Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

"Travel sekarang dah tak macam dulu" - Ini 5 Barang Yang Wajib Korang Ada Kalau Nak Ke Oversea

Sebagai seorang travel writer, tipulah kalau tak rindu nak keluar negara. Selepas 2 tahun tak dapat keluar, pastinya ramai antara korang yang dah mula merancang ataupun ada yang dah keluar negara pun. 

Satu perkara je aku nak tekankan dekat sini adalah, bila mana nak travel ke luar negara mahupun dalam negara sekalipun, ianya dah tak sama macam travel sebelum pandemik dulu. 

Jadi, suka aku nak tekankan supaya korang yang nak keluar negara tu buat research betul-betul supaya tak terjadi perkara-perkara yang boleh 'potong' mood travel korang tu. Salah satunya, waktu operasi satu-satu tempat dan yang paling penting, syarat-syarat kemasukan ke sesebuah negara.  

Secara umum, aku nak senaraikan barang yang korang perlu ada sebelum travel ke luar negara : 

Passport


Paling penting, pastikan passport korang tu dah dihidupkan. Almaklumlah, dah dua tahun tersimpan kan. Jadi jangan lupa renew dulu sebelum keluar negara. Kalau masih valid, cuba tengok bila tarikh tamat tempoh, sebab ada sesetengah negara, dia akan tengok perkara ni.

Travel Insurance

Sebelum ini, mungkin untuk dapatkan perlindungan insurans perjalanan ni adalah pilihan, tetapi selepas pandemik Covid-19 ni, aku sarankan sangat-sangat untuk korang dapatkan insurans travel dan pastikan ianya ada perlindungan untuk Covid-19 jugak. 

Ini penting sebab sesetengah negara contohnya Thailand perlukan korang ada travel insurans dan wajib mempunyai perlindungan minimum $10,000 USD! Tapi korang jangan pening, aku pernah ceritakan cara nak beli travel insurans secara online sebelum ni. 

Pelitup Muka

Walaupun sesetengah negara dah tak wajibkan lagi penggunaan pelitup muka, tapi aku cadangkan korang bawak je extra dalam beg tu. Sebab kita tak tahu mungkin ada sesetengah tempat diwajibkan pemakaian pelitup muka dan sebagainya. 



Selain tu, pelitup muka juga sebenarnya memastikan korang tu tak mudah dijangkiti. Jadi apa salahnya jadi extra careful.  

Wet Wipe 

Selain hand sanitizer, aku akan sentiasa pastikan dalam beg kecik aku ada wet wipe dan jenis yang aku memang akan cari yang ada anti-bacteria. Bukan apa, kekadang bila berada di tempat awam lagi-lagi yang sesak ni, kita tak tahu sama ada tempat yang kita nak duduk, makan dan sebagainya tu bersih. 

Jadi, bila ada wet wipe ni mudah. Kita lap dulu segala permukaan sebelum gunakan sesuatu kemudahan. Dan kalau korang nak tahu, kalau ke restoran, ini sangat membantu ye. 

Internet

Pada aku, ini paling penting sekarang ini! Capaian internet! Sebab sekarang, banyak benda dan perkara yang dah gunakan apps, pembayaran pun dah boleh buat online, cashless dan sebagainya. 

Selain tu, pastinya korang perlukan internet untuk tengok balik map, nak gunakan waze atau semak segala dokumen yang ada dalam email korang. 

Kalau dulu, aku suka syorkan korang guna pocket wifi sebab kosnya lebih murah kalau nak bandingkan dengan hidupkan fungsi roaming. Cuma dah beberapa kali aku terkena, tempat yang aku pegi, connectionnya kurang best. Jadi, terpaksa jugak tunggu sampai ke hotel untuk dapatkan segala maklumat dan paling penting untuk aku untuk buat kerja (sebab aku selalu travel sambil kerja). 

Tapi baru-baru ni, aku terjumpa plan roaming yang sangat berbaloi dan hanya serendah RM5 sehari sahaja dari Yoodo iaitu 'Roam Like Home' yang membolehkan korang guna line telefon sedia ada di 53 buah negara! 

