Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Dah Labur Ribu-Ribu Buat Website Tapi Masih Tak Ada Sales? Mungkin Ini Punca Dia

Pernah tak korang rasa macam ni?

Dah bayar developer mahal-mahal untuk buat website yang paling aesthetic, paling laju, dan paling gempak. Tapi lepas sebulan, dua bulan... krik krik. Trafik kosong, sales pun tak masuk.

Ramai pemilik bisnes sangka bila website dah siap, pelanggan akan datang sendiri macam semut hurung gula. Realitinya? Website tanpa strategi content yang betul ibarat kau buka kedai mewah, tapi kedai tu kat tengah-tengah padang pasir yang tak ada jalan raya.

stress business owner


Orang tak nampak, dan orang tak tahu pun kau wujud.

Jadi, apa puncanya? Berdasarkan pengalaman aku tulis lebih 1,000 artikel SEO, ini 3 sebab utama kenapa website kau sekadar jadi "perhiasan" digital saja:

1. Website Kau Tak Ada "Jalan Raya" (SEO)

Google adalah "jalan raya" utama di internet. Kalau orang cari "Servis [Bisnes Kau]" kat Google tapi website kau tak keluar di Page 1, maksudnya jalan raya ke kedai kau tak wujud. 

Di sinilah pentingnya SEO Articles. Kau perlukan artikel yang bukan sekadar sedap baca, tapi artikel yang "bercakap" dengan robot Google supaya dia letak web kau kat depan sekali.

2. "Content" Kau Terlalu Syok Sendiri


Kadang-kadang website penuh dengan info "Kami adalah syarikat terbaik," tapi lupa nak bagitahu macam mana kau boleh selesaikan masalah pelanggan.

Content writer yang bagus tahu macam mana nak tukar bahasa "bosan" korporat kepada bahasa yang buat orang rasa, "Hah, inilah solusi yang aku cari!"

3. Website Nampak "Mati"

Pelanggan akan ragu-ragu nak beli kalau blog post terakhir kau adalah pada tahun 2022. Website yang sentiasa di-update dengan artikel yang bermanfaat membina Trust

Bila orang nampak kau konsisten berkongsi ilmu, diorang takkan ragu-ragu nak tekan butang WhatsApp tu.


Dari Minat jadi Kerjaya: Bagaimana Blog Travel Saya Membuka Peluang dalam SEO & Pemasaran Digital

laptop camera notepad

Bagaimana Minat Aku Terhadap Penulisan & Travel Membawa 'Aryl Je' ke Digital Marketing

Melangkah masuk ke 2025, aku rasakan ianya waktu sesuai untuk aku melangkah satu anak tangga lagi dan mengembangkan sayap 'Aryl Je' - branding yang pada awalnya aku letakkan untuk perkenalkan diri aku sebagai travel & lifestyle blogger.

Kalau nak diikutkan, memang sejak dari awal aku suka menulis dan ianya bermula dengan perkongsian penulisan panjang di MySpace (kalau tak salah) dan aku berjumpa dengan platform ini dan kenal dengan ramai kawan-kawan blogger ketika itu. Bermula dari situ, aku jadi lebih bersemangat, semakin rajin update blog dan mula berkongsi pengalaman, review kedai makan sehinggalah jumpa niche baru iaitu Travel.

aryl je backpacking


Pendekkan cerita, apa yang bermula sebagai 'diari' akhirnya berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar - untuk memberi inspirasi dan maklumat.

Pun begitu, aku terdetik satu perkara : menulis sahaja tak mencukupi aku perlu lebih rajin, dan fahami bagaimana dunia digital ni berfungsi. Itulah bila aku cari tahu pasal SEO (Search Engine Optimization) dan content strategy.

Titik Perubahan

Secara jujurnya, aku tak cukup masa nak update kesemuanya (blog, youtube, instagram dan TikTok) jadi aku punya azam tahun ni, jadi lebih rajin. Cuba lebih berdisiplin untuk kongsikan segala apa yang aku tahu untuk manfaat bersama.

