Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Jadual Perlawanan Penuh Peringkat Kalah Mati Piala Dunia 2018 Waktu Malaysia


Berakhirnya perlawanan malam tadi, bermakna lengkaplah perlawanan peringkat kumpulan dan bermula malam ini, sebanyak 16 pasukan akan berentap untuk ke saingan suku akhir.




Antara pasukan yang wajar diberikan perhatian adalah pasukan Jepun yang diiringi oleh pasukan Senegal. Walaupun kedua-dua pasukan tewas pada perlawanan terakhir mereka, kutipan mata dalam dua perlawanan sebelum ini berjaya meloloskan kedua-duanya ke peringkat 16 terbaik dunia.

Jadual Peringkat Kalah Mati Piala Dunia 2018 Waktu Malaysia

Perlawanan pertama peringkat kalah mati akan berlangsung antara pasukan Perancis dan Argentina diikuti oleh perlawanan antara Uruguay dan Portugal.

Ini adalah jadual penuh peringkat kalah mati piala dunia 2018 waktu Malaysia.


Kalau nak diikutkan bracket pulak, kedudukan diorang ni macam ni :



Perlawanan akhir dijangka akan berlangsung pada 15/7 jam 11 malam.
Sama-sama kita nantikan ye...

Kalau nak link live streaming perlawanan piala dunia 2018, setakat ni belum ada yang betul-betul stabil. Dah ada nanti aku provide link...

Anantara Kihavah Villa, Resort Paling Instagrammable Di Dunia!



Gambar ialah perkara pertama yang kita selalu kongsikan sewaktu perjalanan atau percutian. Macam aku, kalau tak buat review, aku selalu share gambar pemandangan sekeliling. Kalau ada pantai, semestinya gambar sunset, kalau ada banyak aktiviti best, aku akan share gambar pasal aktiviti.


Ini gambar sunset masa dekat Sandakan. Entry post dekat sini.


Sebut pasal gambar, ni aku nak kongsikan salah satu tempat yang memang instagramable dalam dunia! Sebabnya memang dia takyah nak edit-edit dah, snap gambar, post, settle. 

Ni cerita pasal Anatara KihavahVilla! 


Credit : Website | Anatara Kihavah

Anatara Kihavah Villa telah dinobatkan sebagai 'Resort Paling Instagrammable' di dunia dan dia sebenarnya terletak dekat Maldives. 




Diberi gelaran ‘Most Istagrammable Hotel’, hotel atau resort yang terletak di kepulauan Baa Atoll ini mendapat lebih daripada 45,000 undian dalam satu majalah travel.


Selain pada pemandangan yang cantik serta memukau, hotel ini mempunyai 80 villa yang mempunyai kolam renang sendiri. Sangat sesuai kalau nak berbulan madu.

Tengok lah betapa cantiknya air, kawasan pesisiran pantai yang memutih serta bilik hotel yang mewah serta sangat privacy nih. Tak hairan kenapa hotel ni mendapat undian yang sangat tinggi. 

Macam aku cakap tadi, kalau masuk Instagram ni, tak payah effort yang banyak, lokasi je dah cantik, warna pun cantik , tak payah edit-edit filter lagi dah.

Selain pada tu, resort ni juga ada tawarkan beberapa aktiviti yang sangat ekslusif dan boleh dijadikan ‘bahan’ untuk dikongsikan di Instagram iaitu makan malam di restoran bawah air, Menara tinjau atas air dan selaman skuba atau snorkelling di salah sebuah tapak warisan UNESCO.



Harga? Kalau dah eksklusif macam gini, tak hairanlah kalau harganya mencecah RM 3,600 untuk penginapan satu malam.

Nak try usha harga? Click sini

Ini antara gambar yang aku jumpa dekat hashtag #anatarakihavah


Credit - Instagram | @cyncitttyy


Credit - Instagram | @cyncitttyy

Credit : Instagram | @malak.a.f.s
Kalau satu hari ada rezeki, nak jugak sampai sini kan...
Kalau korang nak ke sini, try la survey harga Anatara Kihavah Resort dekat sini...

Survey Harga - Anantara Kihavah Maldives Villas, Maldives


All photo credit  : Website | Anatara Kihavah unless stated.

Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2018

Berikut disertakan koleksi ucapan SMS/Whatsapp dan pantun Hari Raya Aidilfitri 2018 untuk perkongsian bersama :-



--------------------------------------------------------------------------- 

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, 

Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa. 
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati 
Allah (nama penghantar dan family) 

--------------------------------------------------------------------------- 
 
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pun sudah
Duit raya jangan dilupa

--------------------------------------------------------------------------------

Kambing tua naik LRT
Katak pisang tercekik tulang
Walau SMS sahaja yang diberi
Itu tandanya ingatan tidak hilang
---------------------------------------------------------------------------------

Bakar lemang sambil berdiri
Untuk juadah Aidilfitri
Nak hantar kad raya posmen dan cuti
SMS sahaja pengganti diri
Maaf Zahir dan Batin
---------------------------------------------------------------------------------


Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara, 
bila langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
Selamat hari raya AidilFitri 1 Syawal 1437H Minal aidin 
wal faizin. Mohon maaf zahir dan batin.

