Home Blog Services About Free Audit

5 Perkara Yang Kita Perlu Tahu Sebelum Membuat Tempahan Hotel

Boleh dikatakan semua orang mampu untuk menempah penginapan di hotel, lebih-lebih lagi dengan kewujudan pelbagai laman web untuk menempah bilik hotel. Sebuat pasal website tempahan hotel ni, kalau tanya aku, aku selalu guna Agoda. Tapi, kadangkala, hotel ada buat promo sendiri, jadi.. rajin-rajinlah survey website hotel jugak. 



Namun begitu, tak semua mampu merancang perjalanan atau percutian yang berpatutan, menarik dan menepati ciri-ciri yang kita mahukan.

Ini ada 5 perkara yang boleh korang pastikan sebelum menempah bilik hotel selepas ini.

 

#1. Periksa Jarak Menggunakan Google Map



Sememangnya kebanyakkan hotel akan ‘tipu’ berkenaan dengan jarak juga kemudahan yang berdekatan. Jika anda mahukan hotel tersebut berdekatan dengan pantai, gooogle dulu jarak dengan pantai setiap hotel. Atau, rajinkan diri sikit baca review dan pastikan review tersebut baru lah, jangan percaya review yang dah bertahun lamanya… Mungkin dah tak macam tu…

 

#2. Jangan Terpedaya Dengan Pakej



Kalau anda pertama kali menjejakkan kaki ke satu hotel, mesti anda akan diberikan beberapa pakej yang kelihatan menarik dengan harga tertentu sekali dengan harga bilik anda.

Cuba perhatikan atau fahamkan apa tawaran yang dibuat, sebab kadang-kadang, anda tak nak atau tak perlu pun tawaran yang ditawarkan tu… atau, harga sebenarnya lebih murah kalau anda rajin cari…

Contoh yang biasanya aku jumpa, pakej bilik termasuk sarapan, atau ada hotel yang bagi sekali pakej spa ke apa ke, bergantung kepada korang sendiri, kalau korang nak dan pakej tu kalau ambil asing adalah mahal, silakan. Tak ada masalah. 

 

#3. Jangan Bayar Untuk Barangan Mini Bar

Di sesetengah hotel, mini bar atau peti sejuk dia akan disediakan pelbagai minuman dan snek. Kadang-kadang, disebabkan salah pengiraan stok oleh staff juga boleh menyebabkan anda akan dicas.



Jadi, semasa anda bayar bil akhir nanti, cuba perhatikan ada cas mini bar tak, jika betul anda tidak usik apa-apa, bagitahu sahaja front desk staff. Mereka boleh betulkan… Tapi, pastikan anda memang tak amik lah..

 

#4. Pilih Bilik ‘Corner’

Sebelum anda check-in, cuba tanyakan kepada staff ada bilik corner atau tidak. Jika ada, mintak bilik tersebut. Kenapa?



Sebabnya selalu bilik di hujung sekali atau corner room ni lebih luas dan agak sunyi sikit. Dengan harga yang sama, kita boleh dapatkan ketenangan sikit. Takdelah tengah malam nak tidour, dengar budak berlari-lari atau orang lalu lalang depan bilik.

 

5. Nyatakan Acara Khas



Sekiranya anda travel semasa anniversary, birthday atau apa-apa event special yang anda nak raikan, nyatakan dalam tempahan anda.

Tapi ini kalau kita tempeh seminggu atau lebih awal daripada itu lah. Sebabnya, mereka ini kadangkala sediakan sesuatu yang istimewa untuk meraikan anda.

So, lepas ni... Kalau nak book hotel mana - mana, ingat point - point ni yer... 

Itinerary 4H3M Palembang, Indonesia

Palembang merupakan kota kedua terbesar di Sumatra dan dari sudut pelancongan, ia mempunyai lebih dari 70 buah destinasi pelancongan dan ia merangkumi destinasi berasaskan alam sekitar, sejarah dan budaya dan destinasi keagamaan.



