Tips Travel : Tips Membawa Dan Penjagaan Kamera Semasa Travel
Kamera merupakan salah satu gajet atau benda yang aku tak akan tinggal kalau travel. Sebabnya, semestilah untuk mengambil gambar atau buat video sebagai kenagan.
Betul ke ada cara yang salah dan ada cara yang betul untuk bawa kamera semasa travel ni?
Jawapannya ADA.
Cara Pack Kamera Untuk Travel
#1. Keep It Simple
Jika anda membawa lens yang banyak, kurangkan menjadi dua. Mungkin anda akan bawak potrait lens, dan bawalah lens yang mempunyai range yang besar, 55-200mm misalnya. Ini juga secara tidak langsung akan meringankan beg anda dan juga mengurangkan risiko kerosakan atau kehilangan kesemuanya sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
#2. Pack Smart
Asingkan barangan - barangan yang mudah rosak atau pecah. Lebih bagus, cari beg khas untuk membawa kamera kerana bahagian dalam beg kamera ini biasanya telah dibuat pembahagi - pembahagi yang juga mampu mengurangkan risiko kerosakan pada kamera.
Bawak juga peralatan seperti kain lap kamera atau lens, plastik sekiranya tiba - tiba hujan dan sebagainya.
#3. Letak Dalam Beg Carry On
Jangan sesekali 'check-in' kan beg yang berisi kamera atau apa - apa peralatan elektronik kerana kebiasaannya syarikat penerbangan akan mempunyai polisi yang ketat tentang perkara ini.
Biasanya kamera dan laptop perlu dibawa ke dalam beg carry on dan dibawa ke kabin bersama penumpang.
Selain itu, disarankan juga anda meletakkan kamera di tempat yang mudah dicapai kerana ia perlu dikeluarkan dan diasingkan dari beg ketika melalui laluan keselamatan di lapangan terbang. Biasanya mereka akan meminta segala barang elektronik dikeluarkan dan diletakkan di dalam bakul yang disediakan. Berasingan dengan beg anda.
#4. Sentiasa Peka Dengan Persekitaran
Bergambar, bergambar jugak, tapi jangan diketepikan isu keselamatan terutamanya jika anda berada di kawasan yang sesak.
Biasanya ada banyak mata - mata yang memerhati dan mereka hanya menunggu masa anda terleka dan akan mengambil kesempatan.
Ada juga yang mengesyorkan supaya anda menutup jenama kamera anda menggunakan pelekat supaya tidak diketahui nilainya.
#5. Gunakan Peti Simpanan Di Bilik Hotel
#6. Sentiasa Membawa Memori Card Lebih / Kerap Transfer Gambar
Mungkin ada berasakan 64GB sudah mencukupi, namun anda lupa kosongkan memori card tersebut. Sudahnya, tidak dapat mengambil gambar. Walaupun harga memori card sekarang tidaklah terlalu mahal, namun perlu dingatkan, bukan semua tempat ada menjualnya.
Selain itu, apa yang aku selalu lakukan semasa travel adalah akan transfer kesemua gambar dalam laptop setiap hari. Selain boleh mengurangkan space di memory card, anda juga boleh mengurangkan risiko sekiranya memori card tersebut rosak dan sebagainya.
Macam Mana Aku Bawak Kamera Semasa Travel?
Aku lebih suka kamera yang agak kecil dan kompak sebenarnya. Sebabnya, mudah nak keluarkan dan tidak terlalu menarik perhatian ramai. Senang nak buat kerja.
Memang kebiasaan, aku akan pack sehelai dua plastik sampah untuk digunakan untuk membalut kamera dan laptop, sekiranya hujan.
Aku juga selalu bawa beg kecik (sesuai untuk kamera aku) dan setiap kali keluar, aku akan bawak bersama. Sebab ada sekali tu, aku tinggal kamera di hotel dan aku menyesal sebab ada banyak momen travel yang aku terlepas.
