Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Tips Travel Jimat Ke Koh Lipe Dari Malaysia

Terletak di Satun, sebuah kawasan di selatan Thailand, Koh Lipe boleh dianggap sebagai salah satu pulau yang berdekatan dengan sempadan antara Malaysia dan Thailand. Dari segi geografi, pulau ini terletak dalam kumpulan kepulauan Adang – Rawi yang terletak di Laut Andaman.


Kalau korang Google, confirm akan keluar banyak koleksi gambar yang menggambarkan keindahan pantai pasir putih serta air yang jernih kebiruan di Koh Lipe ini.

Koh Lipe ( disebut atau dieja juga dengan Ko Lipey atau Koh Lipeh) ini sebenarnya terbahagi atau mempunyai 3 buah pantai utama iaitu Sunset Beach di sebelah barat, Sunrise Beach di sebelah timur dan juga Pattaya Beach.

peta koh lipe

Antara 3 pantai utama di Koh Lipe ni, Pattaya Beach merupakan pantai yang terpanjang iaitu sekitar 1 kilometer dan merupakan destinasi yang paling popular dengan deretan resort, hotel, butik pakaian dan lain – lain. 

Haad Chao Ley atau Sunrise Beach yang terletak di sebelah timur Koh Lipe ini merupakan pantai kedua terpanjang dan ianya menghadap ke sebelah timur. 

Kalau low season, disyorkan korang ke sini disebabkan ia terlindung daripada angin monsoon. Kalau korang jenis yang suka berjumpa dengan penduduk tempatan, disini juga sangat sesuai kerana disinilah kawasan tumpuan mereka.

sunset beach koh lipe

Haad Pramong atau Sunset Beach pula merupakan kawasan pantai yang pendek, sekitar 200 meter. Tetapi disini juga merupakan tempat yang ‘paling happening’ di Koh Lipe disebabkan banyak kedai dan bar disepanjang pantai. Ala-ala Pantai Cenang di Langkawi agaknya…
 

Waktu Terbaik Untuk Ke Koh Lipe

Koh Lipe boleh dikunjingi sepanjang tahun, cuma korang perlu jangkakan sedikit padat ketika hujung minggu kerana pelancong Malaysia dan Thailand sendiri akan ke sini untuk weekend getaway.

Musim ‘high peak’ adalah dari November hingga Mei dan tempahan awal perlu dibuat sekiranya korang berhajat kesini dalam bulan Disember hingga Februari, sebabnya ini memang musim puncak.

Kalau nak elakkan kepadatan ni, tunggu sekitar Mei hingga Oktober. Waktu ini, memang biasanya tidak ramai pengunjung dan pelancong pun tak ramai.

Kita di Malaysia ni agak beruntung sebab lokasi pulau ini agak dekat dengan kita. Kalau anda perasan, jika ke Pantai Cenang Langkawi, di sebelah kanan anda akan nampak Koh Lipe. 

Cara Untuk Ke Koh Lipe

Ada beberapa cara untuk kita sampai ke Koh Lipe; pertama dan paling senang adalah terbang ke Bangkok dan ambil pakej terus, anggaran sekitar RM 700++.  
 
Cara kedua; ambil penerbangan ke Hat Yai, naik bas atau shuttle ke Pak Bara (sekitar 250 Baht) dan ambil feri atau bot laju ke Koh Lipe, harga sekitar 650 Bhat. Total ‘hangus’ dalam 900 Bhat je, dalam RM116 lebih kurang.

Cara ketiga; dari Pulau Langkawi! Feri dari Langkawi ke Koh Lipe mengambil masa sekitar 90 minit. Harga bermula dari RM312 untuk perjalanan pergi dan balik dan korang naik dekat Telaga Harbour Marina. Setiap hari, ada 1 atau 2 trip dari Langkawi ke Koh Lipe. Pulul 9.30 pagi, 10.30 pagi, 2.30 petang dan masa ni dia ikut season. Dan ada dua tempat kalau korang nak naik feri dari Langkawi ke Koh Lipe, sama ada dari Kuah atau Telaga Harbour. 

