaklah plastic atau telan ubat mabuk laut dulu. Sebab masa pegi, ombak tak berapa kuat, waktu balik, lain macam ombak dia. Hehe…




Hari kedua, habis dengan island hopping je. Malam, rehat dekat bilik.
Aku macam biasa, lepas mandi-mandi, kena pulak ada game Malaysia lawan Myanmar, menang pulak, jadi hilang penat. Aku keluar lepak kedai kopi sebelah hotel tu. Nama dia Opa Mahmud!




Aku memang minat kopi, masa travel, memang aku suka cuba kedai-kedai kopi local macam ni. Menariknya, menu dia sini fusion beb. Aku cuba indomee cheese dengan kopi ais special dekat sini, diorang bekukan kopi dia bentuk cube. 





Memang rasa dia best.
Sempat jugak sembang dengan owner dia yang aku lupa tanya nama, tapi dia asal dari Bandung, dah 5 tahun kalau tak silap bukak warung ni dekat Padang. Dia jugak selalu datang KL katanya. Banyak la bercerita pasal kopi, dan aku cuba kopi tetes diorang. Pure kopi, tak ada gula, tak ada susu. Kopi sebenar kata orang! Memang power!




Oh telupa, sepatutnya kitorang keluar ke Masjid Raya Sumatera Barat (Sumbar), tapi sebab semua dah flat, penat, kitorang cancel. Tapi Masjid ni memang menarik binaan dia. Dibina olek arkitek Rizal Muslimin dan kalau nak ikutkan sumber, boleh muat sehingga 20,000 orang.





Hari kedua :
Bungus > Pantai Alvino > Pulau Sirandah > Pulau Pagang >Pulau Suwarnadwipa Masjid Sumbar 

Extra : Lepak Kedai Opa Mahmud

Hari Ke-3

Hari ke-3, pagi tu breakfast dekat hotel. 




Kendian dibawa ke Padang City Tour, yang aku cakap naik bas percuma awal tadi tu.

Kitorang start naik dekat Pantai Padang





Bas percuma ni, dah ada route dia, jadi tempat yang aku cakap macam Monumen Gempa, Kelenteng tu ada dalam route bas percuma Padang ni.




Gunung Padang






Asalnya, kitorang nak cancel naik ke Gunung Padang, sebab cuaca pagi tu hujan lebat.Tapi, lepas naik Bas Percuma untuk Padang City Tour tu, kitorang decide singgah jugak. Agak mendaki lah nak naik ke puncak, tapi pendakian guna anak tangga. 






Cuma nak ingatkan, pakai kasut yang tapak dia kasar kalau naik lepas hujan. Tangga agak berlumut dan licin.




Kalau nak diikutkan, dulu inilah bekas kubu yang dibina masa penjajahan Belanda ke atas Indonesia. Jadi, dekat lereng-lereng bukit ni, ada tapak peninggalan meriam, kubu dan sebagainya.

Makam Siti Nurbaya



Sebelum ke puncak, korang kena turun sikit, untuk sampai ke Makan Siti Nurbaya, beliau dimakamkan atas Gunung Padang ni. Kenapa dimakankan atas gunung, ada beberapa teori. Pada aku, mungkin ini simbolik, untuk mengangkat martabat dia. 

Kedua, teori aku, ketika diserang Belanda dulu, dia larikan diri ke sini dan meninggal disini. TAPI, ini hanyalah teori aku. Aku tak dapat lagi cerita sebenar.



View Dari Atas Gunung Padang
Ni view dari kawasan bertulis Padang, dekat gambar sebelum ni (refer gambar dekat Pantai Padang). Dari situ aku ambik gambar ni... 

Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim


Sebelum berangkat ke airport, kitorang singgah ke pusat beli oleh-oleh ni di pekan Padang. Dekat sini, ada macam-macam oleh-oleh yang korang boleh bawak balik ke Malaysia, 





daripada kerepek, rendang, perencah, kopi, baju, telekung, SEMUA ada. One Stop Centre gittu.