Ye, untuk blog, website dan sebagainya untuk berkembang dan lebih dikenali, ianya memerlukan SEO - yang nampak rumit dengan kata kunci, algoritma, faktor ranking dan lain-lain. Secara tak langsung, dengan strategi yang betul setiap penulisan mampu sampai kepada lebih ramai membaca. Travel & Lifestyle Blogger | Writer turned Digital Marketer

Ye. Aku masih posisikan diri aku sebagai travel & lifestyle blogger, tetapi dalam masa yang sama aku nak kongsikan juga pengalaman perjalanan karier aku dengan harapan boleh membantu mereka di luar sana yang nak bina kandungan berkualiti dengan strategi SEO dan pemasaran digital atau digital marketing. 



Jadi sama ada anda adalah blogger, pemilik perniagaan, atau usahawan, Aryl Je boleh bantu korang untuk hasilkan kandungan yang bukan sahaja menarik tetapi sampai kepada target audiens atau pelanggan yang betul. 

Apa Yang Boleh Dijangkakan Dari 'Aryl Je' Selepas Ini? 

Bermula hari ini, blog ini masih akan kongsikan tips travel dan gaya hidup tetap akan dikembangkan lagi dengan perkongsian tentang : 

Tip SEO untuk blogger & perniagaan
Strategi pemasaran kandungan yang berkesan
Cara menulis untuk pembaca & search engine

Selain itu, dari semasa ke semasa akhirnya kandungan penulisan akan dalam Bahasa Inggeris supaya lebih variasi dan mampu capai ke audiens yang lebih luas.

📩 Ada soalan? Perlu bantuan dengan strategi kandungan, SEO dan sebagainya, DM saya di Instagram - @aryl_je.

5 Cabaran SEO Tahun 2025 & Cara Mengatasinya untuk Ranking Lebih Baik

google seo

Search Engine Optimization (SEO) terus berkembang dengan perubahan algoritma enjin carian, teknologi baharu, dan perubahan tingkah laku pengguna. Tahun 2025 dijangka membawa cabaran baharu kepada pemilik laman web, pemasar digital, dan pakar SEO. 

Dalam artikel ini, aku nak membincangkan cabaran terbesar SEO pada tahun 2025 dan bagaimana untuk mengatasinya.

1. Perubahan Algoritma Google yang Lebih Kompleks

Google, macam yang korang tahu kerap mengemas kini algoritmanya untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Pada tahun 2025, algoritma dijangka menjadi lebih kompleks dengan tumpuan kepada pemahaman konteks kandungan yang lebih mendalam melalui Artificial Intelligence (AI) dan Natural Language Processing (NLP).

Penyelesaian:

  • Fokus pada kandungan berkualiti tinggi yang memberi nilai kepada pengguna.

  • Gunakan strategi "topic clustering" untuk menunjukkan kepakaran dalam sesuatu bidang.

  • Pantau perubahan algoritma dan sesuaikan strategi SEO dengan segera.

2. Kepentingan Pengalaman Pengguna (UX) dalam SEO

user interface (UX)

Google semakin menekankan User Experience (UX) sebagai faktor utama dalam ranking. Core Web Vitals dan faktor UX lain seperti kelajuan laman web, kebolehgunaan mudah alih, dan reka bentuk yang mesra pengguna menjadi lebih kritikal.

Penyelesaian:

  • Tingkatkan kelajuan laman web dengan mengoptimumkan gambar dan mengurangkan kod yang tidak perlu.

  • Pastikan laman web responsif dan mesra peranti mudah alih.

  • Gunakan navigasi yang mudah untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.

3. SEO Berasaskan AI

deepseek ai

AI semakin memainkan peranan besar dalam SEO, daripada analisis data hingga penciptaan kandungan. Google menggunakan AI seperti RankBrain dan Multitask Unified Model (MUM) untuk memahami maksud di sebalik carian pengguna dengan lebih tepat.

Penyelesaian:

  • Gunakan AI dalam analisis kata kunci dan trend carian.

  • Optimumkan kandungan untuk carian berasaskan Search Intent.

  • Manfaatkan alat AI seperti ChatGPT untuk mencipta kandungan yang lebih baik dan berkualiti.

