Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Cara Membeli Dan Menggunakan Unilimited Pass AirAsia



Bermula 29 Februari lalu sehingga 7 Mac 2020 nanti, AirAsia menawarkan pas penerbangan tanpa had selama setahun berharga RM499 untuk semua ahli BIG AirAsia di seluruh negara.

Syarikat penerbangan tambang murah itu menawarkan pas penerbangan tersebut untuk ke negara seperti Australia, Jepun, Korea, China dan India.



Ini semestinya berita baik yang ditunggu – tunggu untuk mereka yang kerap keluar negara atas urusan kerja mahupun bercuti.

Ramai yang keliru bagaimana pembelian dan penggunaannya, tetapi konsep pass ini ialah anda membeli pas dan penerbangan perlu ditebus. Perlu diingatkan, ianya hanya eksklusif untuk Big Member. Jadi, korang perlu jadi Member dulu.

Cara Pembelian Pas Unlimited AirAsia :

#1. Pergi ke airasia.com/deals atau masuk melalui aplikasi AirAsia di telefon

#2. Log in / dafter masuk ke akaun BIG MEMBER.

#3. Cari dan klik banner ‘AirAsia Unlimited Pass’ untuk mendapatkan tawaran tersebut.

#4. Baca dan fahamkan segala isi kandungan dan cara menebus Unlimited Pass

#5. Klik ‘BUY NOW’.

Untuk pengetahuan, penjualan Pass Tanpa Had AirAsia ini akan berakhir pada 7 Mac 2020 dan pembeli boleh menebus penerbangan berkod D7 atau XJ sahaja atau penerbangan yang melebihi 4 jam.

Antara destinasi yang dinyatakan termasuklah; Australia, Jepun, China, Korea, India dan USA. 



Perlu diingatkan, penerbangan perlu dibuat sebelum 2 Mac 2021, tempahan perlu dilakukan dari 29 Februari 2020 sehingga 16 Februari 2021 dan tempahan perlu dilakukan 14 hari sebelum tarikh bertolak.

Cara menggunakakan Pas Tanpa Had AirAsia :

#1. Lawati www.airasia.com/deals atau cari bahagian ‘Deals’ di Aplikasi AirAsia

#2. Log in menggunakan akaun BIG MEMBER

#3. Klik ke bahagian ‘My Purchases’ dan cari AirAsia Unlimited Pass

#4. Klik APPLY NOW untuk menggunakan kod promo unik dan ia akan membawa ke laman tempahan.

#5. Cari penerbangan yang anda inginkan dan pastikan ia bertanda ‘AirAsia Unlimited Pass’

#6. Buat Pembayaran

#7. Tunggu tarikh penerbangan

[ Hotel Review ] Emilia Hotel By Amazing, Palembang



Emilia Hotel di Palembang, Indonesia ini merupakan sebuah lagi hotel yang di kelokakan oleh Amazing Hotel Management dan ia bertaraf 3 Bintang.

Baru – baru ini, berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman menginap disini selama 3 malam dan secara keseluruhannya, memang berpuas hati dengan layanan yang diterima sepanjang berada disini.



Untuk trip ke Palembang kali ini, aku mendapat jemputan pihak Tourism Palembang untuk ke acara FAMTrip Musi &Beyond dan acara kemuncaknya merupakan sambutan Chap Go Meh di Pulau Kemaro.

Sebelum kita ke review penuh hotel, aku nak share sikit berkenaan Palembang ni dan destinasi menarik percutian ke Palembang secara umum.



Kota Palembang ni terletak di Sumatra Selatan dan ia adalah kota kedua terbesar di Sumatra selepas Medan. Dianggarkan, pada tahun ini; Palembang yang mempunyai luas wilayah sebesar 400,61 kilometer ini mempunyai penduduk seramai 2.5 juta orang dan majoritinya beragama Islam.

Masjid Cheng Ho


Kalau korang rajin mengkaji, atau dengar melalui sejarah, Palembang merupakan salah satu kerajaan kesultanan melayu yang sentiasa disebut dan ia pernah menjadi ibu kota Sriwijaya yang merupakan kerajaan melayu yang pernah memerintah sebahagian dari Nusantara dan disebut juga ia pernah mendominasi laluan perdagangan di Selat Melaka.

