Advertisement

Pengalaman Penginapan Terbaik Di Hotel The Pearl Kuala Lumpur



Masa aku tinggal dekat OUG dulu, memang selalu lah nampak The Pearl ni on the way balik ke rumah mahupun nak pergi kerja melalui Jalan Klang Lama tu. Dari luar, memang nampak klasik. Mana taknya, The Pearl ni dah mula beroperasi sejak 1997 lagi tau!

Maknanya, dah 21 tahun! Jadi pengalaman diorang dalam bab-bab perhotelan ni tak payah kita ragu ah. Kalau tak, takkan diorang menang The Best Muslim-Friendly Hotel dan Asia Halal Brand Award pada tahun 2017 kan?

The Pearl Kuala Lumpur ni memang bukan hotel baru, Cuma dijenamakan semula daripada The Pearl International.




Minggu lepas, sebenarnya aku dapat lah peluang nak bermalam di The Pearl. Macam weekend getaway gittu. Hehe. Check in lepas solat Jumaat, check out Sabtu tengah hari. Sempoi kan?

Eh, Hotel 4 Bintang, Harga Tak Mahal Ke?

The Pearl Kuala Lumpur ni memang banyak sediakan promosi-promosi menarik. Bilik bermula dari RM180 pun ada tau.




Bilik dia, sangat luas. Toilet ada bathtub lagi. Dari segi kemudahan kepada pengunjung, dia ada sediakan macam biasa, complimentary toileteris macam sabun, shampoo, ada kit menjahit, ubat gigi, berus gigi, lepas tu ada ironing board dan macam-macam lagi.





Dari segi interior design The Pearl Kuala Lumpur ni, korang boleh agak rasanya. Style-style lama. Contoh, kerusi besar, cabinet tv still kayu. Tapi, channel tv terbaik! Vision Four okay. Banyak movie latest!




Kemudahan Yang Ada :

1.       Ada swimming pool




Swimming pool dia agak besar jugak. Dibukak seawal 7 pagi, tutup 8 malam. Ada pool untuk kanak-kanak jugak.

2.       Ada gym





Gym atau Fitness On 5 terletak di aras yang sama dengan pool. Sebenarnya, sebelah-sebelah je. Gym dia moden okay. Peralatan semua baru lagi.

3.       Business centre

Selalu, ramai akan book hotel untuk buat meeting, conference, dan sebagainya. Jadi, diorang sediakan aras 23 ni untuk tujuan tersebut. Ada beberapa bilik meeting yang korang boleh book dari jam 9 pagi sampai 12 tengah malam.

4.       Laundry

5.       In-Room Dining
Kalau korang malas sangat nak turun makan, tekan butang nombor ‘7’ dekat telefon, orderlah makanan. Room service disediakan 24 jam!

6.       Akses Internet
Ini memang disediakan dalam semua bilik, tapi kalau korang nak laju lagi, boleh mintak dengan kadar yang diroang tetapkan lah.

7.       Parking
Untuk parking, memang tak ada masalah. Disebabkan The Pearl Kuala Lumpur ni letaknya sama dengan shopping mall, jadi parking diorang kongsi. Memang banyak. Masa aku kesini haritu, turun ke B2, banyak kosong. Untuk yang tinggal di hotel, kadar dia RM3. Kena validate dekat front desk dulu ye.

8.       Shopping Mall




Pearl Shopping Mall ada sama level dengan Hotel punya lobby. Korang keluar pintu hotel, dah masuk mall. Ada macam-macam kedai, antaranya Starbucks, Watson, Guardian, MrDiy, dan banyak lagi lah.

Makan Malam King Of Grill Di Executive Lounge Level 23.






Ini sebenarnya promosi BBQ buffet yang ada di The Pearl Kuala Lumpur sekarnag ni. King Of Grill Barbeque Buffet Italian. Harga kalau nak ikutkan, RM98++ untuk dewasa dan RM45++ untuk kanak-kanak.









Cumanya, sekarang ni promosi ni dah tak ada, ada promosi baru iaitu King Of Grill Sempena Chinese New Year pulak. Tapi rasanya menu sama…




Kalau korang nak rasa tinggal dekat Hotel ni, boleh dapatkan promosi harga murah ThePearl Kuala Lumpur di sini.

Post a Comment

1 Comments

  1. Artikelnya sangat bermanfaat mas,terimakasih atas informasinya semoga bermanfaat buat yang lainnya juga,kalau ada waktu mampir dong di tunggu kritikannya tentang Buat Kamu Yang Suka Merokok Wajib Baca,ini cara membersihkan Paru - Paru mu takut ada kesalahan dalam penulisan dan penjelasan,saya tunggu ya mas.

    ReplyDelete

Leave a comment...