Ni jadual feri dari Langkawi - Koh Lipe. Oh, jangan confuse dengan masa, masa Thailand adalah sejam lebih awal dari kita. 



Kalau tengok laman web Feri ke sana, untuk tahun 2023 ni dia buka pada Oktober sehingga Mei 2024. Dekat laman web ni pun ada jugak details berkenaan feri ke Koh Lipe dari Langkawi. 

p/s : Feri / Bot dari Langkawi ke Koh Lipe beroperasi dari Oktober hingga Mei sahaja. Dan, jangan terkejut kalau diorang mintak passport awal-awal. Dan pastikan passport sekurang-kurangnya valid untuk 6 bulan ye! 

So, korang ada banyak cara. Nak cepat; guna kapal terbang, tapi mahal. Nak bajet yang pertengahan, naik ETS sampai ke Kuala Perlis, naik feri ke Langkawi dan teruskan ke Koh Lipe. Nak yang santai sikit, naik bas tuju ke Kuala Perlis, kendian ambil feri ke Langkawi, sebelum ke Koh Lipe!  

Korang boleh search Hotel di Koh Lipe dekat bawah ni : 
 


Destinasi Pelancongan Terhangat di Jepun 2023: Ini Lokasi Paling Popular Tahun Ini!

Baru- baru ini, hasil dapatan daripada survey yang dijalankan oleh agensi pelancongan Jepun mendedahkan destinasi pelancongan yang trending di Jepun untuk tahun 2023. 

Kalau korang nak ke Jepun, pastikan tahu nak tuju ke lokasi mana supaya senang korang merancang perjalanan, nak beli pass perjalanan atau nak sewa kereta dan sebagainya. 

Mengikut ranking yang dikeluarkan oleh Jalan.net tersebut, berikut adalah 10 Destinasi Paling Popular Di Jepun : 

  • Wilayah Oita
  • Wilayah Kagoshima
  • Hokkaido
  • Wilayah Iwate
  • Kyoto
  • Wilayah Nagano
  • Wilayah Ishikawa
  • Wilayah Nagasaki
  • Wilayah Okinawa
  • Wilayah Mie
Dalam perkongsian kali ni, aku akan share berkenaan Oita dan Kagoshima dahulu. 

Oita

Wilayah Oita terletak di rantau Kyushu, Jepun. Ia merupakan destinasi pelancongan yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan budaya air panas (onsen). Antara tarikan-tarikan di Oita :

1. Syurga Mata Air Panas

Oita
Kredit : Tocoo

Wilayah Oita terkenal sebagai khazanah mata air panas, dengan banyak kawasan mata air panas seperti Beppu dan Yufuin. Korang boleh menikmati pelbagai jenis mata air panas di Wilayah Oita, antaranya kolam mata air panas, kolam mandi terbuka, dan mandian kaki. Dekat sini, korang bolehlah  mencuba budaya tradisional mandian mata air panas Jepun.\

2. Aktiviti Nature dan Outdoor

Selain itu,  terdapat juga tempat-tempat yang menyajikan pemandangan yang indah seperti Jambatan Kokonoe Yume Otsuribashi dan Lembah Yabakei. Korang juga boleh menikmati pelbagai jenis aktiviti luar seperti hiking, trekking, berkanu dan rafting. Kalau minat nak menunggang kuda, korang boleh ke Kokonoe. Bandar Usa juga mempunyai salah satu taman safari terbesar di Jepun iaitu Kyushu Natural Zoological Park African.

3. Makanan Tempatan dan Culture Makanan di Oita

Kalau korang jenis suka nak 'explore' makanan dan kulinari Jepun, Oita ni salah satu kawasan yang terkenal dengan makanan berasaskan pegunungan dan juga makanan laut yang segar! 

Antara yang famous dekat Oita adalah makanan berasaskan Ikan Fugu, sejenis ikan buntal. Korang boleh try shashimi atau nabe! Cuma, pastikan korang ke kedai yang 'pakar' untuk mengendalikan fugu ni, sebab ianya kategori ikan beracun. 

Kalau tak berani, cuba la Pudding Bakar Yufuin. Ini boleh dikategorikan sebagai buah tangan 'wajib' kalau ke kawasan sini. Dia ala-ala puding custard lah. 