Dari segi Tarikan Menarik di Palembang, ada 75 destinasi menarik dan ikon pelancongan di Palembang dan ia boleh dipecahkan kepada 3 komponen iaitu tradisi, kesenian dan sejarah, makanan dan alam sekitar atau nature.

Semasa 4 hari di Palembang tempoh hari, aku bermalam di Emilia Hotel yang terletak di kawasan Bukit Kecil, Kota Palembang. Kalau nak diikutkan, ia boleh dikatakan ‘centre’ juga untuk ke destinasi lain. Antara tarikan yang terdekat ialah Jembatan AMPERA, Kuto Besak dan lain – lain lagi.



Macam yang aku cakap tadi, Emilia Hotel Palembang merupakan hotel yang diuruskan oleh Amazing Hotel dan ia bertaraf 3 bintang. Dari segi lokasi, ia terletak di sebelah Pelambang Indah Mall dan dikelilingi oleh banyak bangunan komersil, bangunan kerajaan dan sudah tentu sebelah pusat membeli belah.



Info Ringkas Hotel :

Emilia Hotel by Amazing Palembang
Jl. Letkol Iskandar No.18, 24 Ilir, Kec. Bukit Kecil, Kota Palembang, Sumatera Selatan 30113, Indonesia

Akomodasi :

3 jenis pilihan bilih iaitu Superior, Deluxe dan Executive Suite dan secara total, ada 115 buah bilik kesemuanya disini.



Bilik Superior dilengkapi dengan dua buah katil single, tv dan lain – lain kemudahan asas pada hotel. Harga bermula dari IDR 575,000 (RM173+/-). Bilik Deluxe pula ada sebuah katil bersaiz King dan harga bermula pada IDR 675,000 (RM203+/-) manakala Suite di Emilia ini bermula dengan harga IDR 1,300,000 (RM390+/-).

3 malam disini, aku menginap di bilik basic iaitu Superior room. Ini biliknya…



Jom kita tengok kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Emilia Hotel Palembang ini pula.

Perkhidmatan :
Servis Penghantaran Tetamu (Limo)
Internet Berkelajuan Tinggi
Dobi
Lawatan Sight Seeing

Kemudahan :
Bilik Meeting
Restoran yang menyediakan masakan tempatan dan masakan Indonesia yang boleh memuatkan sehingga 100 orang tetamu.
Gym

Pengalaman Bermalam

Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan penginapan yang diberikan dan disediakan dan review ini adalah review jujur aku dan pengalaman aku sepanjang berada di sana.

Seperti biasa, aku akan menggunakan kriteria – kriteria yang aku gunakan untuk menilai sesuatu hotel iaitu Hotel, Lokasi dan Tarikan, Pengalaman Bermalam dan Value For Money.

Macam biasa; markah penuh untuk setiap kategori adalah 10 dan ini berdasarkan pengalaman aku sendiri berada di sana selama 4 hari 3 malam.

Hotel – 8/10

Seperti kebiasaan, aku akan google dulu setiap hotel yang diberikan terlebih awal untuk mendapatkan jangkaan awal bagaimana rupa dan keadaan hotel ini nanti.



Kalau dari bahagian depan, premis atau kawasan ini, korang tak akan jangka yang dibelakangnya ada sebuah hotel kerana boleh dikatakan ianya agak tersorok ke belakang dan bangunan depannya adalah sebuah bangunan tinggal dan macam aku cakap tadi, ia terletak di sebelah shopping mall.


Memasuki hotel, anda akan disambut dengan lobi yang cantik dan dari segi rekaan dalaman hotel ini ia mengetengahkan konsep klasik dan moden dan mempunyai 5 aras yang mana aras bawah (Ground) menempatkan lobi dan restoran dan bilik bermula dari aras 2 hingga 5.

Kemudahan gymnasium ada di lantai 2 dan sekali imbas, ia mempunyai kemudahan yang agak lengkap dan kalau tak salah, masa aku stay disini, hotel ini turut dijadikan penginapan pemain bola tampar professional Indonesia dan diorang ada menggunakan gym berkenaan untuk indoor training.

