Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Masalah Kemurungan & Anxiety Penduduk KL Paling Tinggi?


Menurut satu laporan oleh MalaysiaKini baru-baru ini, penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya (Wilayah Persekutuan) adalah yang paling ramai alami masalah kemurungan dan anxiety atau kebimbangan melampau oleh sebab beberapa faktor. 

Laporan MalaysiaKini tersebut turut mendedahkan salah satu faktor yang menyebabkan anxiety dalam kalangan penduduk Wilayah Persekutuan termasuklah kos sara hidup yang tinggi.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang merasa sedih berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga. Selain itu, ia juga akan menyebabkan seseorang itu cepat marah dan hilang minat dalam aktiviti harian dan ianya akan berlarutan dalam tempoh paling tidak 2 minggu. 

Statistik jumlah saringan ujian kemurungan malaysia 2022
Sumber : MalaysiaKini


Berdasarkan saringan yang dijalankan pada tahun 2022, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata antara faktor yang turut menyumbang kepada kemurungan itu adalah tekanan daripada ibu bapa serta masalah perhubungan dengan rakan sebaya. 

Perkara tersebut dijawab oleh Menteri Kesihatan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat dan dalam masaa yang sama, pihak KKm telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi perkara tersebut terutamanya kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada kanak-kanak remaja, golongan muda dan warga emas. 

Kalau nak diikutkan laporan tersebut, kebanyakkan masalah mental yang dialami oleh golongan muda ini dipengaruhi faktor sosial macam masalah kewangan, masalah perhubungan, buli, tingkah laku berisiko, penyalahgunaan substans, rasa rendah diri dan jangkaan yang tinggi terhadap diri sendiri.

Women holding head Sitting in Front of Macbook


Untuk menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan golongan muda, Dr Zaliha berkata KKM telah melaksanakan inisiatif seperti perkhidmatan kesihatan mental di 1,161 klinik kesihatan, 58 hospital, 34 pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI), serta empat institusi mental meliputi aspek promosi, pencegahan, pengesanan awal dan rehabilitasi.
 
Lakukan UJIAN SARINGAN STRES, KEBIMBANGAN DAN KEMURUNGAN (DASS) bagi ketahui status kesihatan mental anda samada anda stress, bimbang, atau kemurungan. 

Perlu diingatkan, ujian ini hanya berfungsi sebagai saringan awal dan pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan adalah diperlukan.

Tips Pilih Waktu Penerbangan Terbaik

Airplane in KLIA


Sebut sahaja berkenaan waktu penerbangan, pastinya setiap orang mempunyai pilihan dan alasan tersendiri untuk memilih waktu-waktu tertentu.

Untuk yang mementingkan keselesaan penerbangan atau pengalaman percutian yang terbaik, korang boleh kurangkan perkara-perkara yang akan membuatkan percutian korang tu 'rosak' disebabkan perkara seperti kelewatan pesawat, bilik penuh, over booked dan sebagainya. 

Menurut perkongsian pakar travel, salah satu cara untuk menikmati percutian yang terbaik adalah dengan melakukan perancangan yang rapi terutama berkenaan tarikh dan waktu penerbangan. 

Perkongsian pakar-pakar yang dikumpulkan oleh Huffpost ini kongsikan waktu atau masa penerbangan terbaik untuk penumpang dari segi kos, kemudahan penumpang, keselesaan dan juga pembatalan penerbangan, menariknya, keempat-empat panel memberikan jawapan yang hampir sama. 

#1. Waktu Terbaik Untuk Kurangkan Risiko Kelewatan atau Pembatalan



KLIA 2 Departure  Board


Menurut Phil Dengler, waktu terbaik untuk kurangkan risiko pesawat delay atau penerbangan tersebut dibatalkan adalah pada waktu pagi. 

Menurut pengalaman aku sendiri menaiki penerbangan awal pagi, biasanya pesawat ini dah ada di pintu pelepasan dan agak jarang berlaku kelewatan mahupun pembatalan. 