4. Kebudayaan & Sejarah

Kredit : Tocoo

Kalau korang nak explore sejarah dan kebudayaan Jepun, di Oita juga terdapat banyak bangunan bersejarah yang boleh korang lawati, salah satunya ialah Nakatsu Castle atau korang boleh ke Usa Shrine. 

Macam mana nak sampai ke Oita? 

Untuk perjalanan dari Lapangan Terbang Fukuoka ke Oita, korang mempunyai beberapa pilihan:

1. **Dengan Keretapi:**
   - Ambil Laluan Kuko Fukuoka City Subway (dari Stesen Lapangan Terbang Fukuoka) ke Stesen Hakata.
   - Tukar ke Shinkansen (keretapi peluru) di Stesen Hakata. Ambil Kyushu Shinkansen yang menuju ke Oita.
   - Turun di Stesen Oita.
   - Anggaran harga perjalanan antara RM157 ke RM238

2. **Dengan Bas:**
   - Terdapat bas bertarif yang beroperasi antara Lapangan Terbang Fukuoka dan Oita. Anda boleh semak jadual dan ketersediaan dengan syarikat bas.
- Anggaran harga RM88 ke RM146

3. **Dengan Kereta:**
   - Anda boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Fukuoka dan memandu ke Oita. Jaraknya lebih kurang 130-150 kilometer, dan perjalanan mengambil sekitar 2-3 jam bergantung kepada kesesakan lalu lintas. 
- Anggaran harga RM78 ke RM112. Kalau korang nak sewa kereta di Jepun, aku sarankan korang sewa di sini nak dapatkan diskaun, korang gunakan kod : P3WDN6 

Nak cari hotel menarik dekat Oita, boleh ke sini


Kagoshima

Kagoshima ni terletak di kawasan Kyushu dan mempunyai banyak tarikan seperti gunung berapi, air panas, kawasan semula jadi yang cantik dan juga spot-spot bersejarah. 

1. Sakurajima
Kredit : Tocoo

Sakurajima merupakan 'simbol' keindahan alam semulajadi di Kagoshima yang merupakan sebuah gunung berapi yang aktif. Untuk ke sini, korang boleh menaiki feri dari bandar Kagoshima dan dekat sini, korang boleh menikmati pemandangan indah Sakurajima dan merasai sendiri pengalaman berada berdekatan dengan gunung berapi aktif.  

2. Ibusuki Onsen

Wilayah Kagoshima ni ada banyak mata air panas dan onsen. Salah satu onsen yang terkenal di sini adalah Ibusuki Onsen. Dekat sini, korang boleh menikmati pemandangan laut sambil mandi di open-air bath yang ada disini. 

3. Gunung Kirishima

Kawasan pergunungan di Kagoshima ni secara ammnya dipanggil Jajaran Pergunungan Kirishima. Dekat kawasan pergunungan, pastinya aktiviti yang korang boleh buat di sini adalah menikmati permandangan atau nature dekat sini lah. Selain itu ada juga kolam mata air panas, korang boleh trekking dan juga hiking. 

3. Istana Kagoshima

Macam yang aku sebutkan dekat atas tadi, kawasan Kagoshima ni juga terkenal dengan sejarahnya tersendiri. Salah satunya korang boleh melawat istana Kagoshima yang terletak di bandar ini. 

Apa yang pasti, korang akan dapat menikmati permandangan bandar Kagoshima ni dari menara tinjau istana ini dan dalam masa yang sama, boleh la ambil tahu sikit tentang sejarah kawasan tersebut. 

4. Yakushima Island

Pulau Yakushima ni tersenarai sebagai Tapak Warisan Alam Semulajadi UNESCO dan kalau dah ke sini, jangan lupa untuk singgah di Shiratani Unsuikyo Gorge yang merupakan salah satu tarikan yang sering menerima kunjungan orang ramai. 

