Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Bukan Sekadar ‘Port’ Insta-Worthy, Encore Melaka Menjanjikan Kelainan!



Terletak di Impression City @ Kota Syahbandar Melaka, Encore Melaka merupakan tarikan terbaru yang ada di bandaraya penuh bersejarah dan ianya belum sampai setahun pun dibuka. Lebih tepat, Encore Melaka dibuka pada 7 Julai 2018 dan di rasmikan oleh Y.A.B Tuan Adly Bin Zahari, Ketua Menteri Melaka.



Struktur binaan bangunan ini sahaja boleh mempersonakan sesiapa sahaja yang melihatnya, apatah lagi dengan bahagian luar yang berwarna putih. Kalau Encore Melaka ni dilihat dari dekat, ianya seakan-akan bersisik dan menjanjikan salah satu keunikan pada gambar di ‘feed’ instagram korang.



Ada beberapa tempat di Encore Melaka ini yang menjanjikan gambar canti, salah satunya di bahagian hadapan bangunan ini sendiri. Selain itu, semestinya di salah satu dinding dengan strukstur sisik, dan terakhir, di bahagian belakang.



Tapi, aku yakin, kalau korang memang mata jenis berseni, ada banyak jugak tempat best nak dapatkan gambar cantik.



TAPI… sebenarnya, Encore Melaka ni bukan sahaja tempat untuk mengambil gambar, ia merupakan bangunan yang didirikan bertujuan untuk mempersembahkan teater. Lebih tepat, Encore Melaka merupakan teater terbesar di Asia Tenggara dengan tempat duduk yang boleh berpusing 360 darjah dan sepanjang 240 meter.

 


Bahasa mudahnya macam ini, korang bayangkan korang berada di dalam bulatan, dan butalan tu dibahagiakan kepada empat bahagian. Semasa pementasan berjalan, setiap bahagian tersebut mempunyai set dan penceritaan tersendiri.

KELAINAN DI ENCORE MELAKA

Secara jujurnya, aku memang meminati persembahan teater dan dah pergi beberapa persembahan teater macam Ola Bola, Cuci The Musical dan lain-lain. Apa yang aku boleh perkatakan adalah persembahan teater di Encore Melaka ni sangat berlainan dan aku tak terfikir pun persembahan teater boleh jadi sehebat ini.


Mana tidaknya, sepanjang persembahan selama kurang lebih satu jam, korang disajikan dengan pelbagai cerita yang berkaitan dengan sejarah negeri Melaka, daripada kedatangan Parameswara, Laksamana Cheng Ho, Asal Usul Baba & Nyonya dan macam-macam lagi.





Storyline dia, ada 7 kesemuanya. Setiap satu mempunyai kelainan masing-masing dan nak diceritakan dengan perkataan, memang aku tak boleh nak gambarkan. Satu masa ruang pentas penuh dengan prop, satu masa lagi penuh dengan LED, ada kesan efek 3 dimensi, ada air hujan dan macam-macam lagi.







Sejujurnya, awal-awal aku sangsi yang persembahan di Encore Melaka ni begitu hebat macam ni sekali. Pada aku, ‘team’ yang menjayakan persembahan ini patut diberikan pujian dan kita di Malaysia patut berasa beruntung kerana sebenarnya Melaka dipilih sebagai satu-satunya daripada ‘Impression Series’ yang ada di luar negara asalnya.

Dari segi harga, pada aku sendiri, merasakan ianya berbaloi dengan apa yang dipersembahkan.



Untuk rujukan, ini adalah harga dan seating plan dalam Encore Melaka ni.







Persembahan ada dua sesi, dan korang boleh tengok masa dia kat sini : 
  1. Isnin – Sabtu : 5.30 petang & 8.30 malam
  2. Ahad : 2.30 petang & 5.30 petang

Jangan keliru, ini untuk persembahan teater, kalau bahagian luar, sentiasa dibuka kepada orang ramai untuk bergambar dan sebagainya.

