Advertisement

Trip 3H2M Di Pulau Kapas Yang Sangat Berbaloi




Baru-baru ni, (actually tak adelah baru mana) dapat la buat short trip ke Pulau Kapas. Satunya sebab dah lama sebenarnya nak ke pulau dan yang keduanya, teringat dulu-dulu masa study dekat Unikop, pernah buat trip ke Pulau Kapas jugak dengan housemate. Cuma time tu kitorang pacak khemah.


JARAK
Untuk trip ni, tak adalah nak kata solo trip, sebab aku pegi dengan geng-geng blogger yang lain jugak sebenarnya. Kitorang sewa van dan drive dari KL ke jeti Marang.
Perjalanan amik masa dalam 6 jam, sebab banyak berhenti, dan aku berhenti tidur kejap. Hehe.
Dari jeti, untuk ke Pulau Kapas ni, dalam 20 minit je, tak sempat mabuk laut pun… Cuma bila kadang-kadang ombak besar tu, melambung la jugak bot. Tips dia, korang duduk tenang je. Jangan bangun atau berganjak. Kalau tak nanti bot hilang balance.



PULAU KAPAS
Kalau korang nak tahu, Pulau Kapas antara pulau yang coral dia cantik di Malaysia dan ada kawasan taman laut, jadi coral-coral kat sini terjaga sebab diwartakan sebagai taman laut. Ada sesetengah tempat, memang bot tidak dibenarkan masuk. 

Selain kualiti air dan pantai yang cantik, korang tak perlu pegi pulau jauh-jauh pun nak rasakan atau nikmati keindahan pantai. Kawasan sini memang pantai dia cantik-cantik dan paling penting Instagram-able.




STAY
Untuk penginapan, aku stay 3H 2M dekat Kapas Coral Beach Resort. Apa yang menarik, dekat sini tempat baru, and diorang punya konsep pun lain daripada resort lain.
Dekat Kapas Coral ni, diorang ada buat penanaman semula coral, so kalau cnorkeling tu memang tak sampai beberapa meter dari pantai, dah nampak Nemo atau clown fish dah.



PAKEJ
Dekat sini, ada banyak resort yang boleh korang pilih mengikut bajet tersendiri. Dan kebanyakkan resort dekat sini akan sediakan pakej-pakej yang menarik macam snorkelling, hiking,berkayak, BBQ dan macam-macam lagi aktiviti bertemakan laut dan sebagainya.




AKTIVITI
Untuk aktiviti, kitorang susun supaya tak memenatkan sangat. Iyelah, nama pun nak bercuti santai-santai. Susun tu as in kitorang deal dengan orang yang handle pakej kitorang ni iaitu Kapas.Vacay, korang boleh cari dekat Instagram nanti…

Hari pertama rehat di bilik dan hari kedua baru start aktiviti. Sebabnya, kitorang sampai area jeti pun dah dekat tengah hari, so pegi makan semua, dan bot nak masuk pulau ada around pukul 2 petang tak silap.

Untuk hari kedua, start dengan breakfast. Oh ye, sebelum aku terlupa, dekat sini korang boleh pilih nak bilik sahaja ataupun sekali pakej dengan makan. Tang makan ni aku cadangkan korang amik je pakej dia, sebab menjimatkan.

Lepas breakfast, kitorang hiking ke Bukit Singa. Dekat sini, trek dia agak mencabar, jadi kitorang cadangkan korang amik pakej yang ada di kawasan jeti. Misalnya yang ditawarkan oleh Kapas Vacay yang aku cakap tadi.



Selain murah, diorang akan guide semasa hiking. So, dapatlah kitorang cari port cantik untuk bergambar. Cuma satu je pesan, nak naik ke Bukit Singa ni, korang kena pakai kasut yang sesuai, jangan pakai kasut tapak licin. Sebab dia berpasir dan curam.

Naik okay, turun seksa oi... 


Belah petang pulak, kitorang pegi snorkelling. Bot akan disediakan dari resort dan diorang akan bawa ke checkpoint untuk snorkelling.
Kat sini sangat best, terumbu karang dia besar-besar. Kalau korang bernasib baik, dapat tengok penyu dan ikan yu, memang dekat area sini ada 3 hingga 4 ekor ikan yu, tapi ni yang baik. Bukan yang macam dalam movie Jaws tu.
Pasal penyu pulak, dekat-dekat sini ada santuari penyu. So, kalau korang bernasib baik, macam aku cakap tadi, akan nampak penyu.

Lepas snorkelling, bot terus bawak ke Island Hopping. Dekat sini kitorang dibawa pusing keliling Pulau Kapas. Cuma ini sempat mabuk laut sikit la, sebab bila bot lalu bahagian belakang pulau, air dia agak bergelora. Tapi, puas hati sebab view cantik.
Waktu malam pulak, ada sesi BBQ (yang ni pun korang boleh add-on). Tapi senang cerita puas hati, sebab seafood dia fresh.
Hari ke-3, kitorang check out pukul 11, dan dah alang-alang sampai Terengganu, kita singgah dekat Losong untuk beli keropok.
Nak cerita banyak pun nanti korang jealous, so nak cuba bolehlah ke Jeti Marang dan tengok pakej yang ada dekat situ.
Nanti korang cari je Kapas.Vacay okay? Murah pun murah, and aku rasa aku ada cerita kat page aku : PAKEJ VIRAL MURAH.


Post a Comment

1 Comments

Leave a comment...