Home Blog Services About Free Audit

Sumber Air Bersih Negara Pada Tahap Kritikal? Betul Ke Tidak?



Fungsi sungai dalam masa dan era moden ini mungkin tidak berapa penting pada kita jika nak dibandingkan pada masa dahulu. Sekurang-kurangnya inilah yang bermain di fikiran aku sebelum mendapat pencerahan di sebuah kempen kesedaran pasal pentingnya sumber air bersih ni.


Agenda Pengawasan Air 2018, itulah program yang sedikit sebanyak menyedarkan aku yang sebenarnya air ni terutamanya sungai mempunyai dan mainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita.

Kalau nak diikutkan, memang populasi di Malaysia semakin bertambah. Bila populasi bertambah, permintaan terhadap air bersih atau air yang terawat juga akan bertambah. Tapi, masalahnya negara kita kekurangan sumber air bersih.

Disebabkan sedar akan timbul masalah ni, beberapa badan berwajib telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sebuah projek yang dinamakan projek W.A.T.E.R iaitu singkatan kepada Working Actively Through Education and Rehabilitation.



Bahasa  mudahnya, projek W.A.T.E.R yang diasaskan oleh Yayasan SPARK dan mendapat kerjasama daripada badan NGO Global Environment Centre ini nak educate atau memberikan pendedahan kepada pengguna tentang pemuliharaan sungai dan air terutamanya. Cara yang efektif adalah melalui program-program yang berasaskan komuniti macam ni.

Antara Penduduk Blok 1 Desa Mentari Yang Turut Hadir Bergambar Dengan Timbalan Datuk Bandar PJ


Untuk tahun ni, projek ini akan mulakan kerja-kerja pemuliharaan di Sungai Selangor dan ada beberapa inisiatif lagi yang sedang dalam perancangan untuk memanfaatkan komuniti. Sebagai contoh, tadahan air hujan dan water thimble serta penanaman semula hutan di kawasan Raja Musa.



Sistem tadahan air hujan ni sebebarnya adalah projek perintis dan telahpun dibina dan memberikan manfaat kepada 1,800 penduduk di Blok 1 Desa Mentari. Dengan sistem tadahan hujan yang dibina, ia mampu menadah lebih kurang 1juta liter air hujan dalam setahun!

Air tadahan ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan umum seperti basuh kereta, kegunaan kebun dan sebagai sumber air in case kawasan tersebut tiada bekalan air.

Lepas balik daripada event ni, baru aku sedar yang selama ni banyak betul pembaziran air yang dah dibuat. Lepas ni, nak jugak cuba tadah air hujan, guna untuk siram pokok, basuh motor, dll.



Pameran Yang Ada Untuk Sesi 'Educate' Untuk Komuniti


 Dr. Kali Tengah Bagi Penerangan Berkaitan Sistem Kepada Timbalan Datuk Bandar


Oh ye, kalau ada yang berminat nak join jadi sukarelawan, boleh ke lawan web dibawah


Bercuti Ke Destinasi Sama? Worth It Ke?



Kalau korang dah pergi ke satu-satu tempat, korang akan pergi lagi tak ke tempat tu? Ke korang akan ‘cross’ destinasi tu dalam lokasi travel korang? 

Kebanyakan orang akan jawab ya, tapi ini alasan kenapa korang patut bercuti ke tempat yang sama.



Memang kadang-kadang kita ralat pergi ke tempat sama, ye lah, buat apa ke tempat sama sedangkan kita boleh explore ke tempat lain, ye tak? Macam contoh, aku pernah travel solo ke Bali tahun lepas, dan rasa macam nak ke sana lagi! Sebab rindu weh! 

Ok, berbalik kepada topik tadia, ini 5 alasan untuk korang bercuti ke tempat sama.

#1. Belajar Pasal Diri Sendiri



Ambil pengalaman kali pertama kita ke sana, perbaiki untuk travel yang kali ke-dua ni. Macam contoh, kena scam, bayar hotel mahal, makanan mahal dan sebagainya.

Macam aku kena dekat Bali, masa dekat Goa Gajah,ada few locals yang akan standby dekat pintu. Diorang akan follow korang dari satu tempat ke satu tempat, lepas tu dia akan start explain, nasihat aku, korang cakap it's okay, atau korang buad bodo je. Sebabnya, lepas settle semua, diorang nak 'pau' duit korang. Hehe, aku tak kena, sebab aku nampak macam local. Lol. 



So, pada aku,kita kena ambil pengalaman lampau, kita perbaiki. Mungkin lebih berhati-hati masa pilij tempat makan, atau berhati-hati masa pilih hotel, dan sebagainya.