Oh iye, di Encore Melaka ni jugak, ada pelbagai kemudahan untuk semua, ada lif untuk yang berkerusi roda, kedai cendera mata, kiosk beli jajan, dan untuk yang muslim, kemudahan Surau yang pada aku selesa dan besar jugak.




Dan, aku semacam jakun jugak bila masuk toilet dia. Cantik melampau weh!!




Jadi, adalah satu kerugian kalau kita yang ada dekat Malaysia ni tak hargai tempat menarik macam ni.. Untuk kaki insta tu, serious aku cakap... Banyak tempat nak amik gambar lawa, ada yang buat wedding photoshoot pun dekat sini...

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi 06-270 7777 atau masuk je laman web mereka iaitu www.encore-melaka.com

Pesona Seremban : Galeri Diraja Tuanku Ja'afar



Galeri Diraja Tuanku Ja’afar merupakan sebuah muzium yang dibangunkan untuk memperingati dan menghidupkan kenangan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.



Memasuki perkarangan Galeri Diraja Tuanku Ja’afar yang terletak di Seremban ni, tersergam bangunan putih berkonsepkan moden colonial yang terletak ditengah-tengah bandar Seremban. Bangunan seluas 44ribu kaki persegi ini sebenarnya telah siap sejak tahun 2013 lagi dan ia menempatkan lapan buah ruang pameran utama dan satu ruang pameran sementara. 






Baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 pada tahun 1967 dan telah memerintah Negeri Sembilan selama 42 tahun. Pada tahun 1993, baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-10.




Pameran yang ada di galeri diraja ini berkonsepkan perjalanan peribadi Almarhum Tuanku, yang mana pengunjung akan mengikuti susur masa selain paparan perjalanan biografi Tuanku Ja’afar dalam 8 ruang pameran berbeza, iaitu : 
  1. Sejarah dan Raja-Raja Negeri Sembilan
  2. Mengenal Almarhum Tuanku Ja’afar
  3. Zaman Membesar
  4. Kerjaya Awal
  5. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10 (1967 – 2008)
  6. Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-10 (1994 – 1999)
  7. Permaisuri Baginda, DYMM Tunku Ampuan Tuanku Najihah binti Tunku Besar Tunku Burhanuddin
  8. Keluarga Diraja

Kalau nak diikutkan, pameran yang ada di galeri diraja ini berkonsepkan perjalanan peribadi Almarhum Tuanku, yang mana pengunjung akan mengikuti susur masa selain paparan perjalanan biografi Tuanku Ja’afar dalam 8 ruang pameran berbeza.



Selain menempatkan pelbagai koleksi peribadi milik Tuanku Ja’afar, koleksi ini dipersembahkan seiring dengan kisah perjalanan kehidupan DYMM Tuanku Ja’afar daripada kecil, sehinggalah kemuncak kehidupan yang mana baginda memerintah Negeri Sembilan sebagai Yang di-Pertuan Besar ke-10 dan kemudian dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-10 mengikut sistem penggiliran dan pada waktu itu menggantikan Almarhum Tuanku Sultan Azlan Muhibbudin Shah.




Kalau korang nak tahu, Almarhum Tuanku memang meminati bidang sukan. Salah satu koleksi 'rare' yang korang boleh tengok di Galeri Diraja ni adalah koleksi memorablia berkaitan sukan selain daripada koleksi kayu golf dan pelbagai sukan lain. 




Berpeluang melawat ke galeri ini minggu lepas, memang ia adalah sesuatu yang lain daripada yang lain. Bukan senang kita nak melihat koleksi peribadi seseorang pemerintah. Selain itu, pujian harus diberikan dalam penyusunan dan pengarapan cerita dari permulaan sehinggalah penghujung galeri.

Waktu Operasi : 10 pagi – 5 petang setiap hari, kecuali Isnin (tutup).
Bayaran Masuk :RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kakak, warga emas dan OKU.
Alamat : Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Jalan Taman Bunga, 70100, Seremban. 