Resepi Loaded Potato Bowl Ala KFC Mudah & Ringkas
Sebagai salah seorang peminat tegar 'Loaded Potato Bowl' di KFC, aku agak kecewa jugak la masa dapat tahu menu tu tak available sekejap. Lepas pada ramai dah mintak KFC adakan semula menu tersebut, barulah dia comeback.
Jadi, aku cuba - cuba cari alternatif. Kot - kot ada resepi mudah Loaded Potato Bowl ni.
Aku dah cuba semalam, hasilnya boleh kata almost perfect dan nak buat pun mudah dan ringkas. Biasalah, aku ni kekadang, malas nak buat benda yang renyah. Tapi aku gigihkan jugak.
Jadi hari ini, aku nak kongsikan cara mudah buat Loaded Potato Bowl.
Bahan - Bahan Yang Diperlukan :
1. Mashed Potato Mix
2. Cheezy Wedges Mix
3. Popcorn Chicken
4. Frozen Sweet Corn
5. Garam
6. Serbuk lada hitam
7. Butter
8. Susu Full Cream
9. Mayonis
Sebelum aku ceritakan berapa nak guna, aku explain satu per satu bahan yang aku guna ni.
Mashed Potato Mix : Jadi, original dia, guna kentang bijik. Disebabkan aku malas, aku pergi bakery, cari mashed potato mix. Kebetulan, tak ada paket kecik, aku beli sekilo. Macam ni rupa dia :
RM15.80
Cheezy Wedges Mix : Serbuk nak buat cheese ni ada banyak jenis kalau ke bakery. Jadi ikut yang mana korang suka. Aku ambik yang untuk buat cheezy wedges. Sebab itulah jugak yang digunakan di KFC. Dan ia sangat mudah, campur air panas je.
Paling kecik, ada 200g. Macam ni:
RM10
Popcorn Chicken : Ini macam biasa, korang boleh cari dekat pasaraya. Untuk kes aku, disebabkan popcorn chicken habis, aku gantikan dengan nugget ayam tempura Ayamas. Not bad jugak hasil dia bila dicampurkan dalam mashed tadi.
RM14.50
Frozen Sweet Corn : Aku beli brand Talleys. Cara penyediaan pun mudah, didihkan air. Masukkan jagung lebih kurang 2 hingga 3 minit. Agak agak dah lembut tu, toskan.
RM3.30
Garam : Secukup rasa, ditambah dalam adunan potato tu nanti. Kalau tak tambah, potato tu rasa kosong sangat.
Serbuk lada hitam & lada putih : Aku agak agak je guna dua dua serbuk ni, tapi tak banyak. Nak naikkan rasa potato tu je. Nanti aku explain lebih lanjut bahagian cara menyediakan nanti.
Butter : Sama macam fungsi garam, butter akan menambahkan lemak dan rasa kentang tadi. Jadi, guna brand apa pun tak kisah. Aku gunakan buttercup, sebab memang ada dekat rumah.
Susu Full Cream : Aku tak cuba lagi dengan susu jenis lain. Tapi, aku gunakan susu full cream. Ini untuk ditambah pada adunan kentang nanti.
RM6.20
Cara - Cara Membuat Loaded Potato Bowl (Mudah & Ringkas)
Aku senaraikan sukatan bahan dulu.
Untuk buat mash potato :
Mash mix : 200g
Air : 250ml
Susu : 150ml
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Dah mendidih angkat dari api dan tambahkan susu.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan potato mix tadi sedikit - sedikit sampai jadi macam mana texture kita nak.
5. Tambahkan butter secukup rasa. Aku gunakan dalam dua sudu.
6. Tambahkan serbuk lada hitam dan lada putih.
Nota : Sambil tambah tu, sambil adun okay. Gunakan 'whisk' untuk lebih mudah.
Korang rasa dulu potato mix tu, kena tak dengan selera. Kalau kurang masin tak apa, sebab nanti cheese tu akan cover balik. Adjust ikut selera. Kalau cair sangat adunan tu, tambah sikit demi sikit potato mix. Kalau berketul, tambah air panas.