Kelebihan guna line sendiri ni antaranya :

Tak perlu keluarkan/tukar simcard korang bila dah sampai ke sesebuah negara. Dulu aku suka beli simcard luar, tapi lama-lama aku sedar benda ni leceh sebab korang kena bawah pin nak keluarkan simcard tu, dan ada kemungkinan besar yang sim korang boleh hilang. 

Kedua, bila guna line tempatan ni, pastinya dia bergantung jugak dengan telco yang ada dekat sana, ada tempat yang connection kuat, ada yang tidak. 

Ketiga, katalah korang nak gunakan poket wifi, kelemahan dia korang kena bawak barang 'extra' setiap kali keluar sebab kalau korang tak bawak dia punya device tu, memang tak dapatlah internet. Lepas tu, kalau korang tak amik pakej unlimited, memang lembab la internet korang. Nak buat apa pun tak boleh. 

Apa yang best dengan plan Roam Like Home Yoodo ni? 

Korang hanya perlu aktifkan 'pass'  roaming tu serendah RM5. Ini bergantung pada negara yang korang nak pegi lah, macam contoh aku cakap tu adalah negara Zon A, seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan lain-lain. Nak tahu negara korang tu zon mana, boleh check dekat sini

Yang paling aku suka, korang boleh activate dan buat semua benda ni dalam aplikasi Yoodo je. Korang tinggal download dan godek-godek lah apps tu. 

Kalau tanya aku pelan mana yang best, aku takleh nak cakap sebab kelebihan gunakan Yoodo ni adalah korang ada 2 juta kombinasi pelan yang korang boleh customize sendiri ikut penggunaan korang. 

Contohnya macam ni : 

Yoodo

Dan sebab apa aku suka sangat ialah dia ada banyak promo-promo yang menarik setiap bulan. Contoh yang ada sekarang ni adalah : 



7% Cashback bila korang buat tempahan dekat mana-mana website yang tertera. Cuma korang perlu ada aplikasi SHOPBACK dan ianya sampai 15 Julai 2022 sahaja. 

Kalau terlepas yang ni, korang jugak boleh sertai kempen referal 'Ajak-Ajak Menang' dari Yoodo ni. 
Caranya senang je iaitu korang hanya perlu rujuk rakan dan keluarga korang untuk bertukar kepada Yoodo dan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti itu sebagai 4H3N ke Seoul,  perjalanan 3H2M ke Bangkok atau 2H1N glamping di Malaysia untuk setiap bulan! 

Kempen ni akan bermula daripada 15 Julai sehinggalah 15 Oktober 2022 nanti ye! Jadi jangan ketinggalan. 

Maklumat lanjut, korang boleh tengok di www.yoodo.com.my atau follow diorang di Facebook, Instagram, Tiktok, Youtube dan jugak Twitter


Rokok, Vape atau IQOS: Ini Cara Aku Hilangkan Rasa Nak Merokok


Kalau boleh diputarkan semula masa, aku nak kembali ke waktu awal aku mula menulis blog dan start dengan perkongsian di MySpace kalau tak salah.

Daripada situ, aku buka blog dan silapnya, aku tak utilize betul-betul. Almaklumlah, masa tu pun, perkongsian lebih kepada cerita-cerita peribadi yang bila baca balik hari ini, rasa geli lah pulak. Tapi, aku bersyukur, disebabkan itu jugak, aku mula kenal dunia blogging dan mula dari 2018, aku fokuskan kepada travel dan gaya hidup.

Sebut pasal 2018, seingat aku itulah kali pertama aku mula kenal dengan rokok. Mula dengan sebatang, sekotak dan kemudian tak boleh nak tinggal langsung.

Faktor Ketagihan Rokok

Bila cerita pasal tak boleh tinggal rokok ni, maknanya dah ketagihanlah dan kalau ikut pembacaan dan pemahaman aku, puncanya adalah kandungan nikotin yang ada dalam tembakau itu sendiri.

Selain itu, apa yang membuatkan rokok ini berbahaya adalah cara penggunaan tembakau tu iaitu pembakaran selain kandungan-kandungan bahan kimia yang ada pada asap yang menyebabkan bau busuk.

