Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

6 Destinasi Hidden Gems Dan Underrated Di Selangor




Masa PKP ni, toksah kata nak travel, nak keluar daerah pun tak boleh! Alang-alang tu, kita try lah explore apa yang ada dalam Selangor ni dulu.

Aku nak senaraikan 6 destinasi yang underrated dan boleh jatuh kategori 'hidden gems' di Selangor. Jujur cakap, aku sendiri pun tak pernah sampai beberapa destinasi ni. Walaupun dekat dengan aku.

1) Air Terjun Sungai Lepoh

Kredit : Mat Travel via Twitter



Air Terjun Sungai Lepoh merupakan lokasi yang sesuai buat penggemar aktiviti luar dan ianya terletak di Daerah Hulu Langat dan berhampiran dengan Kampung Pangsoon.

Nama lain tempat ini adalah Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok, lokasi ini dikelilingi dengan pemandangan alam semula jadi yang sangat cantik. Selain itu, air terjun di Sungai Lepoh juga cukup indah dan mempunyai air yang jernih. Selain bermandi-manda, lokasi ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti pendakian, berkelah dan “bird-watching”.

Kalau yang ini, memang aku akui. Area Sungai Lopo ni sangat best! Aku sarankan korang ke Lopo Village, aku pernah bermalam kat sini dua hari, lepas tu hiking, memancing, memang best! 






2) Sky Mirror

Kredit : The Star


Sky Mirror di Daerah Kuala Selangor juga dikenali sebagai “Salar de Uyuni” Malaysia kerana menampilkan fenomena semula jadi seperti yang terdapat di negara Bolivia.

Terletak di tengah-tengah Selat Laut Melaka, lokasi ini merupakan salah satu permata tersembunyi yang boleh dijumpai di Negeri Selangor namun tidak ramai yang tahu.

Menariknya, tarikan ini hanya mampu muncul pada tarikh dan waktu-waktu tertentu sahaja dalam
bulan lunar iaitu semasa air surut dan air tenang dari pukulan ombak. Anda perlu menaiki bot laju dari Jeti Sky Mirror yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke lokasi ini. Jangan lupa untuk datang dengan pakaian berwarna-warni untuk gambar yang lebih menarik!





3) Empangan Sungai Selangor

Kredit : fraserhills



Ramai yang tidak tahu Empangan Sungai Selangor merupakan lokasi yang terbaik untuk aktiviti “stargazing”. Ianya mula beroperasi sejak tahun 2003 dan terletak kira-kira 5 kilometer dari Pekan Kuala Kubu Bharu. Aktiviti “stargazing” ini sangat sesuai dijalankan di Empangan Sungai Selangor atas faktor kawasan empangan ini yang tidak terdedah kepada pencahayaan luar. 

Selain itu, persekitaran kawasan di sini juga sungguh menakjubkan dikelililingn dengan kehijauan alam semulajadi serta bukit-bukau dan tasik yang mempesona.




4) Pantai Kelanang

Kredit : Mohamad Zaidi | heng_yeeeeee



Pantai Kelanang yang terletak di Daerah Kuala Langat ini hanya mengambil kira-kira 20 minit dari Pekan Banting. Ianya menyajikan pemandangan indah serta dikelilingi pohon- pohon yang besar. Tidak ramai yang mengetahui tentang pantai ini mungkin kerana lokasinya yang agak jauh ke kawasan pedalaman. 

Lokasi ini tentunya menarik untuk mendapatkan ketenangan minda dengan diiringi angin sepoi-sepoi bahasa. Ianya juga sesuai dijadikan lokasi untuk berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan. Selain itu,
korang boleh menikmati pemandangan lautan yang mempersonakan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.




5) Secret Garden @ 1 Utama Shopping Centre




Secret Garden yang terletak di tingkat teratas pusat beli-belah 1 Utama Shopping Centre ini mempunyai keluasan sebanyak 35 meter atau 30,000 kaki persegi. Mempamerkan lebih daripada 500 spesis flora eksotik, setiap tanaman di sini ditanam dalam tanah bio-karbon dan dipelihara dengan teliti oleh pasukan ahli botani terkenal.

Kemasukan ke Secret Garden adalah percuma dan hanya dibuka bermula jam 10am-10pm pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja.




6) Bukit Gasing



Bukit Gasing merupakan lokasi hijau yang terletak di ibu kota. Berdekatan dengan Bandar Petaling Jaya, Bukit Gasing termasuk di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Gasing. 