Pengalaman Bermalam / Tidur  – 9/10



Bahagian pengalaman bermalam ini pada aku aspek paling penting dalam memilih penginapan dan bilik hotel. Sebab biasanya, aku akan request bilik paling hujung. Sebabnya, dari segi kedudukan, biasanya ia lebih terpencil, sunyi dan ada bilik yang saiznya lebih besar bila terletak di hujung.

Di Emilia ni, pengalaman bermalamnya boleh dikatakan sangat memuaskan. Cuma ada beberapa kekurangan yang pada aku kalau ditambah, pastinya sempurna. Sebagai contoh, ia tidak menyediakan setereka dan bila ada majlis rasmi yang memerlukan kau berpakaian kemas, ini salah satu point yang amat penting. Tapi, ada disediakan perkhidmatan menggosok pakaian, tapi biasa lah, berbayar.

Tidur.

Untuk susun atur bilik ni, sama macam hotel lainnya dan bilik aku menghadap jalan dan agak bernasib baik disebabkan ia agak kebelakang dari jalan utama, jadi kereta lalu-lalang tidak kedengaran sangat dan tidur kau tidak terganggu.

Waktu pagi, well… Walaupun bilik hujung, aku masih boleh dengar jeritan budak – budak dan suara mak bapak memarahi anak diorang yang menjerit waktu pagi di depan bilik orang lain di hotel. Hahaha. Selain itu, disebabkan ia terletak sebelah gim, kadang – kadang boleh dengar la orang bising dan lalu lalang nak ke gim tersebut.

Lokasi dan Tarikan – 10/10

Ini aku tak boleh nak argue lebih, aku berikan markah penuh disebabkan pada aku, ia memenuhi kriteria ‘lokasi’ yang aku maksudkan.

Untuk ke Indomaret (ala – ala 7 eleven), hanya sekitar 200 meter, ada atm machine jugak disebelahnya kalau tak silap aku.

Sebelah hotel, ada mall dan mall ini ada outlet makanan sepert Starbucks dan lain – lain. Jadi, kalau kata korang nak mengopi, boleh ke starbucks selain ada juga yang korang boleh pesan dari restoran di hotel.

Oh, Gojek dan Grab juga bersepah disini. Nak kemana – mana, aku gunakan Grab atau Gojek. Ada sekali tu, aku terlepas breakfast, dan order dari GoFood aje.

Value For Money – 8/10

Kenapa 8 per 10? Sebab pada aku, ianya terlalu mahal untuk hotel bertaraf 3 bintang, namun ia masuh dalam kategori berbaloi kerana hotel ini hiasan dalamannya sangat cantik dan terasa ‘classy’. Jadi, ia bukan macam hotel 3 bintang lain.



Kekurangan disini, mungkin ia mendapat status tersebut sebab tiada kolam renang dan menu buffet pagi yang pada aku, boleh diperbaiki dan lebih sedap lagi. Aku cuba beberapa masakan ‘specialty’ Palembang yang disediakan, dan aku merasakan ada kekurangan disitu.

Secara keseluruhan; Emila Hotel by Amazing Palembang ini mendapat 35 /40 dan pada aku, ia masih dalam kalangan hotel yang ‘worth-it’ untuk korang cuba bila ada di Palembang.

Emilia Hotel by Amazing Palembang
Jl. Letkol Iskandar No.18, 24 Ilir, Kec. Bukit Kecil, Kota Palembang, Sumatera Selatan 30113, Indonesia







Elak Ditipu Travel Agent Palsu! Gunakan 7 Cara Ini Untuk Kesan



Tahun 2020 ni, masih ada berita tentang travel agen atau agensi pelancongan palsu rupanya...

Kebiasaannya, banyak pakej – pakej percutian atau pakej mengerjakan umrah yang ditawarkan sama ada atas talian mahupun secara fizikal oleh pihak agensi pelancongan ataupun orang persendirian yang bekerja sebagai travel agen secara persendirian. 

Seperti kebiasaan, ramai akan membeli pakej yang disediakan hanya untuk merebut harga murah yang ditawarkan oleh agen atau syarikat ini, kadangkala kita terleka dan tidak perasan yang kita sebenarnya terjerat ataupun ditipu. 