5. Kagoshima Black Beef

Kredit : Tocoo

Wilayah Kagoshima  ni juga terkenal dengan daging lembu hitam. Ia dikenali dengan daging yang lembut dan berkualiti tinggi. Korang boleh menikmati daging lembu hitam Kagoshima yang sedap di restoran tempatan dan restoran yakiniku di Wilayah Kagoshima.

Nak cari tempat makanan halal di Jepun, aku sarankan korang check dulu dekat sini : Semak Status Halal Restoran di Jepun.

Hotel di Kagoshima antara yang best ialah Koko Hotel ni... 


ClubRock Perlis : Kem Induk Rock Climbing Pertama di Malaysia



ClubRock Perlis Basecamp


Dengan lanskap yang indah dihiasi dengan sawah padi yang terbentang luas serta landskap batu kapur yang menarik, Perlis adalah salah satu destinasi yang tidak kurang menariknya untuk dikunjungi bagi tujuan pelancongan di negara ini.

Tebing batu kapur, gua besar dan laluan flora yang tersedia di negeri Perlis menghasilkan persekitaran yang sempurna untuk aktiviti pelancongan. Taman negeri yang bergunung-ganang di kawasan barat menawarkan peluang pendakian gunung batu kapur yang mencabar manakala kawasan rata memperkenalkan monolit batu kapur yang menakjubkan.

Sesuai dengan landskap ini, MyEco Discovery Sdn Bhd baru-baru ini telah mengumumkan pra-pelancaran ClubRock Perlis yang merupakan kem induk rock climbing yang pertama di Malaysia. Secara tidak langsung, ia juga merupakan pusat pengembaraan eko bagi negeri berkenaan. 



Difahamkan, ClubRock Perlis akan memulakan pameran jelajah jualan ke seluruh negara bermula di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan seterusnya di Perlis. 

Sejajar dengan Tahun Melawat Perlis 2024-2025, kem induk ini akan dibuka secara rasmi pada Januari 2024.

ClubRock Perlis, yang terletak di Gua Kelam, merangkumi keluasan tanah lebih 23,000 kaki persegi. Ia mempunyai 35 bilik dan lima kem premium, yang mana setiap bilik mampu menempatkan sehingga empat orang sebilik. Dengan jumlah kapasiti 160 tetamu, ClubRock Perlis menawarkan pengalaman yang unik dan mengasyikkan di tengah-tengah ketenangan alam semula jadi.

Keseronokan Untuk Semua 


Harga ClubRock Perlis

Walaupun rock climbing kekal sebagai tarikan utama, ClubRock Perlis turut menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak kecil. Daripada pendakian mudah yang sesuai untuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun hingga aktiviti meneroka Gua Kelam 1 yang mesra kanak-kanak dan meneroka alam semula jadi serta melihat hidupan liar.

Semasa pra-pelancaran, ClubRock Perlis memperkenalkan Pakej Pengembaraan eksklusifnya iaitu penginapan 3 hari 2 malam untuk empat orang sebilik termasuk sarapan pagi. Para tetamu akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti mengujakan seperti penerokaan Gua Kelam 1, sesi rock climbing bersama tenaga pengajar berpengalaman dan menerokai keindahan alam semula jadi.

Pakej ini juga termasuk makan malam istimewa di salah sebuah restoran ikan bakar terkenal di Kuala Perlis serta pengangkutan pergi dan balik dari stesen keretapi atau stesen bas untuk empat orang. Baucar boleh tebus ini bernilai lebih daripada RM3,000 akan diberikan semasa pembelian sepanjang jelajah ke seluruh negara. Pembeli akan menikmati diskaun bagi aktiviti dan tempat tarikan yang berada disekitar negeri Perlis.

Bagi meraikan pelancaran itu, ClubRock Perlis menawarkan kod promosi istimewa "ClubRock100" yang menawarkan diskaun sebanyak RM100 daripada harga jualan asal iaitu RM499. 

Dengan kod promosi ini, pengunjung akan mendapat harga tawaran istimewa sebanyak RM399 bagi 4 orang sebilik untuk setiap baucar yang dibeli. Kod promosi ini juga boleh ditebus dalam laman sesawang www.clubrock.com.my sepanjang jelajah negara.

