Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

5 Tips Jadikan Gambar ‘Perfect’ Semasa Travel



              
Dalam pada masing-masing nak upload gambar cantik di Instagram, sebenarnya masih ramai yang tak tahu menggunakan kelebihan yang ada pada telefon pintar masing-masing mahupun menggunakan fungsi kamera sepenuhnya.

Pada aku, ‘gear’ atau peralatan ini sebenarnya perkara kedua. Yang utamanya adalah skill individu itu sendiri. Skill ni termasuklah; mana nak letakkan subjek, pencahayaan dan lain – lain.



Dengan adanya smartphone yang dilengkapi dengan kamera yang canggih, ditambah pula dengan pelbagai aplikasi untuk mencantikkan gambar, kini semua dah boleh jadi ‘photographer’. Iya, boleh dikatakan banyak gambar baik oleh jurugambar professional mahupun amatur, telah disunting.

Sebelum jauh aku melalut, sebenarnya ada beberapa tips mudah dan asas yang sering dikongsikan oleh photographer – photographer yang dah baisa hasilkan gambar ‘perfect’. Macam aku, aku ada juga ikut beberapa akaun di Insta dan Youtube. 

Untuk dapatkan gambar yang cantik, sebenarnya ada beberapa tips yang korang boleh ikut, antaranya :

#1. Gunakan Cahaya Pagi


Pencahayaan adalah perkara yang sangat penting untuk mendapatkan gambar yang cantik. Kalau kita perhatikan, mana-mana studio gambar, mesti ada banyak lampu untuk memberikan pencahayaan yang sempurna.

Cuma, untuk dapatkan yang ‘sempurna’ tu bergantung kepada kita. Apa yang ingin kita sampaikan. Tapi, cahaya waktu pagi nampak lebih ‘natural’ dan kalau nak tangkap gambar bangunan, nampak lebih menyerlah.

Kalau tak pagi, waktu petang. Ini biasanya dipanggil ‘golden hour’ waktu terbaik untuk tangkap gambar. Sebab pencahayaan sangat natural.

#2. Nampakkan ‘Depth’



Kalau cahaya, ia membantu mood, kalau depth pula ia akan ‘tunjukkan’ kepada orang apa yang kita ingin diorang tengok. Maksudnya, kalau gambar tu berkaitan dengan bangunan, garisan-garisan bangunan tersebut perlu diselarikan.

Kebiasaannya, depth ini kita bahasakan sebagai jarak antara objek yang paling dekat ke kamera dan yang paling jauh. Cuba ambil gambar daripada satu sudut pandang, cara yang paling mudah adalah ‘on’ kan fungsi grid pada kamera. 

Dengan ini, korang secara tak langsung akan dapat depth dan jugak gambar yang sekata. Dekat telefon pintar pun ada grid ni. Bahasa photographer ia dipanggil grid atau gridlines.

#3. Main dengan perspektif


Sudut pandang sesuatu gambar ni ada banyak, boleh jadi dari depan, dari kiri-kanan atau atas-bawah. Kalau gambar dari sudut depan nampak biasa, cuba ambil dari bawah dan sebagainya.

Nak ambil gambar cantik, kita sekurang-kurangnya kena perhatikan keadaan tempat tu dari pelbagai sudut.



Cuba rendahkan kamera ke permukaan tanah untuk dapatkan efek yang lagi cun.

#4. Naikkan kesan gambar dengan refleksi



Kalau korang ada ‘mata seni’ korang akan perasan yang pada setiap refleksi, tak kiralah pada cermin bangunan lain atau pada lopak air, akan dapat shot yang cantik. Hasilnya kadang-kadang diluar jangka.


Walaupun kadang – kadang, ‘refleksi’ ni kita boleh dapatkan menggunakan aplikasi, ia kadang – kadang nampak fake. Kalau nak edit pun, biarlah logic, takkan korang bergambar dekat pasir, tiba – tiba ada relfection pulak kan…

#5. Rule Of Third


Sengaja aku letakkan rule of third sebagai perkara terakhir walaupun inilah perkara ‘wajib’ yang akan membezakan gambar biasa, daripada gambar yang luar biasa.