Selain itu, sekiranya penerbangan awal pagi ni dibatalkan atau terlewat, setidaknya korang ada banyak masa untuk mendapatkan penerbangan lain yang berlepas pada hari yang sama dan sebagainya. 

Perkongsian Huffpost tersebut juga mendedahkan, penerbangan pada waktu lain akan bergantung kepada kru mahupun pesawat daripada pernerbangan sebelumnya. Jadi, jika berlaku kelewatan pada penerbangan sebelum, pastinya penerbangan korang juga akan alami kelewatan. 

Disarankan korang cari penerbangan yang paling lewat berlepas pada jam 12 tengah hari atau 11 pagi, kalau penerbangan selepas waktu tersebut, biasanya akan lebih mahal, susah nak dapatkan penerbangan back-up dan sebagainya. 

#2. Waktu Terbaik Untuk Dapatkan Penerbangan Murah

Perkongsian Huffpost tersebut juga dedahkan penerbangan sebelum jam 8 atau 9 pagi biasanya akan lebih murah daripada waktu-waktu lain disebabkan faktor permintaan. 

Man waiting for taxi at a stop


Biasanya tak ramai yang sanggup untuk bangun awal pagi dan pernerbangan awal pagi juga boleh menjimatkan kos perjalanan ke lapangan terbang dan lebih mudah untuk mendapatkan pengangkutan macam Grab dan sebagainya disebabkan ianya diluar waktu puncak. 

Selain faktor pengangkutan, parkir di airport (sekiranya korang drive sendiri) jugak mudah untuk didapati berbanding penerbangan yang agak lewat. 

#3. Waktu Terbaik Untuk Pengalaman Penerbangan Yang Berpatutan

Menurut kajian, penerbangan pada awal pagi juga akan menjanjikan pengalaman penerbangan yang lebih selesa selain kebiasaannya cuaca pada sebelah petang atau ribut berlaku sebelah petang. 

Selain itu, turbulance juga dikatakan kurang berlaku pada awal pagi.

Macam aku cakap pada awal tadi, pesawat yang digunakan untuk penerbangan pagi biasanya tiba pada malam sebelumnya, jadi kru ada banyak masa untuk memebersihkan pesawat berbanding penerbangan pada waktu lain. 

Kuncinya disini, cari penerbangan pertama! 

#4. Waktu Pagi Adalah Terbaik Dari Segi Kemudahan Penumpang

Sebut pasal kemudahan ini, ianya bergantung pada setiap orang. Ada yang lebih suka untuk keluar pada waktu pagi dan ada yang susah bangun dan sebagainya. 

Sebagai contoh, ada yang suka tiba di destinasi kurang lebih satu  jam sebelum waktu check-in di hotel yang biasanya pada pukul 2 atau 3 petang. Jadi, kalau ambil penerbangan yang terlalu awal pun, ia akan memenatkan. 

Riding on a motorcycle in Bali

Cuma kalau aku, aku pun suka ambil penerbangan yang paling awal, dan aku akan explore bandar atau destinasi yang aku nak pegi tu. Biasanya dalam flight, kita akan dapatkan rehat yang secukupnya, jadi tak ada isu lemau dan sebagainya. 

Selain itu, tempat penginapan baik hostel mahupun hotel biasanya akan membenarkan tetamu diorang meninggalkan bagasi sebelum waktu check-in, jadi manfaatkan kemudahan itu sepenuhnya. Cuma, suka aku ingatkan, jangan tinggalkan barangan berharga dan penting lah. 


5 Insurans Travel Terbaik Di Malaysia



Sebut berkenaan insurans travel atau perlindungan semasa pergi melancong ni pastinya ramai yang akan skeptikal dan bagi siapa yang mempunyai perlindungan insurans akan rasa ianya sesuatu yang redundant atau tak munasabah.

Sejujurnya, aku salah seorang yang ada skeptikal yang sama iaitu pada aku, untuk membeli insurans perjalanan atau insurans travel ni agak 'membazir'. 

Namun, ianya berubah selepas aku faham dan sedar kepentingan insurans travel ni, lebih-lebih lagi bila melancong ke luar negara dan membuat sedikit pembacaan serta pengalaman tak berapa nak best bila keluar negara.  