Aku cuba Bakso tepi jalan, harga tak sampai singgit! 


Cuba kali ke dua ni, korang cuba fahami sosio-budaya tempatan pulak, cuba interaksi dengan orang tempatan, cuba street food. Selain belajar benda-benda baru, korang akan belajar kenal potensi diri sendiri.

#2. Keunikan Perasaan ‘Berada Di Rumah’



Bila kita ke tempat yang kita pernah pergi, kebiasaannya akan wujud ‘sense of belonging’. Kita akan rasa selesa, bila lalu kawasan yang kita pernah lalu, kita akan tersenyum sorang-sorang.

Senang cerita, manusia ni kita terikat dengan ‘habit’. Walaupun orang kata, kita kena keluar dari zon selesa, tapi bila kita masih dengan perkara habitual ni, akan ada satu perasaan yang susah nak digambarkan.

Selain tu, cuba bayangkan korang dah pernah pergi ke satu destinasi, dah tentu korang hafal setiap jalan, setiap lorong, setiap kedai yang murah atau pengalaman naik public transport. Ada 'value' tensendiri. Aku nak describe perasaan tu pun tak reti macam mana. Tapi, dia ada. 

#3. Perubahan Berlaku Cepat, Libatkan Diri.



Perubahan yang dimaksudkan di sini adalah kepada lanskap atau pembangunan. Mungkin masa korang pegi dulu, kawasan dia tak membangun sepenuhnya. Bila pergi sekali lagi, dah cantik.

Ini bekas tapak club yang pernah kena Bom dekat Bali dulu...


Sebagai contoh, masa aku ke Jakarta dulu,niat nak nak melawat Gelora Bung Karno, stadium keramat pasukan Indonesia tu, tapi apakan daya, masa tu tutup untuk renovation. 

Tapi serius, korang nak rasa Jakarta tu best, sewa motor or naik grab bike, pusing Jakarta waktu malam! 

#4. Buat Perkara Lain Dari Yang Lain



Point nombor 4 ni bertentangan sikit dengan point nombor 2 tadi. Sebabnya, dekat sini korang digalakkan cuba benda yang diluar normal.

Kalau ikutkan, aku jenis yang ni. Aku tak suka nak pegi tempat-tempat yang ramai dah pegi, tak feel. Tak rasa special. Hehehe. 

So, katalah, pertama kali sampai ke satu lokasi dulu, korang pergi ke tempat tumpuan, apa kata untuk kali ke dua, korang cari tempat-tempat yang jarang orang pergi pulak. Cuba travel style ‘main langgar’ je kali ni. Mana tahu, korang akan dapat pengalaman yang tak boleh dibeli.

Macam aku, aku tak rasa menyesal sewa motor dekat Bali, satu sebab aku sesat. Tapi masa sesat tu jugak aku jumpa satu tempat ni, view dia cantik gila. Cuma aku tak amik gambar, aku simpan kenangan tu untuk aku. Hehe...



Pada akulah kan, apa yang penting masa travel ni adalah pengalaman, bukannya destinasi. Dan antara benda 'genuine' yang aku dapat masa ke Bali adalah tengok secara live upacara bakar mayat atau dipanggil ngeben. 

#5. Jangan ‘Dikongkong’ Dengan Takut

Takut dengan berhati-hati tu lain tau. Tak guna travel kalau setakat duduk dalam bilik hotel dengan alasan, takut nak keluar, takut kena scam, takut sesat, dan lain-lain.

Perasaan ni korang boleh ketepikan sekejap. Bukan apa, kalau takut, baik duduk rumah. Tengok je tempat yang korang nak pergi tu daripada Instagram atau video dekat Youtube.
Sebabnya, kita takkan tahu apa sesuatu tempat tu ada kalau kita ‘dikongkong’ dengan perasaan takut ni. 



Satu pengalaman yang aku dapat masa solo trip ke Bali tahun lepas, jangan takut nak intraksi dengan orang tempatan. Walaupun diorang nampak tak friendly, tapi sebenarnya diorang okay.

Ni dekat Cekingsari, Kopi Luwak. 


Akhir kata, selamat travel ke tempat yang kita dah pergi, tak salah kita pergi tempat sama dua kali. =D

Nak baca pengalaman solo trip aku ke Bali? Boleh baca Pengalaman‘First Timer’ Buat Solo Trip Ke Bali.

Kopi, Buku & Coklat - Menarik Betul Bukku Cafe, Bandar Bukit Raja, Klang.