Untuk maklumat lanjut, layari www.clubrock.com.my dan ikuti weareClubRock di laman sosial Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini mengenai pameran, jelajah negara, promosi serta pameran dalam dan luar negara.



Hanoi Larang Pelawat Kunjungi Kedai Kopi Sepanjang Landasan Kereta Api

pelancong di kafe sebelah landasan keretapi Hanoi

Hanoi telah mengharamkan kunjungan ke kedai-kedai kopi yang berada di sepanjang landasan kereta api, destinasi popular bagi ramai pelawat asing, untuk memastikan keselamatan pengunjung, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Jabatan Pelancongan Perbandaran telah meminta perniagaan yang menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan di bandar itu supaya tidak menawarkan lawatan ke kedai-kedai kopi tersebut dan menggalakkan pelancong, terutama warga asing supaya tidak mengunjungi dan mengambil gambar di kedai kopi.

Selain itu, jabatan tersebut juga meminta agensi-agensi berkaitan supaya mematuhi peraturan keselamatan lalu lintas rel dan ketenteraman bandar dan menugaskan pasukan penyiasatnya untuk meningkatkan pemeriksaan dan menangani sebarang salah laku.

People Beside Train Railway

Lebih daripada 30 kedai kopi terletak di sepanjang jalur kereta api yang melalui kawasan Hang Bong, Cua Dong, Cua Nam, Hang Ma, dan Dong Xuan.

Wilayah Hoan Kiem telah beberapa kali mengarahkan penutupan kedai kopi di sepanjang jalur kereta api dan meminta penduduk setempat agar tidak beroperasi di lokasi yang berbahaya, tetapi situasinya masih belum menunjukkan sebarang perubahan.

Menurut Jabatan Pelancongan Perbandaran, Hanoi telah menerima kira-kira 978,700 pelancong asing dalam tiga bulan pertama tahun ini, jumlah yang 5.9 kali lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada tahun lalu.

Kota ibu negara tersebut telah menetapkan matlamat untuk menarik sebanyak 22 juta pelancong pada tahun ini.

5 kafe terkenal yang ada bersebelahan landasan kereta api Hanoi

kafe terkenal di Hanoi

Berikut adalah 5 kafe paling terkenal di Hanoi yang terletak bersebelahan dengan landasan kereta api:

  1. Cafe Giảng - terkenal dengan kopi telur mereka
  2. Cafe Dinh - terkenal dengan suasana warisan kolonial Perancis 
  3. Cafe Pho Co - terkenal dengan pemandangan taman dan bangunan kuno
  4. Tranquil Books & Coffee - terkenal dengan buku dan suasana yang tenang
  5. Hanoi House Cafe - terkenal dengan dekorasi gaya Hanoi klasik dan kopi tradisional Vietnam
Kalau korang nak cari hotel murah dan berbaloi dekat Hanoi, cuba compare dulu dekat Klook. Haritu aku ternampak offer menarik... 

10 Undang-Undang Pelik di Dunia! Korang Mesti Terkejut Dengan Yang Last Tu...

A men with backpack boarding a train

Adat nak menggembara ke tempat orang, sudah tentu kita kena ambil tahu dan ikut segala undang-undang sesebuah negara berkenaan walaupun ianya mungkin pelik bagi kita. Sebagai contoh baru-baru ini, pihak berkuasa Bali tidak lagi membenarkan para pelancong untuk membawa motosikal jika bercuti ke sana. 

Sudah tentu, kita sebagai traveller ni pun kalau boleh taknak ada masalah dengan pihak berkuasa tempatan, lebih-lebih lagi sekiranya kita tidak menguasai bahasa tempatan dan tiada yang fasih berbahasa Inggeris disana. 

Kalau korang rajin keluar negara, backpacking mahupun secara berkumpulan, elok rasanya korang ambil tahu tentang 10 undang-undang pelik yang ada di sesetengah negara ini. 

10 Undang-Undang Pelik di Dunia

Memandu Di Vietnam

Motorcycle in Vietnam

Antara destinasi yang selalu juga dikunjungi oleh orang kita ni ada satu undang-undang yang berkaitan dengan pemanduan. Jadi, kalau korang decide untuk sewa kereta di Vietnam, pastikan tidak melakukan kesalahan ini. 