Rumah Makan Lamun Ombak





Sebelum ke Airport, singgah dulu makan last sebelum balik ke Malaysia. Sama jugak menu dekat sini, Nasi padang. Konsep sama jugak, apa yang dihantar, kalau tak berusik, dia tak kira. Memang sedap, dan berbaloi.

Lepas tu, ke Airport, dan berangkat ke KL.

SO itenery hari last :
Padang City Tour > Pantai Padang > Gunung Padang > Makam Siti Nurbaya > Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim > Rumah Makan Lamun Ombak > Airport

Lebih kurang macam tu lah Iteneri 3 Hari 2 Malam di Padang. Memang banyak aktiviti menarik di Padang, selain daripada Bukit Tinggi. 

Kalau nak disimpulkan, Padang ni lengkap, nak liburan ke kota boleh, nak cari nature boleh, nak ke pulau pun boleh. All-In-One.

So, kalau nak kesini, memang berbaloi. Tak lupa jugak terimakasih kepada Dinas Pariwisata Padang yang dah jemput aku untuk kesini menikmati tempat menarik di Padang.

Nak dapatkan pakej dan info, boleh cari Dinas PariwisataPadang di Instagram.

Tak lupa jugak, masa ke sini haritu, aku guna Roamingman punya pocket wifi. Memang senang, satu device, boleh guna 6 orang, klik sini untuk sewa pocket wifi ye.




Kuasai Matematik Seawal 4 Tahun Dengan Grolier Keymatic



Kuasai Matematik Seawal 4 Tahun Dengan Grolier Keymatic


Membaca, menulis, mengira atau disebut 3M adalah pengetahuan asas anak-anak perlukan, lagi-lagi bila nak memasuki alam rendah. 3 asas ini, kalau tak dibantu, memang anak-anak akan jadi ‘lambat’ sedikit di sekolah nanti. Sebab itulah, pada peringkat awal pembelajaran kanak-kanak, selain dihantar ke tadika, ibu-bapa sebenarnya kena mainkan peranan di rumah.



Sebut pasal pembelajaran di rumah ni kan, haritu sempat singah di MAHA yang tengah ada dekat Serdang. Dan kebetulan, ternampak Grolier tengah lancarkan produk baru diorang iaitu Grolier Keymatic.  



Sebagai ex-teacher, rasa teruja lah nak dengar orang berkongsi pasal education ni kan. Lagi-lagi zaman sekarang yang boleh dikatakan mencabar sangat untuk cikgu-cikgu dekat luar sana.

Matematik Lebih Seronok Dengan Grolier Keymatic


Grolier Keymatic ni adalah produk terbaru daripada Grolier, rupanya masa Aryl lalu haritu adalah majlis pelancaran dia. Jadi, apa yang boleh dirumuskan, Keymatic ini adalah satu solusi untuk meningkatkan penguasaan matematik kanak-kanak. 


Dan, dengan Keymatic, anak-anak mampu kuasai matematik mudah seperti penambahan, penolakan, darab, bahagi seawal umur empat tahun!


Apa yang menarik pasal Grolier Keymatik ni adalah, dia melibatkan sentuhan selain kanak-kanak ni menggunakan otak mereka untuk mengira. Senang cerita, dia membantu dari segi kinestetik dan jugak visual kanak-kanak.

Apa yang boleh dikatakan untuk alat pembelajaran Grolier Keymatik ni ialah dia sebenarnya mengalakkan kanak-kanak menggunakan otak secara automatik dan produk hebat ini mempunyai beberapa ciri dan kebaikan kepada kanak-kanak seperti :
    • Gunakan semua deria pembelajaran iaitu auditori, kinestetik dan visual
    • Warna menarik perhatian kanak-kanak
    • Meningkatkan koordinasi mata
    • Sesuai dengan kurikulum Malaysia
    • Menyediakan kanak-kanak dengan 5 masalah matematik



Apa Dalam Kotak Grolier Keymatic



Dalam satu set, korang akan dapat :
1.       5 keymatik, keymatik ini adalah berbentuk kunci dan ia mempunyai warna dan fungsi tersendiri.
2.       4 buku kerja mudah padam
3.       4 pen marker
4.       1 buku panduan ibu bapa.