Menurut American Cancer Society, asap tembakau terdiri daripada ribuan bahan kimia, termasuk sekurang-kurangnya 70 yang diketahui menyebabkan barah. Bahan kimia penyebab kanser inilah disebut sebagai karsinogen.

Sebilangan bahan kimia yang terdapat dalam asap tembakau termasuk:

     Hidrogen sianida

     Formaldehid

     Amonia

     Karbon monoksida

     Nitrosamin khusus tembakau (TSNA)

     Hidrokarbon aromatik polisiklik (PAH)

Pembakaran, Nikotin dan TAR

Apabila rokok konvensional terbakar, hujung pembakaran mencapai suhu sekitar 900 darjah Celsius!  Kenapa tinggi macam tu? Sebab pada suhu tersebutlah baru nikotin dapat dilepaskan selain aroma dan ‘rasa’ pada rokok tu sendiri.

Secara logiknya, nikotin tu tak salah. Sebab ia memang unsur semula jadi yang terkandung dalam tembakau. Yang salahnya apabila ia dibakar dengan suhu tertentu yang menyebabkan terbebasnya unsur-unsur yang berbahaya.




TAR pulak selama ini ramai yang salah sangka dan beranggapan ia merupakan tar sama yang digunakan dalam membuat jalan tu. Tapi hakikatnya TAR yang selalu ditulis pada kotak rokok itu adalah pengiraan untuk mengukur kandungan zarah dalam asap setelah rokok dibakar.

Berat sisa pepejal dan cecair dalam asap rokok adalah setelah berat nikotin dan air yang telah dikeluarkan akan diambil kira, pengiraan inilah yang dipanggil TAR.

 

Aku akhirnya berhenti…

 

Sebenarnya ia merupakan perkara yang aku akui, agak susah. Lebih-lebih lagi bila dah lepak beramai-ramai dengan kawan, bila ada yang menghulur, masa itulah rasa nak merokok tu kembali membuak. Selain sedar tentang bahaya rokok ini untuk jangkamasa panjang, aku nekad untuk berhenti. Faktor lain adalah disebabkan oleh orang rumah aku memang tak tahan bau asap rokok.

 Nak taknak, aku terpaksa cari produk alternatif. Aku tengok website MOH ada ceritakan pasal Terapi Gantian Nikotin, namun aku akui, produk-produk yang disebutkan susah nak jumpa selain harganya agak mahal.

 Sudahnya, aku cuba produk alternatif lain dengan tujuan untuk berhenti secara menyeluruh, bermula dengan IQOS dan sekarang menggunakan pod vape. Sebelum korang kecam, aku jelaskan kat sini yang vape dan IQOS ni dia bukan mengeluarkan asap tetapi aerosol.

 


Kedua-duanya sama, masih ada nikotin, tapi beberapa kajian ada mengatakan ianya jauh lebih selamat dari rokok tradisional sebab dua-dua konsepnya ialah memanaskan nikotin (diekstrak dari tembakau), perasa dan bahan kimia lain untuk menghasilkan aerosol yang kemudiannya disedut. Rokok tembakau biasa pulak mengandungi 7.000 bahan kimia, yang kebanyakannya beracun.

Sambung pasal berhenti tadi, sekarang ni aku masih vaping, cuma perlahan-lahan untuk turunkan kandungan nikotin dalam flavour aku beli. Tapi, tak mustahil, aku akan behenti sepenuhnya. Sebab itulah yang terbaik dan disarankan oleh banyak pihak. 

 

SOP Percutian Ke Langkawi, Ini Yang Korang Perlu Tahu...


Umum ketahui, mulai 16 September nanti, pulau peranginan Langkawi akan mula dibuka untuk pelancongan menggunakan konsep gelembung pelancongan namun hanya untuk mereka yang memenuhi kriteria SOP, termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Walaupun begitu, perlu diingatkan kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Berikut beberapa SOP yang perlu dipatuhi mereka yang bercadang bercuti ke Langkawi:
i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi;
ii. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;
iii. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;
iv. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;
v. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP;
vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk:
  • Penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), Acara Pelancongan dan Kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan;

  • Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial;

  • Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);

  • Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya);

  • Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;

  • Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan

  • Lawatan Bersifat Akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.
Kerajaan Khamis lalu bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dalam masa terdekat, dengan Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September.