4. Carian Suara dan Visual yang Meningkat

Penggunaan Voice Search dan Image Search semakin meningkat dengan pertumbuhan peranti pintar dan teknologi AI.

Penyelesaian:

  • Optimumkan kandungan untuk Voice Search dengan menggunakan gaya penulisan yang lebih semula jadi dan berbentuk perbualan.

  • Gunakan gambar berkualiti tinggi dan berikan Alt Text yang sesuai untuk SEO imej.

  • Pastikan kandungan dapat menjawab soalan secara terus dan padat (Featured Snippets).

5. Persaingan yang Semakin Sengit

Lebih banyak perniagaan kini memberi tumpuan kepada SEO, menjadikan persaingan semakin tinggi, terutamanya dalam industri e-dagang dan pemasaran digital.

Penyelesaian:

  • Fokus pada Long-Tail Keywords yang lebih spesifik dan kurang persaingan.

  • Gunakan strategi pemasaran kandungan seperti blog, video, dan infografik untuk menarik perhatian pengguna.

  • Bangunkan jenama yang kukuh dan bina pautan balik (Backlinks) berkualiti tinggi.

Akhir kata, tahun 2025 membawa cabaran baharu dalam dunia SEO, tetapi dengan strategi yang betul, cabaran ini boleh diatasi. 

Pemilik laman web dan pemasar digital perlu sentiasa peka terhadap perubahan algoritma, menggunakan teknologi AI dengan bijak, serta memberikan pengalaman pengguna yang terbaik untuk memastikan kejayaan dalam enjin carian.

Adakah anda bersedia menghadapi cabaran SEO tahun 2025? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

30 Destinasi Pelancongan Terbaik Lonely Planet 2025 Untuk Inspirasi Travel Anda

Scenery New Zealand

Setiap tahun, Lonely Planet memilih destinasi terbaik untuk pelancong dari seluruh dunia. Tahun 2025 menampilkan lokasi luar biasa yang menawarkan pengalaman unik sama ada anda pencinta budaya, alam semula jadi, atau makanan. 

Berikut ialah 30 destinasi utama yang boleh korang pertimbangkan untuk perjalanan korang tahun depan!

Negara Terbaik

mongolia

  1. Mongolia
    – Nikmati pemandangan padang rumput luas dan budaya nomad yang masih utuh. Pengalaman gurun Gobi pasti memukau!