Lokasi ini sesuai dijadikan lokasi untuk aktiviti riadah seperti aktiviti pendakian yang sering menjadi pilihan pendaki amatur. Kawasan hutan di sini merangkumi seluas kira-kira 52 hektar dengan ketinggian 164 meter. Menariknya, anda boleh menikmati pemandangan dan panorama indah bangunan pencakar langit yang terdapat di ibu kota.

Suka aku nak ingatkan, lawati destinasi yang tersenarai di atas hanya selepas tamat tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ambil inspirasi buat masa sekarang dan
#ImagineNowExperienceSoon.

Sumber : Tourism Selangor








Kerusi ‘Office’ Ergonomik Dibawah RM150? Ini Top 3 Pilihan Untuk Korang


Percaya atau tidak, kerusi yang korang guna sekarang ini berkemungkinan menyebabkan masalah-masalah sepeti sakit belakang, tengkuk dan beberapa bahagian badan yang lain.

Cuba anda perhatikan rekabentuk kerusi tu,ergonomik tak?

Ergonomik atau bahasa mudahnya sesuai dengan kedudukan atau kerja yang dijalankan oleh seseorang. Kebiasaannya, kedudukan atau rekabentuk ergonomik pada kerusi ini akan mempunyai ciri – ciri seperti sokongan terhadap tulang belakang, pengudaraan yang baik dan lain – lain.



Biasanya, sekiranya pemilihan kerusi tu salah, ada beberapa tanda yang akan korang alami seperti kebas di bahagian pelipat atau sakit / lenguh di bahagian belakang badan lebih – lebih lagi kalau pekerjaan yang dilakukan tu memerlukan korang untuk duduk dalam jangka masa yang panjang.

Ergonomik Tak Semestinya Mahal

Ramai yang kat luar sana masih tidak faham konsep ergonimik ini. Rata – rata beranggapan, produk yang ada ciri – ciri ini kebiasaannya MAHAL. Ini sebenarnya salah!

Ergonomik tidak semestinya mahal, tetapi ianya lebih kepada ciri – ciri atau rekabentuk sesuatu barangan untuk sesuai dengan sifat semulajadi manusia dan kerja yang dilakukan.

Sebagai contoh, aku senaraikan ‘Kerusi Ergonomik Top 3’ pilihan aku yang ada di Lazada dengan harga bawah RM150.


#1. Kitchen Z Mesh Malaysia Office Chair



Apa yang membuatkan ia menjadi pilihan aku adalah :

  •           Ketinggian boleh diubah sesuai dengan tinggi anda
  •          Pengunaan  ‘mesh’ bagi memberikan pengudaraan yang bagus
  •          Sokongan terhadap tulang belakang

Harga : RM 109

#2. F&F: Adjustable Swivel Med-Back Mesh Mix & Match Office Chair



Apa yang membuatkan ia menjadi pilihan kami adalah :

  •        Jaminan 1 tahun
  •         Pilihan Warna yang menarik
  •          Ketinggian boleh diubah sesuai dengan ketinggian anda
  •           Pengunaan ‘mesh’ untuk pengudaraan yang baik
  •          Sokongan terhadap tulang belakang
  •         Menampung berat sehingga 150kg

Harga : RM 89


#3. Office Mesh Chair



Kalau nak cari kerusi yang ‘basic’ ini adalah pilihan terbaik.

Apa yang membuatkan ia menjadi pilihan kami adalah :

  •           Pengunaan ‘mesh’ berkualiti tinggi
  •          Tapak ‘heavy-duty’
  •           Mudah dipasang
  •          Sokongan terhadap tulang belakang

Harga : RM137


Selain 3 jenis ini, ada juga banyak lagi pilihan yang ada di pasaran dan biasanya harga akan berdasarkan kualiti, bahan yang digunakan serta fungsi. Sebagai contoh; kerusi ergonomik yang berkualiti mampu mencecah sehingga 5 Ribu Ringgit dan pastinya setiap ringgit yang dibelanjakan dapat memastikan keselesaan dan paling utama, sokongan terhadap tubuh badan yang nak dipakai ‘lama’ ini.

Kalau taknak beli kat Lazada, cuba cari dekat IKEA. Ade je yang murah-murah dan ergonomik. 

 

Tahukah Korang Jenis 'International Plug' Mengikut Negara?


Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada juga yang tidak tahu tentang perkara ini. Aku pun, sebenarnya tahu pasal international plug ini lepas buat research untuk ke Bali tahun 2008 dulu. Mulai dari itu, barulah aku invest sikit untuk beli international plug adapter. Ini adalah salah satu keperluan penting untuk korang kalau korang rajin travel ke luar negara! 

Tapi, musim pandemik ni, kalau setakat pusing - pusing dalam Malaysia, tak perlu lah! Satu negara sama, semuanya guna 'type G'. 

Kalau korang nak tahu, ada 15 jenis soket plug yang digunakan seluruh dunia. 



Ini adalah senarai international plug yang ada :

Jenis A

  • Bilangan Pin : 2 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 100-125V
  • Contoh Negara : Amerika Utara (Canada, United States, Mexico) dan Japan
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis A

Jenis B

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 100-125V
  • Contoh Negara : Amerika Utara (Canada, United States, Mexico) dan Japan
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis A dan B

Jenis C

  • Bilangan Pin : 2 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Eropah termasuk Ireland, United Kingdom dan Asia
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C

Jenis D

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : India, Sri Lanka, Nepal Dan Namibia
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis D

Jenis E

  • Bilangan Pin : 2 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : France, Belgium, Poland, Slovakia dan Czech Republik
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C, E dan F

Jenis F

  • Bilangan Pin : 2 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Eropah dan Rusia
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C, E dan F

Jenis G

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 230-240V
  • Contoh Negara : United Kingdom, Ireland, Malta, Malaysia dan Singapore
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis G

 Jenis H

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Palestine
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan H

Jenis I

  • ilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 240-250V
  • Contoh Negara : Australia, New Zealand, China dan Argentina
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis I

Jenis J

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Switzerland
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan J

Jenis K

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Denmark dan Greenland
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan K

Jenis L

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Italy dan Chile
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan L

Jenis M

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Afrika Selatan
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis M

Jenis N

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Brazil dan Afrika Selatan
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan N

Jenis O

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Thailand
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan O

Travel Tips : Universal Travel Adapter + Extension Cord

Kalau korang tanya aku tips, aku sarankan korang bawak sebiji atau mungkin dua biji international adapter. Ini bergantung kepada berapa banyak korang punya gadjet nak kena cas lah, macam aku...
Biasanya aku perlukan setidaknya 3 hingga 4 charger. Telefon, laptop, camera, powerbank. 




So, selalu aku akan bawak dua universal travel adapter (yang ini terpulang pada korang). Aku beli dekat Mr Diy je. Bawah RM10 kalau tak salah. Tapi, saranan aku, invest satu yang berkualiti. 

Kemudian, aku akan bawak satu extension yang dah siap dengan slot untuk USB. Salah satu yang ada kat market sekarang, macam ni. Atau korang boleh cari yang kecik sikit. Terpulang, aku suka ni, sebab usb slot tu aku guna untuk cas barang-barang kecik, macam contoh powerbank, bateri atau pod. 




Suiz utama, aku guna untuk laptop dan phone sebab phone ada fast charging, kalau guna USB tu, dia macam slow sikit. 

Biasakan cas penuh semua gajet sebelah malam, sebab aku pernah terkena, konon nak cas bateri phone, powerbank dan sebagainya, tapi aku lupa, bila tarik card dekat hotel, power cut off! Sudahnya, menung! 


Sumber : Skyscanner


10 Masjid Terindah Di Negeri Selangor



Dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di Negara Malaysia, Negeri Selangor memiliki
pelbagai tarikan pelancongan kebudayaan dan keagamaan. Sempena bulan Ramadan
tahun ini, pihak Tourism Selangor ada menyenaraikan 10 masjid terindah yang boleh korang
kunjungi di Negeri Selangor pada suatu masa kelak.

Buat masa sekarang ni kan, jujur lah, untuk kaki travel macam aku ni, sangat terkesan. Jiwa memberontak beb tak boleh nak travel. Tapi, dalam masa yang sama, aku dapat belajar satu benda. Iaitu, kadang - kadang, kita tak perlu pergi jauh untuk dapatkan tempat - tempat yang menarik dan cantik. 