Kenapa dibekalkan buku mudah padam, ini untuk ibu bapa pantau perkembangan anak-anak mereka sendiri dan buku tersebut boleh digunakan berulang kali. Oh iye, satu lagi, alat pembelajaran ni kan, dia self-correction tau. 


Maknanya, ada cara anak-anak tahu apa yang dia buat itu betul atau salah. Dan kalau nak tahu anak dah kuasai satu-satu pengiraan, caranya kalau dia mampu selesaikan keymatik dalam masa 30 saat


Ni demo macam mana nak gunakan Keymatic ni : 


Mana nak dapatkan produk Grolier Keymatik Ni?

Kalau perasan, dalam  pasaraya berdekatan seperti Tesco, Giant dan sebagainya, aka nada satu cawangan Grolier. Jadi, pembelian boleh dibeli di sana. Lagi satu, ni salah satu perkara yang Aryl belajar jugak masa dengar penerangan Grolier haritu. Apa dia? JANGAN TAKUT DENGAN CONSULTANT GROLIER.



Ada yang lari bila didekati diorang-diorang ni. Tapi sebenarnya, mereka ni boleh diagnos produk apa alat bantuan pembelajaran yang anak kita perlukan. Ujian diagnostic akan dilakukan SECARA PERCUMA. Walk-in sahaja.

Tempat anda tak ada Grolier? Contact je mereka melalu laman media sosial. 


[LIVE] Pembentangan Belanjawan 2019



Bajet 2019 atau Belanjawan 2019 yang dinantikan akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.



Pembentangan Budget 2019 akan bersiaran secara langsung di seluruh stesyen penyiaran awam dan berbayar. Katanya dah mula pukul 4 petang tadi.



[Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2019]

>>>>>>>> skip ke minit ke-20 <<<<<<<<


Live Streaming Belanjawan 2019 - Live Streaming Bajet 2019

Boracay Dibuka Semula, Ini Do Dan Don’t Yang Perlu Anda Tahu




Pulau Boracay di Filipina secara rasminya telah dibuka semula pada 26 Oktober lepas selepas ia ditutup untuk 6 bulan untuk tujuan pemuliharaan.

Apa yang tak bestnya, sehari selepas pembukaan semula pulau Boracay, ia kembali kotor dan dicemari oleh sampah yang dibuang oleh pelancong yang tak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian gambar oleh Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli Filipina (DENR), mereka menemukan sampah dan ini menyebabkan mereka bertanyakan dengan sinis kepada pelancong yang kesana adakah ini #responsibletourism?



Dengan kesal, posting yang boleh didapati di Twitter tersebut meminta dan berharap bahawa pelancong mempunyai rasa tanggungjawab untuk membuang sampah sendiri dan mengamalkan sikap tersebut sehari-hari.

Sebenarnya, sebelum dibuka semula; pihak berkuasa Filipina ada menggariskan beberapa panduan ataupun Do and Don’t untuk kesemua pihak baik pelancong mahupun pengusaha resort dan penduduk asal Filipina di Boracay.



Langkah ini adalah penting supaya penutupan pulau berkenaan selama 6 bulan itu tidak menjadi sia-sia.

Untuk korang yang berhajat ke Boracay; ini adalah apa yang anda boleh dan tak boleh lakukan :

#1. Segala Aktiviti Melibatkan Air Adalah Tidak Dibenarkan!