Tak percaya? Hampir setiap tahun kita akan dapat berita Jemaah umrah ditipu, travel agen larikan duit, ataupun cerita rombongan terkandas di lapangan terbanga gara -gara ditipu.

Sebenarnya, untuk mengelakkan daripada ditipu agensi pelancongan palsu atau travel agen palsu ini; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) ada meletakkan 7 garis panduan untu digunakan oleh orang ramai untuk kesan travel agen palsu. 


#1. Pastikan Agen / Syarikat Mempunyai Lesen Sah

Untuk mengelakkan diri anda ditipu, pastikan berurusan dengan agen atau syarikat yang berdaftar dan mempunyai lesen dengan MOTAC.
Syarikat yang menawarkan pakej percutian atau pakej umrah haruslah mempunyai lesen dan untuk memastikan kesahihan mereka, boleh rujuk kepada nombor lesen mereka. Contoh nomboer lesen :
KPL/LN 7017
Untuk semak, boleh ambil nombor belakang syarikat, atau nama syarikat dan lakukan pencarian di laman web MOTAC atau semak disini.
Nota Editor : Biasanya; agensi atau syarikat yang berdaftar dengan MOTAC akan ada nombor pendaftaran lesen, pelekat rasmi kerajaan dan sijil lesen mereka dari pihak kementerian.

#2. Pastikan Syarikat Wujud / Masih Aktif
Kadangkala, mungkin syarikat berkenaan telah ditamatkan lesennya atau tidak diperbaharui. Adakalanya ini disebabkan mereka ini melakukan kesalahan. Jadi, boleh semak status mereka di laman web MOTAC atau hubungi mana - mana pejabat MOTAC untuk mendapatkan status syarikat.

Selain laman web atau menerusi panggilan telefon, anda juga boleh rujuk kepada aplikasi MyMOTAC untuk senarai travel agen yang berdaftar dengan kementerian selain boleh merujuk rating sesebuah hotel.

#3. Info Pakej

Pastikan info pakej yang ditawarkan adalah lengkap. Sama ada pakej umrah mahupun pakej percutian, semak semua maklumat secara terperinci dan pastikan apa yang dimasukkan dalam tawaran mereka.
Perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah; tiket penerbangan pergi dan balik, visa (sekiranya perlu), jenis dan lokasi penginapan yang ditawarkan, makanan (jika disediakan), itinerary penuh percutian / umrah, insurans dan dokumen perjalanan.

#4. Terma dan Syarat
Pastikan anda faham segala terma dan syarat untuk pakej percutian atau pakej umrah yang diambil. Perlu diingatkan supaya anda faham tanggungjawab pihak agen, jika pakej umrah; anda perlu tahu hak anda sebagai jemaah umrah dan jika pakej percutian anda pastikan anda tahu hak anda sebagai pelancong.

Selain itu, pastikan baca betul – betul terma dan syarat yang dikenakan terutamanya bahagian pembatalan dan pampasan sekiranya anda membatalkan atau meminta penukaran tarikh dan sebagainya.

#5. Pastikan Anda Berurusan Di Pejabat Agen

Sekiranya anda berpuas hati dan mahu melengkapkan tempahan dan pembelian pakej, pastikan anda melakukannya di pejabat travel agen tersebut. Ini secara tak langsung boleh mengelakkan anda menjadi mangsa scam.
Biasanya, mangsa yang ditipu oleh agen hanya membuat urusan diluar pejabat atau menerusi whatsapp sahaja atau melalui orang ketiga. Jadi, ini perlu dielakkan. Jika anda ragu – ragu dengan identiti agen, ambil nama, minta kad perniagaan dan sebagainya.

#6. Bayaran Dan Resit
Bayaran kebiasaannya boleh dilakukan kepada agen melalui wang tunai ataupun transaksi atas talian. Adalah WAJIB untuk mana – mana agensi untuk mengeluarkan resit pembayaran yang diterima. Pada resit, pastikan ditulis pembayaran untuk pakej mana dan sebagainya. Baik secara hard-copy, mahupun melalui email. 

