Kalau korang dah pergi ke satu-satu tempat, korang akan
pergi lagi tak ke tempat tu? Ke korang akan ‘cross’ destinasi tu dalam lokasi
travel korang?
Kebanyakan orang akan jawab ya, tapi ini alasan kenapa korang
patut bercuti ke tempat yang sama.
Memang kadang-kadang kita ralat pergi ke tempat sama, ye
lah, buat apa ke tempat sama sedangkan kita boleh explore ke tempat lain, ye
tak? Macam contoh, aku pernah travel solo ke Bali tahun lepas, dan rasa macam
nak ke sana lagi! Sebab rindu weh!
Ok, berbalik kepada topik tadia, ini 5 alasan untuk korang bercuti ke tempat sama.
#1. Belajar Pasal
Diri Sendiri
Ambil pengalaman kali pertama kita ke sana, perbaiki untuk
travel yang kali ke-dua ni. Macam contoh, kena scam, bayar hotel mahal, makanan
mahal dan sebagainya.
Macam aku kena dekat Bali, masa dekat Goa Gajah,ada few locals yang akan standby dekat pintu. Diorang akan follow korang dari satu tempat ke satu tempat, lepas tu dia akan start explain, nasihat aku, korang cakap it's okay, atau korang buad bodo je. Sebabnya, lepas settle semua, diorang nak 'pau' duit korang. Hehe, aku tak kena, sebab aku nampak macam local. Lol.
So, pada aku,kita kena ambil pengalaman lampau, kita perbaiki. Mungkin lebih
berhati-hati masa pilij tempat makan, atau berhati-hati masa pilih hotel,
dan sebagainya.
Aku cuba Bakso tepi jalan, harga tak sampai singgit! |
Cuba kali ke dua ni, korang cuba fahami sosio-budaya
tempatan pulak, cuba interaksi dengan orang tempatan, cuba street food. Selain
belajar benda-benda baru, korang akan belajar kenal potensi diri sendiri.
#2. Keunikan Perasaan
‘Berada Di Rumah’
Bila kita ke tempat yang kita pernah pergi, kebiasaannya
akan wujud ‘sense of belonging’. Kita akan rasa selesa, bila lalu kawasan yang
kita pernah lalu, kita akan tersenyum sorang-sorang.
Senang cerita, manusia ni kita terikat dengan ‘habit’.
Walaupun orang kata, kita kena keluar dari zon selesa, tapi bila kita masih
dengan perkara habitual ni, akan ada satu perasaan yang susah nak digambarkan.
Selain tu, cuba bayangkan korang dah pernah pergi ke satu
destinasi, dah tentu korang hafal setiap jalan, setiap lorong, setiap kedai
yang murah atau pengalaman naik public transport. Ada 'value' tensendiri. Aku nak describe perasaan tu pun tak reti macam mana. Tapi, dia ada.
#3. Perubahan Berlaku
Cepat, Libatkan Diri.
Perubahan yang dimaksudkan di sini adalah kepada lanskap
atau pembangunan. Mungkin masa korang pegi dulu, kawasan dia tak membangun
sepenuhnya. Bila pergi sekali lagi, dah cantik.
Ini bekas tapak club yang pernah kena Bom dekat Bali dulu... |
Sebagai contoh, masa aku ke Jakarta dulu,niat nak nak melawat Gelora
Bung Karno, stadium keramat pasukan Indonesia tu, tapi apakan daya, masa tu
tutup untuk renovation.
Tapi serius, korang nak rasa Jakarta tu best, sewa motor or naik grab bike, pusing Jakarta waktu malam!
#4. Buat Perkara Lain
Dari Yang Lain
Point nombor 4 ni bertentangan sikit dengan point nombor 2
tadi. Sebabnya, dekat sini korang digalakkan cuba benda yang diluar normal.
Kalau ikutkan, aku jenis yang ni. Aku tak suka nak pegi tempat-tempat yang ramai dah pegi, tak feel. Tak rasa special. Hehehe.
So, katalah, pertama kali sampai ke satu lokasi dulu, korang
pergi ke tempat tumpuan, apa kata untuk kali ke dua, korang cari tempat-tempat
yang jarang orang pergi pulak. Cuba travel style ‘main langgar’ je kali ni.
Mana tahu, korang akan dapat pengalaman yang tak boleh dibeli.
Macam aku, aku tak rasa menyesal sewa motor dekat Bali, satu sebab aku sesat. Tapi masa sesat tu jugak aku jumpa satu tempat ni, view dia cantik gila. Cuma aku tak amik gambar, aku simpan kenangan tu untuk aku. Hehe...
Pada akulah kan, apa yang penting masa travel ni adalah pengalaman,
bukannya destinasi. Dan antara benda 'genuine' yang aku dapat masa ke Bali adalah tengok secara live upacara bakar mayat atau dipanggil ngeben.
#5. Jangan ‘Dikongkong’
Dengan Takut
Takut dengan berhati-hati tu lain tau. Tak guna travel kalau
setakat duduk dalam bilik hotel dengan alasan, takut nak keluar, takut kena
scam, takut sesat, dan lain-lain.
Perasaan ni korang boleh ketepikan sekejap. Bukan apa, kalau
takut, baik duduk rumah. Tengok je tempat yang korang nak pergi tu daripada Instagram
atau video dekat Youtube.
Sebabnya, kita takkan tahu apa sesuatu tempat tu ada kalau
kita ‘dikongkong’ dengan perasaan takut ni.
Satu pengalaman yang aku dapat masa solo trip ke Bali tahun lepas, jangan takut nak intraksi dengan orang
tempatan. Walaupun diorang nampak tak friendly, tapi sebenarnya diorang okay.
Ni dekat Cekingsari, Kopi Luwak. |
Akhir kata, selamat travel ke tempat yang kita dah pergi,
tak salah kita pergi tempat sama dua kali. =D
Nak baca pengalaman solo trip aku ke Bali? Boleh baca Pengalaman‘First Timer’ Buat Solo Trip Ke Bali.
1 Comments
berbaloi je kot rasanya.. kadang2 sebab terlalu best tu nak pegi lagi =D
ReplyDeleteLeave a comment...