  2. India
    – Gabungan tradisi dan inovasi. Jelajahi Rajasthan, Taj Mahal, dan kota moden Mumbai.

  3. New Zealand
    – Lokasi sesuai untuk penggemar aktiviti luar. Landskap indah dan budaya Māori menanti anda.

  4. Malawi
    – Dikenali sebagai "Jantung Hangat Afrika," Malawi menonjol dengan tasik kristalnya dan hospitaliti mesra.

  5. Slovenia
    – Gabungan gunung, tasik, dan bandar bersejarah. Jangan lupa mencuba makanan tempatan yang autentik!

Wilayah Terbaik

  1. Tuscany, Itali
    – Tempat penuh keindahan dengan ladang anggur, seni bina klasik, dan makanan lazat.

  2. Queensland, Australia
    – Nikmati Great Barrier Reef, hutan hujan tropika, dan pantai memukau.

  3. Pantai Timur Kanada
    – Perkampungan nelayan, tebing dramatik, dan makanan laut segar.

  4. Southern USA
    – Gabungan sejarah, budaya muzik, dan masakan memikat hati.

  5. Japanese Alps, Jepun
    – Lokasi terbaik untuk mendaki, mata air panas, dan tradisi tempatan yang unik.

Bandar Terbaik

  1. Prague, Republik Czech
    – Bandar penuh seni bina klasik, jambatan bersejarah, dan budaya yang kaya.

  2. Nairobi, Kenya
    – Ibu kota safari, dengan kombinasi taman nasional dan kehidupan bandar.

  3. Montreal, Kanada
    – Tarikan utama untuk seni, festival, dan makanan yang luar biasa.

  4. Seoul, Korea Selatan
    – Gabungan bandar pintar moden dan tradisi Korea.

  5. Bogotá, Kolombia
    – Kaya dengan seni jalanan, makanan enak, dan tarikan budaya.

Pengalaman Unik

  1. Tasmania, Australia
    – Pulau dengan pemandangan luar biasa dan makanan tempatan yang menakjubkan.

  2. Kepulauan Azores, Portugal
    – Tempat yang sempurna untuk pencinta alam dan aktiviti luar.

  3. Patagonia, Argentina/Chile
    – Keindahan semula jadi dengan glasier, gunung, dan hidupan liar.

  4. Galicia, Sepanyol
    – Lokasi pelancongan santai dengan seni bina bersejarah dan budaya makanan laut.

  5. Pulau Okinawa, Jepun
    – Nikmati pantai tropika dan sejarah unik Jepun.

Destinasi Makanan Terbaik

  1. Lima, Peru
    – Syurga pencinta makanan dengan hidangan seperti ceviche dan masakan Andes.

  2. Osaka, Jepun
    – Dikenali sebagai dapur Jepun, cuba takoyaki dan okonomiyaki.

  3. Lyon, Perancis
    – Bandar makanan klasik dengan restoran berbintang Michelin.

  4. Penang, Malaysia
    – Gabungan sempurna masakan Melayu, Cina, dan India.

  5. Mexico City, Mexico
    – Nikmati taco asli dan hidangan Mexico yang kaya rasa.

Lokasi Luar Biasa Lain

  1. Alaska, USA
    – Destinasi untuk pencinta alam liar dengan pemandangan glasier dan hidupan liar.

  2. Madagascar
    – Temui spesies endemik dan keindahan biodiversiti.

  3. Jordan
    – Lawati Petra, salah satu keajaiban dunia, dan pengalaman padang pasir Wadi Rum.

  4. Antartika
    – Destinasi eksklusif dengan keajaiban alam salji dan ais.

  5. Himalaya, Nepal
    – Lokasi ideal untuk mendaki dan memahami budaya unik Tibet dan Nepal.

Kesimpulan

Sama ada korang inginkan pengalaman eksotik, pengembaraan aktif, atau santai bersama budaya tempatan, senarai ini memberikan pelbagai pilihan menarik. Jadi, sudah bersedia untuk merancang perjalanan anda ke salah satu daripada destinasi ini? Tempah penerbangan, hotel mahupun aktiviti korang di sini

Villea Port Dickson Hotel Review | Staycation 2H1M Ke Port Dickson

Setelah sekian lama tak travel, aku decide nak healing ke Port Dickson dengan wife dan anak. Jadi ini review hotel yang infant friendly atau kalau korang mencari kids friendly hotel di Port Dickson, aku suggest korang cuba Villea Port Dickson ni.


Info Ringkas Hotel

Villea Port Dickson (4 Star)

Jumlah Bilik : 101

5 Bilik Mesyuarat


Alamat :

Batu 10, Tanjung Biru, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan 

 T: +606 662 6800 

E: vpd.enquiry@attanahotels.com


Servis & Kemudahan :

- Wi-Fi

- Parking percuma

- Kawalan keselamatan 24 jam ber-CCTV

- Kemudahan Rekreasi termasuklah swimming pool dewasa, kanak-kanak, gelanggang bola tampar,  kid club, gimnasium dan banyak lagi. 

Syarikat Penerbangan & Lapangan Terbang Paling 'Punctual' 2023

Ketika travel, perkara yang paling ramai orang takut ialah penerbangan yang lewat, ditunda atau lebih teruk dibatalkan. Manakan tidak, ia biasanya menjadi salah satu perkara yang bakal mengubah segala perancangan perjalanan kita. 

Kalau yang ada connecting flight lagilah akan cemas sekiranya penerbangan pertama lewat, pastinya akan sedikit 'kacau' dari segi masa untuk kejar penerbangan sambungan dan sebagainya. 

Baru-baru ini, firma penganalisis data, Cirium mendedahkan pada tahun lepas (2023) syarikat penerbangan yang paling menepati masa ialah Avianca Airlines dari Colombia yang memperoleh 85.73% rating dari segi 'on-time', diikuti Azul Airlines (Brazil) dan juga Qatar Airways. 