Aku ada kongsikan cara nak apply travel insurance secara online dalam posting ini : Cara Mudah Apply Insurans Travel Secara Online dan itulah sebenarnya kali pertama aku mula dengan backpacking, mula berminat dengan travel dan sebagainya.

Sitting at Ratu Boko


Memang proses nak dapatkan insurans tersebut sangat mudah dan cepat, cuma aku tak dapat nak kongsikan cara nak buat tuntutan sekiranya berlaku apa-apa sebab aku sendiri tak pernah claim dan alhamdulillah, setakat ini, belum ada yang tak baik berlaku bila aku keluar negara. 

Sebelum aku cerita jauh, soalanyang aku sentiasa dapat adalah "Insurans Travel mana terbaik?" , "Dekat mana nak apply" , atau cara mudah nak dapatkan travel insurans dan banyak lagi.

Cuma satu pesanan sebelum korang nak ambil mana-mana insurans travel ialah fahamkan betul-betul terma dan syarat yang dikenakan, fahamkan apa yang boleh dituntut dan apa yang tidak. Sebab tu aku suka sarankan korang buat perbandingan di laman web RinggitPlus

Sekarang ni, aku perasan yang dah tak ada link untuk 'Apply Online' travel insurans di laman web RinggitPlus tu, cuma yang ada adalah senarai syarikat yang tawarkan dan apa yang ditawarkan, macam kat bawah ni. 

List of travel insurance in Malaysia


Memang ada banyak,kalau ikutkan senarai memang syarikat yang dipercayai. 

Insurans Travel Terbaik (Malaysia) 2023

Untuk senarai ni, ia dikeluarkan oleh RinggitPlus, jadi aku akan ulas dan ringkaskan kenapa ianya bagus beserta harganya untuk seorang untuk dua hari yang tertulis di laman web tersebut. 

  • Pampasan kematian dan kecacatan kekal disebabkan kemalangan (200 ribu)
  • Perbelanjaan perubatan (200 ribu)
  • Trip cancel (sehingga 25 ribu)
  • Travel dan luggage delay
  • RM20.15 (Domestik) | RM58 (Asia) | RM100 (Worldwide) 

  • NOTA : Ringgit plus senaraikan Allianz Travel care tetapi harga diatas untuk Allianz Travel Easy (Pakej Travel Care hanya boleh dibeli melalui ejen)
  • Pampasan kematian dan kecacatan kekal disebabkan kemalangan (300 ribu)
  • Perbelanjaan perubatan (300 ribu)
  • Trip cancel - TAK COVER
  • Travel dan luggage delay / hilang - TAK COVER
  •  RM18 (Asia) | RM26-32(Worldwide) 

SOMPO Travel Plus Elite Travel Insurance
  • Pampasan kematian dan kecacatan kekal disebabkan kemalangan (350 ribu)
  • Perbelanjaan perubatan (350 ribu)
  • Rawatan susulan (30 ribu)
  • Trip cancel (15 ribu) 
  • Travel dan luggage delay / hilang (5 ribu)
  • Hilang duit atau passport (5 ribu)
  • Overbooked (1 ribu)
  • Terlepas flight (1 ribu)
  •  RM39 (Asia) | RM55-71(Worldwide) 

Zurich TravelPAC Silver Plan Travel Insurance (Domestik)
  • Pampasan kematian dan kecacatan kekal disebabkan kemalangan (50 ribu)
  • Perbelanjaan perubatan (5 ribu)
  • Trip cancel (2 ribu) 
  • Travel dan luggage delay / hilang (2 ratus)
  • Pembatalan Perjalanan akibat Covid-19 (2000) *tambahan 
  •  RM9 | Tambahan RM4 jika nak cover Covid-19

  • Pampasan kematian dan kecacatan kekal disebabkan kemalangan (300 ribu)
  • Perbelanjaan perubatan (300 ribu)
  • Rawatan susulan di Malaysia (50 ribu)
  • Trip cancel (20 ribu) 
  • Perubahan perjalanan (20 ribu)
  • Travel dan luggage delay (8 ratus)
  • Bagasi & Barangan Peribadi hilang/rosak (5 ribu)
  • Pembatalan Perjalanan akibat Covid-19 (20  ribu)
  •  RM45 (Asia) | RM63-82 (Worldwide)

