Advertisement

Cara Mudah Semak Saman Trafik Secara Online


Pernah kena saman? Ataupun korang sebenarnya tak tahu yang korang ada saman...

Sebenarnya ada cara senang untuk semak atau check saman trafik PDRM Malaysia dan JPJ secara online dan sms. Saman kesalahan kereta dan motor pun boleh disemak melalui sistem yang ada..


Semakan Saman Trafik Secara Online [Dikemaskini Jun 2021]
Untuk membuat semakan online, korang layari laman Sistem Semakan Online PDRM : 
Melalui aplikasi ini, korang boleh semak Semakan Status Keputusan Repot Polis, Status Saman Trafik, Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM dan Status Permohonan Lesen Am pada bila-bila masa sahaja.

Just kena daftar sebagai pengguna rasmi terlebih dahulu dan seterusnya log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Semakan Saman di Laman Rasmi JPJ Online [Dikemaskini Jun 2021]
Selain itu, anda juga boleh membuat semakan di laman klik pada https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/semakan-saman

Sila masukkan nombor kenderaan untuk tujuan semakan saman.

Ataupun, boleh jugak check di

Semakan Saman di Laman RILEK ( Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan) Online
Sebagai alternatif, kerajaan juga turut menyediakan semakan di laman https://www.rilek.com.my/

BERITA TERBARU (sumber)

PDRM akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM https://mybayarsaman@rmp.go.my, muat turun aplikasi di telefon pintar.



Cara bayar saman di mybayar.rmp.gov.my

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Jangan tersalah taip URL mybayar.rmp.com.my
  3. Laman web kerajaan, semuanya berakhir dengan .gov.my, bukan .com.my
  4. Anda kini berada di laman utama My Bayar Saman
  5. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  6. Masukkan Kata Laluan
  7. Tekan butang LOG MASUK
  8. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem MyBayar Saman

Jika anda masih lagi belum berdaftar, boleh rujuk panduan seterusnya seperti di bawah.

Cara register MyBayar untuk bayar saman

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Jika menggunakan Desktop, lihat di bahagian atas sebelah kanan
  3. Tukar bahasa dari English ke Bahasa Malaysia untuk memudahkan lagi proses untuk mendaftar
  4. Tekan butang DAFTAR
  5. Anda juga boleh terus klik pautan ini untuk mendaftar: https://mybayar.rmp.gov.my/registration
  6. Isikan maklumat yang dikehendaki seperti berikut:
    • Nama Penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Alamat Penuh
    • Poskod
    • Negeri
    • Email
    • Nombor Telefon Bimbit
  7. Tekan butang SETERUSNYA
  8. Masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang anda daftarkan sebentar tadi
  9. Masukkan Kata Laluan yang dipilih
  10. Sahkan Kata Laluan
  11. Semak email untuk confirm pendaftaran berjaya


Post a Comment

1 Comments

Leave a comment...