Senarai Bazar Ramadhan Di Selangor dan Kuala Lumpur 2019


Pengertian puasa dari segi bahasa ialah menahan diri (Daripada lapar dan dahaga) dan dari segi istilah pulak ianya adalah menahan diri daripada melakukan perbuatan yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

Alhamdulillah kita sempat bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat tahun ini, dan hari ini seluruh umat Islam di seluruh dunia akan memulakan ibadah puasa.

Selalunya, apa yang menjadi permasalahan ketika bulan puasa ialah mencari makanan untuk berbuka. Tidak dapat dinafikan, ada yang lebih gemar masak sendiri di rumah dan ada juga mengambil langkah untuk ke bazaar.

Untuk korang yang selalu tercari-cari lokasi bazaar yang best. Ini kitorang ada senarainya. Tapi, seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk hari pertama puasa, belum ramai peniaga yang mula menjual. 

Senarai Bazar Ramadhan Di Kuala Lumpur Dan Selangor

Bagi anda yang kerja di pejabat dan pulang agak lewat untuk membuat persediaan untuk berbuka atau memasak, semestinya bazar Ramadan atau pasar Ramadan menjadi pilihan utama untuk membeli lauk dan makanan untuk berbuka mahupun sahur.

Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, berikut adalah senarai bazar Ramadan di Kuala Lumpur dan Selangor 2019.

Senarai Bazar Ramadhan 2019 Kuala Lumpur

WANGSA MAJU

1. Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
2. Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
3. Jalan Langkawi, Teratai Mewah
4. Kaki lima Plaza Idaman
5. Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
6. Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
7. Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
8. Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
9. Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
10. Tapak Pasar Malam Taman Melati

TITIWANGSA
1. Pasar Datuk Keramat
2. Jln Hj Hussein, Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
3. Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang
4. Siar kaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang
5. Taman Keramat (AEON AU2)

BUKIT BINTANG
1. Siarkaki Leboh Pudu
2. Jalan Masjid India
3. Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
4. Lorong Berangan
5. Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
6. No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman -Kawasan tempat letak kereta persendiria
7. Jalan Haji Taib
9. Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit Hingga Ke Supermarket Bintang (Jln Hj Taib/ Tuanku Abdul Rahman- Chow Kit)

BANDAR TUN RAZAK

1. Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan
2. Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
3. Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
4. Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
5. Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
6. Taman Len Sen
7. Jalan Benteng (Sebelah Restoran Burger King & Bangunan Hong Kong & Shanghai Bank)
8. Parking Bersebelahan LRT Cheras
9. Jalan Budiman 25, Taman Mulia
10. Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
11. Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
12. Dataran Padang Permainan Bandar Tun Razak

BATU
1. Tapak Parking Pasar Selayang
2. Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
3. Sentul Pasar
4. Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
5. PPR Batu Muda
6. Taman Wilayah Selayang Fasa 3
7. Kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks, kawasan lapang di tepi Kompleks dan didalam Kompleks, Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
8. Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara

CHERAS
1. Taman Segar
2. Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu

KEPONG
1. Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong

SEPUTEH
1. Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
2. Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
3. Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama

LEMBAH PANTAI
1.Jalan Sri Jati 3
2. Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
3. Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
4. Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat

SEGAMBUT
1. Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
2. Jln Cochrane
3. TTDI (Taman Tun Dr Ismail)

SETIAWANGSA
1. Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
2. Jalan Wangsa Melawati 3
3. Jalan Wangsa Delima
4. Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
5. Di kawasan tanah kosong di hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak

SETAPAK
1. Danau Kota (Uptown Danau Kota)
2. Setapak Jaya

Itu kalau di KL, kalau di Selangor, ini dia senarai bazar Ramadhan di Selangor tahun 2019.