Bayaran online haruslah dibuat terus ke akaun travel agensi dan bukan orang ketiga. Tidak kiralah cerita apa yang digunakan, pastikan terus lakukan pembayaran ke akaun agensi. Biasanya, kecurian, agen lari selepas duit masuk ke akaun mereka.
Simpan resit untuk rujukan.

#7. Selalu Follow Up

Walaupun agak leceh, pastikan anda sentiasa dapat hubungi pihak agen sehingga kesemua urusan selesai. Pastikan segala dokumen yang diperlukan seperti resit, tiket, tempahan hotel dan lain – lain berada pada anda sebelum anda terbang.
Ada beberapa kes yang berlaku, apabila pelanggan tiba di lokasi hotel, mereka mendakwa tidak menerima sebarang bayaran dari agen. Sudahnya, terpaksalah keluar duit untuk mencari hotel lain.
Akhir kata, penipuan atau scam oleh agensi pelancongan atau individu ini sememangnya wujud. Pastikan anda bukan salah seorang yang menjadi mangsa.

Bandar Utama Vietnam Tersenarai Sebagai Paling Murah Untuk Backpacking


Senarai 31 buah bandar murah untuk backpackers telah dikeluarkan oleh sebuah firma berpangkalan di UK.  

Daripada 31 buah negara yang dijalankan survey menurut senarai yang dikeluarkan; 3 destinasi teratas didahului oleh bandar di Vietnam iaitu Hanoi, Ho Chi Minh dan Hoi An, diikuti dengan Vientiane (Laos) dan Yangon (Myammar) melengkapkan senarai 5 teratas.




Menurut kajian yang dikeluarkan oleh firma insurans berpangkalan di UK, Alpha Travel, Hanoi, Vietnam dan Vientienne di Laos merupakan bandar paling murah untuk backpacker di Asia pada tahun 2020 manakala Bangkok, Thailand menawarkan makanan yang paling murah.



Menurut laporan yang disediakan dibawah tajuk " Backpacker Index – the Cheapest Cities to Visit in Asia" ni, senarai 31 destinasi ni adalah berdasarkan kaji selidik atau survey yang dilakukan. Menurut kefahaman aku, diorang ke bandar - bandar ini selama dua hari dan perkara yang diambil kira adalah; kos untuk dua hari penginapan di hotel / hostel, dua kali pengangkutan, 3 makanan bajet, minuman dan lawatan ke sebuah tarikan di bandar tersebut.

Street Food di Hat Yai


Kalau nak diikutkan, secara purata setiap backpacker akan berbelanja sekitar RM84 sehari ketika travel atau backpacking. 

Ini adalah negara top 10 termurah untuk backpacker : 


  1. Hanoi, Vietnam (RM 80)
  2. Ho Chi Minh City, Vietnam (RM 83.40)
  3. Hoi An, Vietnam (RM 87.20)
  4. Vientiane, Laos (RM 88.30)
  5. Yangon, Burma (Myanmar) (RM 89.50)
  6. Manila, Filipina (RM 89.50)
  7. Pokhara, Nepal (RM 90.40)
  8. Phnom Penh, Cambodia (RM 93.70)
  9. Chiang Mai, Thailand (RM 95)
  10. Jakarta, Indonesia (RM 97)
Nota : Kaji selidik ini, pada aku agak kurang tepat dan hanya boleh dijadikan guideline. Sebabnya : yang buat ni adalah firma UK, jadi penukaran matawang diorang di setiap negara adalah berbeza.

Rumah Batak, Huta Sialagan


Kedua, diorang punya 'makanan bajet' tu tak masuk akal. Pada aku, still boleh cut cost disitu. Ketiga, diorang ada kos untuk 'drinks' iaitu mabuk. Hahahaha. So, kita tak perlu amik kos tersebut.


Berdasarkan pengalaman aku backpacking yang tak seberapa ni; aku dah jejak ke Jakarta, Bali, Danau Toba, Padang, Phnom Penh, Hat Yai dan tahun ni ada lah planning nak ke Vietnam. Pada pendapat aku, Indonesia boleh dikatakan murah lagi, kedua Thailand, ketiga baru Phnom Penh, Cambodia. 