AXA Affin Smart Traveller Plan Classic Travel Insurance (Antarabangsa)
  • Pampasan kematian dan kecacatan kekal disebabkan kemalangan (100 ribu)
  • Perbelanjaan perubatan (50 ribu)
  • Rawatan susulan (10 ribu)
  • Trip cancel - Tak Cover
  • Travel dan luggage delay / hilang - Tak Cover
  • Hilang duit atau passport - Tak Cover
  • Overbooked - Tak Cover
  • Terlepas flight - Tak Cover
  •  RM20 (Asia) | RM25-35 (Worldwide) 
  • NOTA : Upgrade ke VIP, semua yang tak cover tu akan di cover.
    Harga premium kalau upgrade ke VIP RM40 (Asia) | RM75-85 (Worldwide) 

  • Pampasan kematian dan kecacatan kekal disebabkan kemalangan (100 ribu)
  • Perbelanjaan perubatan (20 ribu)
  • Trip cancel (2 ribu)
  • Travel dan luggage delay / hilang - (4 ratus)
  • Hilang duit atau passport - (4 ratus)
  • Terlepas flight (250)
  •  RM29.68
Macam yang aku cakap pada awal tadi, ini hanyalah senarai pendek tawaran-tawaran insurans travel yang ada di Malaysia,  boleh dijadikan rujukan kalau nak buat budgeting travel korang.  Sekali lagi aku nak pesan, fahamkan dulu betul-betul sebelum apply. 

Sekarang ni ada  negara yang perlukan jumlah insurans tertentu, pastikan juga korang alert hal itu dan buatlah perbandingan sewajarnya.   

Paling penting, korang sendiri kena tahu 4 perkara ni iaitu :
  • Tempoh perjalanan - Pelan Tahunan atau Perjalanan Tunggal
  • Destinasi - Dalam Negeri atau Luar Negeri
  • Bilangan Individu yang Dibeli Insurans - Individu atau Keluarga
  • Perlindungan dan Pengecualian - Apa yang Dilindungi dan Tidak Dilindungi
Sebagai penutup, harap perkongsian ni dapat berikan korang sedikit info sebelum nak dapatkan insurans travel di Malaysia ni. Selamat travel! 

Cara Berkesan Hilangkan Kutu Kucing Di Rumah: 5 Tips yang Mudah Dikuti


Untuk para ibu dan bapa anak bulus, pastinya ada satu masa korang akan berdepan dengan 'musuh' utama korang iaitu kutu pada kucing! 

Kutu kucing adalah serangga yang tidak diingini di rumah. Mereka menggigit dan mengisap darah kucing korang, dan juga boleh mengganggu keselesaan dan kesihatan kucing korang. Lebih-lebih lagi, jika kutu ini terus dibiarkan berkembang biak di rumah, ia boleh merebak ke seluruh rumah dan menjadi masalah yang lebih besar.

Namun, jangan risau! Di sini terdapat 5 petua mudah yang boleh membantu korang berkesan hilangkan kutu kucing di rumah korang.

  1. Bersihkan Tempat Tinggal Kucing

Langkah pertama dalam memerangi kutu kucing adalah memastikan tempat tinggal kucing korang bersih.

Sekali sekala, baruh kain alas atau tempat tidur kucing korang dengan air panas. Basuhkan juga bahagian bawah cage dengan sabun serta air panas jugak tau!



  1. Periksa Kucing Korang Secara Berkala

Pastikan korang memeriksa kucing korang secara berkala untuk kutu dan tanda-tanda lain terutamanya kalau kucing korang jenis suka keluar.

Kalau terjumpa kutu pada kucing korang, segera berikan rawatan untuk kutu kucing seperti syampu anti-kutu kucing atau ubat spot-on untuk mencegah merebaknya kutu ke seluruh badan kucing.

Pastikan korang memotong kuku kucing korang terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan.