Walaupun mungkin ada pengusaha yang berdegil, tapi sebagai pelancong yang bertanggungjawab, sila jangan sokong atau buat sebarang aktiviti yang melibatkan air. Macam contoh, berkayak, snorkelling dan juga diving. Aktiviti-aktiviti ini diharamkan buat sementara waktu.

#2. Hanya 19,000 Pelancong Dibenarkan Pada Satu-Satu Masa

Untuk hal ini, korang kena amik tahu yang quota pelawat untuk ke Boracay telah dihadkan kepada hanya 19 ribu sehari.

#3. Makan, Minum dan Merokok Di Pantai Adalah DILARANG

Ini untuk mengelakkan pelancong membuang sampah ke pantai. Jadi, diorang dah cantas awal-awal dengan mengharamkan makanan, minuman dijual di kawasan pantai.

#4. Hotel Perlu Di Tempah SEBELUM Masuk Ke Pulau

Tempat penginapan ataupun bukti yang korang dah book tempat penginapan haruslah ditunjuk sebelum dibenarkan masuk ke pulau berkenaan. Jadi dah tak boleh masuk pulau dulu, baru nak cari tempat tinggal.

Jadi, korang kena book hotel di Boracay dulu ye... 

#5. Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna

Ini mungkin lebih kepada pengusaha atau peniaga. Cumanya, plastik yang untuk sekali penggunaan adalah diharamkan. Macam contoh, beg plastik, straw dan juga styrofoam.

Sebenarnya ada banyak lagi syarat-syarat yang dikeluarkan, dan ada daripadanya bukan untuk pelancong tetapi lebih kepada pengusaha dan peniaga di Boracay. Untuk senarai penuh, boleh rujuk di inforgrafik ini :




Lagi satu, kalau nak ke Boracay, korang boleh SEWA POCKET WIFI tau... Mudah kerja korang nanti... 

KLC Language Centre : Program Unik Kuasai Bahasa Inggeris Untuk Kanak-Kanak



Sebagai bekas cikgu (walaupun tak lama), pada aku program-program penguasaan bahasa ini sangat penting dan memberikan manfaat kepada kanak-kanak. lagi-lagi di peringkat awal perkembangan diorang. 

Walaupun, pada hakikatnya kanak-kanak ni dah belajar bahasa di sekolah masing-masing, tapi secara jujurnya, ia tak mencukupi.



Bila sebut tentang penguasaan bahasa, lagi-lagi bukan bahasa pertuturan kanak-kanak adalah sesuatu yang agak sukar. Sebab apa;
  • Kanak-kanak akan takut untuk bercakap (taknak diejek rakan kalau salah)
  • Sikap sesetengah ibu-bapa – lepas 100% tanggungjawab kepada guru
  • Didikan dari rumah yang tak mencukupi

Mungkin akan ada yang tak bersetuju dengan apa yang aku sampaikan, tapi percayalah, baik sekolah kerajaan, mahupun sekolah swasta. Situasinya sama, bila bahasa itu tidak dipraktikkan, maka payahlah budak-budak tu nak menguasai.

Pusat Bahasa KLC



Satu perkara yang aku boleh kata nak syorkan korang supaya hantar anak-anak dekat Pusat Pengajian Bahasa KLC ni adalah program unik yang diorang sendiri. Pada aku, ini adalah salah satu program yang direka KHUSUS untuk kanak-kanak di Malaysia secara khususnya dan untuk pelajar di rantau Asia secara amnya yang membantu mereka untuk menguasai perkara paling basic tetapi penting iaitu MEMBACA.



Dari pemerhatian aku, rata-rata pusat bahasa yang ada mengadaptasi program-program luar. Pada aku itu dah betul, silapnya adalah apabila nak diselarikan dengan ko-kurikulum dan cara pengaran subjek bahasa di sekolah, kanak-kanak tu jadi confuse.