-----------------------------------------------------------------------------------


Ku pegang kau punya… kau pegang ku punya 
Kuramas kau punya… kau ramas ku punya
Kugoncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen)
Kemudian kita goyang bersama.
Itulah tanda kita bersalam mesra
-------------------------------------------------------------------------------------


Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya.
Daripada:....


---------------------------------------------------------------------------------------
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan....
-----------------------------------------------------------------------------------------


Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
(nama penghantar dan family)

------------------------------------------------------------------------------------ 

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, 
Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin” 
----------------------------------------------------------------------------------
  
“Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..” 

----------------------------------------------------------------------------------
  
“Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan, sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan, dan sebelum network/line trafik jam..! diucapkan.. Selamat hari raya Aidilfitri. moga disambut meriah disisi keluarga hendaknya..” 
---------------------------------------------------------------------------------
  
Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin” 
------------------------------------------------------------------------------------

  “Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..” 
---------------------------------------------------------------------------------------  


“Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis, Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya, hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja. Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy.. Selamat hari Raya..” 
----------------------------------------------------------------------------------------  


“Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Selamat hari Raya, Maaf Zahir Batin..” 
--------------------------------------------------------------------------------------

  
” Anak babun isap rokok salem, Rokok dibeli di kedai Pakya, Sebelum line telefon ni problem, Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya..”  

-------------------------------------------------------------------------------------- 

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)
--------------------------------------------------------------------------------------

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada (nama penghantar dan family)

Selamat Hari Raya semua...Maaf Zahir Dan Batin



--------------------------------------------------------------------------------------

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

-----------------------------------------------------------------------------------------

B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin..
---------------------------------------------------------------------------------------


Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

--------------------------------------------------------------------------------------

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

--------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. 

Semoga koleksi Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2018 Yang Menarik ini bermanfaat buat semua.

The Settlement Hotel Melaka Review




Teruja! Itu je yang aku boleh cakap masa aku dapat invitation untuk review The Settlement Hotel Melaka ni. Dengan jadual yang agak padat, aku berjaya jugak dapat penuhi jemputan The Settlement Hotel untuk review hotel yang terletak dekat Jalan Ujong Pasir, Melaka ni.



Walaupun tak lama, 2 hari 1 malam di Hotel Settlement ni; pada aku, itu dah cukup sebagai retreat atau weekend getaway aku.

Meh aku kongsikan sedikit sebanyak pasal The Settlement Hotel Melaka ni…



Terletak di tengah Bandar Melaka, The Settlement Hotel ni kalau nak diikutkan berada di kawasan yang dikenali sebgai Portugese Settlement dan kalau dikaitkan dengan sejarah, memang kita tahu Melaka pernah dijajah oleh Portugis dan peninggalan diorang kat sana adalah banyak.
Bertemakan Culture & Hospitality, The Settlement Hotel ni sangat menitikberatkan soal service. 

Dapat anak patung, beserta ucapan Selamat Datang. =) Salah spelling je. Cis! Hehehe


Selain daripada mengekalkan sejarah yang ada di bangunan asal iaitu sebuah sekolah. Selain pada tu, dekat sini apa yang nak diketengahkan ialah hasil seni, perabot-perabot lama yang sangat terjaga, dekorasi dan lain-lain diorang memang nak setiap pengunjung mendapat memori yang best bila stay dekat sini.

Padanlah baru-baru ni, The Settlement Hotel Melaka ni memenangi anugerah Servis Hotel Empat Bintang Terbaik (Bandar) untuk tahun 2016/2017.

Info Berkenaan Hotel :
  •  Check in dari 3.00 petang
  •  Check out sebelum ja 12.00 tengah hari
  •  Kemudahan parking disediakan
  •  Wifi dalam bilik
  •  Semua major credit card diterima


Kawasan menarik sekitar The Settlement Hotel Melaka
  •          Kota A’Famosa – 3km
  •         Bangunan Stadhius – 3km
  •          Jonker Walk – 3km
  •          Gereja St. Paul – 1km
  •          Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh – 15km


Untuk bilik pulak, hotel ni sediakan 49 buah bilik jenis luxury, 45 daripada tu disebut sebagai The Residences dan yang baki 4 lagi adalah Private Malay-Style Villas. Pada aku, memang reka bentuk dan dekorasi hotel ni sangat selesa dan mewah. Saat kau melangkah masuk lobby pun, kau dah nampak setting café dia yang lain daripada yang lain.



Ada 3 jenis bilik yang korang boleh pilih iaitu, Deluxe, Junior Suites dan Settlement Suites. Harga bermula daripada RM580 – RM880 untuk satu malam. Selain tu, kalau untuk honeymoon kan, aku cadangkan kroang stay dekat villa dia. Ada dua iaitu Junior Villa ataupun Luxury Villa. Harga bermula RM780 –RM880.

Ni Bilik Aku. Hehehe... Yes, anak patung tu diorang memang bagi...