Masjid yang Cantik & Indah untuk dikunjungi Sepanjang Bulan Ramadan, Hanya di Negeri Selangor

 1)    Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah


Masjid yang gah ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di Pusat Bandar Shah Alam. Turut dikenali sebagai “Masjid Biru”, ianya mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalaman yang menakjubkan. Tambahan pula, ianya merupakan masjid terbesar di Malaysia dan merupakan salah sebuah ikon pelancongan utama di Negara ini. Masjid dengan kubah berwarna biru ini terletak indah di sebahagian Tasik Raja Lumu. Ia boleh memuatkan seramai 16,000 orang jemaah pada satu-satu masa, dengan dilengkapi oleh pelbagai kemudahan untuk para pengunjung.

 

2)    Masjid Puncak Alam




Masjid Puncak Alam merupakan masjid pertama dan terbesar di Bandar Puncak Alam. Masjid yang mempunyai keluasan 9.5 ekar ini boleh memuatkan sekitar 5,000 orang jemaah pada satu-satu masa dan telah dirasmikan pada 10 Julai 2015. Masjid ini juga dilengkapi dengan kemudahan yang menarik seperti Dewan Serbaguna, bangunan pentadbiran dan kelas, bilik pengurusan jenazah dan banyak lagi.

 

3)    Masjid Sultan Abdul Samad



Masjid ini terletak di Daerah Sepang dan boleh dilihat semasa perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Masjid Sultan Abdul Samad juga dikenali sebagai Masjid KLIA bagi pelancong dan ia didirikan bersempena pembinaan KLIA pada tahun 2000. Mempunyai keluasan 17.96 ekar, ianya mampu memuatkan 8,000 orang jemaah. Selain itu, reka bentuk dengan konsep seni bina Arab klasik dengan kubah utama dan bumbung berbentuk ratanya turut menjadi tarikan pelancong dan orang awam.

 

4)    Masjid Diraja Sultan Suleiman



Masjid Diraja Sultan Suleiman ini telah dibina pada era 1930-an dan telah dirasmikan oleh Sultan Alauddin Shah pada tahun 1932. Ia terletak di Daerah Klang dan mampu memuatkan seramai 1,200 orang jemaah. Mempunyai seni bina yang sangat unik bercirikan seni bina Monghul, ianya memberikan elemen Islamik dan katedral neoclassical.  Ditutup sementara pada tahun 2015 untuk proses penambahbaikan dan kembali beroperasi pada tahun 2017 dengan kemudahan yang lebih efektif, masjid ini kekal menjadi tumpuan pelancong dan warga Klang.

 

5)    Masjid As-Salam


Pasti terkesima dibuatnya melihat Masjid As-Salam, masjid yang terletak di Taman Puchong Perdana ini. Juga dikenali sebagai Masjid Terapung, ianya satu-satunya masjid terapung yang terdapat di Negeri Selangor buat masa ini. Masjid ini telah dirasmikan pada 8 Disember 2006 dan dibina berlatar-belakangkan taman dan tasik. Mempunyai kapasiti 4,000 orang jemaah pada satu-satu masa, masjid ini tersergam indah, lebih-lebih lagi menjelang waktu senja.

 

6)    Masjid Tengku Ampuan Jemaah



Masjid Tengku Ampuan Jemaah ini pula terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Ianya merupakan Masjid Negeri yang kedua di Negeri Selangor selepas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dibina pada tahun 2010 and sempurna dirasmikan pada tahun 2013, masjid yang dihiasi dengan tulisan ayat suci Al-Quran di bahagian luar ini mempunyai binaan rekaan seni bina Islam Timur Tengah tradisional yang menarik bermula dari kubah, menara dan hingga ke ruang solat. Keluasan masjid ini pula mampu memuatkan seramai 5,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

 

7)    Masjid Raja Haji Fi Sabilillah



Masjid yang dirasmikan pada 22 Jun 2016 ini menjadi masjid pertama di Malaysia yang mendapat penarafan platinum bagi indeks bangunan hijau. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah ini terletak di Cyberjaya dan mempunyai reka bentuk ciri-ciri prinsip hijau dengan menerapkan elemen mesra-alam dalam pembinaannya. Ianya menggunakan teknologi hijau seperti panel solar, tadahan hujan dan banyak lagi. Masjid yang sangat cantik ini mempunyai konsep taman Islamik di perkarangannya. Keluasan masjid ini adalah 17.580 ekar dan mampu memuatkan 8,300 orang jemaah pada satu-satu masa.