Goa Gajah, Bali

Sebabnya : Tukaran matawang, satu guna Rupiah, satu guna Baht dan satu guna USD dan Riel. Kedua; nak cari makanan halal lagi mudah di Indonesia sebab negara majoriti muslim. Ketiga, faktor bahasa. Thailand dan Cambodia ni ada sesetengah kawasan kau terpaksa gunakan translation dekat telepon. 

Nota Kaki : Biasanya kalau travel, aku akan pastikan aku ada connection internet yang mencukupi sebab aku kerja always on-the-go. Travelling Nomad lah lebih kurang. Kadang - kadang, sesetengah negara, simcard agak mahal, jadi aku selalu sewa pocket wifi! Pada aku antara yang terbaik adalah Roaming Man, atau Samurai Wifi


5 Destinasi Terbaik Di Asia Untuk Backpacking Tahun 2020


Memasuki hari - hari terakhir tahun 2019 ni, confirm ada antara korang yang sudah berkira – kira dan setidaknya mula planning untuk travel tahun 2020 nanti. Selain mudah mendapatkan tiket murah, sekurang – kurangnya dah boleh merancang dan mengumpulkan duit secukupnya untuk menampung perbelanjaan travel nanti. 

Untuk backpackers kat luar sana, sekiranya korang tengah merancang untuk travel tahun hadapan, ini ada 5 destinasi pilihan dan juga terbaik untuk pengembaraan korang pada tahun 2020.
#1. Sendai, Jepun
Tahun 2020 merupakan tahun penting buat Jepun kerana tahun hadapan, Tokyo akan menjadi tuan rumah untuk temasya sukan Olimpik. Jadi, boleh dijangkakan Tokyo akan sesak dengan para atlet, pegawai pengiring dan semestinya pelancong.
Jika nak mengelak crowd di Tokyo, korang boleh ke Sendai, sebuah bandar yang berada di wilayah Tohoku. Waktu terbaik adalah pada bulan Ogos yang mana mereka akan mengadakan festival Tanabata Matsuri pada 6 hingga 8 Ogos. 

#2. Ha Giang, Vietnam
Wilayah yang terletak paling utara di Vietnam dan besrbelahan dengan China. Ha Giang ini boleh dikatakan jarang – jarang didengari dan biasanya tak ramai backpackers ke sini disebabkan lokasinya yang agak berjauhan dari destinasi – destinasi pilihan lain di Vietnam.
Ha Giang boleh dikunjungi menaiki bas  dan menjanjikan pemandangan gunung ganang yang mengasyikkan. Korang juga boleh menyewa motorsikal dan explore kecantikan alam semula jadi di sini.

#3. Pulau Siargao – Filipina
Siargao boleh disebut sebagai ‘syurga’ para peluncur air selain mempunyai banyak lokasi dan destinasi keindahan alam seperti air terjun, lagun, gua, hutan dan semestinya pantai. Memang lokasi terbaik untuk backpackers yang suka nature.
Satu destinasi yang patut korang lawati ialah pantai Cloud 9 terutamanya untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.

#4. Surat Thani, Thailand
Sekiranya ingin ‘merasai’ pengalaman Thailand yang lain daripada yang lain, korang bolehlah tuju ke Surat Thani, Thailand.
Seperti kebiasaan, Thailand amat terkenal dengan seni bina yang cantik termasuk binaan binaan tempat beribadat mereka. Selain itu, korang boleh menaiki bot panjang. 
Jangan tak tahu, Surat Thani juga berdekatan dengan Taman Laut Ang Thong yang terkenal dengan pulau seperti Ko Samui, Ko Pha Ngan dan Ko Tao.
#5. Nusa Penida, Indonesia
Tahun 2020 boleh dikatakan tahun kita biarkan Bali ‘berehat’. Mana tidaknya, disebabkan masalah over-tourism, Bali sekarang ini berdepan dengan krisis kekurangan sumber air.
Disebabkan itu, ayuhlah kita ke Nusa Penida. Boleh dikatakan syurga backpackers juga ni!
Ada banyak destinasi menarik di Nusa Penida yang boleh korang tuju, terutamanya Pantai Kelingking yang terkenal dengan tebing curam melengkung dan pantai yang tidak tercemar.
Selain itu, Nusa Penida juga dikatakan ‘rumah’ kepada Manta Ray yang sering didapati berenang -renang di sekitar kawasan ini.
Jadi, 2020 nanti, nak kemana kita?