  1. Gunakan Produk Tidak Beracun


Produk kimia seperti racun dan semburan anti-serangga boleh membahayakan kucing korang. Oleh itu, pastikan korang memilih produk yang tidak beracun untuk merawat kutu kucing.

Banyak produk semulajadi seperti minyak kelapa, cuka sari epal, atau daun pudina boleh membantu menghalau kutu kucing dari rumah korang.

  1. Gunakan Perangkap Kutu Kucing

Perangkap kutu kucing boleh membantu menangkap kutu di rumah korang. Korang boleh membeli perangkap kutu kucing yang komersial, atau buat perangkap kutu kucing dengan cara sendiri. Cukup letakkan cawan yang berisi sabun dan air di bawah lampu yang terang. Kutu kucing akan tertarik kepada cahaya dan terperangkap di dalam cawan.

  1. Jangan Lupa Mengekalkan Gaya Hidup Bersih

Langkah pencegahan terbaik untuk mengelakkan kutu kucing adalah dengan menjaga kebersihan rumah dan mengelakkan perkara yang boleh menarik kutu.

Kalau benarkan kucing main di dalam rumah, pastikan selang seminggu lakukan pembersihanseperti menyapu atau mengemop lantai. Kalau ada karpet, perlu divakum dan cuba cari penyembur anti-kutu di mana-mana kedai atau secara online.

Trick Untuk Tidur Di Airport Dengan Selesa


Perjalanan udara kadang-kadang memerlukan kita untuk tidur di lapangan terbang atau airport untuk menyambungkan penerbangan berikutnya atau untuk korang yang risau terlepas flight awal pagi.

Namun, tidur di lapangan terbang seringkali membawa pengalaman yang tak best. Tidur di kerusi keras, bising pengumuman penerbangan dan cahaya terang di sekeliling dapat mengganggu tidur korang.

Ini ada beberapa tips yang korang boleh try untuk dapatkan pengalaman tidur di lapangan terbang menjadi lebih selesa. 


Cari Ruang Tidur

Banyak lapangan terbang sekarang menawarkan kemudahan ruang tidur yang selesa. Ada juga lapangan terbang yang menawarkan ruangan tidur atau rehat dengan sedikit bayaran. Namun, jika korang ingin tidur dengan selesa, ini mungkin menjadi pilihan terbaik. 

Pastikan jugak membaca review yang ada dari pengguna lain sebelum memilih satu-satu tempat nak tidur dekat airport tu. 


Pilih Kerusi Dengan Baik


Jika korang memutuskan untuk tidur di kerusi, pastikan korang pilih kerusi yang selesa. Cari kerusi dengan bahagian sandaran yang dapat disandarkan untuk membantu korang tidur dengan lebih baik.

Jangan lupa untuk membawa bantal travel dan selimut agar anda dapat tidur dengan lebih nyenyak. Aku dulu agak tak skeptikal dekat orang yang bawak bantal travel ni, tapi bila aku cuba sendiri, aku tak pernah tinggal dah bantal travel. Memang selesa, boleh guna dalam flight, dalam grab dan mana-mana lah yang korang nak berehat. 

Kalau selimut tu, aku gantikan dengan sweater. Cuma, setakat KLIA atau KLIA 2 tu, biasanya tak sejuk sangat pun. 


Gunakan Ear Plugs

Pengumuman penerbangan dan suara-suara bising lainnya dapat mengganggu tidur anda. Ear plugs  adalah pilihan terbaik untuk korang tidur dengan lebih selesa. 

Boleh beli dekat farmasi atau kedai-kedai serbaneka yang ada dekat airport tu biasanya diorang ada jual. Tapi kalau korang malas, guna je earphone korang tu. 

Earphone yang jenis 'in-ear' biasanya boleh hilangkan bunyi bising luaran, cuma tak perlu la korang on kan atau mainkan apa-apa muzik. Fungsi dua dalam satu gitu! Kalau nak tengok video ke apa ke setidaknya tak mengganggu orang lain. 