Februari tahun ini, kira-kira beberapa minggu sebelum pintu masuk antarabangsa ditutup, aku sempat ke Palembang. Kalau nak diikutkan, nama Palembang ini aku dengar - dengar dalam cerita hikayat dulu - dulu selain ada kaitan rapat dengan Parameswara. 

Pasal sisi sejarah Parameswara ni nanti dululah...

Tapi memang tak dapat dinafikan yang Palembang ini merupakan sebuah negeri yang kaya dan terkenal dengan sejarah. Pernah menjadi ibu kota kerajaan Sriwijaya suatu masa dahulu, Palembang merupakan kota paling tua yang ada di Indonesia iaitu berasal dari abad ke-7.


Secara geografi, boleh dikatakan yang Pelembang ini dipisahkan oleh Sungai Musi kepada dua bahagian iaitu Seberang Ulu dan Seberang Ilir. Seberang Ulu merupakan kawasan perumahan dan beberapa bangunan kerajaan manakala Seberang Ilir menempatkan bangunan komersil serta pusat sejarah Palembang.

Nak dijadikan cerita, aku diundang oleh Tourism Palembang untuk kesana selama 4 hari 3 malam. Secara rumusannya, memang untuk melawat ke tempat - tempat menarik di Palembang. 



Perjalanan disana, aku menggunakan bas khas. Tapi kalau korang nak bercuti kesana, GRAB atau GOCAR ada. Senang. 

Lebih kurang, inilah dia Itinerary Travel 4H3M Ke Palembang, Indonesia. 

Hari Pertama

Kuala Lumpur - Palembang

10 Pagi - Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II


Naik LRT dari Stesen LRT Bandara SMBII menuju ke LRT Bumi Sriwijaya.
LRT dekat sini harga dia rata, kalau anda bermula atau menuju ke LRT Bandara, harganya Rp.10,000. Kalau selain itu, Rp.5,000.



Naik bas catar menuju ke Hotel Emilia by AMAZING dan berehat sebentar. Hotel ini menjadi penginapan aku untuk 3 malam disini. Untuk review penuh hotel, korang boleh baca di sini [REVIEW] : Emilia Hotel by Amazing Palembang 


2pm – Makan Tengah Hari di Restoran Kapal Selam yang terletak di Jalan Angkatan 45, Demang Lebar Daun.



Restoran Kapal Selam ini menyajikan makanan asli kuliner padang dan salah satu menu ‘wajib’ cuba disini adalah Pempek yang merupakan makanan khas Palembang. Ia diperbuat dari daging ikan dan tepung kanji. Masa disini, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis Pempek dan Nasi Assegaf.



3.30pm – Menuju ke Lamonde Palembang.
Lamonde ini merupakan pusat jualan oleh – oleh yang berbentuk makanan dan yang perlu anda cuba disini ialah kueh manis mereka atau biasa kita panggil kek.

5.00pm – Pulang ke Hotel untuk berehat. Kalau nak habiskan masa, boleh pusing – pusing sekitar Palembang tau.

7.00pm – Makan malam di Kedai 3 Nyonya.



9.00pm – Pulang ke Hotel dan rehat.


Hari Ke-2

7.30 a.m -  Musi River Tour. Menyusuri sungai Musi menaiki bot sehingga jeti Batu Ampar. 



Kemudian melawat makam bermula dengan Makam Sabokingking, Makam Ki Gede Ing Suro dan Kawah Terkurep.



Ketiga – tiga ini merupakan kompleks makam yang menyimpan pelbagai cerita bersangkutan dengan sejarah Palembang yang dahulunya terkenal dengan nama Palembang Darul Salam.



10 a.m – Menaiki bot untuk ke perkampungan arab Al- Munawar



11 a.m – Makan tengah hari di Warung Pindang Mbok War



Warung ini uniknya merupakan sebuah warung terapung dan terletak di Sungai Musi.

12 p.m – Melawat Kampung Kapitan



Kampung Kapitan merupakan kampung yang majoritinya dihuni oleh warga Tionghua dan didirikan pada tahun 1644.