Itenerary Roadtrip Hujung Minggu 3 Hari 2 Malam Ke Ipoh, Perak


Ipoh, 200 kilometer dari Kuala Lumpur, kalau nak diikutkan kira - kira 2 jam 30 minit perjalanan menaiki kereta melalui highway PLUS. Kalau nak diikutkan, aku ada 'sejarah hitam' dengan Ipoh. Tiga ke empat tahun sudah, aku accident dekat Terowong Menora, motor aku total lost. Itulah memori yang aku rasa paling susah nak lupakan. 

Kali ini, trip ke Ipoh 3 hari 2 malam meninggalkan memori manis! Mana taknya, aku rasakan Ipoh ni sangat unik, vibe dia lain macam. 

Nak share itinerary roadtrip 3 hari 2 malam ke Ipoh. Pada asalnya, aku nak pergi sorang. Tapi last sekali, aku bawak adik aku dan dalam masa yang sama gunakan kereta dia lah untuk roadtrip kali ni. 

Sebelum ke itinerary, perlu aku nyatakan aku ke sana atas jemputan untuk review WEIL HOTEL untuk 3 hari 2 malam. Jadi, aku ke sana pada Sabtu, Ahad dan Isnin. Kalau nak diikutkan, bajet roadtrip ke Ipoh ni RM93.50. Kos ini merangkumi minyak, tol dan bayaran masuk tempat – tempat menarik di Ipoh yang aku pegi. Tak termasuk makan, tak termasuk hotel. 


Itinerary Roadtrip 3 Hari 2 Malam Ke Ipoh
Jenis Kereta : Axia
Minyak : RM40 – isi waktu pergi dan balik ada tinggal baki minyak
Tol : RM 40.50 – Pergi RM23.20 (Rawang – Ipoh ), Balik RM20.30 (Gopeng – Rawang). Balik aku gunakan exit Gopeng sebab singgah Kellie's Castle. 
Hari Pertama
Rawang – Ipoh
Gerak pagi sekitar 9 dari Rawang. Pukul 11 dan sampai Ipoh.


Tiba di Ipoh sekitar waktu makan tengah hari, kami singgah di Ipoh Parade (ini disebabkan hotel sebelah Ipoh Parade) untuk makan tengah hari. Nasi Ayam + Air RM7.



Kendian aku check - in dan berehat di bilik sebelum turun untuk Hi-Tea di Tea Lounge WEIL Hotel. Hi Tea ni memang untuk dua orang, disediakan dari pukul 12 tengah hari sampai 3 petang. Ada 3 tingkat makanan, harga; seingat aku ialah RM64.



Selepas itu, naik bilik, rehat dan ready untuk dinner pulak. 
Makan malam, disediakan oleh pihak hotel. Malam pertama, makan sedap sikit di The Deck, salah sebuah restoran yang ada di WEIL Hotel.




Kalau nak tahu, dekat WEIL ini ada 3 tempat makan utama iaitu The Deck, Yuk Sou Hin (Restoran Cina tapi tak serve pork) dan TIFFIN. 
Selepas pada makan malam, seingat aku, kitorang habiskan masa dekat mall sebelah dan rehat. 

Hari Kedua
Pagi tu, kami breakfast di Yuk Sou Hin. Dijamu Dimsum! Mula - mula takut nak masuk, tapi pihak hotel jelaskan yang ia adalah pork-free.


Ada 6 jenis jugak rasanya kami makan berdua.


Hari Ahad di Ipoh ada weekend market atau disebut LOKEN. Loken ni adalah pasar pagi yang menjual barangan terpakai dan ada juga menjual barangan baru. Cuma menariknya, macam - macam barangan antik, barang lama yang korang boleh dapatkan disini.