Bersiap Dulu Sebelum Tidur

Sebelum anda tidur di lapangan terbang, pastikan anda sudah bersiap. Maksudnya, kalau korang nak tunggu flight seterusnya  (ini kalau ada stop di mana-mana airport) atau korang sampai malam sebelum berlepas, pastikan korang bersiap dulu sebelum tidur. 

Setidaknya, kalau terlajak, korang dah siap. Tapi ramai yang bersetuju kalau korang tidur dalam keadaan yang bersih (selepas mandi), badan akan jadi lebih segar dan tidur korang confirm lagi best. Tak lah berlengas sangat kan! 


Bawa Barang Penting



Ha, ini point yang sangat penting! Pastikan barang-barang berharga sentiasa dalam jagaan korang. Jangan korang tidur di tempat lain, barang-barang berharga mahupun beg korang di tempat lain. Kalau aku, aku gunakan beg tu sebagai bantal, atau aku akan peluk.  

Paling tidak pun aku akan pastikan beg tu ada dekat kaki aku dan barang berharga macam wallet, phone, passport dan sebagainya memang aku akan letakkan dalam satu lagi beg berasingan yang boleh aku peluk atau jenis crossbody. 

Akhir sekali, tidur di airport mungkin tidak selesa bagi sesetengah orang, tetapi dengan beberapa tips ini, harapnya korang akan dapatkan rehat atau tidur yang lebih baik. 

Jangan lupa, cari ruang tidur yang selamat, selesa dan sunyi. Gunakan bantal travel dan earphone supaya tak diganggu dengan pengumuman dan sebagainya dan paling penting, jaga barang-barang peribadi  dengan elok. 

Selamat mencuba! 

Kempen Akhir Tahun Yoodo Tawar Pelbagai Hadiah Bernilai Lebih RM2 Juta Dengan WHEEL-YOO-WIN

Perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital,Yoodoo baru-baru ini mengumumkan kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ untuk memberi ganjaran kepada para pengguna setia Yoodo dengan pelbagai hadiah menarik bersempena perayaan akhir tahun. 

Kempen yang dianjurkan dengan kerjasama SEA Gamer Mall (SEAGM) ini akan berlangsung sehingga 21 Disember dan menawarkan peluang kepada pengguna yang layak untuk memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan termasuklah :

  • Item dalam permainan serta Kod UC PUBG MOBILE
  • Langganan percuma selama setahun kepada Majoriti
  • 2H1M ‘staycation
  • E-baucar Grab
  • Kad e-hadiah Starbucks
  • E-baucar Petronas
  • ‘Diamond’  Mobile Legends Bang Bang
  • E-baucar beli-belah Lazada 

dan banyak lagi!


Paling best, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang menarik seperti iPhone 14 Plus terbaharu (bernilai RM5,000), peranti Samsung (bernilai RM800), dan kelengkapan permainan video (bernilai RM600), menerusi cabutan bertuah istimewa yang diadakan secara maya pada setiap bulan. 


MACAM MANA NAK SERTAI?

Korang hanya perlu berbelanja minimum RM32 apabila memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo korang dan dijamin akan membawa pulang satu hadiah! 

Setiap peserta yang layak akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win dan serta-merta menerima hadiah mereka. 

Selain memenangi hadiah yang dijamin menerusi putaran roda itu, pelanggan yang berkongsi kemenangan mereka di media sosial Facebook dan Twitter, akan layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan, dan nantikan acara cabutan bertuah hadiah utama yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November, dan 22 Disember

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Wheel-You-Win, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin


6 Destinasi Solo Travel Terbaik Di Dunia Tahun 2023

Travel solo ni memang kurang renyahnya daripada travel ramai-ramai, salah satu sebab kenapa aku suka untuk travel solo ialah aku tak terikat dengan jadual siapa-siapa dan boleh pilih destinasi solo travel yang terbaik yang ada. 