Bath tub dia best weh...



Untuk stay aku yang 2 hari tu, aku diberikan bilik Junior Suites. Apa yang aku suka adalah, bilik ni sangat luas. Tak ada masalah kalau korang nak kongsi 3 orang. Kalau korang nak cakap rate dia mahal, pada aku, ianya berbaloi dengan setting hotel ni, dengan layanan yang korang akan dapat.





Setakat ni, aku travel walaupun baru beberapa kali ke hotel sebab kebiasaannya aku lebih suka pilih airbnb. Satu, sebab murah. Lagi satu, aku suka pengalaman yang aku dapat bila stay dekat airbnb.

Apa yang best, dekat hotel ni ada rooftop yang korang boleh buat photoshoot atau event. Lagi-lagi kalau waktu malam. Sememangnya best dengan berlatarbelakangkan Bandar Melaka lagi tu…

Meh, nak belanja sikit gambar hotel…

Ini villa yang aku cerita tadi... Bawah ni gambar interior dia...




Yes, toilet villa ni ada kolah. And korang boleh request nak mandi bunga...






Swimming pool pun ada. Cumanya tak de lah besar mana. Hehehe...


Dan, kalau kroang nak kesini… ini infonya…


Alamat: THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA
No. 63, Jalan Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka, 75050 Melaka, Malaysia.
Koordinat GPS: Latitude: 2.187534 / Longitude: 102.268407
No Telefon: 06 – 2921133 
atau korang boleh book melalui hotelscombined dekat sini : 

Bukan semua gambar sempurna. Hehehe

Media Sosial:
·         Facebook: @TheSettlementHotel
·         Instagram: @the_settlement_hotel
·         Twitter: @tshmelaka

Email:
·         enquiry@thesettlement.com
·         salesmanager@thesettlement.com

 Ok lah tu, nak gerak dulu. =D 



Buffet Ramadan Di Kuala Lumpur PNB Perdana On The Park



Minggu terakhir Ramadan ni, perasaan bercampur baur pulak. Satu gembira sebab dah nak raya, kedua sedih terpaksa tinggalkan bulan Ramadan.

Ni nak cerita sikit, pasal promosi Buffet Berbuka Puasa Di Kuala Lumpur ni alang-alang dah minggu last ni, apa kata gunakan peluang yang ada untuk berbuka puasa bersama keluarga dan insan yang tersayang.

PNB Perdana On The Park semestinya merupakan lokasi ideal untuk juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan ini. Bertemakan Nostalgia Ramadan, abadikan saat indah korang bersama yang tersayang dengan seleksi juadah aneka pilihan berkonsepkan masakan tradisional Melayu dan antarabangsa.



PNB Perdana On The Park menampilkan kompilasi menu masakan yang lazat bertemakan dekorasi kontemporari di The 39 Restoran dan dekorasi klasik di 10 Binjai Restoran. Pilih tarikh anda dari 18 Mei ini hingga 15 Jun, so ada 5 hari lagi untuk korang rasai sendiri pengalaman berbuka puasa yang pastinya berbaloi dan tidak menghampakan.  

Live cooking pun ada. Ni stesten murtabak. Memang terbaik murtabak dia...


Pakej harga Bufet Ramadan di The 39 Restoran kali ini sememangnya berbaloi dengan tawaran harga bersih RM116.00 bagi dewasa dan RM69.60 bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun.

Sebut pasal buffet Ramadan ni, biasanya orang nak tengok tang menu. So apa menu yang ada dekat PNB Perdana On The Park ni?

Menu utama yang terdiri daripada Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong Lemak Cili Padi dan Kacang Panjang goring taugeh tidak dilupakan kambing bakar bersama sos istimewa, Ayam Golek Madu Lembah Pantai dan jugak seleksi pilihan seafood untuk sajian grill.




Kalau korang minat kerabu, di sini ada aneka sajian kerabu yang terdiri daripada buah-buahan dan salad juga disajikan.





Selain itulah kan, Bufet Ramadan di Restoran 10 Binjai juga memperlihatkan seleksi rangkaian masakan berkonsepkan ala kampong. Antara menunya yang best adalah Nasi Beriani Kismis, Ayam masak Beriani, Daging Rendang, Ikan Tenggiri Masak Taucu, Kupang sambal bawang dan kobis masak lemak. Di samping itu, terdapat juga live cooking stall yang menghidangkan makanan seperti Mee Rebus, Keow Teow, Murtabak, Roti Jala yang sememangnya enak.  












Ada live cooking jugak tau! Ini stesen carbonara.


Harga Bersih bufet Ramadan di Restoran 10 Binjai  bagi dewasa ialah RM92.00 manakala bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun ialah RM55.20 

PNB Perdana On The Park yang berkonsepkan syariah islam sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi dan merupakan salah satu Hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM.
Disamping itu, kemudahan untuk solat maghrib dan tarawih juga disediakan di tingkat 5. 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:-
  • The 39 Restaurant : 03-7490 3939
  • Restoran 10Binjai : 03-7490 3838
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pnbperdanaonthepark.com/