Perbuatan melepaskan stereng ketika memandu (walaupun beberapa saat) adalah sebahagian daripada undang-undang yang ada di Vietnam, sekiranya didapati bersalah, korang boleh didenda sehingga $300 USD! 


Bermasam Muka Di Milan, Itali

Walaupun bermasam muka merupakan ekspresi biasa, namun ianya tidak dibenarkan di Italy kerana ianya hanya dibenarkan pada upacara kematian ataupun melawat pesakit di hospital. 

Selain itu, ada juga beberapa peraturan 'pelik' yang korang tak boleh buat di beberapa lagi destinasi terkenal di Itali. 

Contohnya : 
- Roma - Tidak dibenarkan menyanyi kuat-kuat / Busking
- Venice - Tak boleh heret bagasi (sama juga di Rom)
- Venice - Dilarang berpiknik

Sebenarnya banyak lagi, korang boleh tengok senarai perkara yang tak dibenarkan di Itali

Sos Tomato Di Perancis

Untuk korang yang mungkin akan berhijrah ke Perancis dan bawa anak-anak bersama, pastikan tidak membekalkan mereka sos tomato kerana ianya adalah dilarang di kafeteria sekolah bermula pada tahun 2011. 

Tapi, pengecualian akan diberikan sekiranya sos tomato tersebut digunakan untuk memakan french fries! 

Ikan Emas di Switzerland

Goldfish in a bag

Undang-undang yang agak serius bila ianya melibatkan ikan emas telah dikuatkuasakan di Switzerland. Ianya berkaitan dengan bilangan ikan tersebut yang boleh dibela pada satu-satu masa. 

Sekiranya korang ingin membela ikan emas di sana, bilangannya hendaklah tidak kurang dari sepasang dan adalah menjadi kesalahan sekiranya ikan tersebut tidak mempunyai 'peneman'.  

Menari di Jepun

Sebagai pelawat, menghormati budaya Jepun termasuk dalam undang-undang dan salah satu daripadanya adalah menari.

Di Tokyo, korang tidak dibenarkan menari sebelum tengah malam dan ianya difahamkan untuk mengelakkan kegiatan 'tak sihat' yang dilakukan sebelum waktu yang dibenarkan. 

Main Muzik di Jerman

Di Jerman, sebarang alat muzik tidak boleh dimainkan pada waktu-waktu tertentu dan undang-undang ini mengatakan kesemua alat muzik tidak boleh dimainkan antara 8 pagi hingga 12 tengah hari dan antara 2 petang hingga 8 malam! 

Jadi, kalau korang nak main atau tengok persembahan muzik di Jerman, korang kena pergi selepas jam 8 malam baru ada. 

Tidak Memakai Seluar Dalam di Thailand

Dalam banyak-banyak yang disebutkan, rasanya ini yang paling menarik dan agak 'kelakar'. 

Korang sebenarnya tidak dibenarkan keluar dari rumah (atau tempat penginapan) tanpa mengenakan seluar dalam dan ianya dilakukan untuk menggalakkan hygine kepada orang di sana! 

Pun begitu, penguatkuasaannya agak sukar. Iyelah, takkan polis nak datang check sorang-sorang kan? Tapi, memang undang-undang ini ada, korang boleh rujuk di perkongsian 10 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong ke Thailand ni. 


Pelancong Tak Dibenarkan Bawa Motosikal Di Bali Berkuatkuasa Serta Merta

Man riding a motorcycle with sufboard in bali

Pelancong yang ingin melancong ke Bali selepas ini diingatkan supaya tidak menyewa dan membawa motosikal di kepulauan berkenaan susulan pengharaman penggunaan motosikal kepada pelancong yang dilaporkan baru-baru ini. 

Menurut laporan Time, pengharaman tersebut dilakukan gara-gara sikap segelintir pelancong yang membawa kenderaan berkenaan secara tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan dan lebih buruk, kematian. 