Mana taknya, disekolah cikgu ajar cara lain. Di tempat belajar bahasa diorang, lain pulak.
Aku tengok sendiri proses pembelajaran dan pengaran di KLC Language Centre ni, memang aku boleh katakan cara yang diorang gunakan adalah bagus. Kenapa aku cakap bagus, satunya sorang cikgu hanya ada empat orang pelajar dalam satu masa. Ye, maksimum empat pelajar dalam satu sesi sahaja.



Dari segi masa dan tempoh program pulak, 90 sesi dan setiap sesi berlangsung selama 45 minit! Eh, 45 minit cukup ke? Meh aku ceritakan, kanak-kanak punya daya tumpuan tak sehebat orang dewasa. Jadi pada aku, 45 minit dah memadai.

Program Di KLC
Macam aku cakap tadi, diorang buat program sendiri berdasarkan program atau cara pengajaran sistem bahasa yang dah ada di dunia. Dengan pengenalan program yang sistematik macam ni, tak hairan kenapa KLC boleh bantu kanak-kanak yang ada masalah untuk membaca dalam tempoh yang singkat.



90 sesi, 45 minit setiap sesi
­Macam aku cakap awal tadi, masa 45 minit ni mencukupi dan untuk 90 sesi memang memadai sangat.

Cuma syaratnya, dalam satu minggu kenalah datang lebih dari satu sesi. Untuk hari biasa, korang ada pilihan 8 slot kelas, untuk hari minggu, ada 10 slot kelas. Cuma, Isnin dan Selasa cuti lah.



Oh, aku ada sebut tak yang program KLC ni akan ikut perkembangan student, bukannya cikgu! Pada aku, ini adalah satu perkara yang atau method yang tak ada di tempat lain. Kalau kat tempat lain, banyak yang nak kejar silibus, bilangan pelajar terlalu ramai. Jadi kalau anak korang tertinggal, tertinggal lah dia.

Ini tak terjadi dekat KLC Language Center, sebabnya cikgu dengan pelajar boleh dikatakan ada sesi one-to-one, ibarat korang hire private tutor untuk anak korang. Selagi anak tu tak dapat membaca atau selesaikan tugasan dia hari tu, cikgu akan bantu sampai dia boleh, sebelum ke task seterusnya. Menarik kan?

Master Key
Program Master Key yang ada di KLC ni dia akan provide asas yang kuat kepada kanak-kanak dalam membaca. Kalau nak tahu, selain menulis dan bercakap, membaca adalah komponen yang sangat penting dalam menguasai sesuatu pelajaran. Lagi-lagi untuk hadap sekolah rendah. 



Kalau korang nak tahu, masih ramai kanak-kanak yang tak boleh membaca atau belum sampai tahap membaca yang sepatutnya pada umur diorang 7 tahun.

Ada dua kategori disediakan iaitu Master Key Programme dan juga Treasure Box Programme

Macam biasa, anak-anak akan diberikan ujian dulu sebelum dikenalpasti apa masalah dan pihak KLC akan masukkan dia dalam program yang sesuai.

Untuk yang berminat nak hantarkan anak ke sini, korang boleh ke laman web KLC Language Center untuk maklumat lanjut, atau korang call untuk aturkan test untuk anak korang dulu.



Oh ye, program ni untuk anak-anak yang berumur 3 hingga 14 tahun dan 6 hingga 16 tahun.

KLC Language Centre Puchong


Sebelum aku terlupa, KLC Language Centre ada bukak cawangan yang kedua di Lembah Klang (cawangan pertama di Sri Petaling) dan lokasinya adalah di Bandar Puteri, Puchong.

Alamat : No. 3, Jalan Puteri 4/8, 
Bandar Puteri, 
47100 Puchong, Selangor


Student kena scan in dekat sistem PORTAL KLC sebelum masuk kelas


Waktu operasi :
Selasa hingga Khamis : 1.30 tgh hari hingga 10 mlm
Jumaat : 9 pg hingga 10 mlm
Sabtu : 8 pg hingga 9 mlm
Ahad , Isnin : tutup

Laman Web : KLC Language Centre