2 p.m – Melawat Masjid Cheng Ho



Masjid Cheng Ho di Palembang ada ceritanya tersendiri iaitu ianya dibina bagi menandakan kedatangan Laksamana Cheng Ho ke Palembang yang membawa ratusan mualaf bagi mengembangkan ajaran Islam.

3 p.m – Pulang Ke Hotel untuk Rehat.

6 p.m – Makan Malam di Martabak Har

9 p.m – Menuju Pesta Chap Go Meh @ Pulau Kemaro

Pulau Kemaro ini merupakan salah satu destinasi pelancongan di Palembang. Ia juga seperti destinasi lain memegang sejarah Palembang iaitu sebagai sebuah Pulau yang mempunyai peninggalan sejarah seperti Pagoda 9 Tingkat dan juga makam putri Palembang.


Hari Ke-3

9 a.m – Lawatan Ke Al Quran Al Akbar



Ini merupakan ikon pelancongan Palembang. Disini menempatkan ukiran kayu Al-Quran yang terbesar di dunia.

11 a.m – Rumah Limas Demang

Rumah Limas merupakan rumah tradisional Palembang dan ia mempunyai ciri binaan yang unik dan pada abad ke-19, rumah Limas ini dipunyai oleh para bangsawan.

Disini, anda juga boleh mengenakan pakaian adat palembang untuk kenang - kenangan.

1 p.m – Muzium Bala Putra Dewa



Menarik di muzium ini adalah ia mempunyai Rumah Limas asli yang terdapat dalam wang kertas bernilai Rp10,000 dan mempunyai banyak koleksi kraf dan artifak tradisional yang ditemui di Sumatra Selatan dari zaman pra-sejarah sehinggalah penjajahan Belanda.

3 p.m – Melawat Lawang Borotan

8 p.m – Dinner di Lenggok

10 p.m – Pasar Duren Kuto

Hari Ke-4

Terbang ke Kuala Lumpur

---

Itinerary diatas adalah contoh yang boleh dijadikan guideline ketika mahu bercuti ke Palembang. Untuk nota, aku mengikuti FAMTrip yang dianjurkan oleh Tourism Palembang. 

Terima kasih juga kami ucapkan kepada Tourism Palembang atas jemputan ke acara FAMTrip Musi & Beyond, Oriental Season Palembang 2020

Follow Akaun Rasmi Dinas Pariwisata Palembang Di : Website | Facebook | Instagram 


Tips Untuk Dapatkan Tidur Nyenyak Ketika Travel


Selalunya kalau travel, sesetengah orang akan ada masalah untuk tidur pada waktu malam.


Kadang-kadang sebab terlampau excited. Kadang-kadang sebab persekitaran baru. Dan tak kurang juga dengan kawasan hotel atau Airbnb yang bising .


Macam pengalaman aku sendiri tidur di AirBnb di Ubud beberapa tahun sudah, keadaan Airbnb yang agak sunyi memang menaikkan bunyi persekitaran. Bunyi ayam, bunyi pokok dan macam-macam bunyi yang tak dapat dikenal pasti. Maklumlah, travel tempat orang secara solo. Macam-macam lah ada dalam kepala. Lagi pulak tempat kita pegi tu memang terkenal dengan pemujaan. 

 

Sebenarnya ada cara nak kurangkan gangguan ketika tidur ni… Mungkin malam pertama tak berjaya, cuba untuk malam berikutnya.


#1. Hapuskan Gangguan

Gangguan macam mana yang kita kena hapuskan ni? Pertama, telefon. Silentkan atau buat je ‘do not disturb’ mode.




Esok pagi baru check segala whatsapp atau email yang masuk.


Kalau di hotel, gantung je tanda ‘do not disturb’ tu. Lagi-lagi kalau korang tengah nak dapatkan tidur sekejap waktu tengah hari. Bila dah digantung, tak adelah pekerja hotel tetiba ketuk untuk buat housekeeping dan sebagainya.