Sumber : MOTAC



Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun pembukaan sektor itu berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Layari maklumat Gelembung Perjalanan dan SOP terkini di  www.motac.gov.my atau www.mkn.gov.my

4 Etika Sebelum 'Check-Out' Yang Ramai Tak Tahu



Setiap kali travel, pastinya kita akan menempah penginapan tak kiralah di hotel berbintang, homestay ataupun airbnb.

Seperti kebiasaaan, setiap penginapan ini mempunyai peraturan check-in dan juga check-out yang tersendiri. Walaupun ianya berbeza mengikut management penginapan, biasanya ada 'rule of thumb' yang biasa diamalkan dari segi waktu check-in dan check-out.

Biasanya, pendaftaran masuk hanya dibenarkan selepas jam 2 petang dan daftar keluar perlu dilakukan sebelum jam 12 tengah hari. Biasanya, kebanyakkan tempat penginapan akan membenarkan check-out lewat, namun ia bergantung kepada ketersediaan bilik dan selalunya perlu diberitahu awal.

Tapi, tahukah korang yang sebenarnya sebelum check-out pun ada 'undang-undang' atau kita sebut sebagai etika?


Etika Sebelum Check-Out Hotel

1. Tuala & Kain



Sebelum meninggalkan bilik hotel, sebaiknya korang kumpulkan semua tuala, kain kecil atau jubah mandi yang dah dipakai pada suatu tempat atau di atas lantai yang kering. Ada tempat penginapan akan minta dikumpulkan dalam sinki atau tub mandi.

Cara ini akan memudahkan pelayan hotel untuk mengutip kain-kain tersebut sebelum mencucinya. Jangan longgokkan kain atau tuala basah yang telah digunakan di atas kerusi atau katil.



2. Pembersihan Secukupnya

Lakukan beberapa langkah pembersihan ringan, misalnya lap meja bar jika ada teh atau kopi yang tumpah.

Begitu juga jika anda perempuan yang mempunyai rambut gugur ketika mandi di bilik air, pastikan gumpalan rambut yang gugur dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah.




Selain itu, kalau ada sisa makanan dan sebagainya, pastikan ianya dibuang ke dalam tong sampah, kalau boleh, satukan atau kumpulkan sampah di suatu tempat, terutamanya kalau tempat penginapan tu ada sediakan beberapa tong sampah seperti di toilet, dalam bilik dan sebagainya.


3. Tanda 'Do-Not-Disturb'



Sebelum meninggalkan bilik hotel terutamanya, pastikan tanda DND tidak diletakkan di pintu atau pusingkan supaya ia menunjukkan bilik tersebut perlu dikemas. 

Cara ini juga membantu pelayan hotel untuk mengetahui bahawa bilik yang anda huni itu masih ada tetamu atau sebaliknya.

4. Susun Semula Perabot Ke Kedudukan Asal

Sekiranya korang ada alihkan kerusi, katil atau apa sahaja perabot di bilik, pastikan ianya disusun semula sama seperti keadaan bilik tersebut sewaktu korang mendaftar masuk. 


Selain memudahkan tugas petugas pembersih bilik, ada sesetengah hotel atau tempat penginapan memang ada tetapkan peraturan tentang pengalihan perabot ini. Silap-silap, wang pendahuluan korang tidak akan dipulangkan gara-gara tidak menyusun semula perabot. 

Lama jugak tak travel ni kan? Tapi dengar cerita (khabar angin) katanya Langkawi akan dibuka September nanti, betul ke? 


Berbasikal vs Berlari | Hobi Mana Yang Patut Anda Cuba Sekarang?

Sejak MCO pertama hingga sekarang, kebanyakan sukan yang sering dimainkan seperti bola sepak, futsal dan badminton tidak dibenarkan atas sebab boleh menyebarkan virus dan mengekalkan syarat  'aktiviti tanpa sentuhan'.


