Advertisement

PENDAPAT : Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau & Merokok 2022 Terlalu Drastik?



Umum ketahui bahawa Kerajaan mahu mengambil langkah BERANI dalam mengharamkan semua produk tembakau termasuk ALTERNATIF BEBAS ASAP seperti VAPE melalui peruntukan dibawah Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang telah dibacakan buat kali pertama baru-baru ini di dewan rakyat. 


Melalui Rang Undang-Undang tersebut, individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya dilarang sama sekali untuk merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti merokok.


Namun, terdapat persolan besar iaitu, adakah ini dasar yang ideal untuk rakyat Malaysia dalam usaha kearah negara bebas rokok dan mampukan ianya dilaksanakan kerajaan tanpa menjejaskan ekonomi.


Sumber : mStar


Bersediakah kita ke arah ASPIRASI BEBAS ROKOK dan larangan keatas

 

rokok dan vape secara menyeluruh?


Tidakkah tindakan ini nanti membawa kepada apa yang dipanggil sebagai

 

‘forbidden fruit effect’ dan secara tak langsung bakal menyaksikan pertambahan

 

atau lambakan produk tembakau haram di masa hadapan?


Sewajarnya, kerajaan tidak boleh meletakkan produk tembakau dan produk alternatif

yang bebas asap dalam satu kategori yang sama. Malah, penggunaan alternatif ini

wajar dipertimbangkan.


Ada beberapa perkara penting yang harus diambil kira oleh kerajaan terhadap alternatif bebas asap ini kerana menurut kajian, secara terang mengatakan ianya adalah berbeza daripada rokok dan yang berbahaya selain impaknya kurang berbanding menghisap rokok biasa.


Sumber : BBC

Ini kerana, rokok biasa mempunyai lebih banyak bahan kimia berbahaya dan memberi kesan kepada orang ramai di sekeliling kita melalui asap rokok dan perlu dingatkan bahawa punca utama penyakit berkaitan merokok seperti kanser paru-paru adalah disebabkan proses pembakaran atau asap rokok itu sendiri.


Dalam masa yang sama,  kerajaan tidak seharusnya mengharamkan alternatif bebas asap rokok, malah ia sepatutnya dikaji dan ditawarkan sebagai alternatif yang berkesan untuk membantu perokok untuk berhenti merokok.


Perlu diingatkan, punca utama perokok sukar untuk berhenti merokok adalah kerana ketagihan nikotin dan nikotin ini bukanlah penyebabnya. Kebanyakan penyakit ini adalah kerana asap rokok. Itulah sebabnya orang selalu bercakap tentang asap rokok. Tetapi jika anda menggunakan vape ianya bukan mengeluarkan asap, tetapi ‘vape’ atau wap cecair yang kemudiannya disedut sebelum dihembuskan keluar. 


Daripada mengharamkan rokok dan alternatif bebas asap rokok, kerajaan harus terlebih dahulu menggalakkan perokok beralih kepada alternatif bebas asap rokok sebelum membuat langkah yang drastik.


Sumber : Kosmo



Di samping itu, pengharaman merokok secara tidak langsung akan menyebabkan lebih banyak ‘rokok haram’ muncul di pasaran,dan ini akan mendatangkan kesan

lebih memudaratkan kerana rokok haram ini tidak dikawal dan mungkin mengandung itahap toksin yang lebih tinggi. 


Menurut laporan, produk tembakau haram ini mungkin juga mempunyai bahan-bahan asing seperti najis tikus dan daun teh kerana proses pembungkusan yang tidak bersih. Sekiranya lambakan produk tak terkawal ini ada di pasaran, kerajaan mungkin akan berbelanja lebih besar untuk membantu pesakit yang mengalami penyakit yang lebih teruk disebabkan kesan daripada menggunakan rokok-rokok haram ini. 


Kalau dilihat dari sudut ekonomi, perubahan drastik ini akan menjejaskan mereka yang terlibat dalam industri. Sebagai contoh, terdapat 15,000 orang dan 3,000 perniagaan dalam industri berkaitan vape akan terjejas sekiranya kerajaan mengharamkan industri itu secara tiba-tiba.



Sumber : CodeBlue


Hal ini menyebabkan  MEVTA (Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia) dan

MRECA (Persatuan Peruncit Rokok Elektronik Malaysia) berharap agar pihak kerajaan mewujudkan

peraturan kawal selia untuk mengawal industri vape yang setelah sekian lama tertangguh dan

mengambil pendekatan untuk mengawal industri vape dengan peraturan yang berbeza dengan rokok.


Untuk rekod, pasaran rokok haram semasa adalah sekitar 58.4% dan ini telah menyebabkan kerajaan kehilangan RM5 bilion hasil cukai.


Sebagai kesimpulan, tawaran produk bebas asap rokok sebagai alternatif di mana perokok

boleh memuaskan hati mereka terhadap keinginan nikotin bukan sahaja akan membantu

mereka beralih daripada rokok, tetapi juga mempercepatkan langkah seterusnya iaitu

berhenti merokok secara sepenuhnya.


Sekiranya produk bebas asap pun diharamkan,

mereka yang ingin merokok berkemungkinan besar akan membeli

produk yang tidak terkawal dan ini boleh menyebabkan lebih bahaya.


Akhir kata, kerajaan tidak seharusnya tergesa-gesa untuk mengharamkan

alternatif bebas asap rokok; sebaliknya boleh memperkenalkan pelbagai

program selain membimbing perokok kepada gaya hidup bebas asap rokok.




Post a Comment

0 Comments