Tips : Cuba request bilik hujung, dan jauh daripada lif. Biasanya, bilik hujung ni selain luas, dia kurang sikit gangguan dari segi orang lalu lalang depan pintu. Lagi - lagi kalau jenis ada budak - budak yang suka berlari dan menjerit dekat hallway. 


#2. Makan Secukupnya





Makan dengan secukupnya tetapi jangan secara berlebihan sebelum tidur. 


Sebab pertama, kalau kita tak makan, nanti tengah malam terjaga sebab lapar. Kedua, kalau makan banyak sangat, kita akan terjaga sebab nak memerut pulak. Hihihi.

 

Kalau boleh, elakkan ambil makanan atau minuman berkafein sebelum tidur. Coklat pun kalau boleh jangan. Sebabnya kandungan dalam coklat akan trigger acid dalam perut.


#3. Bersedia Untuk Apa Sahaja Kemungkinan

 

Dalam erti kata lain, come prepared. Menurut pengkaji tidur, diorang galakkan kita bawa sesuatu dari rumah. Bantal kecil misalnya. Sebabnya, ini berkaitan dengan habit manusia.




 

Aromaterapi ke, baju tidur kesukaan korang ke, skaf apa sahaja yang boleh buatkan korang tidur dengan selesa di persekitaran yang asing boleh membantu.


Selain daripada cahaya, bunyi jugak kadang-kadang menggangu tidur kita. Jadi, bawaklah mask mata dengan earplugs. Mana tahu dapat membantu.

Hotel Review Ipoh - 3H 2M Di Kinta Riverfront Hotel & Suites


Sekitar hujung tahun lepas, aku ada buat roadtrip ke Ipoh dan masa tu aku ada buat review tentang WEIL Hotel, dan baru - baru ini aku buat satu lagi roadtrip selama 3H 2M jugak ke Ipoh. 


Korang boleh refer di sini kalau nak itinerary roadtrip ke Ipoh sebelum ini, dan untuk trip latest ni, ada kelainan sikit sebab aku travel semasa tempoh PKPP dan kali ini aku pergi untuk food hunting. Ada jugak melawat tempat - tempat yang selalu orang pergi kalau ke Ipoh. Contohnya Kong Heng Square, Concubine Lane dan LOKEN. 


Tak banyak yang berubah, cuma LOKEN tu, ada entri keluar masuk dia, perlu scan dan sebagainya. Kalau aku rajin, aku buat satu entri lagi, tapi mostly aky dah cover di entri sebelum ini. 

Jom kita terus ke pengalaman bermalam di Kinta Riverfront Hotel & Suites. 
Kalau korang follow review hotel aku sebelum – sebelum ni; sama je kaedahnya. 

Aku fokus 4 benda je iaitu hotel, tarikan & lokasi, pengalaman bermalam (kualiti tidur/rehat) dan terakhir value for money dalam erti kata lain, berbaloi tak harga yang perlu korang bayar dengan apa yang korang dapat secara keseluruhan.

Info Ringkas Hotel

Kinta Riverfront Hotel & Suites ( 4 Bintang )

Alamat : Kinta Riverfront, Jalan Lim Bo Seng, 30000, Ipoh, Perak, Malaysia

No Phone : +6012-388 5423 (9am to 5pm)

Waktu Check-In : 3 p.m

Waktu Check-out : 12 p.m

Jumlah Bilik : 260

Jumlah Suites : 55

Jumlah Dewan Serbaguna : 7

Jumlah Restoran : 4

Kemudahan : Wifi, kafe, kolam renang gym, airport transfer, help desk 24 jam, breakfast. Masuk perlu kad akses.


Hotel : 10/10



Hotel ini ada dua bahagian iaitu Hotel dan Service Residence, apa yang aku suka ialah dia terpisah. Lif untuk ke bahagian hotel lain, lift untuk ke bahagian Service Residence pun lain.



Dari segi imej dan servis, memang korang dapat rasakan ianya hotel berbintang. Bukannya self-claim. Di pintu utama ada penyambut tetamu, selain proses check-in yang cepat dan untuk kes aku, aku dapat masuk bilik awal satu jam.