Menggunakan grid pada kamera korang, korang letakkan subjek pada salah satu daripada kawasan dalam grid tersebut. Maknanya 1/3 daripada keseluruhan gambar. Kalau taknak 1/3, korang boleh letakkan juga subjek di salah satu lintasan garisan grid.

Contohnya macam ini :



Tapi kadang – kadang, mengikut sesesuaian, korang boleh jugak pilih untuk langgar rules ni untuk dapatkan gambar yang lain daripada yang lain.

Ni contoh gambar aku ambil masa di Danau Toba, Trip dengan Malindo Air ke Danau Toba tahun lepas.




5 Negara Paling Bahaya Untuk Travel Dengan Penerbangan


 Tanyalah mana – mana individu yang suka travel, pastinya ramai yang akan memilih untuk menaiki pesawat dan pasti ramai akan bagi alasan, ianya paling selamat berbanding pengangkutan lain. Selain yang tercepat lah.


Walaubagaimanapun, ada beberapa insiden yang berlaku dan ini sedikit sebanyak menjejaskan serta menurunkan keyakinan dalam industriy penerbangan selepas berlakunya kemalangan besar. 

Menurut statistik Rangkaian Keselamatan Penerbangan, pada 2018, seramai 556 orang maut dalam nahas udara manakala sejumlah 1.35 juta orang maut setiap tahun dalam kemalangan jalan raya.
Korang tahu tak bahawa tahun 2000 dan seterusnya merupakan dekad paling berbahaya untuk perjalanan udara?



Satu kaji selidik mengenai laluan paling berisiko di seluruh dunia oleh syarikat luar negara, 1st Move International mendedahkan beberapa data berkaitan jumlah mangsa terkorban dalam nahas kereta api, pesawat dan kenderaan darat yang harus diketahui oleh pelancong.

Jumlah kematian dalam nahas pesawat meningkat dengan ketara pada tahun lepas, tetapi tidak ada sebab untuk mereka yang kerap travel untuk panik.

Kalau nak diikutkan, 15 kemalangan pesawat maut menunjukkan angka yang lebih tinggi berbanding purata kemalangan dalam tempoh lima tahun, tetapi ia sebenarnya masih menjadi tahun ketiga paling selamat untuk penerbangan komersial, menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan.



Anggaran trafik udara seluruh dunia adalah dibawah 38 juta penerbangan, dan kadar kemalangan nisbahnya ialah 1 bagi setiap 2.5 juta penerbangan.

Berikut 5 negara yang masuk dalam senarai paling bahaya untuk travel menggunakan pesawat di dunia berdasarkan kecelakaan paling buruk sejak 1968:

1. Amerika Syarikat (10 nahas dan 4,200 maut)
2. Sepanyol (tujuh nahas dan 1,367 maut)
3. Jepun (tiga nahas dan 946 maut)
4. Indonesia (lima nahas dan 873 maut)
5. Nigeria (lima nahas dan 787 maut).

- SCMP

Royale Chenang Resort Langkawi, Hotel Sesuai Untuk Semua Jenis Traveller


Royale Chenang Resort merupakan sebuah resort yang terletak di Pantai Tengah, Langkawi. Ha, walaupun namanya Royale Chenang, tapi dia bukan berada di Pantai Chenang Langkawi ye, ramai yang terkeliru.

Sekitar bulan lepas, aku berpeluang lah ikut satu FAMTrip yang dianjurkan oleh LADA sempena penilaian semula Langkawi Geopark oleh UNESCO.


Berbalik pada Royale Chenang Resort ni, nak ceritalah sikit pengalaman menginap di sini. Walaupun banyak habiskan masa di luar, pada aku, kalau korang ke sini dengan keluarga mahupun kawan – kawan, memang best dan berbaloi.

Untuk review kali ni, aku nak ciduk kriteria yang digunakan oleh satu rancangan reality berkenaan hotel ni iaitu Hotel, Lokasi dan Tarikan, Tidur dan ‘Value For Money’ atau bahasa mudahnya, berbaloi tak harga yang dibayar. Dan setiap kategori markah penuh adalah 10.