LOKEN ni, memang panjang dan macam tiada penghujung. Korang boleh jumpa macam - macam barang daripaka sekecil skru, paku, tali kasut sehinggalah radio, luggage dan lain - lain. 
Lepas pada Loken, kami gerak ke Yasmin @ KongHeng. Dari Loken ke sini dalam 1 kilometer jugak tak silap, jalan kaki! 
Sebelum nak sampai ke Kong Heng, kitorang terjumpa Miniature Art Museum. Dekat sini ada model miniature bandar yang diukir menggunakan kayu. 





Memang terperinci cara pembuatan dia. Masuk percuma di tingkat bawah. Muzium ini ada dua tingkat, tingkat atas dikenakan bayaran RM5. Jadi kami tak naik atas, cuma sekadar ambil gambar ditingkat bawah.
Disebabkan penat berjalan kaki, kitorang singgah minum milk tea dekat Tapir Milk Tea. 



Lepas pada itu, sambung perjalanan menuju Concubine Lane dan Kong Heng Square. Dua tempat ni terletak dalam satu kawasan. Concubine lane ni lebih kepada deretan kedai lama yang sekarang ni kebanyakkannya dah dijadikan kafe. Dekat sini ada macam – macam barang yang korang boleh cari terutamanya untuk dibuat oleh – oleh. Street food jugak ada banyak.



Kong Heng Square ni pulak tempat bergambar dan melepak. Ada dua tiga kedai dan cafĂ© disini. Selain itu ada juga kedai – kedai kecil yang jual aksesori seperti gelang, rantai dan lain – lain. Apa yang menarik disini adalah korang kena pergi ke BookXcess yang ada di Kong Heng Square ni. 




BookXcess @ Kong Heng Square ni sangat menarik dan ada ceritanya tersendiri iaitu bahagian bawah kedai buku ini adalah peti besi sebuah bank. Jadi, untuk mengekalkan nilai ‘rare’ dia, peti besi tu dijadikan tempat letak dan susun buku. Lantai, pintu dan peti besi dikekalkan seperti asal.


Selepas itu, kami singgah di May Wong Galleri yang mana ia juga merupakan muzium fotografi sejarah Malaysia serta kedai print vintaj yang paling besar di dunia. 




Kalau nak ikutkan, dalam dia ada koleksi gambar – gambar lama bangunan dan tempat di Malaysia selain dia juga ada poster – poster vintaj iklan lama – lama. Masuk adalah percuma.
Dah penat berjalan, kitorang balik, rehat di bilik sementara menunggu dinner. Dinner hari kedua di TIFFIN. Dinner buffet. Ada seafood bakar dan masa kami disana memang ada Fish Market, buffet seafood. Harga RM56 untuk dewasa, RM28 untuk kanak - kanak. 



Lepas pada dinner, kami keluar jalan - jalan ambil angin. Sempat lah lepak di Dataran Ipoh, tengok bangunan - bangunan lama macam Stesen Keretapi Ipoh dan last sekali sebelum balik ke hotel, kami singgah lepak makan di Konda - Kondi. 






Konda - Kondi ni adalah salah satu kafe yang ada di sekitar bandar Ipoh ni. 
Hari Ketiga
Hari terakhir, kami sarapan di TIFFIN jugak. Pilihan menu agak banyak dan menarik, satu je aku nak cakap, korang kena try roti dia. Freshly baked tau!



Kemudian, kami check-out. Terus menuju ke Batu Gajah untuk singgah ke Kellie's Castle.



Kellie's Castle, bayaran masuk RM5. Korang boleh habiskan masa baca sejarah tempat ini dari satu bilik ke bilik yang lain.


Ini replika  ruang tamu berdasarkan lukisan yang ditemui

Dari bilik salah seorang anak Kellie , dengar cerita pokok besar ni penuh misteri, betul ke?


Kitorang sampai disini sekitar jam 11 kalau tak silap. Ambil gambar sikit, kendian terus balik ke rumah. 
Secara rumusan; 
Hari Pertama : Rawang > Ipoh - habiskan masa di Ipoh Parade dan Hotel
Hari Kedua :  Hotel - Loken - Miniature Art Museum - Concubine Lane - Kong Heng Square - May Wong Gallery - Hotel -Konda - Kondi
Hari Ketiga : Hotel - Kellie's Castle - Rawang.