Senarai Bazar Ramadhan 2019 Selangor

SHAH ALAM
1. Seksyen 2 Shah alam
2. Tapak Pasar Malam, Seksyen 7
3. Seksyen 13 (Stadium Shah Alam)
4. Seksyen 25
5. Seksyen U3 (Subang Perdana)
6. Seksyen 19 (Tapak Pasar Malam)
7. Seksyen 27 (Tapak Pasar Malam
8. Seksyen U10 (Tapak Penjaja Sementara)
9. Subang 2 (Tapak Pasar Malam)
10. Seksyen U13 (Setia Alam - CIMB Bank)

SUBANG JAYA
1. SS13, Subang Jaya (Jalan SS 13/2)
2. Subang Jaya (Jalan USJ 4/5)
3. USJ 1, Pangsapuri Angsana (Tapak Bersebelahan Surau)

PUCHONG
1. Taman Puchong Perdana (Jalan Perdana 2/1)
2. Taman Puchong Prima (Jalan Prima 5/1
3. Taman Puchong Utama (Jalan PU 7/1)
4. Puchong Indah (Jalan Inddh 2/1
5. Puchong Permai (Jalan Permai 2/10)

KAJANG
1. Taman Prima Saujana, Kajang
2. Jalan Kajang Mewah 7A, Taman Kajang Mewah3. Taman Ramal Indah (Tapak Pasar Tani)
4. Taman Kajang Utama, Jalan 3/1, Seksyen 3

CHERAS
1. Taman Suntex, Batu 9 Cheras
2. Jalan CJ8, Taman Cheras Jaya
3. Tapak Pasar Malam Taman Harmoni Indah, Bukit Belimbing

AMPANG
1. Pandan Indah
2. Cheras Indah (Hadapan Dewan Komuniti)
3. Pandan Mewah (Tempat letak kereta sebelah padang)
4. Taman Melawati (Hadapan Pejabat Pos Lama)
5. Kampung Melayu (Jalan Jati
6. Melawati Jalan E1
7. Bukit Antarabangsa (Jalan Wangsa Ukay 2)
8. Pandan Perdana (Hadapan Guardian)

BANGI & SEMENYIH
1. Tapak Pasar Malam Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
2.Hadapan Asrama Kolej Polytech Mara Bangi
3. Jalan Seri Putra ½, Bandar Seri Putra
4. Jalan 7/7b, Sek 7, Bandar Baru Bangi

BERANANG
1. Tapak Pasar Ramadan, Bandar Tasik Kesuma
2. Tapak Pasar Malam Taman Seri Nanding Bersebelahan Padang Futsal, Taman Desa Sentosa

SERDANG & SERI KEMBANGAN
1. Bazar Ramadhan Selangor Taman Seri Serdang (Jalan 18/35)
2. Taman Pinggiran Putra (Jalan Pp 1/2
3. Taman Equine (Jalan Pp 1b)
4. Pasar Ramadhan Puncak Jalil (Jalan Puj 3/2)
Korang boleh juga rujuk lokasi bazar Ramadan tahun lepas, mungkin ada yang takde tahun ini :


p/s: Kalau ada penambahan atau bazar dipindah lokasi, inform ye, kami akan update senarai ini.

Hostel Backpacker Terbaik Di Malaysia - Faloe Hostel Kota Kinabalu


Aku memang jenis suka pilih hostel dan airbnb bila travel, dah banyak hostel yang aku pergi dan setakat ni, belum ada lagi jumpa hostel yang teruk, pada aku pengusaha backpackers hostel dekat Malaysia ni memang menjaga standard diorang sendiri. 
Salah satu yang menarik perhatian aku adalah Faloe Hostel, Faloe Hostel ni sebuah backpacker hostel yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Diorang mula tawarkan penginapan kepada backpackers dan berkonsepkan hostel pada tahun 2017, Faloe hostel diusahakan oleh pasangan suami isteri, Ryan dan Sarah yang berasal dari Sarawak.