Kalau perasan mungkin sebahagian atau sebahagian besar kalangan kawan-kawan korang dah mulai memulakan hobi baru untuk melepaskan stress mereka dan tentu saja, trend sekarang ialah mereka memilih berbasikal atau berlari - sekurang-kurangnya itulah yang dilakukan oleh kebanyakan kawan-kawan aku.

Sekiranya korang masih mempertimbangkan antara keduanya tetapi tengah menilai dan memikirkan mana yang lebih baik untuk korang, korang berada di tempat yang betul, aku akan cuba senaraikan apa yang best dan tak best tentang dua aktiviti atau hobi ni untuk korang pertimbangkan.

Berbasikal vs Berlari

#1. Tujuan / Matlamat



Pertamanya, korang kena set kan apa tujuan dan matlamat korang untuk memulakan aktiviti ni. Adakah sebab trend? Adakah sekadar isi masa lapang dan sebagainya.

Tidak kira mana satu pilihan korang antara berbasikal atau berlari, tujuannya kena jelas dan dapat dicapai. Pilihan yang lebih baik adalah aktiviti yang selalu dapat berikan apa yang korang mahukan.

#2. Intensiti



Intensiti kat sini boleh aku rungkaikan sebagai kekerapan, seberapa kerap korang akan lakukan satu-satu aktiviti tu. Seminggu sekali? Sehari dua kali?

Pastinya, ini perlu disesuaikan dengan matlamat korang tadi. Dan apa yang perlu dipertimbangkan korang jugak adalah kemampuan badan korang tu. Korang kena 'mendengar' dan memahami badan sendiri agar dapat memberikan kepuasan dan hasil yang korang nak tanpa menyebabkan kecederaan.

Satu perkara yang pasti, kelajuan dan jangka masa aktiviti yang korang pilih tu pasti menjadi faktornya juga.

#3. Masa


Selain intensiti aktiviti tadi, korang betul-betul kena pertimbangkan masa yang ada untuk berlari atau berbasikal.

Sebagai contoh; korang hanya ada satu jam untuk melakukan aktiviti ni setiap malam dan korang nak aktiviti yang dapat membakar lebih banyak kalori. Untuk kes ini, kornag mungkin mahu memilih berlari, kerana berlari akan membakar lebih banyak kalori daripada berbasikal dalam tempoh yang sama.

Selain itu, pertimbangkan juga kawasan sekitar. Ada atau tidak tempat selamat untuk berlari atau berbasikal? Adakah akan ada cahaya jika korang nak berlari atau berbasikal pada waktu malam? Atau keadaan lebih buruk, cuaca tidak menyebelahi anda. Nasib baik, berlari dan berbasikal boleh dilakukan di dalam rumah sekarang ni.

Cuma, macam aku cakap kat atas tadi, kalau keadaan gelap, pastikan korang beli lampu untuk digunakan semasa berlari atau berbasikal. Dekat Lazada ada banyak.

#4. Kecederaan


Inilah masalah yang paling biasa antara kedua-duanya, kecederaan. Kerana pengulangan hentakan kaki yang berterusan ke tanah, semasa berlari. Ini akan membawa impak yang tinggi kerana berat badan akan ditanggung oleh kaki korang.

Berbasikal sebaliknya, ia mengurangkan hentakan atau tekanan pada kaki sebab kita hanya berpusing dalam bulatan dan tidak ada hentaman langsung ke tanah. Walau bagaimanapun, korang kena pulak mempertimbangkan risiko kemalangan atau terlibat dalam kemalangan.

Lebih daripada separuh daripada semua penunggang basikal bersetuju atau mengaku bahawa mereka mengalami kecederaan akibat kemalangan sepanjang tempoh diorang berbasikal semumur hidup.

#5. Kos


Kita kena akui yang tak ada sukan tidak memerlukan kos. Cuma ianya tinggi atau tidak.

Contohnyalah, korang akan perlukan kasut khusus untuk bola sepak, perlu membeli raket dan bulu tangkis untuk main badminton dan sama juga kesnya dengan aktiviti berbasikal atau berlari.