Cara membuat sos cheese :
Perlukan air panas - dari mesin coway pun boleh.
dan Serbuk cheese.
Caranya:
1. Sukat air panas sebanyak mana cheese yang korang nak.
2. Masukkan serbuk cheezy wedges tu sedikit - sedikit, sehingga dia jadi likat macam texture cheese di KFC. Kalau korang suka cair, silakan.
Macam potato mix jugak, kalau cair, tambahkan serbuk sedikit - sedikit. Kalau berketul atau pekat sangat, tambahkan air.
Tingkatkan Produktiviti Dan Fokus Dengan Teknik Pomodoro
Sebagai seorang penulis dan editor, setiap hari aku perlu menyiapkan tugasan - tugasan seperti brainstorming, merangka ayat, mencari sumber cerita dan lain - lain tugasan yang berkaitan dengan kerja hakiki aku.
Memang kadangkala, aku juga tak lari daripada terleka dan hilang fokus. Lebih - lebih lagi kalau kerja bersendirian atau macam kes aku, aku freelancing. Kadangkala aku curi masa untuk amik upah menulis artikel atau dipanggil ghostwriting.
Dalam sehari, adakalanya aku sangat produktif, aku boleh pergi sampai 3 hingga 4 artikel yang jumlah perkataannya sekitar 800 hingga 1000. Ada kalanya, aku terjemah artikel yang ada dan susun menggunakan ayat aku sendiri, sesuai dengan audience aku. Dan, bila datang terleka dan hilang fokus, ini menjadi masalah pada aku dan aku yakin masalah kurang produktiviti dan hilang fokus ni berlaku kepada semua, lebih lebih lagi yang melibatkan industri penulisan kreatif dan pembelajaran.
Aku terjumpa satu teknik pembahagian masa atau teknik meningkatkan fokus ini untuk mengatasi masalah - masalah yang aku sebutkan tadi iaitu teknik pomodoro.
Kalau korang rajin, cubalah buat pencarian lanjut tentang teknik pembahagian masa ni. Menggunakan teknik pomodoro ni, dia akan mengurangkan gangguan semasa bekerja, lebih - lebih lagi kalau kerja korang menggunakan internet. Dia akan meningkatkan fokus 100% dan menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang singkat.
Walaupun baru menjumpai teknik ini, aku dah gunakan dan berhasil tingkatkan kualiti dan fokus kerja aku. Setiap hari, aku tak berasa terlalu penat at the end of the day. Santai je.
Teknik ni sangat mudah untuk dipraktikkan untuk pekerjaan mahupun pembelajaran. Jom kita tengok macam mana ia boleh digunapakai.
Apa Itu Teknik Pomodoro?
Teknik Pomodoro ini diperkenalkan pada tahun 1990-an oleh Francesco Cirillo yang mana beliau ini adalah seorang penulis dan usahawan. Nama 'Pomodoro' ni diambil sempena nama pencatat masa berbentuk buah tomato yang digunakannya di zaman universitinya dulu.
Kaedah yang digunakan agak mudah iaitu; sekiranya anda mendapat satu tugasan, bahagikan perkerjaan tersebut kepada beberapa bahagian yang akan diselesaikan satu per satu dalam satu tempoh yang singkat yang dipanggil pomodoro. Dan diselang-selikan dengan rehat pendek antara satu pomodoro ke pomodoro seterusnya.
Ini secara tak langsung akan membantu korang melatih otak untuk lebih memberikan tumpuan dalam tempoh yang singkat dan seterusnya menyiapkan task atau pekerjaan yang ada dengan lebih cekap.
Dengan menggunakan timer atau pencatat masa, ini akan meningkatkan tumpuan serta attention span korang sendiri.
Dalam bahasa mudahnya : Pomodoro ini ibarat kita buat larian 100 meter banyak kali dan berehat (untuk tingkatkan motivasi diri dan kreativiti) supaya dapat habiskan larian 1000 meter.
Macam Mana Teknik Pomodoro Berfungsi?