Hotel – 10/10

Tak dapat dinafikan, hotel ni memang menepati citarasa yang aku cari pada sebuah hotel. Walaupun biasanya aku akan pilih untuk tinggal di backpackers hostel, tapi pada aku, aku pernah tinggal di hotel yang namanya gah, tapi keadaannya teruk.

Lobi Hotel
Dari segi konsep, ia boleh dikatakan hotel butik dan konsep yang dibawakan sangat berlainan dari resort dan hotel yang ada di Langkawi. Kalau ikutkan, kau boleh rasakan ‘mewah’ di resort ni.
Untuk bilik, difahamkan ada 7 jenis pilihan bilik bermula dari Standard Twin, Deluxe Queen, Double Room dengan balkoni, Standard Queen, Junior Suite dengan private pool, Queen Suite dan Deluxe Queen Suite.



Jadi, korang boleh pilih bilik bermula untuk 2 orang, sehinggalah bilik yang boleh muatkan 6 orang. Harga untuk bilik standard bermula daripada RM250 +/- untuk satu malam dan ini termasuk sarapan pagi.


Kalau untuk keluarga, kitorang syorkan korang ambil Junior Suite yang mempunyai 2 bilik, satu bilik dengan katil queen dan satu bilik dengan dua katil single. Maksimum boleh masuk kalau ikutkan, 4 oranglah.

Kelengkapan bilik, aku boleh cakap sangat berpuas hati, segala benda ada. Tandas dia pun menarik, open air concept dan macam – macam lagi.

Untuk aku haritu, sebab pergi sebagai group, dapat bermalam di Junior Suite with Private Pool. Memang berendam ajelah ceritanya. Selain private pool dekat depan bilik engkorang, ada jugak public pool yang besar tapi tak adelah dalam mana. Jadi sesuai untuk kanak – kanak.



Kalau ikutkan rating, resort ini mempunyai rating terbaik di kawasan tersebut dan dari segi lokasi, ia mendapat rating sebanyak 8.9 di Booking.com.

Korang boleh tengok jenis bilik dan harga bilik di Royale Chenang Resort Dekat Sini.



Lokasi / Tarikan – 9 / 10

Dari segi lokasi, aku bagi 9 sebab jauh dari pantai. Sorry! Hehe. Sebenarnya, lokasi hotel atau resort ni taka da masalah. Dia terletak di tepi jalan, untuk ke pantai tengah kena jalan sikit baru jumpa pantai, untuk ke Pantai Cenang, kalau ambil Grab sekitar 5 hingga 6 ringgit.

Selain tu, kemudahan lain yang aku nampak berdekatan dengan hotel ini adalah tempat untuk sewa motor dan kereta, hanya selang beberapa buah rumah sahaja.

Spa. Ada beberapa spa yang jaraknya tak sampai 100 meter atau 200 meter dari hotel. Jadi, kalau korang nak manjakan diri di spa, tak susah pun.

Kedai serbaneka. Ada sebuah kedai serbaneka 24 jam berdekatan hotel. Ini dalam 100 meter jugak dari hotel. Tapi bukan 7 eleven atau KK Mart lah, kedai serbaneka biasa. Dari segi pilihan barang, agak banyak jugak pilihan sebenarnnya. Harga pun, tak semahal di kedai serbaneka yang ‘ada nama’.

Restoran. Selang beberapa blok / lot dari resort terdapat banyak kedai makan. Kalau korang nak makan, senang nak cari makan kawasan ni. Kalau bosan, naik ajelah Grab untuk ke kawasan Pantai Chenang, macam aku cakap tadi harga Grab sekitar RM5 hingga RM6 ringgit. Ini mungkin berbeza mengikut waktu dan permintaan.

Tarikan menarik sekitar Royale Chenang Resort ni adalah pantai tengah, cuma aku tak pasti keadaan di pantai tu cantik atau tidak, open to public atau tidak, sebab dengar – dengar kebanyakkannya private beach.