 

8)    Masjid Ara Damansara


Masjid Ara Damansara yang terletak di Ara Damansara mempunyai keluasan 6 ekar serta boleh memuatkan 1,500 orang jemaah pada satu-satu masa. Ianya berkonsepkan Green Building Index. Mula beroperasi pada 29 Januari 2015, masjid ini turut menampilkan konsep islamik urban yang menarik. Terdapat juga taman permainan mini dan ruang rehat sebagai kemudahan dalam kawasan masjid kepada pengunjung dan orang ramai.

 

9)    Masjid Jamek Ar-Rahimah



Masjid Jamek Ar-Rahimah merupakan masjid yang terletak di Daerah Hulu Selangor, serta menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat. Masjid yang tersergam indah ini sering menjadi tempat persinggahan para pengembara sebelum ke Fraser Hills. Dirasmikan pada 1 November 2002, masjid ini mampu menampung seramai 3,500 orang jemaah pada satu-satu masa. Seni bina masjid ini berlandaskan konspek Inggeris klasik dilengkapi minaret yang tinggi dan indah di bahagian luar masjid.

 

10)  Masjid Diraja Sultan Ala’eddin



Dibina pada sekitar tahun 1900 dan dirasmikan pada 18 Jun 1924, masjid bersejarah ini mampu memuatkan 800 orang jemaah sahaja pada satu-satu masa. Juga dikenali sebagai Masjid  Bandar, ianya juga menjadi sebuah monumen sejarah bagi Negeri Selangor dengan sktrukturnya yang masih gah berdiri sehingga hari ini. Ia terletak di Pekan Banting sekitar 200 meter daripada Istana Bandar. Reka bentuk masjid ini mempunyai ciri-ciri kesenian kaum India-Muslim dan masyarakat Islam dari negara Timur Tengah.

Senarai Drama Korea Best Di Netflix 2021

3 tahun sudah, aku pernah buat satu entri pasal Senarai Drama Korea Terbaik 2018 dan aku rasa, aku nak buat senarai yang sama untuk tahun ini. 




Macam aku pernah cakap sebelum ini, aku agak selective kalau nak tengok cerita Korea ni. Aku suka beberapa genre je. Tapi, satu yang pasti, apa - apa drama korea pasal perubatan, korang patut tengok. Jarang tak best. 

Salah satu drama korea berkenaan  perubatan yang korang boleh layan di Netflix sekarang ni; aku cadangkan adalah Doctor John.


Ini paling latest aku habiskan, cerita dia start dengan seorang banduan (ex-doctor) yang memang terer. 

Ji Sung, Lee Se-Young, Lee Kyu Hyung.

Dia lebih kurang macam Doctor Stranger, Good Doctor dan lain - lain. 

Selain itu, korang boleh jugak tengok senarai drama Korea Best di Netflix ni :

1. Run - On


Yim Si-Wan, Shin Sae-kyeong, Choi Soo-Young (SNSD, GG)

2. Strongest Deliveryman


Go Kyung-pyo
Chae Soo-binKim Seon-ho and Ko Won-hee

3. Start Up



Bae Suzy, Nam Joo-Hyuk,Kim Seon Ho

4. 18 Again (Top 10 Netflix February)



Kim Ha Neul, Yoon Sang-hyun

5. A Love So Beautiful (Top 10 Netflix February)


Kim Yo Han, Soo Joo-yeon, Yeo Hoi-hyun

6. Prison Playbook


Park Hae-soo · ‎Lim Hwa-young · ‎Shin Won-ho

7. Sisyphus (New)



Choo Seung Woo, Park Shin-hye

8. Lovestruck In The City



Kim Ji-won, ‎Ji Chang-wookKim Min-seok, Han Ji-eun

Cukuplah takat ni, dalam senarai ni, aku dah tengok 3 - Run-On, Strongest Deliveryman dengan Prison Playbook. Rasanya lepas ni nak layan Sisyphus, sebab ada Park Shin Hye! Hehe. Tapi ni dia keluar weekly. So, tunggu dah banyak sikit lah keluar. 

Mostly aku share ni Netflix Original Series, tapi aku tak sure kalau boleh cari kat tempat lain (ehem, website kdrama). 


Tips Travel : Tips Membawa Dan Penjagaan Kamera Semasa Travel

Kamera merupakan salah satu gajet atau benda yang aku tak akan tinggal kalau travel. Sebabnya, semestilah untuk mengambil gambar atau buat video sebagai kenagan. 