Menariknya, Hostelworld - salah satu laman web tempahan hostel seluruh dunia senaraikan Faloe Hostel ni sebagai yang terbaik di Malaysia. 
Setiap tahun, hostelworld; sebuah laman web yang menawarkan hostel backpackers seluruh dunia akan mengadakan HOSCAR, anugerah pilihan backpackers yang memberikan pengiktirafan kepada hostel terbaik di 170 destinasi yang ada dan Malaysia merupakan salah satu daripada negara yang mempunyai kaitan dengan Hostelworld.
Daripada 446 review yang ditinggalkan oleh backpackers yang mempunyai latarbelakang yang pelbagai dan datang dari negara yang berlainan, Faloe Hostel menerima markah yang tinggi iaitu 9.7 per sepuluh yang mana, pada aku, sangat tinggi dan kesemua review sejak 3 ke empat bulan lepas rata-ratanya rate 10! 

Jom tegok kemudahan yang ada :

Faloe Hostel ni mempunyai 3 dorm; dua untuk mixed gender dan satu untuk wanita sahaja dan ketiga-tiga dorm mempunyai air-cond. Setiap bilik pula mempunyai locker, almari, plug internasional selain kawasan makan dan louge hiburan yang dilengkapi dengan TV dan lain-lain kemudahan.



Menariknya, mereka di Faloe Hostel tidak mengenakan sebarang tambahan bayaran untuk menggunakan pelbagai kemudahan seperti dobi, sarapan, dan lain-lain.



Okay, biasanya kemudahan asas ni normal dekat mana-mana hostel. Tapi yang asas diorang sediakan adalah roti dan butter dan sebagainya sebagai breakfast. 

Jadi, kalau korang mencari hostel di KK selepas ni, tahulah nak stay dekat mana ye… Harga untuk satu malam hanya RM40 dan maksimum satu dorm adalam 10 orang atau ada 5 katil double decker.
Ini layout katil dia :


Untuk tempahan, boleh ke laman web Hostelworld atau ke laman web Faloe Hostel yang ada di bawah ni..
Photo Credit : Faloe Hostel | Hostelworld

Etika Menginap Di Backpackers Hostel


Angkat tangan kalau korang terdiri daripada ‘kaki jalan’ yang lebih gemarkan hostel berbanding hotel? Kebiasaannya, sesiapa yang travel secara solo, backpackers atau travel bajet mesti memilih untuk menginap di hostel, tak kiralah ia berkonsep macam dorm, atau bilik individu.

Macam aku sendiri, aku lagi prefer airbnb atau pergi cari backpackers hostel ni. Macam last solo trip ke Kuching baru-baru ni. Aku pilih untuk stay dekat Loft Waterfront, Kuching. Rate untuk satu malam RM49. Bilik katil queen dan dia adalah unit individu, kau tak berkongsi dengan orang lain. 




Sebenarnya, pengalaman menginap di hostel atau dorm ni lagi best daripada korang menginap di hotel. Sebab satunya kalau korang jenis habiskan masa diluar, buat apa nak bayar hotel mahal-mahal betul tak? 

Kedua, korang akan jumpa dan kenal ramai traveller dari luar yang korang boleh bawak borak. Setidaknya, boleh bertukar-tukar pendapat.

Biasanya, bila kita tinggal di dorm atau hostel ni kan… ada beberapa perkara atau etika yang digunapakai oleh majoriti hostel. Sebagai seorang traveller, rasanya tak ada masalah untuk korang patuhi etika – etika ni. Sebab pada kami, tak guna kalau korang travel tapi mentaliti dan pemikiran dekat takuk sama.



Ada beberapa etika sebenarnya untuk korang ‘patuh’ sebagai bagpackers atau lebih senang nak faham, syarat – syarat untuk menginap di backpackers hostel atau undang-undang backpackers hostel secara general. 