Selain pantai, Under Water World Langkawi terletak sekitar 4.5 kilometer, ini kalau ikut jalan kereta sebab jalan depan Under Water World tu sehala, kalau jalan kaki, 1.5 kilometer je. Hehe~ Dissebelah Under Water World dan dihadapan dia ada Duty Free, The Zon.

Tidur – 10 / 10

Macam aku cakap tadi, untuk aturan tidur, hotel ni sesuai kalau korang datang dengan pasangan, kawan atau keluarga sebab dia ada banyak pilihan bilik. Untuk dua orang sehinggalah 6 orang. Sebenarnya, untuk 6 orang tu pun luas je. Boleh masuk lagi, korang request tilam, tidur dekat ruang tamu. Hehe.


Macam unit Junior Suite tu dia konsep macam rumah. Korang masuk, ada ruang tamu, ada sofa, peti sejuk, televisyen, ada bar table (aku tak tahu nama dia apa). Tapi dia meja tinggi panjang, melekat dekat dinding. Hehe.


Kendian, dia ada 2 bilik. Satu bilik katil Queen, satu bilik lagi ada 2 katil single. Bilik air ada satu dalam setiap bilik. Satu bilik menghadap pool, satu bilik menghadap belakang da nada ruang lepak sikit kat luar, memang diletakkan kerusi dan meja.

Aku bahasakan sebagai balkoni lah ye ke patio tah orang panggil.
Value For Money – 9/10

Harga per malam untuk disini bermula daripada RM 250 untuk bilik standard dan untuk suite yang aku stay ni RM700 +/-. Jadi Kalau difikirkan logik akal, seorang jatuh pada RM125 seorang kalau korang amik bilik standard dua katil atau datang ramai, amik suite jatuh RM 116 lebih kurang.

Dari segi servis, aku tak boleh nak cerita banyak sebab macam aku cakap tadi, masa dihabiakan luar hotel, tapi dari pemerhatian aku, housekeepingnya, kebersihannya dan servis waktu breakfastnya, memang berpadanan sangat dengan harga yang korang bayar tu.

Aku bagi 9 sebab walaupun breakfast disediakan, ianya tak macam resort lain. Konsep dia ala-carte, dan dia berdasarkan order. Kalau ramai, maknanya lambat lah makanan. Tapi yang bagusnya, dia ada sediakan banyak makanan sampingan yang berubah –ubah, contohnya ada roti jala, roti canai, muffin dan lain – lain.

Kalau ikut rate, ini rate standard di kebanyakan hotel di Langkawi, kalau nak murah lagi, korang stay je backpackers hostel.

Secara keseluruhan; aku bagi hotel ni  38 / 40. Agak tinggi jugak markah tu. Tapi ini berdasarkan pengalaman 3 malam aku disini lah. Jangan pulak marah aku kalau korang pegi, hotel ni buat hal. Hikhik.




Dilema Percutian Ke Hatyai Atau Songkhla?



Selalu terjumpa soalan macam ni di pencarian Google, antara Hatyai dan Songkhla, mana lebih menarik? Jawapan aku, pergi dua-dua.



Ramai yang tersalah (termasuk aku) maklumat yang kedua-dua ini lokasi yang berlainan. Betul, ia memang berlainan, Hadyai adalah bandar, dan Songkhla itu adalah wilayahnya. Menariknya, kedua-dua ini ada ‘pusat’ bandar dia tersendiri.

Terletak di bahagian selatan Thailand dan dekat dengan sempadan Malaysia, tidak hairan kalau korang terjumpa ramai orang kita dan kereta-kereta yang bernombor pendaftaran Malaysia dekat sana sebab memang ada akses jalan darat pun.

Baru – baru ni, aku sempatlah sampai ke Hatyai dan Songkhla dan aku buat dalam masa 4 hari. 2 hari aku dekat Songkhla, 2 hari dekat Hatyai.