Tak percaya, cubalah tanya kawan-kawan yang berbasikal tu, diorang mungkin akan menjelaskan jumlah berapa banyak yang dah diorang belanjakan untuk aktiviti berbasikal tersebut. Sebagai permulaan, sudah tentu, anda memerlukan basikal. Dan di pasaran semasa, basikal tahap permulaan harganya sekitar RM700 ++ dan pastinya, ia bergantung pulak pada jenis basikal yang korang nak tu.

Berlari sebaliknya, perlu anda memiliki sepasang kasut yang selesa dan sesuai untuk berlari. Sudah tentu, korang boleh berlari menggunakan mana-mana kasut yang sesuai tetapi korang akan rasa kelainan dia dan akan berlari dengan lebih baik dengan kasut khas untuk larian. Kalau tak salah untuk kasut running yang entry level, harganya sekitar kurang dari RM200 untuk yang berjenama.

Kesimpulannya, tidak kira anda memilih untuk berlari atau berbasikal, ingatlah bahawa kedua-duanya bermanfaat untuk kesihatan dan pastikan ia pilihan korang, bukan sebab terikut trend.

p/s : Kalau nak berlari atau berbasikal ni kan, sebenarnya ada ramai kawan pun jadi best tau!

5 Tempat Menarik Di Phuket, Thailand


Rasa excited pulak bila kerajaan Thailand umumkan program 'Phuket Sandbox' yang mana pelancong luar negara yang sudah divaksin boleh ke Phuket bermula 1 Julai nanti. 

Apa yang aku tahu setakat ini, pelancong yang divaksin dan diuji negatif COVID-19 boleh mengunjungi Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin.

Siapa yang layak untuk melancong di bawah program 'Phuket Sandbox' ?

  • Pelancong dari negara berisiko rendah dan sederhana yang sudah divaksin. Hanya negara yang tersenarai  di dalam Kementerian Kesihatan Awam Thailand.
  • Vaksin yang diambil sebelum hari ketibaan di Thailand, adalah 14 Hari hingga 1 Tahun.
  • Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun yang datang bersama ibubapa, tidak perlu mengemukan sijil vaksin.
  • Bagi remaja di antara 12 hingga 18 tahun perlu menjalani ujian rapid antigen semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dengan kos sendiri.
  • Mereka yang melancong melalui pengangkutan udara atau laut layak untuk program 'Phuket Sandbox'.
Tapi... Ingin diingatkan, negara kita sendiri belum benarkan travel keluar negara untuk tujuan melancong setakat ini. Buat masa ni, kita tumpang gembira sahaja. 

Sambil-sambil tu, kita tengok dulu 5 Tempat Menarik Di Phuket yang korang boleh pegi bila kerajaan dah benarkan melancong semula okay!

1. Laem Phromthep and viewpoints

Photo Credit : TAT



Laen Phromthep ni jugak dikenali sebagai "Laem Chao" oleh orang tempatan. Kalau dari segi kedudukan, ia merupakan bahagian paling selatan Phuket. Tempat ni memang famous untuk peminat fotografi dan jugak merupakan salah satu lokasi terbaik untuk dapatkan sunset di Phuket. 

2. Old Phuket Town

Photo Credit : TAT



Old Phuket Town atau bandar lama Phuket ini merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong kalau datang ke Phuket. Apa yang buatkan ia menarik adalah kepelbagaian budaya yang ditonjolkan disini selain boleh dikatakan tempat yang 'menyimpan' sejarah tentang Phuket. 

Kalau korang merancang kesini, memang akan di'sambut' dengan bangunan-bangunan lama dan sebahagian daripada bangunan ni dah diubahsuai untuk dijadikan muzium. Contohnya, Phuket Thai Hua Museum dan Peranakan Ninthat Museum. 

Jangan tak tahu, dekat Phuket pun ada baba dan nyonya tau! 