#1. Jangan Curi Makanan Orang
Kebiasaannya, kalau korang masuk ke backpackers hostel, akan ada pantry. Sama ada dia akan berada di satu tempat lain atau di bahagian ruang makan. Korang kena tahu dan faham, bukan semua makanan dekat situ kepunyaan hostel.
Maksudnya, masa korang masuk sila tanya atau biasanya ‘host’ akan bagitahu makanan mana atau minuman mana yang korang boleh guna dan mana yang orang lain punya. Jadi, kalau bukan korang punya, jangan makan atau sentuh okay?

#2. Teh, Kopi, Beras, Roti
Selalu, memang hostel akan sediakan bahan-bahan ini secara percuma ataupun complimentary. Jadi, korang boleh gunakan. Cuma, beringat dan jangan tamak. Makan sekadar isi perut. Bukan habiskan sebuku roti atau bawak lari roti ke air k eke dalam bilik korang. Ia untuk dikongsi, bukan ada hak eksklusif.

#3. Melakukan Hubungan Intim
Tolonglah. Kalau korang pasangan suami isteri, dan menginap di hostel janganlah lakukan hubungan intim. Rasanya korang faham lah hubungan macam mana kami maksudkan. Kalau nak jugak, hostel bukan tempat korang, sila ke hotel atau Airbnb berdekatan.

#4. Kentut ‘Tak Cover’
Ia, faham. Kentut ni memang tak boleh jangka bila dia nak datang, tapi percayalah ia berbau. Jadi kalau korang ada rasa nak membuang angin tu, sila lah ke lokasi atau kawasan yang open air sikit. Ini tidak, dah la kongsi bilik empat orang, main lepas aje. Bau telur pulak tu! Wek!

#5. Penggunaan Lampu
Selalunyalah, setiap hostel ni ada ‘undang-undang’ tentang penggunaan lampu atau bahan hiburan yang ada dekat sana macam contoh board game, card ataupun tv. Sini kita fokuskan pada lampu ye.
Biasanya pengunaan lampu utama diterima sampai pukul 11 malam, selepas itu kalau nak guna jugak lampu, gunalah torchlight pada phone korang. Jangan nyalakan lampu dorm, tak menghormati penghuni lain yang mana tahu nak rehat sebab flight pagi dan sebagainya.

#6. Peraturan Selepas Pukul 9 pagi
Kalau korang jenis susah atau nak tidur sampai tengah hari, maaflah. Korang nampaknya kena tahan sebab biasanya lepas pukul 9, semua orang akan bangun untuk keluar dan ada agenda masing-masing.
Jangan tulis review buruk pulak kalau korang kena hadap situasi macam ni nanti.

#7. Peraturan Sebelum Pukul 9 Pagi
Sama jugak macam peraturan selepas 9 pagi, kalau korang ada aktiviti atau nak packing barang sebelum pukul 9 pagi, harap hormati waktu ‘senyap’ tersebut. Kalau ada flight pagi, kemaslah barang-barang malam sebelum.
Jangan ganggu waktu rehat atau tidur orang lain.

#8. Beg Plastik
Kalau korang ada beg plastik, pastikan ianya tak berbunyi atau minumkan penggunaan plastik tu supaya dia tak kacau ketenteraman orang lain. Sebabnya, dalam keadaan dorm yang sunyi, kecik, bunyi plastik ni sangat annoying. Jadi, kalau boleh elakkanlah. Kalau korang shopping, pastikan balik awal supaya bunyi geseran plastik tu tak mengganggu orang lain.

#9. Bercakap Telefon
Ini antara masalah utama atau biasa yang berlaku dekat hostel. Tapi, dari segi pemerhatian aku sebagai traveller yang suka bermalam dekat backpackers hostel. Tolong lah, ruang atau tempat tu bukan rumah korang. Jadi, tak ada orang nak dengar ‘drama’ korang dengan boyfriend ke, sembang bisnes juta-juta ke.
Carilah tempat yang terpencil atau keluar dari dorm untuk bercakap.