Dalam banyak - banyak teknik pengurusan masa dan produktiviti yang ada, ini merupakan yang paling mudah untuk dilakukan dan dipraktikkan.
Korang hanya perlukan pencatat masa (timer). Tidak kiralah di handphone atau jam tangan, yang penting ia boleh mencatat masa. Gunakan google pun boleh. Typekan "timer".
Korang boleh mula menggunakan Teknik Pomodoro ini dengan 5 langkah sahaja :
1. Pilih atau tetapkan pekerjaan yang mahu disiapkan.
2. Setkan Pomodoro (timer) kepada 25 minit.
3. Siapkan sebanyak mungkin pekerjaan yang korang telah pilih tadi sehingga Pomodoro berbunyi.
4. Rehat. 5 minit mencukupi.
5. Setiap 4 pomodoro, rehat panjang. (15 - 30 minit).
Kemudian, ulang.
Rehat panjang yang dimaksudkan (langkah 5) ni adalah waktu dimana korang rehat supaya dapat meneruskan 25 minit kerja selepas itu.
Jadi, disarankan rehat lebih lama, tapi tidaklah sampai berjam - jam. Contohnya buat air, isi botol air dan apa sahaja yang boleh merehatkan minda. Macam aku, aku akan tengok pemandangan luar bangunan.
Contoh penggunaan teknik pomodoro :
Aku dapat task untuk siapkan satu artikel. Macam contoh, artikel yang korang tengah baca ini. Aku setkan pomodoro aku ke 25 minit.
Jadi, aku mulakan cari maklumat dan sebagainya, sehingga timer aku berbunyi.
Selepas itu, aku rehat 5 minit. Aku berjalan keliling rumah, buat air, dan bila aku nak sambung menulis, aku set lagi timer kepada 25 minit.
Aku ulang sampai kali ke-4 pomodoro berbunyi, aku rehat selama 20 minit. Aku keluar rumah, ambil angin, borak dengan parents aku, aku sambung siapkan artikel.
Kalau susah nak faham, ini aku 'lukis' :
- Inform/ Maklumkan kepada sesiapa (pihak menganggu) yang anda sedang sibuk atau sedang melakukan tugasan.
- Negotiate/ Runding waktu yang sesuai bila boleh anda hubungi semula mereka (runding ketika waktu rehat)
- Call back/ Hubungi Semula pihak berkenaan selepas selesai satu pomodoro semasa rehat pendek atau apabila anda bersedia nak berhadapan dengan mereka
Menginap Di Airbnb atau Hotel Lebih Baik ? Ini Jawapan Terbaik Untuk Anda
Sebelum mendapatkan jawapan, pastinya ada beberapa soalan yang perlu ditanyakan pada diri sendiri.
Airbnb ni kisahnya bermula pada 2007 dan konsep dan idea asalnya adalah untuk menawarkan tetamu tempat bermalam dan juga sarapan pagi keesokan harinya. Sehingga hari ini, Airbnb merupakan platform pilihan ramai dan menawarkan lebih dari 7 juta penginapan, serta ratusan ribu aktiviti yang ditawarkan atau dianjurkan oleh komuniti setempat.
Airbnb Di Malaysia
Aku tidak dapat mencari info tepat tahun berapa Airbnb mula bertapak di Malaysia, cuma apa yang aku boleh katakan adalah aku sendiri menggunakan Airbnb ini sebagai salah satu pilihan penginapan selain hotel dan sebagainya.
Jadi, aku faham dilema yang dihadapi ketika nak travel ini iaitu memilih yang terbaik diantara Airbnb atau hotel.
Sebelum menentukan pilihan terbaik antara hotel dan Airbnb, pastikan tanya atau jawab soalan - soalan ini :
#1. Berapa Banyak Ruang / Bilik Yang Diperlukan.
Faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah bilangan orang yang travel atau akan tinggal di bilik berkenaan. Jika anda travel dengan anak - anak, pastinya anda memerlukan lebih dari satu bilik.