Betul ke ada cara yang salah dan ada cara yang betul untuk bawa kamera semasa travel ni? 

Jawapannya ADA. 


Cara Pack Kamera Untuk Travel

#1. Keep It Simple

Sekiranya anda sering membawa kamera, pastinya anda tahu yang peralatan - peralatan yang akan turut dibawa bersama. Misalnya, tripod, bateri extra, charger dan sebagainya. 




Jadi tips dia disini, bawak apa yang perlu sahaja dan jangan membawa peralatan yang besar. Contoh, pilih tripod yang lebih ringan atau kecil. 

Jika anda membawa lens yang banyak, kurangkan menjadi dua. Mungkin anda akan bawak potrait lens, dan bawalah lens yang mempunyai range yang besar, 55-200mm misalnya. Ini juga secara tidak langsung akan meringankan beg anda dan juga mengurangkan risiko kerosakan atau kehilangan kesemuanya sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. 


#2. Pack Smart

Asingkan barangan - barangan yang mudah rosak atau pecah. Lebih bagus, cari beg khas untuk membawa kamera kerana bahagian dalam beg kamera ini biasanya telah dibuat pembahagi - pembahagi yang juga mampu mengurangkan risiko kerosakan pada kamera. 



Bawak juga peralatan seperti kain lap kamera atau lens, plastik sekiranya tiba - tiba hujan dan sebagainya. 


#3. Letak Dalam Beg Carry On

Jangan sesekali 'check-in' kan beg yang berisi kamera atau apa - apa peralatan elektronik kerana kebiasaannya syarikat penerbangan akan mempunyai polisi yang ketat tentang perkara ini. 



Biasanya kamera dan laptop perlu dibawa ke dalam beg carry on dan dibawa ke kabin bersama penumpang. 

Selain itu, disarankan juga anda meletakkan kamera di tempat yang mudah dicapai kerana ia perlu dikeluarkan dan diasingkan dari beg ketika melalui laluan keselamatan di lapangan terbang. Biasanya mereka akan meminta segala barang elektronik dikeluarkan dan diletakkan di dalam bakul yang disediakan. Berasingan dengan beg anda. 


#4. Sentiasa Peka Dengan Persekitaran

Bergambar, bergambar jugak, tapi jangan diketepikan isu keselamatan terutamanya jika anda berada di kawasan yang sesak. 



Biasanya ada banyak mata - mata yang memerhati dan mereka hanya menunggu masa anda terleka dan akan mengambil kesempatan. 

Ada juga yang mengesyorkan supaya anda menutup jenama kamera anda menggunakan pelekat supaya tidak diketahui nilainya. 


#5. Gunakan Peti Simpanan Di Bilik Hotel

Sekiranya anda keluar dari bilik, dan tidak ingin membawa kamera anda bersama, gunakan peti keselamatan yang ada di hotel untuk menyimpan kamera anda. Selain itu, ada lebih baik juga anda membawa kamera anda bersama. 



Mana tahu ada momen - momen yang menarik untuk digambarkan. 


#6. Sentiasa Membawa Memori Card Lebih / Kerap Transfer Gambar 

Mungkin ada berasakan 64GB sudah mencukupi, namun anda lupa kosongkan memori card tersebut. Sudahnya, tidak dapat mengambil gambar. Walaupun harga memori card sekarang tidaklah terlalu mahal, namun perlu dingatkan, bukan semua tempat ada menjualnya. 





Selain itu, apa yang aku selalu lakukan semasa travel adalah akan transfer kesemua gambar dalam laptop setiap hari. Selain boleh mengurangkan space di memory card, anda juga boleh mengurangkan risiko sekiranya memori card tersebut rosak dan sebagainya. 


Macam Mana Aku Bawak Kamera Semasa Travel?

Aku lebih suka kamera yang agak kecil dan kompak sebenarnya. Sebabnya, mudah nak keluarkan dan tidak terlalu menarik perhatian ramai. Senang nak buat kerja. 

Memang kebiasaan, aku akan pack sehelai dua plastik sampah untuk digunakan untuk membalut kamera dan laptop, sekiranya hujan. 

Aku juga selalu bawa beg kecik (sesuai untuk kamera aku) dan setiap kali keluar, aku akan bawak bersama. Sebab ada sekali tu, aku tinggal kamera di hotel dan aku menyesal sebab ada banyak momen travel yang aku terlepas.