Sekitar hujung tahun lepas, aku ada buat roadtrip ke Ipoh dan masa tu aku ada buat review tentang WEIL Hotel, dan baru - baru ini aku buat satu lagi roadtrip selama 3H 2M jugak ke Ipoh.
Korang boleh refer di sini kalau nak itinerary roadtrip ke Ipoh sebelum ini, dan untuk trip latest ni, ada kelainan sikit sebab aku travel semasa tempoh PKPP dan kali ini aku pergi untuk food hunting. Ada jugak melawat tempat - tempat yang selalu orang pergi kalau ke Ipoh. Contohnya Kong Heng Square, Concubine Lane dan LOKEN.
Tak banyak yang berubah, cuma LOKEN tu, ada entri keluar masuk dia, perlu scan dan sebagainya. Kalau aku rajin, aku buat satu entri lagi, tapi mostly aky dah cover di entri sebelum ini.
Jom kita terus ke pengalaman bermalam di Kinta Riverfront Hotel & Suites.
Kalau korang follow review hotel aku sebelum – sebelum ni; sama je kaedahnya.
Aku fokus 4 benda je iaitu hotel, tarikan & lokasi, pengalaman bermalam (kualiti tidur/rehat) dan terakhir value for money dalam erti kata lain, berbaloi tak harga yang perlu korang bayar dengan apa yang korang dapat secara keseluruhan.
Info Ringkas Hotel
Kinta Riverfront Hotel & Suites ( 4 Bintang )Alamat : Kinta Riverfront, Jalan Lim Bo Seng, 30000, Ipoh, Perak, Malaysia
No Phone : +6012-388 5423 (9am to 5pm)
Waktu Check-In : 3 p.m
Waktu Check-out : 12 p.m
Jumlah Bilik : 260
Jumlah Suites : 55
Jumlah Dewan Serbaguna : 7
Jumlah Restoran : 4
Kemudahan : Wifi, kafe, kolam renang gym, airport transfer, help desk 24 jam, breakfast. Masuk perlu kad akses.
Hotel : 10/10
Hotel ini ada dua bahagian iaitu Hotel dan Service Residence, apa yang aku suka ialah dia terpisah. Lif untuk ke bahagian hotel lain, lift untuk ke bahagian Service Residence pun lain.
Dari segi imej dan servis, memang korang dapat rasakan ianya hotel berbintang. Bukannya self-claim. Di pintu utama ada penyambut tetamu, selain proses check-in yang cepat dan untuk kes aku, aku dapat masuk bilik awal satu jam.
Untuk bilik, ada 5 jenis bilik biasa, 2 jenis bilik suites dan 2 jenis penginapan apartment. Harga bermula RM 148 satu malam dan korang ada pilihan nak tambah breakfast atau tidak. Boleh refer rate bilik - bilik lain jugak di Agoda.
Lokasi / Tarikan Menarik – 10/10
Aku bagi markah penuh dekat sini sebab; satu dia tak terlalu jauh dengan pusat bandar dan keadaan sekitar dia tak sesak. Selain itu, bahagian bawah hotel ini ada 7eleven dan bertentangan hotel ada kedai makan Hadramawt.
Tak cukup dengan itu, tarikan - tarikan menarik dekat Ipoh kurang lebih 2 kilometer sahaja. Misal kata korang nak ke Padang Ipoh dan lepak dekat kedai MIKER ke apa ke, sangat dekat. Boleh jalan kaki (kalau larat).
Lokasi dia jugak sekitar 1km daripada LOKEN dan untuk ke Concubine Street pulak, kurang dari 2km. Korang boleh refer peta yang disediakan oleh hotel ni sendiri.
0 Comments