#10. Unpack Beg
Kalau korang ada bilik sendiri, tak kisah tapi kalau di dorm yang ruang nya berkongsi, almari bersebelahan dengan almari lain tolonglah jangan buat sepah atau punggah beg korang atas lantai. Ini tidak, situlah korang nak letak baju kotor, segala beg shopping dan sebagainya.
Lagi satu, jangan tumpang barang kita atas katil orang lain terutamanya baju kotor dan tuala. Jangan marah lah kalau tiba-tiba baju korang ke dalam tong sampah.

#11. Jadi Bertanggungjawab
Selepas pakai pinggan, cawan atau gunakan apa sahaja yang berkongsi dengan orang lain, tolong kemas. Hostel ni bukan hotel yang mana akan ada orang kemaskan. Sudu, garfu pinggan lepas guna silalah basuh sendiri dan letakkan dekat tempat yang korang ambil.
Kalau ada minuman tertumpah, lapkan. Dia tak akan bersih secara sendiri.

#12. Jangan Jadi Pengotor
Etika ni paling korang kena utamakan. Kalau korang jenis tinggal sampai berminggu dekat hostel, pastikan tukar atau mintak cadar baru, tuala baru dan jangan lupa bersihkan diri! Kita kadang-kadang tak sedar yang badan kita atau pakaian kita dah berbau, tapi pada orang lain… hapak kot.

#13. Penggunaan Laptop / Komputer
Ada sesetengah hostel akan sediakan komputer atau laptop untuk kegunaan traveller. Kalau nak guna, beringatlah. Jangan buat macam harta sendiri. Selesaikan hal penting korang sahaja macam contoh nak reply email, nak print tiket dan untuk tujuan cari maklumat.
Sekarang ni, telefon sendiri pun dah boleh guna dah. Jangan kedekut sangat nak belanjakan duit untuk beli simcard antarabangsa atau sewa pocket wifi kalau tahu korang tu tak boleh hidup tanpa internet.

#14. Berhati-Hati
Ini paling utama. Pastikan korang sentiasa berhati-hati, berwaspada setiap masa. Baik dari segi keselamatan diri mahupun barang-barangan peribadi macam handphone, laptop, camera dan sebagainya.
Walaupun keluar sekejap, pastikan simpan semua barangan berharga dalam ruang penyimpanan yang disediakan dan kunci.

Capsule Hotel Dekat KK



Promosi 'Eat Thai, Visit Thailand 2019' Mr Tuk Tuk, Peluang Ke Bangkok Tu!



Pihak Berkuasa Pelangcongan Thailand di Malaysia (TAT), melancarkan sebuah kolaborasi bersama restoran-restoran berasaskan makanan Thailand di negara ini.

Dari Kiri : Dari Kiri : Mrs. & Mr Ken Leong, Ms Jacquelynn (Mr Tuk Tuk), Mr Ahman, Ms Sirinthara (TAT)

Selari dengan kempen ‘Membuka Lembaran Baru’ menerusi Amazing Thailand yang menumpukan lima sector utama dalam pelancongan iaitu Seni dan Kraf, Budaya, Alam Semulajadi, Gaya Hidup dan Gastronomi.



Kempen ‘Eat Thai, Visit Thailand 2019’ Di Semua Cawangan Mr Tuk Tuk



Kempen ‘Eat Thai, Visit Thailand 2019’ bermula dari 20 Mac hingga 30 April ini adalah kolaborasi antara TAT dan kesemua cawangan rangkaian restoran Mr Tuk Tuk di Malaysia.  Sempena kempen ini juga, Mr Tuk Tuk telah memperkenalkan beberapa makanan dan minuman baru dalam menu mereka.



Antara menu yang diperkenalkan adalah Fried Tofu with Basil Leaves, Thai Seafood Otak-otak, Fresh Oyster with Lime Sauce, Thai Prawn Salad dan pencuci mulut Thai Pumpkin Custard.






Mr Tuk Tuk dalam masa yang sama mengalu-alukan pengunjungnya untuk menikmati makanan halal Thailand yang sedap, berkualiti dan autentik. Setiap sajian terbukti keenakannya dan rasa yang sama terdapat di banyak restoran halal seumpama itu di Thailand.