Aku sarankan; kalau korang nak shopping – habiskan banyak masa dekat Hatyai. Kalau nak jenjalan melawat kawasan bersejarah ke, temple ke, banyakkan masa di Songkhla.
Meh nak share sikit itineri aku;

KUALA LUMPUR – HATYAI       

Flight aku pukul 10 pagi, sampai Hatyai International Airport dalam 1105. Waktu Thailand lambat sejam ye kawan-kawan. Aku naik AirAsia, masa aku pegi tu, dapat harga RM300 pergi balik. Pergi hari Isnin, balik KL Khamis.

Day 1 : Hatyai – Songkhla


Disebabkan aku kena review satu hotel di Songkhla, aku ke sana dulu. Hotel dia adalah Haad Keaw Resort yang terletak di kawasan Chang Wat, Songkhla. Bilik, memang best!






Dia bagi family room, ada ruang tamu, katil besar dan macam-macam lagi. Memang best dan berbaloi. Lagi satu, hotel di sini kebanyakkannya muslim friendly. Di hotel ni pun, restoran dia ada sijil Halal.



Nanti aku tulis review penuh dalam entri lain, aku focus kepada iteneri 4 hari 3 malam aku ke Songkhla / Hatyai ni dulu okay?

Makan tengah hari, makan dekat hotel je sebab lapar sangat dan aku tak sempat nak explore google lagi. Jadi jalan paling ringkas, makan dekat hotel. Sedap, memang puas hati.





500 Baht untuk dua orang. 2 nasi, 1 tomyam yang portion dia besar dan banyak hidupan, 1 green curry yang penuh ayam dan 2 gelas the thai. Lebih kurang Rm30 seorang. Pada aku, puas hati, sebab makanan dia sedap, dan rate tu untuk hotel, boleh diterima akal.

Check- In : Rehat

Lepas makan, baru gerak tengok bilik. Kendian, kena settlekan writeup dan kerja-kerja lain. Lepas settle kerja, asalnya nak ke Hatyai. Tapi ‘tour’ yang disediakan dekat Hotel tu cadangkan ke Songkhla dulu.

p/s : Haad Kaew ni terletak di ‘pulau’ berlainan dengan tempat-tempat tarikan. Jadi aku syorkan, korang cari penginapan sekitar Hadyai City atau kawasan Bo Yang, ada banyak dekat situ.

Tapi yang bestnya di Haad Kaew ni, walaupun jauh perjalanan ke kawasan tarikan ambil masa sejam, kita boleh dapat pengalaman naik feri untuk seberang tasik Songkhla. Kalau naik kenderaan, dia cas sekitar 20 Baht untuk satu kenderaan, 4 Baht untuk motor dan kalau jalan kaki, free!




Oh, feri terakhir jam 11 malam ye untuk ke seberang.

Song Thale Park

Dekat sini,  memang banyak taman-taman awam. Salah satunya adalah Song Thale ni. Kawasan ini dibina cantik untuk kegunaan orang tempatan untuk beriadah.




Salah satu tarikan menarik di Songkhla ni adalah ‘Nag’ sebuah binaan berbentuk kepada naga yang mengeluarkan air dan kepala dia menghadap Tasik Songkhla. Nag sebenarnya adalah seekor ular (berkepala naga) yang dipercayai oleh penduduk tempatan mengeluarkan ‘air suci’ yang memberikan kebahagiaan, kesihatan dan juga kesuburan kepada Songkhla.




Cerita dia; Nag ni sebenarnya terbahagi kepada 3 bahagian. Kepala (simbol kecerdikan dan kepandaian orang di bandar Songkhla), badan (yang melambangkan kekayaan) – bahagian badan ada di Chaloem Phrakiat dan bahagian ekor di Chalatat Road (melambangkan kekuatan dan karisma).

Tapi untuk kali ni, aku sempat ke bahagian kepala sahaja sebab jalan ke kawasan badan dan ekor Nag ni ditutup sebab ada perkhemahan jambori pengakap (aku agak je, melalui pemakaian diorang).