Kalau korang tanya aku, best ke solo travel ni? Pada aku ianya best kalau kau nak 'healing' atau kau memang ada minat kau tersendiri. Tapi, korang perlu ingat jugak, ada beberapa yang tak best pasal solo travel dan aku pernah kongsikan dulu dekat entri ni : Solo Travel : Perkara - Perkara Yang Tak Best Pasal Travel Seorang

2022 pun dah nak hampir tinggalkan kita, jadi aku rasa elok kalau aku sharekan destinasi solo travel terbaik di dunia untuk korang yang nak plan trip solo travel korang tahun depan. Kalau taknak travel solo pun, destinasi yang aku nak share ni pun boleh je nak pegi beramai-ramai. 

6 Destinasi Solo Terbaik Di Asia 2023

#1. Singapura

Kalau korang suka destinasi 'bandar', Singapura adalah yang paling dekat dan pada aku paling senang korang nak masuk dan tak ada masalah dari segi bahasa.

Kalau pasal penginapan, aku memang suka Backpackers je, dan salah satu yang best korang boleh try iStay Inn Singapore, harga RM186 untuk dua malam dekat area Chinatown.  
 

#2. Korea Selatan

Korea ni memang toksah cerita lah, ramai atau banyak website yang akan senaraikan Korea sebagai destinasi solo travel yang terbaik. Kalau dari segi destinasi tepat, ramai yang sarankan ke Seoul. 

Kalau penginapan, korang boleh stay dekat Hostel Korea (호스텔코리아 오리지널), dia ni dekat dengan stesen Sinseoul-dong dan tarikan terdekat adalah Dongdaemun Market. Harga untuk 2 malam sekitar RM76 untuk seorang.

#3. Maldives

Sumber : Maldives Magazine

Sebut pasal Maldives, mesti ramai yang ingat lokasi ni sesuai untuk couple, honeymoon je kan? Sebenarnya dia pun sangat sesuai kalau korang nak pegi tenangkan fikiran.

Ada ke hotel murah dekat Maldives? Kalau korang bayangkan yang villa atas air semua tu, memang takkan dapat lah, tapi kalau nakkan suasana, korang boleh stay dekat Dhiffushi island, nama dia Bilbee Maldives, RM278 untuk dua malam.

Transport ke Pulau Dhiffushi? Korang ada 3 pilihan:

1. SPEEDBOAT PERSENDIRIAN (PALING MAHAL + TERPANTAS + PERSENDIRIAN)
Pemindahan bot laju peribadi dari Lapangan Terbang Malé berharga AS$300 untuk perjalanan sehala, tapi, korang boleh ikut timing korang sendiri. 

2. DHIFFUSHI SPEEDBOAT
Bot Laju Ekspres Mee Altec ialah pilihan paling popular untuk melancong ke Dhiffushi dan merupakan perjalanan sehala selama 45 minit, berharga AS$35 sehala untuk seorang. 

Bot laju berlepas dari sama ada:

Malé: Jeti nombor 7 – di luar Bank of Maldives / Bank of Ceylon. 

Setiap hari 11:30 pagi, 4:30 petang & 10:30 malam. 
umaat 8:30 pagi & 10:30 malam.

Lapangan Terbang: Bertolak dari hujung jeti lapangan terbang, bersebelahan pondok merokok beratap jerami (berhampiran Burger King / lintasan pejalan kaki) 10 minit selepas waktu Malé di atas.

Untuk kembali ke Malé / Lapangan Terbang, Mee Altec Express berlepas dari:

Pelabuhan Pulau Dhiffushi: Setiap hari pada 7:30 pagi, 1:30 tengah hari dan 5:45 petang. 
Pada hari Jumaat pada pukul 7 pagi dan 5:45 petang


3. FERI TEMPATAN (PALING MURAH + PALING LAMBAT)

Untuk pengembara dengan bajet rendah, feri tempatan beroperasi dari Malé ke Pulau Dhiffushi hampir setiap hari (kecuali Jumaat dan Isnin). 

Feri akan berhenti di 3 pulau lain dalam kawasan itu, dengan Dhiffushi menjadi perhentian keempat dan terakhir. Perjalanan adalah selama 3 jam dan 15 minit, sehala dan kos sekitar AS$2.

Feri bertolak dari Terminal Feri Villingili di Malé. 