Menurut Gabenor Wayan Koster, pelancong ini tidak bertanggungjawab selain membawa motosikal secara tidak senonoh selain berkelakuan tidak baik. Jadi, mulai sekarang tambahnya, pelancong hanya dibenarkan menggunakan kaedah perjalanan yang disediakan pihak pelancongang yang menepati piawaian keselamatan. 

Young woman driving a scooter at the beach

Walaupun pengharaman tersebut tidak dinyatakan secara kekal atau bersifat sementara, pihak berkuasa Bali dalam usaha mendapatkan persetujuan kementerian undang-undang bagi membatalkan visa pelancong yang didapati melakukan kesalahan tersebut. 

Tambahnya, visa pelancong juga akan dibatalkan sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan seperti bekerja tanpa permit yang sah atau penyalahgunaan permit melancong yang dikeluarkan. 

Menurut rekod, destinasi percutian terkenal berkenaan sudah beberapa kali berdepan dengan insiden yang melibatkan motosikal yang dipandu oleh pelancong. 

Bulan lepas, seorang pelancong Russia dikatakan telah ditahan oleh pihak polis gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol dan telah berlanggar dengan seorang warga tempatan yang menyebabkan dia terpaksa dirawat di hospital. 

Terdahulu, seorang pelancong Ukraine dan Russia telah telibat dalam kemalangan jalan raya yang telah mengorbankan nyawa mereka. 

Kalau ikut pengalaman aku ke Bali dulu, memang trafik dekat sana walaupun tak sepadat di Jakarta, agak susah sebab simpang dia lain macam. Tengah jalan straight, tiba-tiba jalan terpecah jadi dua dan kalau silap masuk simpang, memang kemalangan lah jawabnya. 

Nasihat aku, walau dimana korang berada, ikutlah peraturan jalan raya. Kalau orang lokal tak pakai helmet, korang jangan lah pulak ikut. 

Photo of international driving permit Malaysia
Sumber : Remaja

Kedua, kalau nak drive dekat negara lain, memang kena ada lesen memandu antarabangsa ye atau dipanggil International Driving Permit

Cara Mohon Permit Memandu Antarabangsa

Permohonan Permit Memandu Antarabangsa (IDP- International Driving Permit) boleh dibuat di mana-mana  pejabat JPJ Negeri/Cawangan atau di pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

 

 Kelayakan bagi permohonan IDP:

 

  1. Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang masih berkuatkuasa melebihi 1 tahun
  2. Pemilik tidak disenaraihitamkan
  3. Tempoh IDP adalah 1 tahun sahaja

 

Dokumen yang diperlukan:

 

  1. Pengenalan Diri asal / salinan
  2. Pengenalan Diri asal sekiranya urusniaga dibuat oleh wakil
  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL) 
  4. 1 keping gambar berwarna berukuran pasport

Tips Buat Resume Profesional Terbaik Dengan Gaya Universiti Harvard

Job interview

Sebagai seorang jobseeker, resume korang adalah benda penting dan resume yang solid tak hanya tunjuk pengalaman dan skill korang, tapi tunjuk kualiti dan profesionalisme korang sebagai bakal pekerja. 
Baru-baru ini, tular perkongsian penulisan resume mengikut style Universiti Harvard dan apa yang aku perasan, kebanyakan resume yang berkesan haruslah 'direct'  untuk bagi info yang jelas dan teratur.

Korang boleh cuba tips-tips berikut untuk tulis resume dengan gaya Universiti Harvard yang betul.

Resume dengan gaya Universiti Harvard yang betul

Pilih format yang tepat 
Resume korang kena tulis dengan format yang senang dibaca dan faham. Pilih format yang dapat tunjuk skill, pengalaman, dan pencapaian korang secara sistemik. Contohnya, susun resume korang dari atas ke bawah, start dengan info contact, pastu tujuan, pendidikan, pengalaman kerja, skill, aktiviti, dan penghargaan.


Gunakan bahasa yang formal 
Penggunaan bahasa yang formal sangat penting dalam resume style Harvard ni. Jangan guna perkataan yang informal atau slang. Gunakan bahasa yang betul dan jelas untuk tunjuk pengalaman, skill, dan pencapaian korang.