Jika travel berkumpulan pula, pastinya anda mahukan ruang tamu atau 'common area' yang membolehkan anda berkumpul, bersembang dan sebagainya kan?Kalau jawapan anda adalah perlukan bilik yang banyak, carilah Airbnb yang menawarkan keseluruhan rumah ( ada juga pilihan untuk sewaan bilik di dalam sebuah rumah) jadi, jangan tersalah pilih.
#2. Nak Berjumpa / Berinteraksi Dengan Orang Lain.
Khabib Nurmagomedov Bersara Dengan Rekod Tanpa Kalah 29 - 0, Gunakan Seni Mempertahankan Diri Sambo!
Nama Khabib Nurmagomedov menjadi sebutan ramai sehari dua ini selepas beliau berjaya menewaskan Justin Gaethje di UFC 254 dengan submission pada pusingan kedua. Bukan sekadar itu, kemenangan Khabib turut diikuti dengan pengumuman persaraannya dari UFC dengan rekod TANPA KALAH, 29-0.
Jika sebelum ini, Khabib Nurmagomedov berjaya curi tumpuan seluruh dunia apabila berjaya tewaskan Conor McGregor dan ternyata teknik yang digunakan olehnya sangat unik sehinggakan beliau berjaya menewaskan 29 pesaingnya.
Seni Mempertahankan Diri Tanpa Senjata Rusia
Ada disebutkan dalam sebuah penulisan yang Khabib ini sebenarnya seorang juara dunia dan master dalam seni mempertahankan diri Sambo.
Hari ni, aku nak kongsikan apa sebenarnya Sambo dan apa sejarah di sebalik seni mempertahankan diri Sambo ni yang membuatkan ianya sangat efektif.
Apa Itu Sambo?
Sambo, atau ada yang disebut sebagai sombo ini adalah akronim bagi perkataan Russia iaitu SAMozashchita Bez Oruzhiya yang bermaksud, pertahankan diri tanpa senjata.
Sejarahnya, perkembangan atau kewujudan Sambo ini diperkenalkan pada tahun 1920 oleh tentera Soviet bagi memantapkan latihan tempur tanpa senjata mereka. Asalnya, Sambo ini nak digabungkan dengan seni pertahanan diri lain untuk dijadikan teknik yang paling efektif.
Kalau nak diikutkan cerita, Pengasas Sambo adalah Viktor Spiridonov dan Vasili Oshchepkov dan dua - dua individu ini adalah penuntut seni bela diri yang berlainan yang mana Viktor dengan gusti dan Vasili belajar Judo di Jepun. Vasili dituduh sebagai pengitip pihak Jepun dan akhirnya mati di penjara. Namun dia sempat belajar Judo dari pengasas Judo sendiri iaitu Kano Jigoro.
Pada tahun 1938, Sambo ni dipercantikan lagi pergerakannya oleh Anatoly Kharlampiev, anak didik Vasili. Pada tahun 1938 jugaklah Sambo diterima sebagai sukan rasmi oleh pihak USSR.
Jenis - Jenis Sambo
Macam seni mempertahankan diri yang lain jugak, ada beberapa jenis Sambo wujud sejak terciptanya Sambo ni. Tapi, dalam banyak-banyak yang ada, hanya LIMA yang diketahui oleh orang ramai :
- Combat Sambo
Combat Sambo ni yang diperkenalkan kepada tentera, jadi dalam combat sambo ada ajar cara untuk rampas senjata. Combat Sambo juga adalah jenis sambo yang menggunakan banyak teknik serangan dan pergelutan (grappling).
- Freestyle Sambo
Sambo freestyle ini diperkenalkan pada tahun 2004 oleh persatuan Sambo Amerika untuk mengalakkan mereka yang tidak mempunyai Sambo (pengamal Judo dan Jiujitsu) untuk mengabil bahagian dalam acara berkaitan Sambo. Acara freestyle ini membenarkan mereka untuk gunakan teknik mencekik lawan dan juga gerakan untuk mendapatkan submission yang tidak dibenarkan dalam Sambo.