Samila Beach




Di Songkhla, memang terdapat banyak kawasan pantai, dan salah satunya ialah Samila 
Beach ni. Pantai dia sepanjang 4 kilometer tak silap aku. Memang panjang. Kalau nak cerita pasal cantik, jujur cakap dia macam Port Dickson, dan masa aku kesini, tak dibenarkan mandi sebab ada ancaman obor-obor. Musim katanya…



Tarikan utama disini adalah binaan Golden Mermaid, sebuah patung ikan duyung yang dipercayai membawa kekayaan kepada rakyat Songkhla.




Tips : Datang waktu petang, sekitar 4 atau 5 – dapat gambar yang sangat cantik. Mermaid + sunset. Cuma kena pandai-pandai lah ambil giliran. Ramai yang nak bergambar disini.


Wat Khao Kao Seng




Jujur aku cakap, masa sampai dekat lokasi ni, aku jadi tak faham apa sebenarnya tarikan menarik dekat sini. Sebab, dia terletak dekat atas bukit dan ada sebuah wat (kuil).




Tapi, driver aku suruh turun kebawah, aku macam… peliklah sekejap. Rupanya, dekat bawah tu ada macam platform yang dibina untuk korang berjalan dan dia tuju dekat sebuah batu besar.




Aku search, rupanya batu yang dinamakan Hua Nai Raeng yang mempunyai nilai sejarah sendiri iaitu diceritakan gabenor bandar bersebelahan yang bernama Nai Raeng telah membunuh diri disini sebelum menanam keseluruhan hartanya yang bernilai 900 juta baht dibawah batu ini.

Balik Hotel – Rehat
Waktu semakin gelap, aku mintak nak balik hotel sebab penat. Rehat sekejap. Malam keluar balik.

Chalatat Beach

Macam biasa, nak cari makan, aku suka gunakan Tripadvisor dan trip kalini aku guna Google Trip. Memang banyak membantu.

Katanya dekat kawasan jeti (yang aku ceritakan awal tadi) ada kedai makanan muslim, tapi masa aku sampai, dah tutup. Jadi, aku menyeberang naik feri untuk cari makanan.
Langsung ke Chalatat Beach. Memang meriah, sebab sini berderet bar dan pub. Tapi aku tak masuk lah, jengah dari luar je. Memang happening.

Selepas daripada deretan Bar ni, seingat aku bar terakhir nama dia WAVE Society, selepas daripada bar tu ada kedai makan halal. Ada beberapa dekat situ. Sebab lupa bawak kamera dan lapar, aku lupa nak amik detail. Setahu aku nama dia Arabee (ni yang aku google).

Lepas pada makan, amik grab untuk balik ke hotel. Selesai hari pertama.


Day 2 : Songkhla

Lee Subsin Market Precint




Lee Subsin Market Precint ni antara salah satu kawasan ‘pasar’ yang ada di Songkhla. Kawasan ini, memang banyak kedai-kedai diluar dan didalam. Kena ingat satu, walaupun nama dia pasar, dia lebih kepada konsep kedai dekat sini.




Nak tukar duit, sebelah mall ni ada satu money changer. ATM machine pun ada.
Ada mall, ada kedai biasa jugak. Pandai tawar, dapatlah murah. Kalau ke sini, korang boleh cari banyak streetfood yang ada sekitar kawasan ni. Tapi kena hati-hati lah, cari yang dijual 
peniaga muslim.

Tips : Cari yang ada tulisan bismillah atau peniaga bertudung, ataupun tanya je… halal or not. Masalah disini, semua benda ditulis dalam bahasa Thai dan ramai tak boleh cakap English, jadi aku sarankan korang guna Google Translate. Senang!

Songkhla Old Town




Ini aku tak singgah, sempat lalu je sebab nak ke Bo Yang Night Market. Cuma, dekat Old Town ni, ada banyak street art yang korang boleh bergambar. 



Memang instagram-able!
Dari segi bangunan dan vibe, dia ala-ala bangunan lama dekat kawasan Jalan TAR atau Jonker Walk punya style.