Terjumpa tanpa sengaja. Itu yang boleh aku rumuskan macam mana kisah terjumpanya café yang best ni.

Temanya memang macam apa yang aku pernah impikan nak bukak dulu,book cafe!


Tapi kan, sekali pandang memang keadaan di sekitar café ni, dengan suasana sejuk pagi, kawasan outdoor yang banyak serpihan-serpihan kayu sebagai deko, memang orang ingat kita di Jepun.



Dibuka pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 malam, dan pesanan terakhir diterima pada 10.30 malam untuk minuman dan 10 malam untuk makanan.

Pendek kata, kalau korang minat buku, minat lepak dekat tempat-tempat macam ni, memang aku suggestkan lepak sini lah.



Untuk menu, aku cuba diorang punya Hazelnut Roasted Latte sebab itu minuman yang direccomendedkan (mengikut menu) dan untuk makanan pulak aku cuba Salted Egg Croissant, dan cuba diorang punya Croissant Sausage kalau tak silap.





Apa yang best, dia ada outdoor dan indoor. Kalau rasa nak chill-chill rasa angin petang, bolehlah lepak outdoor area dia. Oh, ada tingkat atas juga ye, cafe ni dua tingkat. 



Kalau nak pegi, alamat dia dekat :
NO.1, JALAN SINGGAHSANA 4A/KU2, (13.42 mi)

Klang 41050

Dia dekat kawasan bukit raja, dekat dengan setia city tu...

Meh aku belanja gambar food sikit :






Jam Tangan Berharga RM 3 Juta, Ini Cerita Disebalik Harganya Tersebut



Richard Mille adalah salah satu jenama jam tangan mewah daripada Swiss yang wujud sejak tahun 1999 lagi. Bertapak di Les Breuleux, Switzerland, model paling popular oleh jenama ini adalah Tourbillon RM 008.

Baru-baru ini, kecoh sekejap dunia hiburan luar negara apabila Pharell Williams dikesan pakai jam tangan Richard Mille. 



Walaupun jenama tersebut sememangnya jenama mewah, namun apa yang Pharell pakai bukanlah jam Richard Mille biasa, tetapi edisi khas RM 70-01 Tourbillion.



Kalau ikutkan satu penulisan di Forbes, Richard Mille mengeluarkan jam tangan edisi khas ini untuk memperingati juara dunia Formula 1 iaitu Alain Prost. Disebabkan mereka berdua ini member rapat, Mille telah mengeluarkan jam edisi khas ini yang mana hanya ada 30 unit sahaja dalam dunia!

RM 70-01 Tourbillion ini jugak sebenarnya direka khas untuk aktiviti berbasikal dan merupakan salah satunya model untuk aktiviti berbasikal secara mekanikal, bukannya digital macam kebiasaan jam-jam khas sukan lain.



Dia ada fungsi khas dimana ia boleh merekodkan jarak aktiviti yang telah dilakukan, selain itu terdapat punat penekan di sisi jam untuk si pemakai memilih daripada 5 pemusing odometer jam berkenaan.



Memang complicated!

Jam tangan ini sememangnya direka untuk terletak pada tangan secara semula jadi dan tidak menggangu aktiviti berbasikal. Selain itu, ia diperbuat daripada material yang sangat ringan dan mempunyai jangka hayat bateri simpanan selama 70 jam.



Untuk tambahkan ketahanan jam ni, ia menggunakan titanium gred 5 sebagai base jam serta skru Allen.


Dari segi sentuhan peribadi, seperti kebiasaan yang dilakukan oleh Richard Mile, kotak jam ini diperbuat daripada karbon TPT® dan jam ini dijual bersama sebuah road bike bespoke yang turut direka oleh Prost dan Mille dengan kerjasama daripada pembuat basikal Colnago.


Setiap basikal pula akan dicatkan warna korporat syarikat Richard Mille sendiri.

Padanlah harga retail sekitar USD 815,000, lebih kurang RM 3.3 juta jugaklah. Telan air liur beb tengok dia punya harga


Jom kita tengok salah satu video 'unboxing' jam Richard Mille ni...






[Update] Final Shopee Piala FA : Selangor vs Pahang, Dapatkan Tiket Anda Hari Ini

Pertembungan Final Shopee Piala FA akan berlangsung hujung minggu ini (7/7/2018) antara Selangor dan Pahang dan dijadualkan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Tiket Final Piala FA boleh didapati atas talian di Shopee mulai jam 12 pagi tadi.

TIKET PIALA FA SUDAH MULA DIJUAL, dapatkan tiket final Piala FA disini : BELI TIKET FINAL PIALA FA