- Self-Defense Sambo
Sambo untuk mempertahankan diri. Dalam jenis ini, pengamal akan diajar untuk mempertahankan diri daripada senjata dan pelbagai lagi serangan. Banyak gerakan dan cara diajar menggunakan tenaga pihak lawan terhadap pengamal Sambo seperti Aikido atau Jiujitsu.
- Special Sambo
Teknik atau jenis sambo ini direka untuk unit khas tentera. Ia jenis yang sangat eksklusif dan hanya diajar mengikut keperluan dan kegunaan satu-satu unit dalam tentera berkenaan.
- Sport Sambo
Boleh dikatakan sport Sambo ini adalah sama seperti Judo dari segi pergerakan jatuhan dan menghalang jatuhan dibuat oleh pihak lawan. Dalam pertandingan, semua pergerakan kuncian kaki adalah dibenarkan.
Mengenal Pegamal Sambo
Pengamal sambo ni terkenal dengan tiga perkara : teknik jatuhan yang mempunyai kombinasi gusti dan jugo, skill untuk mengawal lawan di atas lantai dan kuncian kaki.
Bergantung kepada jenis sambo yang dipelajari, teknik serangan juga mungkin ada. Sebagai contoh dalam combat sambo. Namun, sambo ini lebih menekankan seni pergelutan yang memfokuskan untuk menjatuhkan dan menyebabkan lawan menyerah kalah atau tap-out.
Bergantung juga pada jenis sambo yang dipelajari, namun sambo mengajar pengamal mereka untuk menghabiskan sesuatu perlawanan dengan cepat. Ini boleh dilakukan dengan menjatuhkan pihak lawan ke lantai dan mengaplikasi teknik untuk mendapatkan submission pihak lawan.
Antara Pengamal Sambo Di MMA :
- Andrei Arlovski (UFC Heavyweight Champion)
- Aleksander Emelianenko (PRIDE Heavyweight Champion)
- Fedor Emelianenko
- Oleg Taktarov
- Khabib Nurmagomedov
dan ramai lagi sebenarnya.
Kalau korang nak tahu, watak Yuri Boyka (Scott Adkins) dalam filem Undisputed tu sebenarnya satu watak yang mempunyai latar belakang seni mempertahankan diri Sambo jugak!
Selepas baca semua fakta berkenaan Sambo ini, tak mustahil kenapa Khabib berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di dalam gelanggang.
Tips Ambil Gambar Cantik Ketika Travel
Selain menulis, aku minat mengambil gambar dan semuanya bermula masa aku belajar di kolej dulu. Pengaruh housemate. Aku ingat lagi waktu itu, boleh dikatakan hampir semua housemate aku ada dSLR. Ada yang gunakan Sony, ada yang gunakan Nikon dan aku, aku gunakan Canon.
Dari situ, aku mula belajar sendiri cara ambil gambar seinggalah berjaya dapat buat job freelance hujung minggu dan sebagainya. Makin lama, minat aku tu terpaksa aku lupakan disebabkan faktor masa dan akhirnya aku terpaksa jual kamera aku untuk kelangsungan hidup.
Fast forward -- aku mula aktif blogging sekitar 3 tahun sudah dan aku beli sebuah kamera secondhand Canon jugak. Kemudian aku mula main kamera kompak, Sony HX-90V. Agak lama aku gunakan kamera ini, dan tahun sudah, aku upgrade kepada mirorless camera, Sony jugak.
Sehingga hari ini, boleh aku katakan aku masih lagi dalam proses pembelajaran untuk dapatkan gambar - gambar yang cantik. Selalu aku baca tips dan perkongsian dalam website yang berkaitan fotografi.
Disebabkan kerjaya, aku semakin hari semakin belajar cara terbaik atau cara nak dapatkan gambar yang cantik semasa travel. Sesuai dengan tema blog aku yang sebelum ini aku kongsikan banyak hal - hal peribadi. Sekarang, segala kontent blog ini lebih kepada travel, tips, perkongsian dan sebagainya.


