3. Racha Island and Mai Thon Island

Photo Credit : TAT



Masih di selatan Phuket, ada terdapat dua buah Pulau yang disebut sebagai Koh Racha dan terbahagi kepada dua iaitu Koh Racha Noi dan Koh Racha Yai. 

Apa beza dua pulau ni? Koh Racha Yai ni lebih kepada persisiran pantai yang cantik selain lokasi diving dan ia sangat sesuai untuk korang yang sukakan nature. 

Koh Racha Noi pulak hanya untuk penyelam skuba yang profesional. Dekat sini boleh tengok Manta Ray dan jugak great white shark. Sebab itu ia hanya galakkan penyelam professional untuk kesini. 

4. Wat Chalong (Wat Chai Tharam)

Photo Credit : Pexels



Wat Chalong (Wat Chai Tharam) adalah Kuil Bersejarah yang merupakan pusat keagamaan orang-orang Phuket yang juga mempunyai cerita sejarah dan legenda, Luangpho Chaem dari Wat Chalong, seorang sami yang dikatkan mempunyai kekuatan ajaib, dan perubatan tradisional.

Lokasi : Chao Fa Road, TambonChalong, Amphoe Mueang, Phuket

5. Patong Beach

Photo Credit : TAT


Tak lengkap perjalanan ke Phuket kalau tak singgah di Pantai Patong. Ia merupakan salah sebuah pantai peranginan yang sangat terkenal seluruh dunia. Memang sangat sinonimlah dengan Phuket. 

Disebabkan itu jugak, Patong ni merupakan kawasan tumpuan pelancong selain terdapat banyak kemudahan-kemudahan seperti kedai, hospital, hotel dan macam-macam lagi. 


Rasanya, cukuplah aku sharekan dulu 5 tempat menarik yang korang boleh pegi kat Patong ni. Bab makanan, aku rasa tak susah nak cari sebab dekat Thailand ramai muslim. Cuma kena pandai cari lah. 
Nak rekemen pun tak reti sangat sebab aku sendiri tak sampai lagi Phuket ni. 

Aku kongsikan je tempat-tempat menarik dulu. 
Kalau aku sampat nanti, bolehlah aku share. 

Macam perkongsian aku ke Hadyai dan Songkla ni. 


Sumber : Tourism Authority of Thailand

10 Jenis Surat Ini Yang Diterima Pakai di Roadblock PKP 3.0



Bermula esok, 8 Jun 2021, hanya 10 jenis surat kebenaran daripada agnesi dan kementerian sahaja yang boleh diterima pakai dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) seluruh negara. 

Ia termasuklah surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menurut Malaysia Gazette.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyenaraikan semua jenis surat itu sebagai dokumen yang dibenarkan bagi menyokong hasrat kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga 14 Jun depan.

Gambar Hiasan

Surat kebenaran PKP 3.0 boleh didapati dari:

  1. MITI bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan.
  2. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan
  3. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor pertanian /perikanan / penternakan/perladangan dan komoditi. MAFI hanya akan mengeluarkan surat Pengesahan kepada pekebun kecil. Bagi yang mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI
  4. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi seperti kelapa sawit/getah atau sebagainya. Bagi pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh mpic atau lgm. Bagi pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI
  5. Bank Negara Malaysia (BNM) bagi sektor institusi kewangan/insurans
  6. Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang berkaitan sektor urusniaga saham
  7. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil/penjaja gerai makanan/food truck. Pengeluaran lesen berniaga bagi pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitasi surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI
  8. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi perkhidmatan telekomunikasi/media/pos/kurier dan penyiaran
  9. Kementerian Dalam Negeri (KDN) Semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi – agensi yang berada di bawahnya seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sebagainya akan diterima pakai bagi kebenaran pergerakan
  10. PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kematian, kecemasan dan bekerja sendiri
Semua dokumen pengesahan seperti disenaraikan hendaklah bertarikh mulai 1 Jun 2021.”

Pihak yang tiada sebarang dokumen yang sah seperti di para 1 (10 jenis) atau telah tamat tempoh iaitu sebelum 1 Jun 2021 akan diarahkan berpatah balik.”

Bagi yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau menunjukkan surat pengesahan palsu, akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).