Untuk ke Terminal Feri Villingilli, ambil teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Velana ke Malé dengan harga sekitar 75MVR ($4). 

Semasa ketibaan, beli tiket anda untuk Feri Wilayah Atol Kaafu (feri ke Dhiffushi) dari kaunter feri.

DARIPADA MALÉ:

Sabtu, Ahad, Sel, Rab, Khamis: Bertolak dari Malé 14.30pm

KE MALÉ:

Sabtu, Ahad, Sel, Rab, Khamis: Bertolak 6.30 pagi
 

#4. Thailand

Selain Indonesia, Thailand merupakan salah sebuah destinasi yang ramai suka nak pegi sebab senang dan murah dari segi penerbangan, penginapan dan makanan halal yang senang nak cari.

Kalau korang peminat sejarah, kebudayaan ataupun nature, destinasi yang sedang meningkat naik adalah Kachanaburi, dua jam setengah perjalanan dari Bangkok.

Setakat tarikan semula jadi, anda akan dilayan dengan air terjun yang menjulang tinggi, gua batu kapur yang tersembunyi, denai kembara yang menghijau dan banyak hidupan liar asli. Taman Negara Erawan di wilayah yang lebih besar juga patut dikunjungi.

#5. Cambodia


Masa trip ke Cambodia dulu, memang pening kepala nak tukar duit sebab dekat area KL/ Selangor memang jarang dan susah nak jumpa. Jadi solution dia, korang tukar ke USD sebab dekat sana memang gunakan USD dan matawang Khmer tu.

Jadi, tukar ke USD, kemudian sampai di airport sana, tukar separuh ke Khmer, korang akan perlukan untuk beli barang-barang dekat kedai kecik dan sebagainya.

Pastikan tanya harga barangan dalam harga Khmer dulu, baru tanya berapa USD, kalau tak memang dia akan tekan korang sebab diorang tak fasih sangat bahasa Inggeris.

Kalau destinasi yang best, aku cadangkan korang sama ada korang pegi Phnom Penh, boleh tengok itenerary atau destinasi menarik di Phnom Penh dekat sini.

Selain Phnom Penh, aku sarankan korang ke Siem Reap yang ada banyak monumen sejarah termasuklah Angkor Wat. 
 

#6. Indonesia

Cerita pasal Indonesia ni, aku rasa ramai tahu yang ianya antara destinasi yang sangat berbaloi, murah dan mudah untuk dapatkan makanan halal disebabkan faktor negaranya yang seakan-akan negara kita.

Dari segi destinasi, kalau korang nak explore pasal kebudayaan atau nature, pergi sama ada Bali atau Yogyakarta (Jogja).

Kraton Ratu Boko, Yogyakarta

 
Kalau tak pun, korang gerak je ke Jakarta, dekat sana destinasi agak menarik jugak. Cuma last aku kesana, aku tak banyak explore sangat. Jadi tak boleh nak cerita pasal tempat menarik.

Tapi kalau Bali atau Jogjakarta, ada aku kongsikan dekat sini, tak lupa juga destinasi 'rare' macam Padang, Danau Toba atau Palembang.


Destinasi lain untuk travel solo ada tak? 

Kalau korang nak mencari destinasi lain selain yang aku senaraikan tu, ada je... Contohnya Vietnam, Brunei ataupun Hong Kong.

Dan, sebenarnya best jugak kalau korang nak play tourist dalam Malaysia. Tak payah cari hotel mahal, korang amik satu malam, korang explore je dekat-dekat, contoh destinasi yang menarik untuk di explore mengikut aku, korang boleh ke Ipoh, Kuching, atau Kota Kinabalu.



Kalau Kota Kinabalu tu, sehari korang pusing area bandar tu, sehari korang cuba lah masuk pulau, ada beberapa pulau berdekatan yang korang boleh sampai dari KK.  

Lain pada tu, korang mungkin nak pusing Langkawi ke, sewa motor dan korang explorelah Pulau Langkawi tu, macam-macam tempat menarik ada. Air Terjun Temurun ke, SkyTrek ke, atau just pegi untuk lepak tepi Pantai Cenang pun dah best dah.