Apa yang menarik, sepanjang kempen berlangsung, pengunjung yang memberlanjakan lebih daripada RM50 dalam satu resit di mana-mana cawangan Mr Tuk Tuk, berpeluang memenangi salah satu daripada 20 hadiah yang disediakan termasuklah hadiah utama iaitu percutian untuk dua orang ke Bangkok secara PERCUMA.

Selain percutian 3 hari dua malam ke Bangkok (termasuk hotel) ini, hadiah lain yang boleh dimenangi adalah beg bagasi, beg tangan dan baucer makan di Mr Tuk Tuk.

Dah cuba menu baru dekat Mr Tuk Tuk, memang sedap, terasa makan dekat Bangkok pulak. Padahal dekat PJ je. Hehe. Insya Allah, sampai lah tu ke Bangkok nanti

Cara Dapatkan Pampasan Penerbangan Yang Dibatalkan Atau Delay


Agak tak best bila jugak bila kita dah excited nak pegi travel atau holiday sampai di airport dapat tahu yang penerbangan kita dibatalkan atau kita terpaksa tunggu lama sebab penerbangan ditunda.
Kalau perkara macam ni berlaku, memang selalunya potong mood nak travel. Kena pulak penundaan tu atau flight batal saat-saat akhir. 



Kalau disebabkan perkara yang memang tak dapat dielakkan tu, kitab oleh faham. Ini disebabkan masalah-masalah lain.

Tahu tak korang hak korang sebagai pengguna sekiranya penerbangan ditunda; ada beberapa perkara yang perlu syarikat penerbangan patuhi?

Menurut EU Law, kalau penerbangan ditunda, korang sebagai pengguna berhak untuk dapatkan sekurang-kurangnya;
- Minuman
- Makanan percuma atau yang bersesuaian selama mana penerbangan tertunda
- Penginapan
- Transport ke hotel (kalau perlukan penginapan)
- Panggilan telefon, faks atau e-mail.

TAPI – kalau penerbangan tersebut dah dibatalkan dua minggu awal, atau syarikat penerbangan dah tawarkan penerbangan lain itu tak boleh lah.

Kedua – Penerbangan dari Eropah

Ini yang menarik sikit ni, kalau korang ada melakukan penerbangan keluar dari Eropah ke mana-mana negara menggunakan mana-mana syarikat penerbangan tahu tak korang boleh dapatkan pampasan kalau flight korang delay, dibatalkan atau korang tak dibenarkan berlepas?



Macam ni – sekiranya salah satu perkara ini berlaku kepada penerbangan KELUAR dari mana-mana negara Eropah, menurut European Commision Regulation 261/004, korang BERHAK UNTUK DAPAT PAMPASAN.

Syaratnya kalau :
  •           Penerbangan ditunda lebih daripada 3 jam
  •           Penerbangan dibatalkan
  •           Penerbangan ditunda kurang dari 3 jam tetapi korang terlepas penerbangan transit lepas tu dan tiba di destinasi terakhir 3 jam lewat daripada waktu sepatutnya korang tiba
  •          Tidak dibenarkan naik kapal terbang sebab tiada seat (over booking).


Syarat lain :
-          Penerbangan mestilah tidak ditunda disebabkan faktor cuaca atau keselamatan
-          Penerbangan yang korang terlepas atau ditunda ni tidak lebih daripada 6 tahun lepas.

Refer Jadual Ini Untuk Tahu Korang Layak Tak Untuk Dapat Pampasan :


Korang boleh dapat pampasan sehingga RM 2700 +- untuk setiap penerbangan yang ditunda, dibatalkan atau korang tidak dibenarkan board.

Senang je, korang boleh check status korang di Compensair dan submit korang punya kes. Tak sampai 2 minit dan korang hanya tunggu jawapan sahaja.


Maklumat lanjut korang boleh fahamkan dekat sini