2023 Winner Cirium
Sumber : Cirium

Menurut Cirium, data-data ini mengambil kira syarikat penerbangan yang melakukan penerbangan ke 3 benua setiap hari dan penilaian sama ada syarikat penerbangan ini menepati masa ialah dikira sekiranya ia tiba di gate dalam tempoh 15 minit daripada masa ketibaan yang dijadualkan dan sekiranya ia berlepas dalam tempoh 15 minit daripada jadual berlepas mereka. 

Syarikat Airlines On-Time Di Asia

ANA | Photo by Fasyah Halim on Unsplash

Kalau di peringkat Asia-Pacific, ia didominasi oleh dua syarikat penerbangan Jepun iaitu All Nippon Airways dan Japan Airlines dengan rating 82.75% dan 82.58% diikuti oleh AirAsia Thailand dan IndiGo dari India. 

Lapangan Terbang Paling Punctual

Rajiv Gandhi International Airport | Source : Facebook

Dari segi ketepatan masa oleh lapangan terbang pulak, ia didominasi oleh Minneapolis-Saint Paul International Airport, Amerika Syarikat. Ini diikuti oleh Rajiv Gandhi International Airport, Hyderabad, India. 

Apa yang menarik, lapangan terbang antarabangsa India ni tak ada pun dalam top 10 tahun 2022, agak mengejutkan bagaimana diorang ni boleh naik sampai ke tempat ke-2 tahun ini. 

Berikut adalah senarai penuh syarikat penerbangan dan lapangan terbang paling punctual tahun 2023 yang dikeluarkan oleh Cirium : 

Syarikat Penerbangan Global

  1. Avianca Airlines — Colombia
  2. Azul Airlines — Brazil
  3. Qatar Airways — Qatar
  4. Delta Air Lines — U.S.
  5. Iberia — Spain

Syarikat Penerbangan Asia-Pacific

  1. All Nippon Airways — Japan
  2. Japan Airlines — Japan
  3. Thai AirAsia — Thailand
  4. IndiGo — India
  5. Air New Zealand — New Zealand

Syarikat Penerbanga Eropah

  1. Iberia Express — Spain
  2. Iberia — Spain
  3. Norwegian Air Shuttle — Norway
  4. Austrian Airlines — Austria
  5. LOT Polish Airlines — Poland

Global airports

  1. Minneapolis–Saint Paul International Airport — U.S.
  2. Rajiv Gandhi International Airport — India
  3. Kempegowda International Airport — India
  4. El Dorado International Airport — Colombia
  5. Salt Lake City International Airport — U.S.
  6. Sumber : Cirium

5 Azam Tahun Baru Yang Confirm Ramai Nak Cuba

Memasuki tahun baharu, pastinya setiap orang akan ada memasang azam atau akan cuba melengkapkan azam yang tidak sempat nak diselesaikan tahun sebelumnya.

Kalau nak diikutkan, Forbes baru-baru ini ada keluarkan statistik dan menurut survey berkenaan 62% daripada responden mengatakan mereka agak tertekan untuk mempunyai azam tahun baharu. 


Tanpa membuang masa, jom kita tengok 5 azam tahun baru yang popular : 


1. Meningkatkan Kecergasan (48%)

2. Tingkatkan Kewangan (38%)

3. Meningkatkan Kesihatan Mental (36%)

4. Kurangkan Berat Badan (34%)

5. Memperbaiki Diet (32%)


Aku yakin antara kita pun mesti ada yang mempunyai azam yang macam dekat atas tu, cuma disini suka aku nak ingatkan, walaupun kita tak capai, jangan putus asa. Kita cuba lagi realisasikan tahun ini. 


Sebagai contoh, salah satu konsep yang aku baru tahu dan ‘kenal’ ialah konsep Harm Awareness atau kesedaran kemudaratan sebagai pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan bahaya/risiko dalam kehidupan seharian kita.