Bo Yang Night Market




Jujur aku cakap, aku ingat dia macam Chatuchak market yang famous tu. Tapi sangkaan aku meleset. Walaupun nama dia night market, dia adalah pasar moden, ala-ala uptown dekat sini.




Boleh dikatakan korang jangan tertipu dengan perkataan ‘market’ tu, dia bukan pasar basah. Dia lebih kepada pasar moden yang ada binaan bangunan yang pada aku sangat tersusun.

Bo Yang market ni sama macam uptown dekat KL tuh, ada jual baju, aksesori, cermin mata, cendera hati, dan sebab utama orang ke sini, streetfood! 





Ada macam-macam jenis makanan yang dijual dekat sini.


Perlu berhati-hati sahaja, sebab korang tak boleh bezakan makanan tersbeut halal atau tidak, kebanyakkan tulis Thai sahaja. Kalau ada pork tu aku perasan dia akan tampal sticker kartun babi dekat signboard.

Tips aku, cari yang boleh berbahasa melayu, pakai tudung, atau dekat gerai dia ada ayat-ayat Al-Quran.

Ringkasan Hari Ke-2 : Lee Subsin Market Precint > Songkhla Old Town > Bo Yang Market
Memang hari kedua aku tak sempat nak keluar sebab pagi tu ada kerja sikit nak buat. Jadi habiskan masa dekat hotel. 

Nak keluar tengah hari pulak, hujan lebat. Memang terkilan sebab tak dapat nak pusing-pusing.

Hari kedua keluar hotel agak lambat, dalam pukul 4 atau 5 macam tu lepas hujan berhenti.

Day 3 : Hat Yai


Songkhla – Hatyai
Untuk hari ke 3, kitorang keluar dari Songkhla untuk ke Hatyai. 
GREENVIEW HOTEL




Check-in dekat Greenview Hotel - hotel ni sebenarnya jumpa last minute. Tapi dari segi 'vibe' memang terasa Thailand betul hotel dia. Berdekatan dengan semua benda. 
7 Eleven terletak dalam 5oo meter (ini anggaran aku). 
Santisuk Market
Salah satu kawasan beli belah yang ada di Hatyai adalah Santisuk market. Konsep dia sama, dengan market lain. Macam kawasan Chow Kit atau ala-ala Petaling Street. Dari segi barangan, boleh kata ianya gred AA mungkin lebih rendah. Yang pasti, bukan ori. Itu dari segi barangan lah, dekat sini ada jugak jual kekacang, buah-buah dan lain-lain.
Oh, streetfood memang meriah!

Kim Yong Market
Kalau korang pusing habis kawasan Kim Yong ni, memang penat! Tapi boleh dikatakan kawasan ni, barang dia ‘rare’ sikit dan boleh la cuci mata. Sebab mustahil untuk korang bawak balik. Maksud rare dekat sini, ada beberapa kedai yang jual alatan tangan yang kategori ‘senjata berbahaya’. Ada pedang, pisau dan macam-macam lagi.
Selain itu, dinasihatkan korang bertabah lah bila ke sini, sangat banyak barang untuk ‘menguatkan adik’ atau dalam bahasa lainnya ‘ubat kuat’. Tapi, lain pada tu, korang boleh cari baju, beg, seluar, jajan, kacang, buah-buah dan macam-macam lah dekat sini.

ASEAN Night Bazaar
Dalam banyak-banyak, boleh dikatakan ini yang ‘proper’ sikit, lebih luas, lebih selesa dan meriah. Masa ke sana bulan lepas, memang bersepah orang Malaysia dan semua boleh dikatakan tangan penuh dengan barang-barang macam baju, toto dan lain-lain.
Kalau ke sini, korang naik ke tingkat atas tau. Ada deretan kedai makan bahagian atas. Semua makanan menarik, harga pun murah kalau nak dibandingkan dekat tempat lain.



DAY 4 : Hatyai - Airport

Hari keempat, flight aku dalam pukul 11 jugak. Pagi tu, tak boleh nak keluar bilik disebabkan hujan lebat dan duit Baht tinggal berapa je. Jadi decide duduk dalam bilik layan Netflix je.