Fokus pada pengalaman yang penting 

Resume korang kena tunjuk pengalaman kerja dan pencapaian yang relevan dengan job position yang korang nak apply. Fokus pada pengalaman yang boleh tunjukkan kelayakan korang untuk position tu. Jangan segan-segan nak highlightkan hasil yang korang capai dalam kerja korang.


Highlightkan skill yang relevan 

Sama macam pengalaman kerja, skill yang relevan sangat penting dalam resume gaya Harvard ni. Highlightkan skill yang boleh tunjukkan kelayakan korang dan relevan dengan job position yang korang apply. Contohnya, kalau korang nak apply job dalam bidang pemasaran, highlightkan skill dalam perancangan strategik, analisis pasaran, dan penggunaan media sosial.


Tunjukkan aktiviti dan penghargaan 

Aktiviti dan penghargaan boleh bagi gambaran tentang personaliti korang dan kemampuan korang untuk bekerja dalam pasukan. Tunjukkan aktiviti dan penghargaan yang boleh tunjukkan kualiti kepemimpinan, personaliti, dan kemampuan korang untuk kerja dalam pasukan.

Dalam resume style Harvard, format, bahasa, dan fokus pada kelayakan yang penting sangat penting. Jangan guna perkataan yang kurang formal atau slang dan pastikan resume korang nampak professional dan menunjukkan kelayakan korang sebagai bakal pekerja.

Contoh resume style Universiti Harvard :  

Harvard style resume sample


John Doe 
1234 Harvard Street, Cambridge, MA 02138 | 123-456-7890 | johndoe@email.com

Objective 
A highly motivated and organized individual seeking a marketing position where I can utilize my strong communication and strategic planning skills to develop effective marketing campaigns.

Education 
Bachelor of Science in Marketing, Harvard University, Cambridge, MA (Expected graduation May 2023) 
Coursework includes Marketing Principles, Consumer Behavior, Strategic Marketing, and Marketing Analytics

Experience 

Marketing Intern, XYZ Company, Boston, MA (June 2022-August 2022) 
  • Collaborated with the marketing team to develop and implement social media campaigns
  • Conducted market research and analyzed data to identify trends and opportunities for growth
  • Assisted in the creation of marketing materials, including brochures and flyers
  • Managed the company's social media accounts and responded to customer inquiries

Sales Associate, ABC Company, Cambridge, MA (September 2020-Present)
  • Provided exceptional customer service and generated sales by building relationships with customers
  • Maintained a clean and organized store environment
  • Assisted with inventory management and restocking merchandise
  • Developed product knowledge and provided recommendations to customers

Skills
  • Strong communication and interpersonal skills
  • Proficient in Microsoft Office and Google Suite
  • Experience with social media marketing and management
  • Ability to analyze data and identify trends
  • Detail-oriented and highly organized

Activities and Awards
  • Volunteer, Habitat for Humanity, Boston, MA
  • Winner, Harvard Marketing Competition, 2022

Dalam contoh resume ini, korang boleh tengok resume tersebut telah disusun dengan baik dan memuatkan informasi yang penting dalam format yang mudah dibaca dan diikuti. 

Selain itu, penggunaan bahasa formal dan fokus pada kelayakan yang penting memperlihatkan bahwa pemilik resume ini serius dalam mencari pekerjaan dan mampu menunjukkan kualitinya dalam resume

20 'kata kerja' yang korang boleh masukkan dalam resume

action verb for resume

Berikut  adalah senarai 20 'kata kerja' yang korang boleh masukkan dalam resume untuk cantikkan lagi pengalaman pekerjaan korang tersebut. 

  1. Researched
  2. Analyzed
  3. Synthesized
  4. Evaluated
  5. Compiled
  6. Composed
  7. Computed
  8. Constructed
  9. Created
  10. Developed
  11. Designed
  12. Edited
  13. Illustrated
  14. Formulated
  15. Identified
  16. Implemented
  17. Improved
  18. Organized
  19. Published
  20. Reviewed
Semoga artikel ini dapat membantu pembaca untuk memahami cara menulis resume gaya Universiti Harvard yang efektif dan meningkatkan peluang korang dalam mencari pekerjaan.