Bahasa mudahnya, ia adalah salah satu cara atau pendekatan yang kita boleh gunakan dalam sehari-hari untuk mengurangkan bahaya atau risiko dalam kehidupan sebagai contoh, kalau bawak motor, cara nak kurangkan bahaya ialah dengan pakai helmet.



Pada asasnya, pengurangan kemudaratan atau pengurangan bahaya ni adalah prinsip yang memberikan alternatif dan pilihan kedua yang mana mampu mencegah atau menghapuskan tabiat atau aktiviti yang mendorong kemudaratan. 


Salah satu contohnya paling senang dan meliputi ramai ialah merokok dan di Malaysia sudah ada lima juta perokok dan 1.5 juta penghisap vape. 


Kebanyakan orang yang merokok sudah tahu bahawa merokok dan asap rokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan rokok.


Kalau nak ikutkan, memang terdapat beberapa kempen kesedaran awam anti-tembakau yang dikaitkan dengan pelbagai aktiviti pengawasan yang berkaitan dengan mengurangkan kadar merokok dan pendedahan kepada asap rokok dan penggunaan rokok.



Kebanyakan orang yang merokok sudah tahu bahawa merokok dan asap rokok boleh menyebabkan kematian. Tetapi ketakutan untuk mati akibat sebab yang berkaitan dengan merokok tidak mendorong orang ramai untuk mengambil tindakan untuk berhenti.


Jadi, disinilah kita perlu gunakan pendekatan harm awareness dengan mencari alternatif bagi mengurangkan risiko berkenaan. Pelbagai alternatif seperti gula-gula getah nikotin, nicotine patch, produk HTP dan sebagainya turut dibangunkan berdasarkan strategi dan prinsip pengurangan bahaya seperti produk pemanasan tembakau tanpa pembakaran (heat-not-burn) yang mempunyai kadar bahan kimia berbahaya yang lebih rendah berbanding rokok.


Selain bahan kimia ini, ramai yang tidak sedar bahaya yang disebabkan oleh asap yang terhasil yang mana turut mengandungi partikel-partikel berbahaya yang akan ‘tertinggal’ dan melekat pada baju, sofa, langsir dan lain-lain yang juga akan memberi kesan dari sudut kesihatan kepada keluarga dan sebagainya.

Menurut American Cancer Society, asap tembakau terdiri daripada ribuan bahan kimia, termasuk sekurang-kurangnya 70 yang diketahui menyebabkan barah. Bahan kimia penyebab kanser inilah disebut sebagai karsinogen

Jadi, apa kata memasuki tahun baru ini, kita berhenti atau setidaknya mengurangkan mudarat kepada insan tersayang dengan mengamalkan konsep harm reduction yang disebutkan tadi.


Selain dari rokok, satu benda yang ramai terlepas pandang adalah pemakanan dan paling penting ia melibatkan gaya hidup yang sihat dan hakikatnya, ramai masih tidak menganggap obesiti sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifikasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik.

Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, 50.1% populasi dewasa di Malaysia dilaporkan mengalami kelebihan berat badan, dengan 30.4% dikategorikan sebagai obes (19.7% secara khusus).



Obesiti juga terkait dengan lebih dari 200 penyakit kronik lainnya, seperti masalah kardiovaskular, diabetes, gangguan muskuloskeletal, dan kanser.


Oleh itu, adalah penting untuk menggalakkan kesedaran tentang nutrien yang terkandung dalam makanan berhubung dengan peranannya dalam penyelenggaraan badan, pertumbuhan, pembiakan, kesihatan dan pencegahan penyakit pada manusia.

Salah satu cara yang paling popular untuk mengurangkan kemudaratan sedemikian daripada tabiat pemakanan yang buruk adalah melalui Intermittent Fasting.


Dalam erti kata lain, IF ni juga bukan sahaja cara yang baik dan selamat untuk mencapai bentuk dan berat badan idaman anda, tetapi ia juga membantu anda menjimatkan wang, kerana kebanyakan 'sesi lepak' akan berlaku dalam tempoh puasa anda pada waktu malam. Tetapi ingat - jangan menyalahgunakan 'tetingkap makan' sebagai 'tetingkap balas dendam' anda.