Untuk bilik, ada 5 jenis bilik biasa, 2 jenis bilik suites dan 2 jenis penginapan apartment. Harga bermula RM 148 satu malam dan korang ada pilihan nak tambah breakfast atau tidak. Boleh refer rate bilik - bilik lain jugak di Agoda.



Lokasi / Tarikan Menarik – 10/10

Aku bagi markah penuh dekat sini sebab; satu dia tak terlalu jauh dengan pusat bandar dan keadaan sekitar dia tak sesak. Selain itu, bahagian bawah hotel ini ada 7eleven dan bertentangan hotel ada kedai makan Hadramawt. 


Tak cukup dengan itu, tarikan - tarikan menarik dekat Ipoh kurang lebih 2 kilometer sahaja. Misal kata korang nak ke Padang Ipoh dan lepak dekat kedai MIKER ke apa ke, sangat dekat. Boleh jalan kaki (kalau larat). 


Lokasi dia jugak sekitar 1km daripada LOKEN dan untuk ke Concubine Street pulak, kurang dari 2km. Korang boleh refer peta yang disediakan oleh hotel ni sendiri. 





Cuma, disebabkan pagi Ahad tu hujan agak lebat, LOKEN kurang meriah. Tapi, dia bukak macam biasa. 

Pengalaman Bermalam / Kualiti Tidur – 9/10

Disebabkan aku amik bilik deluxe dan diberikan katil twin, jadi aku tak payah kongsi katil. Untuk aku, selesa lah. Satu katil boleh letak beg, baju dan sebagainya. Hehe. Aku dah request katil besar, tapi malangnya tak ada. Ish. 




Bilik dia pun luas. Ada meja untuk korang buat kerja yang mana, untuk travel writer macam aku ni, aku sangat perlukan meja dan wifi sebenarnya. Aku pun suka jenis, unpack, susun semua pekakas elektronik aku, sebab senang untuk charge dan sebagainya. 



Aku bagi 9 sebab kalau budak buat bising dekat hallway, korang boleh dengar dan disebabkan bilik aku berhadapan dengan jalan, kadang-kadang kalau kereta bunyi kuat tu, korang boleh dengar. 

Tapi ini tak menggangu tidur pun. Oh, lagi satu, dia menggunakan kontrol panel aircond dan lampu dekat katil tapi tak ada cara - cara nak pakai. So, malam pertama agak janggal. Tak reti nak naikkan suhu, sejuk! 

Value For Money – 9/10

Aku sangat berpuas hati dengan servis dan vibe hotel ini. Patutlah diorang ni terpilih sebagai "The Best 4-Star Hotel di Ipoh". Hotel 4-bintang, pada harga RM148 satu malam ( harga bilik sahaja) nak breakfast, tambah RM20. 

Parking pun mudah, turun sahaja ke basement, parking selamat, terus naik lif untuk ke lobi. Dari lobi, kena tukar ke lif untuk tetamu dan perlukan akses kad. Pada aku, ini ciri - ciri keselamatan yang perlu ada pada hotel. Jadi, tidaklah ada orang sembarangan boleh naik ke tingkat atas hotel dan sebagainya. 

Cuma yang tak best, ada lif yang boleh naik tanpa perlu tap kad, dan rangkaian TV dia, agak kurang pilihan. Kalau boleh, tambah satu channel movie pun takpe dah. 

Secara keseluruhan; aku bagi hotel ni  38 / 40. Tinggi jugak tu. Kalau tengok rating di Google atau TripAdvisor, Google 3.9, TripAdvisor 3.9, Traveloka 8.9. 

Tapi aku nak cakap awal - awal, ini berdasarkan pengalaman 2 malam aku disini lah. Mungkin, kalau korang kesini, lain pulak pengalaman dia kan. Cuma apa yang kau boleh cakap, parking mudah, tak payah berebut, jarak ke tarikan utama atau tempat lepak macam Konda Kondi, MIKER atau Chekodok Reggae sangat dekat. 


Kinta Riverfront Hotel & Suites
Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Negeri Perak
+605-245 8888